Tuesday, August 11, 2009

POLITIK : SELASA 11 OGOS 2009

Siasat pihak hina Islam
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihakberkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agamaIslam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.


Pengkhianat Melayu perlu ditentang – Muhyiddin
KUALALUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupunmenghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentanghabis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.







70 NGO berhimpun di PWTC
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kira-kira 500 wakil daripada 70 pertubuhan bukankerajaan (NGO) berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari inibagi menyatakan sokongan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan SriMuhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.

Bekas ahli PKR sanggup jadi saksi - Reformis
PUTRAJAYA10 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotairamai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakankesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, DatukSeri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Kumpul 100,000 tandatangan
KUALALIPIS 10 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Pahang menyasarkan mengumpul100,000 tandatangan sebagai menyokong Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin berhubung kenyataannya terhadap Datuk Seri AnwarIbrahim sebagai pengkhianat Melayu baru-baru ini.

DAP hina institusi raja Perak
PARITBUNTAR 10 Ogos - Kerajaan negeri mahu Pengerusi Pemuda Sosialis DAP(DAPSY), Loke Siew Fook, memohon maaf secara terbuka dan dikenakantindakan tegas selepas blognya Themightypen.blogspot.com membuattohmahan dan memburukkan institusi raja di negeri ini.

Jeff Ooi tidak ikhlas selesai kemelut
KUALALUMPUR 10 Ogos - Keengganan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memohonmaaf atas kenyataan biadab beliau yang menghina Islam, jelasmenunjukkan wakil rakyat DAP itu tidak ikhlas menyelesaikan isutersebut.

Mukhriz: Tarik kenyataan tidak cukup
KUALALUMPUR 10 Ogos – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi digesa menimbangkankembali keengganan memohon maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkanJemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis Islam.

Jagdeep Singh Deo diarah keluar dari DUN
PULAU PINANG 10 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat,Jagdeep Singh Deo hari ini diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri(DUN) setelah enggan menarik balik perkataan 'perompak' yang ditujukankepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Siew Fook buat laporan polis, nafi hina Islam
KUALALUMPUR 10 Ogos – Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke SiewFook hari ini membuat satu laporan polis bagi menafikan dirinyamenghina Islam seperti disebarkan melalui blog dan khidmat pesananringkas (SMS).

Siew Fook wajar dikenakan ISA
KUALALUMPUR 10 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambiltindakan segera terhadap Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke SiewFook yang menghina Islam seperti yang disiar dalam laman blognya.

Pelbagai pihak kecam blog komen hina Islam
KUALALUMPUR 10 Ogos – Kerajaan digesa menyiasat sebuah blog yangmengeluarkan kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke SiewFook sehingga mendorong pembacanya menghamburkan pelbagai komen yangmenghina agama Islam.

Hormati Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh - Tsu Koon
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Semua pihak diingatkan supaya menerima danmenghormati Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh termasuk perkaraberkaitan hak-hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam Artikel153 perlembagaan tersebut.

Jangan mudah label orang rasis
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddinmempersoalkan sikap segelintir pihak yang terlalu mudah melabelkansesuatu kenyataan sebagai rasis sedangkan ia luahan perasaan kaumtertentu.

Chang Khim, mengaku disiasat SPRM
SHAH ALAM 10 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng ChangKhim hari ini mengaku turut disiasat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan kerajaannegeri.




'Siasat blog hina Islam'
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengarahkan polis menyiasat kenyataanberbaur hasutan dan menghina Islam yang disebarkan menerusi laman blogbeberapa pemimpin pembangkang mengikut Akta Hasutan 1948 kerana bolehmembangkitkan ketegangan kaum.

BN setuju 1Malaysia jadi pendirian politik
KUALALUMPUR: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) bersetuju gagasan 1Malaysiaditerjemahkan sebagai pendirian politik bagi membentuk sentimen dalamnegara yang tidak terarah kepada pendirian ekstrem atau keterlaluan.





Hari pengundian 25 Ogos
PUTRAJAYA 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhpenamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, Pulau Pinang pada 17 Ogos ini manakala hari pengundian pada 25Ogos.

BN bincang pilihan raya
KUALALUMPUR 10 Ogos – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari inimembincangkan persiapan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pas kemuka beberapa calon
PULAU PINANG 10 Ogos - Pas negeri mengemukakan beberapa nama kepada PasPusat untuk memilih calon parti itu yang akan bertanding pada PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Pondok panas: SPR tidak lagi tolak ansur
PUTRAJAYA 10 Ogos – Tiada lagi tolak ansur! Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) bertegas akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan merayu undi danmembuka pondok-pondok panas pada hari pengundian Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, 25 Ogos ini.

Setuju Pas keluar pakatan pembangkang
KUALALUMPUR 10 Ogos - Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang keranaperjuangannya lebih mulia dan bermaruah jika berada di luar pakatanitu.

Pembangkang tak boleh mentadbir
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Pakatan pembangkang tidak boleh memerintahnegara kerana mereka mempunyai pendapat bertentangan dalam banyak isu,kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.










Rakyat kesal tulisan kecam Sultan Perak
SUNGAISIPUT: Orang Melayu Perak rasa kurang selesa dan tersinggung dengantulisan dalam blog seorang pemimpin politik pembangkang yang dikatakanmenghina Islam dan mencerca institusi Kesultanan Perak.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini,manakala penamaan calon pada 17 Ogos.

Komponen BN ikrar kerja satu pasukan
KUALALUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) berikrar untukbekerja dalam satu pasukan bagi memastikan kemenangan parti itu padadalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Umno Pulau Pinang siap sedia perkukuh jentera parti
GEORGETOWN:Jentera pilihan raya Umno Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapipilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir walaupunsebahagian tempoh berkempen jatuh pada Ramadan.

Pas umum calon bertanding Jumaat
KUALALUMPUR: Pas akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Jumaat ini.

Tentang pengkhianat bangsa Melayu: TPM
KUALALUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pertubuhan yang menjagakepentingan orang Melayu menentang habis-habisan penderhaka danpengkhianat yang secara terang-terangan mahu mencabul hak sertakepentingan bangsa Melayu untuk menjayakan politik peribadi.

70 NGO sokong Muhyiddin
KUALALUMPUR: Kira-kira 1,000 orang mewakili 70 pertubuhan bukan kerajaan(NGO) berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Umno di sini bagi menyatakansokongan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinyang melabel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaipengkhianat bangsa Melayu.

Teng desak SPRM dedah hasil siasatan dakwaan
SHAHALAM: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim, mendesakSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan hasilsiasatan dakwaan beliau salah guna peruntukan kerajaan negeri dalamtempoh dua minggu.

Gesaan Anwar ditahan ISA isu khianati orang Melayu
KUALALUMPUR: Kerajaan digesa mengenakan tindakan tegas terhadap Datuk SeriAnwar Ibrahim termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) keranakesalahannya mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.

Tuntutan RM1b tak munasabah
PUTRAJAYA: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) akan membuat laporan polis hari iniberhubung tuntutan tidak munasabah, percanggahan atau penipuanberjumlah antara RM500 juta hingga RM1 bilion oleh syarikat pemajuutama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

BN boleh menang jika beri khidmat terbaik, tunai janji: Dr Mahathir
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Barisan Nasional (BN) akanmeraih kejayaan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 jika partipemerintah itu berkhidmat dengan penuh bertanggungjawab dan menunaikansegala janjinya kepada rakyat.






Tompokan bukan kesan darah - Gobind Singh
SHAH ALAM 10 Ogos - Tompokan seakan-akan darah yang dijumpai dibahagian tangga kecemasan tingkat 14 dan 15, pejabat SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam disahkanbukan kesan darah.

3 forensik bebas bantu inkues
SHAHALAM 10 Ogos - Tiga pakar forensik bebas termasuk dua dari Thailanddibawa khas bagi membantu pakar-pakar dari Jabatan Kimia Malaysia danJabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengumpul sertamenganalisis bukti-bukti baru berkaitan kematian Teoh Beng Hock.

Inkues Teoh Beng Hock: Pakar forensik sahkan tompokan bukan darah
SHAHALAM: Pemeriksaan awal pakar forensik dan ahli kimia terhadap kesantompokan di kawasan tangga kecemasan antara tingkat 14 dan 15 yangmenempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diPlaza Masalam di sini, yang sebelum ini dipercayai kesan darah,sebenarnya mungkin bahan antikarat.

No comments: