Tiada 'cah keting' di Manek Urai - TPM
KUALA KRAI 28 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas cuba mencetuskan keraguan kononnya UMNO tidak berpadu dengan memberikan gambaran bahawa wujudnya 'cah keting' dalam proses pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Menurut Timbalan Presiden UMNO, dakwaan Pas itu adalah perang psikologi yang dicetuskannya pada pilihan raya kecil berkenaan kerana mereka ketandusan isu.
Beliau berkata, pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN mendapat sokongan padu setiap anggota UMNO di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi dan ia tidak harus diragui.
"Itu anggapan Pas tetapi saya yakin komitmen kepimpinan dan sokongan begitu jelas menunjukkan mereka memberi sokongan padu, Datuk Ramzi Ab. Rahman (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai) menegaskan siapa pun yang terpilih, komitmen seluruh pimpinan di sini adalah untuk memenangkan calon.
"Mungkin di peringkat Pas ada tetapi kita tidak ada. Tetapi itu soal dia, kita tidak campur, pada masa sekarang kita perlu kerja keras. Jangan fikir mudah untuk menang," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan calon BN pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai di Pusat Operasi BN di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN akan diwakili oleh Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, akan mewakili Pas untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menjalankan kempen seperti biasa walaupun Pas kini dikatakan sedang menghidap sindrom 'H1N1' (Hadi dan Nasharuddin) ekoran daripada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
Menurut beliau, kempen pada pilihan raya kecil itu akan diadakan seperti biasa kerana kepimpinan UMNO di bahagian telah melaksanakan tugas untuk membantu rakyat Manek Urai biar pun tidak memerintah.
"Bagi kita ada 'H1N1' atau tidak, kita akan hadapi pilihan raya ini seperti biasa, satu H (Hadi) sudah turun di sini tetapi itu tidak penting, apa yang penting kita lakukan yang terbaik dan sepakat.
"Sebagai contoh, sampai hari ini Nasharuddin tidak datang Parlimen dan tidak tahu di mana dia berada tetapi itu soal dia kerana pada masa sekarang kita perlu rapatkan barisan untuk memastikan calon kita menang," katanya.
Tambahnya, penduduk Manek Urai perlu memilih BN bagi memudahkan lagi usaha pembangunan di kawasan itu.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
1 comment:
pas dah kering .. idea takde langsung nak buat debat utk raih undi.. tu bermakna dorang tak yakin gak dengan penjual ikan tu. ade ke patut pilih calon penjual ikan utk pimpin rakyat?
Post a Comment