|
|
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Chang Ko Youn akan bertanding di Parlimen Beruas pada pilihan raya umum ke-12 akan datang menggantikan bekas presiden parti, Datuk Seri Lim Keng Yaik.
Keng Yaik berkata, perkara itu telah diputuskan oleh parti sejak beliau membuat pengumuman mahu melepaskan jawatan Presiden Gerakan dan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
‘‘Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak akan menggantikan saya bertanding di kawasan Parlimen Beruas dalam pilihan raya umum akan datang,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini.
No comments:
Post a Comment