Fri | Oct 05, 07 | 2:17:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam keras kaedah siasatan dan ugutan yang dilakukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap dua anggota Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dalam siasatan kes klip video VK Lingam semalam.
Suaram menggangpa ugutan yang dilakukan ke atas Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Pegawai Khas Anwar Ibrahim, Sim The Tzin adalah bermotifkan politik dan intimidasi untuk mendiamkan isu koruspi kehakiman, kata Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng.
Katanya lagi, disamping itu tindakan BPR ini satu tindakan yang tidak boleh diterima, katanya.
Sumber kepada pita rakaman itu tidak seharunys menjadi isu utama dalam menyiasat kes ini, dan dua saksi (Sivarasa dan Sim) perlu dilindungi sebagai saksi, katanya.
"Apa yang perlu BPR siasat dengan mandat yang ada.Samada soal kebenaran pita itu atau soal korupsi yang berlaku dalam kes ini,"kata Yap Swee Seng lagi.
"Dalam kes ini jelas kelihatan BPR bagaimana BPR dipergunakan sebagai alat politik, katanya.
Tindakan ke atas dua anggota KeADILan ini adalah sebagai mesej yang dibuat BPR ke atas awam supaya mendiamkan kes meskipun berlakunya korupsi, atau jika menghebahkan mereka akan berhadapan dengan tindakan penjara, katanya.
Hal ini sekali lagi memperlihatkan bahawa janji membanteras rasuah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak terlaksana, ujarnya.
Suaram menggesa BPR agar tidak lagi memberi tekanan kepada Sivarasa dan Sim dala kes ini, sebaliknya menyiasat korupsi yang mungkin berlaku, kata Yap.
Suaram juga menggesa agar Suruhanjaya DiRaja diadakan dalam menyiasat kes pita Lingam, katanya.
BPR didakwa mengugut dua anggota KeADILan yang terbabit dalam pendedahan klip video skandal perbualan antara seorang peguam yang disyaki, VK Lingam dan hakim kanan yang didakwa sebagai, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Ugutan itu didakwa dilakukan ke atas Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Penyelaras Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Sim Tze Tzin semalam, kata satu laporan Suara KeADILan lewat petang semalam.
BPR dikatakan memberi notis bahawa jika sumber video skandal Ketua Hakim Negara tidak didedahkan, mereka boleh dipenjara selama dua tahun, kata laporan itu.
Namun begitu, Sivarasa telah mengumumkan kesanggupan beliau untuk menghadapi apa-apa hukuman demi mempertahankan identiti sumber tersebut, katanya.
Terdahulu, Naib Presiden KeADILan dan Pembantu Khas Anwar Ibrahim itu telah dipanggil oleh BPR semalam secara mengejut bagi memberi keterangan semula berhubung isu pita Lingam.
Kedua-dua mereka dikehendaki menghadiri pejabat BPR Wilayah Persekutuan pada jam 4.00 semalam selepas mendapat panggilan telefon 2 Oktober lalu.
Sebelum ini, Sivarasa telah dipanggil oleh BPR pada 27 September lalu untuk membantu siasatan. Manakala, Sim pula dipanggil oleh BPR pada Selasa lepas.
Mereka masing-masing telah dipanggil ke ibu pejabat BPR di Putrajaya pada tarikh tersebut.
No comments:
Post a Comment