Tuesday, May 19, 2009

Soi Lek pernah temui Husam Musa

Soi Lek pernah temui Husam Musa

KUALA LUMPUR 18 Mei – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendedahkan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini bagi membincangkan isu politik semasa di negeri Perak.

Soi Lek berkata, beliau dan Husam pada pertemuan tersebut telah mencapai kata sepakat bahawa kemelut politik negeri Perak jika dibiarkan berpanjangan tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak terutamanya rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri sama ada yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang, tidak akan menjadi sebuah kerajaan yang kuat.

“Jika Nizar gagal mendapat sokongan majoriti, beliau boleh menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan peletakan jawatannya dan biarkan ADUN majoriti untuk menentukan siapakah Menteri Besar negeri itu,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

No comments: