Friday, July 10, 2009

POLITIK : JUMAAT 10 JULAI 2009

Edar 20,000 DVD janji pembangkang
PULAU PINANG 9 Julai – Pertubuhan Penduduk-penduduk Kampung Buah Palaakan mengedarkan 20,000 keping cakera video digital (DVD) mengandungirakaman janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang kepada mereka dalammasa terdekat.

Royalti: Jangan dengar dakyah pembangkang
KUALA LUMPUR 9 Julai - Rakyat negara ini khususnya dari Kelantandiminta tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubungpembayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat yang kononnyabernilai RM1 bilion.





Manek Urai 'anak emas'
KUALA KRAI 9 Julai - Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas.

Sokongan terhadap BN meningkat
KUALA KRAI 9 Julai - Barisan Nasional (BN) mengaku masih belum beradadalam zon selesa di Manek Urai sungguhpun sokongan terhadap parti itusemakin meningkat menjelang pilihan raya kecil 14 Julai ini.


Kebakaran kedai runcit temukan calon Pas, BN
KUALAKRAI 9 Julai - Kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Laloh pagi inimenemukan calon kedua-dua parti yang bertanding pada Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai buat pertama kali selepas empathari membawa haluan sendiri untuk berkempen.

Nasharuddin akan ceramah di Manek Urai
KOTABHARU 9 Julai - Jika sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin MatIsa dilarang muncul pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Manek Urai, namun semakin tiba tarikh pengundian, lainpula ceritanya.










Kenyataan Manoharan melampau, cabar hak
KUALALUMPUR: Pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Melayumenganggap kenyataan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),M Manoharan yang mahu bukan Melayu diberikan status Bumiputera, sebagaimelampau dan berniat mahu memecah-belah masyarakat.

'Tidak layak jadi warganegara'
KUALA LUMPUR: Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emiretus DatukDr Khoo Kay Kim, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) KotaAlam Shah, M Manoharan tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

MB bidas enggan patuh etika pakaian
SHAHALAM: Keengganan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah dariDAP, M Manoharan memakai songkok atau baju Melayu ketika menghadirimajlis rasmi dibidas wakil rakyat Pakatan Rakyat.

'Sesama Islam perlu toleransi'
KUALA LUMPUR: Tanpa mengira sama ada seseorang itu bertaraf ulama atautidak, dalam Islam mencerca pada asasnya adalah perbuatan dilarang danberdosa, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Kempen disifat paling aman
KUALAKRAI: Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Uraiyang berlangsung sejak empat hari lalu, disifatkan sebagai paling amanberbanding enam pilihan raya kecil sebelum ini.

Petugas BN, Pas berlumba bantu mangsa kebakaran
KUALA KRAI: Petugas Barisan Nasional (BN) dan Pas saling berlumbamemberi bantuan kepada sepasang suami isteri bersama tujuh anak merekayang hilang sumber pendapatan selepas warung milik mereka dekat Lalohdi sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Analisis: Janji BN tumpu usaha tingkat taraf hidup
KETIKA berceramah di Kampung Sungai Sok, Timbalan Pesuruhjaya PasKelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, memberitahu penduduk jikamereka mahu padang golf di kawasan DUN Manek Urai, beliau boleh memintaperkenan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakannya.

Petronas perjelas isu tuntutan royalti
KUALA KRAI: Petronas akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagimenjelaskan isu tuntutan kerajaan Pas Kelantan terhadap royalti minyak,kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk MustapaMohamed.

Wanita pertama Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara
KUALALUMPUR: Senator Datuk Armani Mahiruddin mencatat sejarah apabilamenjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan Timbalan Yang DipertuaDewan Negara.

Exco Negeri Sembilan kena rompak
SEREMBAN: Sekumpulan perompak warga Indonesia yang memecah masuk rumahseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), di Senawang dekatsini, malam kelmarin, memberi tahu mereka berbuat demikian kerana sudahsetahun tidak bekerja selepas diberhentikan oleh syarikat kontraktortapak pembinaan di mana mereka bekerja sebelum ini.

Zambry teruskan tugas MB
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir boleh meneruskan tugasnyasebagai Menteri Besar Perak, selepas Mahkamah Persekutuan semalammenolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untukmenangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkanstatus Zambry, pada Mei lalu.

SPR kaji daftar pemilih secara online
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji untukmemperkenalkan sis-tem daftar pemilih secara online bagi memastikan 3.7juta rakyat yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagaipemilih dapat menunaikan tanggungjawab untuk menjayakan prosesdemokrasi menerusi pilihan raya di negara ini.

Kelantangan Azmin desak rombak Exco mengejutkan
SHAHALAM: Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dikejutkan dengan kelantanganMohamed Azmin Ali mendesak kerajaan negeri merombak barisan AhliMesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerana didakwa gagal melaksanakantugas.

Negeri tak boleh halang roboh rumah
GEORGETOWN: Pemaju projek Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Nusmetro Venture (P)Sdn Bhd mendakwa kerajaan negeri tidak boleh menggunakan Seksyen 116(1)(D) Kanun Tanah Negara (KTN) bagi menghalang kerja merobohkan rumahdi kampung itu.

Pulau Pinang dedah rahsia dokumen tanah Buah Pala
GEORGETOWN:Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam mengubah status rahsiadokumen rasmi keputusan mesyuarat Exco kerajaan terdahulu berkaitanpemberian milikan tanah Kampung Buah Pala untuk didedahkan kepada umum.

Penduduk edar DVD janji PKR
GEORGETOWN:Sebanyak 20,000 cakera video digital (DVD) yang memaparkan pemimpinPakatan Rakyat (PR) berjanji untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Palaketika pilihan raya umum lalu, akan diedarkan tidak lama lagi.





MB Perak: Nizar dibenar merayu
PUTRAJAYA 9 Julai - Keputusan muktamad siapa Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

'Saudara Sujatha minta siasat punca kematian'
KUALALUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mengakui di MahkamahKoroner di sini, semalam laporan polis untuk menyiasat punca kematianpelakon K Sujatha dibuat selepas menerima panggilan daripada saudaramangsa dan surat layang serta dua keratan akhbar yang memintanyamembangkitkan isu itu.

No comments: