Thursday, August 27, 2009

POLITIK : RABU 26 OGOS 2009

Kerajaan yakin SPRM – PM
PUTRAJAYA25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pihak tertentu janganmenjadikan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)sebagai mainan politik atau sentimen mereka.

Beng Hock buat banyak tuntutan
SHAHALAM 25 Ogos – Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hocksebenarnya telah membuat banyak tuntutan menggunakan peruntukan yangdiberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara bulan Mac2008 dan Julai lalu.


Perhimpunan bantah kuil
SHAHALAM 25 Ogos – Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 bersama-samaGabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GBPBKM) akanmengadakan perhimpunan besar-besaran pada Jumaat ini di hadapanBangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah keputusanpembinaan kuil di kawasan itu.

Anwar nafi jumpa Najib
BUKITMERTAJAM 25 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmenafikan laporan bahawa beliau ada mengadakan pertemuan rahsia denganPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Royalti minyak:Terengganu tarik balik saman
KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Kerajaan Terengganu akan menarik balik samanterhadap Kerajaan Persekutuan berhubung isu wang royalti minyak selepasrundingan mengenai beberapa perkara berkaitan selesai, kata MenteriBesar, Datuk Ahmad Said.





Ada faktor sumbang kekalahan
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengakui terdapat faktor tertentu menyumbang kepada kekalahan BarisanNasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN)Permatang Pasir.


Barisan Nasional tidak patah semangat
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat BarisanNasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagimeraih sokongan rakyat.

Pas kekal kedudukan kerusi di Permatang Pasir
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Pas mengekalkan kedudukannya di kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd. SallehMan, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti4,551 undi.

Salleh Man akhirnya berjaya
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Wakil rakyat Permatang Pasir, Mohd. SallehMan, 52, menarik nafas lega setelah cubaan kali ketujuh bertandingdalam pilihan raya membuahkan hasil.

Putihkan daftar pemilih
BUKITMERTAJAM 25 Ogos - Timbalan Perdana Menteri mahu Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) menggerakkan proses pemutihan daftar pemilih untukmengelakkan wujudnya pengundi hantu seperti yang heboh diperkatakanpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir disini.

Ambil tindakan tegas parti ingkar arahan - Hisham
PUTRAJAYA 25 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan tegas keatas parti politik yang mengingkari arahan dengan meraih undi semasahari pembuangan undi.

Proses pengundian DUN Permatang Pasir lancar
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Seramai 20,290 pengundi berdaftar di kawasanDewan Undangan Negeri (DUN) menunaikan tanggungjawab masing-masingmemilih wakil rakyat yang baru sebaik sahaja lapan pusat pembuanganundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Polis terima dua laporan penyokong BN dipukul
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Polis menerima dua laporan berasinganberhubung insiden dakwaan penyokong Barisan Nasional (BN) dipukuldengan objek keras oleh penyokong Pas di Bukit Indera Muda di PermatangPauh di sini hari ini.

Pertikai perlembagaan, hak Melayu
KUALALUMPUR 25 Ogos – Beberapa tokoh akademik yakin tindakan pemimpinpembangkang terutama DAP mempertikaikan Perlembagaan Negara termasukhak-hak istimewa orang Melayu menjadi punca utama ramai wakil rakyatpembangkang keluar parti.

Zulkifli pertahan Mohd. Radzhi
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan pakatannyadiminta menghentikan pelbagai tuduhan liar terhadap Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh ekoran tindakannya keluarparti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pembangkang tunggu keputusan Sultan Kedah
ALOR SETAR 25 Ogos - Pakatan pembangkang tidak akan membincangkanmengenai calon pengganti Mohd. Radzhi Salleh sebagai Exco kerajaannegeri sehingga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shahmemutuskan mengenai status jawatan itu.

Masalah peribadi punca Radzhi keluar parti - DAP
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giawmenjelaskan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. RadzhiSalleh keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan pergolakanhidup beliau sendiri.

Desak gantung tugas Presiden MCA
IPOH 25 Ogos – Lima bahagian MCA di Perak mendesak JawatankuasaDisiplin MCA menggantung tugas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiatserta merta.

Rakyat nilai sendiri - Speaker
IPOH 25 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R.Ganesan tidak berhajat mencabar pihak pembangkang ke mahkamah yangjelas sekali tersilap dalam isu tarikh sebenar pelepasan jawatannyasebagai peguam.








Pas kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man menewaskan Rohaizat Othman dariBarisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,551 undi pada pilihan rayakecil DUN itu semalam.

BN akan teliti faktor kekalahan: Najib
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sudahmencuba dengan baik dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteriberkata, mungkin ada faktor-faktor tertentu perlu diambil kira oleh BNberikutan keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Pas.

Penyokong Pas belasah 3 ahli BN
BUKITMERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, tercemar berikutan tindakan agresif penyokong Pas yangmembelasah dan membaling batu tiga penyokong Barisan Nasional (BN) dipusat mengundi Bukit Indera Muda dan Kubang Semang di sini, semalam.

Rakyat risau masa depan politik negara
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat maklumbalas daripada sebahagian besar masyarakat yang meluahkan kebimbanganterhadap masa depan politik negara kerana diganggu gugat oleh partipembangkang.

SPR bincang isu Adun Kota Seputeh minggu depan
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat minggu depan bagimembincangkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh,Datuk Abu Hassan Sarif, yang diarah mengosongkan kerusinya selepasdidakwa mengingkari Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan NegeriKedah.

Majlis agama Islam negeri tidak ikut jejak Selangor
KUALALUMPUR: Kebanyakan pihak berkuasa agama negeri tidak berhasrat mengikutjejak Selangor yang memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk menahantanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan meminum arak.

Pemimpin Pas diingat usah campur urusan Jais
SHAHALAM: Kebenaran pegawai masjid menahan orang Islam yang melakukankesalahan membabitkan minuman keras atau tidak berpuasa sepanjangRamadan diharap tidak hanya menjadi retorik politik semata-mata.










Kes Pekeliling: Kerajaan Selangor diarah fail afidavit balasan
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan kerajaan negeriSelangor memfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadappermohonan difailkan Peguam Negara, bagi mengisytiharkan pekelilingyang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberi kenyataankepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas waktupejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Arah siasat dokumen, rakaman
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini mengarahkan agarrakaman percakapan Teoh Beng Hock dan empat dokumen yang dijumpai dalamkomputer ribanya disiasat bagi mengetahui sejauh mana ia berkait denganpunca kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

Koroner tegur Gobind
SHAH ALAM 25 Ogos - Setelah semua 'elemen jenaka' dibawa masuk ke dalamprosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock termasuklah 'mahkamahkanggaru', Koroner Azmil Muntapha Abas (gambar) menegur peguam GobindSingh Deo supaya menyoal saksi dengan cara yang lebih berhemah.


Kes tuntutan mutaah RM3 juta terhadap ADUN Melor ditangguh
KOTA BHARU 25 Ogos - Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yangdikemukakan oleh bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melor, Wan Ismail Wan Jusoh ditangguhkan sehingga 3 Disember ini olehMahkamah Tinggi Syariah di sini berikutan Hakim Syarie, Abdullah Mancuti kecemasan hari ini.

Cubaan bakar kenderaan SPRM: Polis temui petunjuk baru
SHAH ALAM 25 Ogos - Polis menemui beberapa petunjuk baru berhubungsiasatan kes kenderaan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) cawangan Klang dilempar bom petrol, 20 Ogos lalu.

SPRM bukan 'mainan' politik
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bukan institusi yang boleh dijadikan �permainan� untukberpolitik kerana ia memberi kesan negatif kepada sebuah badan pentingmencegah rasuah di negara ini.

Inkues Teoh Beng Hock: Teori Teoh takut untuk balik rumah
SHAHALAM: Peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, pihaknya akanmengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan teori Teoh Beng Hockberada dalam keadaan takut untuk berdepan dengan realiti, sebelumkematiannya.

Selangor diperintah fail afidavit isu SPRM
SHAHALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, memerintahkan kerajaan Selangormemfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadap permohonandifailkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi mengisytiharkanpekeliling yang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberikenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepaswaktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Polis jangka selesai kes baling bom api kenderaan SPRM
SHAHALAM: Dalang di sebalik kejadian kenderaan pacuan empat rodaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dibaling bom api,Khamis lalu, dijangka diketahui tidak lama lagi berikutan polis menemuipetunjuk baru.

Tuntutan mutaah Adun Melor ditangguh lagi
KOTABHARU: Janda muda, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, semalam, melahirkanrasa tertekan apabila perbicaraan kes tuntutan mutaah berjumlah RM3juta yang difailkan terhadap bekas suami yang juga Ahli Dewan UndanganNegeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 54, ditunda buat kali kedua,semalam.

No comments: