Tuesday, November 13, 2007

Harakahdaily catat 2,412 dalam ranking dunia

Azamin Amin
Tue | Nov 13, 07 | 9:08:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh)- Mengikut cerapan Alexa.com yang melaporkan kedudukan laman web Harakahdaily di ranking dunia, meletakkannya sebagai laman web antara yang paling ramai dikunjungi pada 11 November lalu berikutan masyarakat dunia inigin mengetahui perkembangan terkini himpunan rakyat besar-besaran pada hari sebelumnya, Sabtu 10 November.

ImageBuat pertama kali, Harakahdaily berjaya menduduki rangking ke 2,412 di dunia berbanding jutaan laman web lain dan berada di tempat ke-100 dalam Malaysia.

Malah suasana di Jabatan Pengarang Harakah di Jalan Pahang juga turut terkena tempias suasana huru-hara himpunan rakyat kerana banyak pihak yang bertalu-talu menghubungi untuk mengetahui perkembangan terkini dan memaklumkan insiden-insiden 'panas' himpunan aman 10 November Sabtu lalu.

Suasana menjadi semakin tegang dan 'tidak menang tangan' apabila bilik berita harakah dihujani oleh puluhan panggilan dan sms daripada pemberi maklumat, orang awam dan wartawan dari jam 9 sehingga 12 tengah hari, yang memaklumkan situasi getir yang berlaku di pelbagai lokasi.

Selain itu, berlaku limpahan komen dalam ruangan setiap berita himpunan tersebut yang mencapai lebih 2,000 komen sehinggakan pihak editorial terpaksa menyunting dan memilihnya selama dua hari.

Benarlah kenyataan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang bahawa himpunan tersebut telah berjaya mendapat dan perhatian liputan daripada media dalam negeri dan antarabangsa.

"Meluas kepada dunia walaupun dengan cara yang ringkas tetapi memberi satu makna yang besar dalam perjuangan kita untuk memulihkan demokrasi, " katanya dalam satu sidang media.


No comments: