Wednesday, October 03, 2007

Pro Mahasiswa UIAM: Menang tapi belum selamat

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Wed | Oct 03, 07 | 1:10:24 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Hrkh) - Walaupun telah dinobatkan sebagai juara, pro mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih lagi belum 'selamat'.

Bak kata pepatah, perjuangan masih belum selesai, calon-calon pro mahasiswa kini terpaksa berdepan dengan bantahan pihak lawan yang berusaha untuk membatalkan kemenangan mereka dengan apa cara jua sekalipun.

Lantaran itu, sebahagian besar daripada gambar-gambar yang merakamkan detik kemenangan mereka tidak dapat untuk disiarkan di laman ini.

ImageDaripada 16 kerusi yang dipertandingkan di kampus induk, Gombak pro mahasiswa hanya berjaya merebut 12 kerusi di Kuliyyah Undang-undang, Kejuruteraan, Ilmu Wahyu, Ekonomi, Sains, Antarabangsa, Kejururawatan Sains Kesihatan Bersekutu, serta tewas di Kuliyyah Teknologi Komunikasi Maklumat dan hanya menang satu kerusi di Kuliyyah Senibina.

Manakala di kampus Kuantan, mereka mendapat tujuh daripada 11 kerusi yang dipertandingkan menerusi kuliyyah kejururawatan,Kuliyyah Sains dan Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu.

Namun begitu, mereka hanya berjaya memperolehi satu daripada dua kerusi di Kuliyyah Farmasi dan kalah di Fakulti Perubatan.

Menurut sumber, insiden kelulusan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UIAM sesi 2006/2007 yang ditangguhkan lebih empat bulan tersebut mungkin akan berulang lagi pada sesi ini.

Bahkan ada juga yang meramalkan bahwa senario tersebut akan menjadi bertambah buruk bagi MPP yang bakal dibentuk pada sesi 2007/2008.


No comments: