Friday, May 29, 2009

Hanya Nai-Khan Ari mengundi

Hanya Nai-Khan Ari mengundi

PULAU PINANG 28 Mei - Calon Bebas Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41, merupakan satu-satunya calon yang akan mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Ahad ini.

Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, itu akan mengundi di daerah mengundi Telok Wang.

"Pada 31 Mei ini hanya saya yang akan mengundi, isteri tidak mengundi di sini kerana mendaftar di Kulim," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora ketika dihubungi mengesahkan hanya Nai-Khan Ari yang akan mengundi manakala tiga calon lain bukan berasal dari Penanti.

Tiga lagi calon ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang Aminah Abdullah, 56, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. - Bernama

No comments: