Tuesday, May 19, 2009

Pas Permatang Pauh tentu pendirian 31 Mei

Pas Permatang Pauh tentu pendirian 31 Mei


GEORGETOWN: Pas Permatang Pauh akan menentukan pendiriannya berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, hari ini.

Yang Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata mesyuarat itu akan dihadiri Ahli Jawatankuasa Pas kawasan bagi membincangkan pelbagai perkara, termasuk pendirian Pas kawasan terhadap pilihan raya kecil itu.

"Pelbagai perkara akan dibincang termasuk pendirian sebenar kami dalam pilihan raya Penanti," katanya ketika dihubungi di sini apabila diminta mengulas kandungan sebuah blog, semalam.

Blog itu mendedahkan Pas Permatang Pauh mengeluar arahan melarang ahlinya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Penanti.

Blog terkenal dengan kecamannya terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin, mendakwa arahan itu dibuat Omar.

Memetik kenyataan sumber Pas, Omar didakwa mengarah ahli parti supaya tidak keluar mengundi atau jika mengundi, mereka diminta merosakkan undi atau tidak mengundi calon PKR.

"Omar mengeluarkan arahan itu apabila ditanya seorang daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas berhubung kedudukan jentera pilihan raya parti itu dalam pilihan raya kecil berkenaan," kata sumber Pas itu

No comments: