KUALA LUMPUR: Parti pembangkang sengaja mencari helah dengan berselindung di sebalik perhimpunan haram Sabtu lalu untuk mengaburi mata rakyat kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan adil.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tuntutan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan itu tidak perlu dilayan kerana kerajaan yakin SPR telus dalam melaksanakan pilihan raya yang adil.
"Sebenarnya mereka dah tahu akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Sebab itu sekarang buat 'smoke screen' untuk wujudkan suasana yang menunjukkan SPR tidak adil..." katanya menjawab soalan Che Azmi Abdul Rahman (BN-Kuala Nerus) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Dalam pada itu Nazri menolak keras dakwaan Lim Kit Sing (DAP-Ipoh Timur) yang menyifatkan kerajaan bersifat hipokrit dan sengaja memainkan isu demonstrasi itu sebagai agenda politik, sedangkan ia didakwa sebagai perhimpunan aman bagi menuntut demokrasi sebenarnya dalam pilihan raya.
"Itu perhimpunan haram Yang Dipertua... itu orang wayar putus yang bercakap... mana ada permit untuk adakan perhimpunan raksasa. Kita sokong sami di Myanmar sebab sami di Myanmar ditekan, kerana Myanmar tidak ada demokrasi.
"Demokrasi dalam negara kita ialah melalui pilihan raya... yang mengheret raja bukan kita (kerajaan), dia (pembangkang) yang heret raja," kata Nazri.
No comments:
Post a Comment