Tuesday, May 19, 2009

Isu Perak: BN sedia berunding selepas keputusan mahkamah

Isu Perak: BN sedia berunding selepas keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 18 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan pakatan pembangkang berhubung kemelut di Perak tetapi ia akan dilakukan selepas mahkamah membuat keputusan.

Beliau berkata, pada peringkat ini masing-masing harus menghormati keputusan sedia ada tanpa membuat sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekacauan serta menjejaskan ketenteraman awam.

‘‘Buat masa ini kita belum lagi berunding dengan pihak pembangkang kerana kita perlu tentukan kedudukan kes ini di sisi undang-undang. Kes ini mesti disahkan oleh mahkamah terlebih dahulu.

‘‘Oleh itu saya minta semua menghormati proses undang-undang dan masing-masing tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kekacauan dan sekali gus boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahawa pembangkang tidak harus menetapkan sebarang syarat bagi mengadakan pertemuan tersebut.

Menjawab satu soalan lain, Najib berkata, terpulang kepada BN Perak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, beliau menjelaskan tidak ada isu berbangkit berhubung dengan jaminan kerajaan sebanyak RM5 bilion kepada pihak Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

‘‘Ini bukan dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk jaminan kerajaan. Kita (Kerajaan Pusat) merupakan rakan kongsi dengan kerajaan negeri.

‘‘Secara umumnya kita membuat jaminan, ini bukan hanya setakat RM5 bilion tetapi RM11 bilion. Kita mahu TIA membuat pelaburan di seluruh negara dan bukan hanya di Terengganu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dengan cara tersebut ia boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara selain mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).

Hasil daripada kerjasama itu, katanya, pihak Kerajaan Pusat akan memperoleh 10 peratus daripada keuntungan keseluruhan yang diperoleh TIA.





Rundingan kemelut politik Perak dibuat hanya selepas proses mahkamah selesai


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebarang rundingan dengan pembangkang bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak hanya akan dilakukan selepas proses mahkamah selesai.

Perdana Menteri berkata, semua pihak harus menghormati undang-undang dan tidak mendahului proses mahkamah dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

“Isu Perak masih dalam proses mahkamah, oleh itu kita seharusnya menghormati dan mendengar keputusan mahkamah berhubung perkara itu.

“Kalau kita hendak berunding dengan pembangkang, kita mesti tentukan kedudukan (semua pihak) di sisi undang-undang, barulah kita boleh berunding,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) selama lebih dua jam di Menara Datuk Onn di sini, semalam.

Najib berkata demikian ketika ditanya wartawan, bilakah rundingan antara BN dan Pakatan Rakyat akan dimulakan.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Pakatan Rakyat bersedia bekerjasama dengan BN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Berhubung sama ada BN akan melakukan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, Najib berkata, ia terpulang kepada BN Perak.

“Kerajaan Perak akan putuskan sama ada isu itu (undi tidak percaya) dan mereka juga akan berbincang dengan Sultan Perak bagi memanggil sidang tergempar untuk undi tidak percaya itu,” katanya.

Berhubung isu membabitkan Parti Progresif Penduduk (PPP), Perdana Menteri berkata, ia tidak dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN kerana ia masalah dalaman parti itu.

Sementara itu, Najib menafikan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) menggunakan wang dana jamin dalam rancangannya untuk menambah pelaburan berjumlah RM5 bilion dari pasaran saham minggu ini.

“Ia bukan wang tetapi jaminan kerajaan pusat. Menerusi kerjasama pintar antara kerajaan Pusat dan Terengganu, kerajaan mem-benarkan suntikan tambahan RM5 bilion untuk dilaburkan.

“Bukan saja di Terengganu, tetapi di seluruh negara. Ia akan memacu ekonomi negara dan membantu menarik pelaburan langsung asing berjumlah RM11 bilion.

“Kerajaan Pusat akan mendapat manfaat sehingga 10 peratus daripada keuntungan dari setiap negeri menerusi kerjasama pintar ini. Ia adalah keputusan pintar menerusi kerjasama dengan Terengganu” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Halmi berkata, TIA bercadang meningkatkan pelaburannya sebanyak RM5 bilion.

Katanya, agensi itu sudah mengenal pasti beberapa kerjasama strategik segera dan menerusi rancangan itu TIA akan mewujudkan pasukan dengan `dana kekayaan’ dalam projek pelancongan, tenaga dan sektor pertanian.

Perbadanan Menteri Besar Terengganu (MB Inc) memiliki pegangan 100 peratus saham biasa TIA dengan Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc) memiliki satu saham utama dan saham utama berasingan dalam TIA dikeluarkan oleh Yayasan TIA.

‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran’

‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran’

KUALA LUMPUR 18 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pertubuhan haram Hindraf mengugut akan menganjurkan protes jalanan bulan depan sekiranya larangan terhadap P. Uthayakumar untuk bertemu Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

‘‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada siapa berhak beri kata dua – PM

Tiada siapa berhak beri kata dua – PM

KUALA LUMPUR 18 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada sesiapapun di negara ini yang berhak memberi kata dua kepada kerajaan termasuk pertubuhan haram Hindraf.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin pertubuhan itu, P. Uthayakumar supaya mematuhi proses undang-undang negara yang telah ditetapkan ke atasnya.

‘‘Kita sudah membuktikan kerajaan ini kerajaan bertimbang rasa. Bukanlah kerajaan yang zalim atau kerajaan yang mahu menekan mana-mana pihak asalkan ia menghormati undang-undang negara.

‘‘Kita juga akan menguatkuasakan undang-undang dengan cara paling berhemah,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kata dua yang diberi Hindraf terhadap kerajaan sama ada menarik balik arahan supaya Uthayakumar membuat laporan kepada Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok atau berdepan dengan protes jalanan Hindraf.

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy yang juga adik kepada Uthayakumar seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Uthayakumar pernah ditahan bersama beberapa lagi pemimpin Hindraf di bawah ISA pada Disember 2007. Beliau kemudiannya dibebaskan pada 9 Mei lalu bersama dua lagi pemimpin Hindraf, M. Manoharan dan K. Vasantha Kumar.

Pada awal April lalu, dua lagi pemimpin Hindraf yang juga peguam pertubuhan haram itu telah dibebaskan iaitu R. Kenghadharan dan V. Ganabatirau.

Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak tegas sekiranya Uthayakumar dan Hindraf tetap berdegil melanggar arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Najib berkata: ‘‘Itu nantilah dulu. Kita tak tahu lagi. Tengoklah dulu’’.

Mengenai kemelut Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas dan bekas Ketua Pemuda parti itu, Senator Datuk T. Murugiah, Najib berkata, perkara itu tidak dibincangkan kerana ia masalah dalaman parti tersebut.

Dr Chua ketua penyelaras BN

Dr Chua ketua penyelaras BN
Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dilantik sebagai Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) di negeri yang dikuasai pembangkang.

Pelantikan bekas Menteri Kesihatan itu, diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib berkata, jawatan yang baru diwujudkan itu bertujuan memberi tumpuan kepada negeri yang tidak dikuasai BN.

“Dewan Tertinggi juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN, bagaimanapun penyandang akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang.

“Selain itu, Puteri BN akan diwujudkan secara rasmi dan semua parti komponen akan ambil tindakan susulan mengikut cara masing-masing untuk menubuhkan sayap berkenaan. Ketua Puteri BN juga secara rasmi dijemput untuk menghadiri mesyuarat BN,” katanya.

Najib juga mengumumkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung BN, manakala Bendahari ialah Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari Umno.

Bagaimanapun, katanya, pelantikan Pengerusi BN di peringkat bahagian pula akan ditetapkan pada masa terdekat.

Beliau juga menyenaraikan pelantikan Pengerusi BN negeri termasuk beliau di Selangor,

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah); Datuk Mustapa Mohamad (Kelantan); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Terengganu) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Pulau Pinang).

Selain itu, katanya, BN di Perlis, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah dan Sarawak pula akan dipengerusikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri masing-masing.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada ugutan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) supaya pemimpinnya, P Utahayakumar tidak dihadapkan ke lembaga penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tiada sesiapa boleh memberi kata dua kepada kerajaan dan setiap pihak perlu hormati undang-undang.

“Kita sudah buktikan kerajaan sekarang adalah kerajaan bertimbang rasa dan tidak zalim atau menekan mana-mana pihak.

“Jika beliau (Hindraf) menghormati undang-undang, kerajaan juga akan menguatkuasa undang-undang dengan cara paling berhemah,” katanya.

Sebelum ini Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dilaporkan memberi kata dua kepada kerajaan supaya menarik balik arahan kepada abangnya, Uthayakumar, supaya bertemu dengan lembaga penasihat ISA.

Waythamoorthy yang tinggal di London mengeluarkan ugutan yang Hindraf akan melakukan perhimpunan jalanan di seluruh negara pada bulan depan.

Monday, May 18, 2009

POLITIK : ISNIN 18 MEI 2009

Politik wang mungkin ada - Nik Aziz
KOTABHARU 17 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidakmenolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelangpemilihan agung bulan depan.

'Kalau anak jantan beri saya tanding Presiden'
BENTONG 17 Mei - "Kalau anak jantan beri saya bertanding jawatanPresiden pada pemilihan parti bulan hadapan, jangan main taktik kotor,biar ahli parti yang tentukan siapa yang layak''.




Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas
KUALALUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliautidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakanterhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu



Zambry sedia terima keputusan
MANJUNG 17 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidakakan mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, Khamis inisekiranya keputusan itu tidak memihak kepadanya.



Pindaan perlembagaan UMNO hampir siap
MUAR 17 Mei - Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO yang antaranyamembabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahanterhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda dijangka siap dalam tempoh satuatau dua minggu ini.

Gerakan besar-besaran mantapkan semangat juang ahli UMNO
MUAR 17 Mei - UMNO akan melancarkan gerakan besar-besaran untukmemantapkan semangat juang dan gerak kerja ahli-ahlinya denganmenganjurkan kursus latihan di seluruh negara.

Image
Kembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO
TAMPIN 17 Mei – Semua ahli UMNO diminta mempertingkatkan usahamengembalikan keyakinan rakyat khususnya kaum Melayu terhadap parti.

Pemuda UMNO laksana program baru dekati generasi muda
MELAKA 17 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO akan memperkenalkan program danaktiviti baru yang lebih relevan kepada generasi muda dalam usahamengajak mereka mendekati parti itu.

Tindakan Anwar perkara remeh
SEPANG 17 Mei - Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ( gambar ) menyifatkantindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim mahu memfailkan saman fitnah ke atasnya sebagai satu perkarayang remeh dan tidak perlu dilayan.

Rohaizat calon BN di Penanti?
KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang peguam, Rohaizat Othman disebut-sebutcalon pilihan utama sekiranya mesyuarat Dewan Tertinggi BarisanNasional (BN) esok membuat keputusan untuk bertanding dalam PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

UMNO perlu bersatu hadapi pembangkang
MANJUNG 17 Mei - Ahli-ahli UMNO di negeri ini dinasihatkan supayamembuang sikap suka berpuak-puak dan kembali bersatu bagi menghadapiserangan pembangkang demi mengukuhkan perpaduan kaum Melayu.

Jentera tempatan digerakkan jika BN tanding DUN Penanti
BUKIT MERTAJAM 17 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi berkata, UMNO Pulau Pinang akan menggerakkan jentera pilihanraya yang dianggotai penduduk tempatan jika mesyuarat Dewan TertinggiBarisan Nasional (BN) esok mengambil keputusan meletakkan calon padaPilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei ini.

Minoriti tidak boleh minta bubar DUN
KUALA KANGSAR 17 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak bolehdibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru atas permintaanminoriti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri MohamedNazri Abdul Aziz.

Kuasai media interaktif yang kini jadi pilihan golongan belia
PONTIAN 17 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO meminta ahlinya menguasai mediainteraktif yang kini menjadi pilihan golongan muda berbanding mediaelektronik dan arus perdana.

Rasuah: Pas tidak terkecuali
MUAR 17 Mei - Dakwaan rasuah yang berlaku dalam Pas menunjukkan partiitu juga tidak terkecuali daripada gejala terkutuk tersebut, kataTimbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal
KOTA BHARU 17 Mei -- Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, SenatorDatuk Ahmad Rusli Iberahim mempersoalkan motif pendedahan Ketua DewanUlama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelangpemilihan dalam parti itu.

Abdul Hadi diperlukan terus terajui
KOTA BHARU 17 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matberkata, kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presidenparti itu tanpa bertanding amat tepat.

Murugiah ditawar sertai MIC
BENTONG 17 Mei – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SenatorDatuk T. Murugiah yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP)mengaku telah ditawarkan oleh MIC untuk menyertai parti tersebut bagimeneruskan perjuangan politiknya.

Penafian Husam tidak redakan isu pro-Anwar
KUALALUMPUR 17 Mei - Isu kewujudan pemimpin pro-Anwar dalam Pas tidak akanreda walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa menafikanbeliau adalah salah seorang daripadanya.




Desak bubar DUN Perak muslihat kempen Husam
KUALALUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa cuba mempergunakan AhliParlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Presiden MCA,Datuk Seri Dr Chua Soi Lek demi kepentingan politiknya menjelangMuktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Tolak calon terbabit politik wang: Nik Aziz
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu perwakilanparti itu menolak mana-mana pemimpin yang memberi sogokan, termasukwang kepada mereka, dalam usaha meraih sokongan pada Muktamar TahunanPas, bulan depan.

Elak krisis dalaman BN: Zahid
BUKITMERTAJAM: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dimintamenghentikan perbalahan dalaman parti masing-masing dan menumpukanusaha kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Parti laksana program gerak kerja pulih sokongan
MUAR:Umno akan mengadakan program gerak kerja besar-besaran di seluruhmembabitkan kepemimpinan peringkat tinggi hingga ke peringkat cawangandengan mengikuti modul latihan tertentu bagi mendapatkan kembalisokongan padu rakyat semua kaum kepada parti itu dan Barisan Nasional(BN).

Umno tunggu maklum balas ahli
MUAR:Rangka draf pindaan Perlembagaan Umno yang membabitkan perubahanperaturan dalaman, termasuk sistem kuota dan pemilihan parti sudahhampir siap dan akan diedarkan kepada semua badan perhubungan Umnonegeri dalam tempoh terdekat

'Kalau anak jantan beri saya tanding Presiden'

'Kalau anak jantan beri saya tanding Presiden'

BENTONG 17 Mei - "Kalau anak jantan beri saya bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti bulan hadapan, jangan main taktik kotor, biar ahli parti yang tentukan siapa yang layak''.

Demikian tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang mencabar Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas memberinya ruang untuk bertanding jawatan tersebut demi menyelamatkan parti daripada terus rosak.

Bekas Ketua Pemuda PPP itu berkata, beliau masih ahli parti yang sah dan layak bertanding berikutan pemecatannya adalah salah kerana tidak mengikuti peruntukan perlembagaan parti dan peraturan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

"Kesabaran manusia ada tahapnya. Begitu juga saya, saya tidak takut terhadap sebarang ugutan. Usahkan peluru malah meriam sekalipun saya tidak gentar kerana saya tahu tuhan bersama orang yang benar," katanya yang pertama kali membuat kenyataan terbuka selepas krisis antaranya dan Kayveas meletus kira-kira dua minggu lalu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perniagaan Kecil, Agro-tani dan Francais di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, Pahang di sini hari ini.

Semalam, Lembaga Disiplin PPP memecat tujuh ahlinya termasuk Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Sementara itu, Murugiah juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menggantung sementara tugas Kayveas sehingga krisis dalaman PPP diselesaikan.

"Saya sudah terangkan secara terperinci masalah dalaman yang melanda PPP kepada Perdana Menteri dan saya yakin beliau akan membuat yang terbaik demi kebaikan ahli PPP dan BN," katanya.

Tindakan itu, jelasnya, amat perlu bagi menjaga kepentingan ahli PPP dan BN serta untuk menghalang ahli keluar daripada parti bagi menyertai pembangkang kerana kecewa apabila nasib mereka tidak terbela.

"Mengikut perlembagaan BN, ahli parti tidak boleh membawa sebarang kes ke mahkamah. Ia perlu diselesaikan pada peringkat dalaman, tetapi yang menjadi masalah selagi Presiden 'kuku besi' masih ada dan kekal berkuasa, selama itulah ahli tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta ROS memainkan peranan menyiasat krisis pengurusan dan pentadbiran PPP yang amat teruk dan kritikal hingga berlaku banyak penyelewengan dalaman.

"Terlalu banyak masalah, sejak Kayveas ambil alih langsung tiada pemilihan, AMT juga dipilih berdasarkan kroni. Bekas bendahari juga mengaku tidak pernah menandatangani sebarang cek. Semua diluluskan oleh Kayveas bersama kroni-kroninya.

"Ini bukan parti individu tetapi milik rakyat Malaysia. Malah sejak 16 tahun lalu juga dalam Mesyuarat Agung Tahunan langsung tidak pernah dibentangkan laporan kewangan. Kalau ada ahli yang bertanya, dia akan dipecat atau dikenakan tindakan disiplin," katanya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa ROS ke mahkamah sekiranya PPP masih dibenarkan mengadakan mesyuarat agung tahunan bulan depan berdasarkan pada begitu banyak masalah dan penyelewengan dalaman belum diselesaikan.

Tegas Murugiah, Kayveas tidak boleh 'disimpan' lebih lama dalam Barisan Nasional (BN) kerana sikapnya suka menikam ahli komponen parti itu dan jika dikekalkan, beliau akan membawa bencana besar kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Minoriti tidak boleh minta bubar DUN

Minoriti tidak boleh minta bubar DUN

KUALA KANGSAR 17 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru atas permintaan minoriti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurutnya, ini ekoran Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hanya meminta untuk membubarkan DUN apabila beliau tidak lagi mempunyai majoriti, tetapi tidak berbuat demikian semasa mempunyai majoriti dalam Dewan.

‘‘Sultan Perak tidak boleh membubarkan DUN atas permintaan minoriti kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

‘‘Perdana Menteri pun semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan membubarkan Parlimen, beliau mewakili suara majoriti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati dekat sini hari ini.

Lawak sungguh ler Nazri ni. Dah terang2 kata yg boleh minta bubar DUN, pusing2 pasal manoriti pula. Habis tu buat apa peruntukkan, selepas ada usul undi tak percaya MB yg kena usul tu ler yg minta dibubarkan, kalau tak buat apa minta bubarkan DUN kalau yg minta tu kena pihak yg majoriti?

'Desak bubar DUN Perak muslihat kempen Husam'

'Desak bubar DUN Perak muslihat kempen Husam'


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa cuba mempergunakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek demi kepentingan politiknya menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata tindakan Husam yang mahu dua tokoh Barisan Nasional (BN) itu menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak wajar.

"Bagi saya usaha ini ada agenda politiknya di tengah kekalutan berlaku di Perak untuk meraih simpati serta mendapatkan perhatian, malah beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perkara ini.

"Kemelut politik di Perak tidak perlu kepada campur tangan mana-mana pihak, ia adalah kuasa Sultan Perak. Dalam soal ini kita perlu biarkan Sultan dan mahkamah membuat keputusan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Husam yang mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaliegh dan bercadang untuk bertemu Dr Chua bagi menasihati Perdana Menteri.

Sebelum ini, Husam yang turut dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada muktamar bulan depan, turut mendakwa ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno akan melompat parti dalam masa terdekat ini, namun sehingga kini apa yang didakwanya itu tidak berlaku .

Dr Ahmad Atory berpendapat, sekiranya Husam terus mengeluarkan kenyataan bersifat kontroversi, beliau dilihat lebih kepada usaha untuk meraih undi perwakilan pada muktamar akan datang.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Shamsuddin Abd Rahman, berkata tindakan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan apabila kerajaan pemerintahan mereka tidak mampu bertahan lama.

"Undi tidak percaya adalah penyelesaian kepada kemelut politik di Perak, biar pun Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar, dengan syarat semua Adun BN termasuk tiga Adun lompat parti tidak digantung daripada Sidang Dewan," katanya.

Inilah masalah penyokong UMNO, mereka hanya boleh menyatakan BN ada majoriti di DUN PERAK tetapi tak sedar yg kesalahan yg mereka buat ialah dengan tidak membuat usul undi tidak percaya. Hanya dengan kesilapan ini sahaja, kemelut terus berlaku di PERAK. Kalau dr dulu lagi cerdik, kemelut ini tidak akan berlaku. Hujah ler macam mana pon, kalau dah langgar dan tak ikut peraturan terima sahajalah musibahnya

Rohaizat calon BN di Penanti?

Rohaizat calon BN di Penanti?

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang peguam, Rohaizat Othman disebut-sebut calon pilihan utama sekiranya mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esok membuat keputusan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menjadi pilihan kerana dianggap paling layak menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman, 56, yang merupakan bekas Prof. Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM).

Rohaizat, 38, adalah seorang profesional dan mempunyai asas pengetahuan agama kerana pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sekolah Menengah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang.

Selain itu, dua lagi nama yang dikatakan turut diserahkan untuk pertimbangan kepimpinan tertinggi BN ialah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan timbalannya, Datuk Nasir Abdullah - kedua-duanya ahli perniagaan.

Abdul Jalil pernah bertanding di kawasan berkenaan tetapi kalah kepada calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dengan majoriti 2,219 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran pengumuman Mohammad Fairus untuk meletak jawatan pada 16 April lalu, dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei ini dan jika ada pertandingan, hari mengundi pada 31 Mei.

Kawasan pilihan raya itu mempunyai 15,384 pengundi terdiri daripada 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.39 peratus (India) dan 0.71 peratus (lain-lain bangsa).

Turut dijangka bertanding pada pilihan raya kecil itu ialah bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, sebagai calon Bebas.

Sementara itu di PULAU PINANG, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon BN yang akan bertanding di Penanti adalah merupakan anak tempatan di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menjelaskan, calon berkenaan juga adalah pemimpin tempatan, seorang profesional, berusia muda dan boleh diterima oleh kalangan masyarakat tanpa mengira umur.

''Siapakah calon itu? Dia dekat di hati saya dan pastinya lebih muda usianya daripada saya," katanya pada sidang akhbar selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Telok Wang, Penanti di sini hari ini.

Tindakan Anwar perkara remeh

Tindakan Anwar perkara remeh

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


SEPANG 17 Mei - Menteri Luar, Datuk Anifah Aman (gambar) menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memfailkan saman fitnah ke atasnya sebagai satu perkara yang remeh dan tidak perlu dilayan.

Menurutnya, sebagai anggota Kabinet, beliau mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan bagi mengatasi krisis ekonomi global kini.

''Saya tidak ada masalah untuk menghadapinya (tindakan saman fitnah), tetapi saya ingat itu perkara remeh kerana saya ada banyak perkara lain lebih penting.

''Sebagai Menteri Luar, saya ada perkara yang perlu dilihat dan diatasi, dan Anwar itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan," katanya pada sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amerika Syarikat hari ini.

Beliau mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton selama dua hari bermula 14 Mei lalu.

Memetik laporan Bernama semalam, Anwar menafikan kenyataan Anifah di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai 'umpan' untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Peguam S. N. Nair yang mewakili Anwar berkata, anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya Menteri Luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Hillary di Washington Khamis lalu, Anifah berkata, beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar.

Bagaimanapun, Anifah berkata, beliau mempertahankan kenyataan yang dibuatnya di Washington itu.

''Anwar sendiri mengakui ada menghubungi saya sekali dan fikir-fikir sahajalah apa sebab dia menghubungi saya dalam telefon.

''Adakah beliau telefon saya sekadar untuk bertanya hello," katanya.

Abdul Hadi diperlukan terus terajui

Abdul Hadi diperlukan terus terajui

KOTA BHARU 17 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden parti itu tanpa bertanding amat tepat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai pengalaman luas dan ilmu yang tinggi untuk terus membimbing parti dalam perjuangan menegakkan Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Nik Aziz meminta ahli-ahli parti terus mempertahankan Abdul Hadi sebagai presiden selagi beliau sihat dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Beliau ada pengalaman luas bukan saja dalam negeri malah bersama-sama dengan pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia, payah untuk cari orang seperti ini kecuali beliau sahaja.

“Selagi beliau sihat, kita akan terima beliau untuk terus memimpin Pas dan kalau ada salah sikit kita pakat-pakat tegur sama juga dengan saya, cuma kalau hendak tegur saya, kena ada fakta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Abdul Hadi sah mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Abdul Hadi mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2003 itu selepas menerima pencalonan daripada 136 Pas kawasan.

Keseluruhannya Pas mempunyai 176 kawasan namun hanya 137 kawasan selesai bermesyuarat sebelum tarikh akhir penyerahan senarai pencalonan pada 8 Mei lalu.

Politik wang mungkin ada - Nik Aziz

Politik wang mungkin ada - Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

"Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.

"Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit," katanya.

Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

"Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta," katanya.

Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin






Tolak calon terbabit politik wang: Nik Aziz
Oleh Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

Pemimpin Pas beri sogokan untuk dapat undi menjelang muktamar tahunan patut diberi pengajaran

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu perwakilan parti itu menolak mana-mana pemimpin yang memberi sogokan, termasuk wang kepada mereka, dalam usaha meraih sokongan pada Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Beliau yang masih kesal kerana tindakannya bertanding melawan ulama Pas, Husin Rahimi, sebagai Ketua Dewan Ulama sekitar 1960-an berkata, mana-mana pemimpin Pas yang memberi sogokan untuk mendapatkan undi perlu diberi pengajaran dan mereka tidak layak diberi tempat dalam barisan kepemimpinan parti itu.

"Boleh jadi ada sungguh (politik sogokan dalam Pas). Kalau ada (gejala sogokan), saya sangat dukacita kerana Pas adalah wadah kita memperjuangkan Islam yang mengharamkan rasuah.

"Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan Pas, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan).

"Selama ini, Pas berjaya menyelamatkan kalbu manusia (khusus pemimpinnya) daripada menerima rasuah meskipun ditawar wang berjuta. Mereka menolak sogokan bukan kerana takutkan polis atau pencegah rasuah tetapi kerana takwa kepada Allah," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, memberitahu demikian selepas menyerahkan tajaan kerajaan Kelantan berjumlah RM50,000 kepada sekumpulan pendaki negeri ini yang dijadualkan menakluk kemuncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, dalam ekspedisi akhir bulan ini.

Nik Abdul Aziz menyuarakan gesaan itu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, yang mendakwa politik sogokan kebendaan kini mula menular dalam Pas ekoran proses pencalonan dan pemilihan yang berlangsung dalam parti.

Beliau mengingatkan perwakilan Pas ke muktamar pemilihan tidak terpedaya hingga menjadikan diri mereka abdi kepada duit atau hadiah yang ditawarkan oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyokong langkah Dewan Harian Pas memanggil Ketua Dewan Ulama terbabit memberi penjelasan terhadap dakwaan itu.

"Kalau dakwaan itu tidak benar, saya setuju beliau dikenakan tindakan kerana kalau nak sebut depan ramai (pendedahan umum) mesti ada fakta kerana tanpa fakta ia menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat," katanya.

"Malah jika mempunyai fakta sekali pun, lebih baik kita bersemuka pihak terbabit dan memberi nasihat. Tak usah disebarkan benda ini (dakwaan) kepada masyarakat kerana dalam Islam tidak digalakkan menyebarkan benda tidak baik," katanya.

Mengulas kemenangan tanpa bertanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelang muktamar kali ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersyukur terhadap kejayaan Abdul Hadi yang terus diyakini perwakilan akar umbi walau pun ada desakan dan terjahan pihak tertentu supaya pucuk pimpinannya ditukar.

"Perwakilan Pas tahu keupayaan Tok Guru Haji Hadi, beliau sering membawa suara Islam dan Pas ke pentas dunia, sesuatu yang sukar dicari ganti. Justeru, selagi beliau sihat, kita akan terus terima kepemimpinannya. Kalau ada tersalah silap sikit, kita pakat-pakat tegur dan nasihat.

"Saya sendiri pun begitulah, saya sangat suka orang memberi teguran dengan syarat mempunyai fakta. Teguran tanpa fakta, sukar untuk saya terima," katanya yang mengakui dari awal lagi menolak daripada menerima sebarang pencalonan mencabar Abdul Hadi bagi jawatan Presiden Pas.

"Bagi diri saya, sampai kini masih rasa terkilan kerana melawan Husin. Saya terkilan hingga hari ini, kenapa melawan tok guru. Sebab itu saya serik dan perit untuk melawan sebarang jawatan dalam Pas, kalau dengan Umno, sampai bila-bila pun tak apa," katanya.

Zambry sedia terima keputusan

Zambry sedia terima keputusan

Oleh ANGELINA SINYANG
utusanperak@utusan.com.my


MANJUNG 17 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak akan mempersoalkan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, Khamis ini sekiranya keputusan itu tidak memihak kepadanya.

Beliau juga bersedia menerima hakikat sekiranya mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, parti pakatan pembangkang harus mengambil sikap yang sama jika keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

''Bagi saya, soal memihak kepada siapa tidak penting tetapi jangan ada pihak tertentu mempersoalkan proses perundangan terutama apabila keputusan Mahkamah Rayuan tidak memihak kepada mereka.

''Kita tidak mahu apabila perkara ini berlaku maka mereka (pembangkang) mengatakan mahkamah tidak adil, hakim-hakim bersikap tidak adil atau hakim bersalah dalam tindakan atau keputusannya.

''Jika keputusan sebaliknya, barulah mereka mengatakan hakim adil dan sebagainya tetapi inilah sikap ditunjukkan oleh mereka sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau tidak seharusnya dipersalahkan terhadap ketidakstabilan politik yang berlaku di Perak ketika ini.

Katanya, ini kerana bukan beliau atau BN yang memulakan proses cabar-mencabar di mahkamah sehingga menimbulkan masalah politik negeri ini.

''Rakyat harus melihat perkara ini (ketidakstabilan politik) bukan BN yang memulakan proses cabar-mencabar di mahkamah tetapi mereka (pembangkang) yang memulakan proses itu.

''Jadi adalah tanggungjawab saya sekarang mempertahankan diri dan membuktikan sebaliknya dengan menggunakan saluran undang-undang yang ada dan saya harap ia tidak menimbulkan kekeliruan kalangan rakyat," jelasnya.

Zambry berkata, rakyat sendiri boleh membuat penilaian mengenai sikap sebenar Mohammad Nizar dan konco-konconya berdasarkan rakaman video semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

Tambahnya, rakaman video itu sudah diedarkan untuk tatapan rakyat oleh pihak tertentu, malah boleh ditonton melalui Internet dan web televisyen.

Udah2 ler tu Zambry, pusing2 mana pon korang yg salah juga. Itulah tamak sangat sampai langgar semua

Rasuah: Pas tidak terkecuali

Rasuah: Pas tidak terkecuali

MUAR 17 Mei - Dakwaan rasuah yang berlaku dalam Pas menunjukkan parti itu juga tidak terkecuali daripada gejala terkutuk tersebut, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, gejala berkenaan tidak boleh dikhususkan kepada parti tertentu sahaja dan Pas diyakini akan mengambil strategi untuk tidak menggembar- gemburkan masalah tersebut kepada umum.

"Itu soal mereka dan kita tidak mahu campur tangan dalam urusan Pas tetapi kalau ada laporan tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil tindakan," katanya di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam yang mengarahkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Husam berkata, sekiranya Mohamed Daud dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Mengenai pemecatan Senator T. Murugiah dalam Parti Progresif Rakyat (PPP), Muhyiddin berkata, ia adalah urusan dalaman parti berkenaan yang tidak perlu parti lain campur tangan.

Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih molek jika PPP menjelaskan asas dan sebab berhubung langkah tindakan pemecatan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal

Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal

KOTA BHARU 17 Mei -- Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim mempersoalkan motif pendedahan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti itu.

Katanya, adalah malang sekiranya ia sekadar bersandarkan 'cakap-cakap' sedangkan kenyataan yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Ketua Dewan Ulama hanya mencetuskan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan ahli.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu sengaja dibuat dengan agenda tertentu bagi mempengaruhi proses pemilihan dalam kepimpinan parti dan cuba meletakkan kalangan tertentu sebagai sebagai sasaran tohmahan.

''Pandangan seorang pemimpin ulama menjadi rujukan dan dasar perjuangan parti keseluruhannya.

''Kita berharap pandangan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas itu berasaskan bukti yang nyata," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa Mohamed diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat berhubung ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Rabu lalu.

Dalam ucapannya, Mohamed menyentuh mengenai wujudnya gejala memberi 'hadiah' kepada perwakilan dan berharap gejala seumpama itu tidak diamalkan.

Bagaimanapun, Mohamed yang kemudiannya didesak oleh beberapa pihak bagi membuktikan perkara itu, tidak berhasrat untuk mendedahkan sesiapa kerana hanya gambaran umum berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan-rakan.

Menurut Ahmad Rusli, kenyataan seumpama itu hanya akan menjejaskan imej parti dan persepsi terhadap barisan kepimpinan sekarang dan yang akan dipilih kelak ketika parti berada pada tahap kukuh dan turut mendapat kepercayaan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

''Sebagai orang baru dalam Pas, saya melihat lontaran ini sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kejutan politik dan mungkin ada agenda tertentu yang semata-mata ingin 'mengenakan' mana-mana pihak.

''Pandangan Ketua Dewan Ulama biarlah dapat menjernihkan suasana, bukannya menimbulkan kekeliruan dan keresahan yang berpanjangan dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dan diperbesarkan," ujarnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai isu yang dicetuskan oleh Mohamed ketika tokoh itu memutuskan menarik diri daripada terus menerajui Dewan Ulama.

''Ia juga memberi gambaran seolah-olah beliau cuba 'mengetuk-ngetuk biar retak' sedangkan beliau sepatutnya memperbaiki keadaan jika wujud apa yang dikatakannya itu," ujar Ahmad Rusli.

Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas

Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.

"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamed juga mempertahankan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan bersifat tuduhan kepada sesiapa, sebaliknya lebih kepada nasihat umum terhadap ahli Pas supaya berwaspada dengan penularan gejala berkenaan.

"Tujuan saya membuat kenyataan itu ialah untuk memberi nasihat kepada semua yang menjadi perwakilan menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan supaya tidak terikut-ikut atau terbabit dengan gejala politik wang," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan mengenai pendedahan Mohamed berhubung gejala politik wang yang mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan dan memberi hadiah kepada perwakilan untuk melobi undi.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan beliau sebagai serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka yang menjejaskan imej parti.

Berikutan itu, Mohamed dijangka dihadapkan ke Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuatnya itu.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilaporkan berkata, Mohamed perlu memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

"Jika beliau gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.

Penafian Husam tidak redakan isu pro-Anwar

Penafian Husam tidak redakan isu pro-Anwar

KUALA LUMPUR 17 Mei - Isu kewujudan pemimpin pro-Anwar dalam Pas tidak akan reda walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa menafikan beliau adalah salah seorang daripadanya.

Penganalisis politik berpendapat kewujudan kumpulan berkenaan bukannya satu rahsia dan ia amat disedari oleh ahli Pas sendiri.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, penafian itu lebih bersifat untuk menenangkan keadaan menjelang muktamar Pas awal bulan depan.

Katanya, pengakuan calon Timbalan Presiden Pas itu bahawa Anwar adalah kawannya turut mengesahkan kewujudan kelompok sedemikian.

"Ini satu usaha untuk tenangkan keadaan seketika, hakikatnya ahli Pas dan orang luar yang mengikuti isu itu secara dekat tahu mengenainya.

"Walaupun ada penafian daripada pihak tertentu, ia tidak akan meredakan pertikaian yang timbul berikutan penguasaan kelompok pro-Anwar dalam Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Husam menegaskan walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut Husam, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan UMNO dan atas persamaan itu maka beliau memilih untuk berkawan dengan Anwar.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kenyataan Husam itu lebih bersifat politik dalam usahanya memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas.

Katanya, Husam sudah tentu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak di luar parti termasuklah Anwar kerana menyedari terdapat ramai ahli Pas yang tidak bersetuju dengan cara Ketua Pembangkang itu terutama di kalangan yang berpendidikan agama.

Katanya, pengaruh Anwar dalam Pas juga bukannya sesuatu yang mengejutkan kerana Penasihat PKR itu sememangnya diketahui mempunyai hubungan dengan pelbagai pihak sejak bergelar aktivis pelajar lagi.

"Dalam Pas terdapat banyak pihak, sewaktu saya membuat kajian di Kelantan dulu, ada orang Pas yang langsung tidak mahu mendengar nama Anwar, mereka ini berpendidikan sekolah pondok.

"Sekelompok lagi ialah golongan profesional, mereka ialah orang Anwar dan yang Husam ingin elakkan ialah kelompok pertama tadi," katanya.

Elak krisis dalaman BN: Zahid

Elak krisis dalaman BN: Zahid


BUKIT MERTAJAM: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan perbalahan dalaman parti masing-masing dan menumpukan usaha kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebarang perbalahan atau masalah dalaman parti perlu diselesaikan segera supaya tumpuan dapat diberikan kepada rakyat.

"Saya minta setiap parti memperbaiki kelemahan masing-masing dan menjaga kampung halaman sendiri. Janganlah kita sibuk berpolitik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Teluk Wang, di sini semalam.

Beliau berkata, pada masa sama kerjasama antara parti komponen perlu dieratkan dan jika ada sebarang masalah hubungan antara parti-parti itu, ia perlu diketepikan.

"Saya minta pemimpin parti komponen BN mengetepikan sebarang perbezaan dan masalah agar keserasian dijalin semula. Janganlah pemimpin sibuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak peduli masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana pembangkang terlalu kuat tetapi BN berada dalam keadaan lemah kerana masalah dalamannya.

Beliau yakin BN akan kembali sebagai parti yang kuat pada pilihan raya umum akan datang jika parti komponennya dapat mengukuhkan persefahaman mereka.

Bagi Pulau Pinang, katanya Umno negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen BN sekurang-kurangnya sebulan sekali dan setakat ini perjumpaan sudah diadakan dengan Gerakan dan MCA.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Umno Pulau Pinang akan menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, hujung bulan ini.

"Langkah itu berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini yang menunjukkan penduduk tempatan lebih selesa jika kempen dilakukan jentera tempatan," katanya sambil menambah keputusan bertanding itu akan diputuskan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Sunday, May 17, 2009

POLITIK : AHAD 17 MEI 2009

Abdul Hadi kekal Presiden Pas
KUALALUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah mengekalkan jawatanPresiden Pas tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untukmerebut jawatan Timbalan Presiden.

Anwar kawan saya - Husam
KUALALUMPUR 16 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan,walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhiPenasihat PKR itu.

MB Terengganu kekal
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Saidsebagai Menteri Besar.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih keranabermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidakpernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.




Image
Najib umum 3 muka baru UMNO Selangor
SHAH ALAM 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tigamuka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam BadanPerhubungan UMNO Selangor.

Pusat khidmat BN di setiap Parlimen
KUALATERENGGANU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan pusat khidmatdi setiap kawasan Parlimen bagi membolehkan masalah rakyat berbilangkaum diselesaikan bersama oleh parti-parti komponen.

Jangan jadi jaguh kaum - Hisham
BENTONG16 Mei - Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yangcuba menjadi jaguh kaum masing-masing hanya menghancurkan parti apabilamenggunakan saluran yang salah untuk mengemukakan tuntutan.

Rasuah hadiah: Mat Iraq diarah beri penjelasan
KUALALUMPUR 16 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqidiarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuaratkhas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiahkepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakinrasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakinberleluasa di negara ini.

Murugiah dipecat
KUALALUMPUR 16 Mei - Lembaga Disiplin Parti Progresif Penduduk (PPP) hariini memecat tujuh orang termasuk Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang jugaTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiahatas tuduhan melanggar perlembagaan parti.







Sedia fakta tangkis tohmahan
SHAHALAM: Umno perlu bertindak dengan menyediakan hujah dan fakta yangbetul bagi menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkanpembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Empat nama baru isi jawatan penting Perhubungan Selangor
SHAHALAM: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan empat nama baru bagimengisi jawatan penting dalam Badan Perhubungan Umno Selangor ke arahmembentuk satu pasukan padu dengan kesedaran kepentingan dan kebajikanrakyat perlu diutamakan.

Umno tidak bincang kedudukan Ahmad Said
KUALATERENGGANU: Umno tidak pernah membincangkan pertukaran kepemimpinanpentadbiran kerajaan negeri ini setakat ini, termasuk kedudukan MenteriBesar, Datuk Ahmad Said, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin, semalam.

62,843 jentera penerangan Umno digerak elak keliru
SEREMBAN:Biro Penerangan Umno akan menggerakkan 62,843 jenteranya di semuaperingkat bagi memberi penerangan dan menjelaskan kekeliruan pelbagaiisu yang timbul kepada ahli akar umbi dan orang ramai.

Lima rebut Timbalan Presiden Pas
KUALALUMPUR: Seperti dijangkakan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpabertanding bagi jawatan Presiden Pas selepas menerima 136 pencalonandaripada 137 kawasan parti itu yang sudah menghantar pencalonanmasing-masing sehingga tarikh akhir, 8 Mei lalu.

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak hairan adapemimpin parti yang melaung prinsip perjuangan Islam seperti Pasterbabit politik wang.

Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti
KUALALUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud boleh dikenakantindakan tatatertib jika gagal mengemukakan bukti bagi menyokongdakwaannya berhubung gejala pemberian hadiah dan jamuan menjelangpemilihan parti itu, bulan depan.

Exco Pahang cedera nahas jalan raya
KUANTAN:Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang,Datuk Mohd Sharkar Shamsudin luka di kening kiri selepas kereta ProtonPerdana V6 yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar sebuahkenderaan, di Kilometer 231, Lebuh Raya Pantai Timur, petang semalam.

Umno tidak bincang kedudukan Ahmad Said

MB Terengganu kekal
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Saidsebagai Menteri Besar.

Umno tidak bincang kedudukan Ahmad Said
KUALATERENGGANU: Umno tidak pernah membincangkan pertukaran kepemimpinanpentadbiran kerajaan negeri ini setakat ini, termasuk kedudukan MenteriBesar, Datuk Ahmad Said, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin, semalam.

Empat nama baru isi jawatan penting Perhubungan Selangor

Image
Najib umum 3 muka baru UMNO Selangor
SHAH ALAM 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tigamuka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam BadanPerhubungan UMNO Selangor.

Empat nama baru isi jawatan penting Perhubungan Selangor
SHAHALAM: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan empat nama baru bagimengisi jawatan penting dalam Badan Perhubungan Umno Selangor ke arahmembentuk satu pasukan padu dengan kesedaran kepentingan dan kebajikanrakyat perlu diutamakan.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih keranabermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidakpernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakinrasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakinberleluasa di negara ini.

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak hairan adapemimpin parti yang melaung prinsip perjuangan Islam seperti Pasterbabit politik wang.

Murugiah dipecat

Murugiah dipecat

KUALA LUMPUR 16 Mei - Lembaga Disiplin Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini memecat tujuh orang termasuk Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Murugiah dipecat kerana didakwa menggunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri untuk mengatur sidang akhbar pembantu khasnya, N. Shanmuganathan bagi memburuk- burukkan parti dan AMT.

Murugiah juga didakwa mengugut peguam dan ahli AMT parti untuk menggunakan segala kuasa bagi membatalkan pendaftaran PPP.

"Beliau akan menggunakan segala kuasanya untuk membatalkan PPP," menurut lembaga tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Anggota PPP lain yang dipecat ialah M. Jeyaratnam, Shanmuganathan, K. Tanggaraju, S. Kanesan, S. Saravanan dan R. Rajandran kerana didakwa memburuk-burukkan parti, mengamalkan politik wang dan mengadakan pertemuan sulit dengan pengerusi bahagian.

Kenyataan itu menegaskan, ketujuh-tujuh anggota itu boleh membuat rayuan secara bertulis di bawah Perkara 19.2 Perlembagaan Parti dalam tempoh 14 hari yang boleh diserahkan kepada AMT dan Setiausaha Agung parti.

"Dengan keputusan tersebut, PPP tidak akan lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan ketujuh-tujuh bekas ahli parti tersebut.

"Ketujuh-tujuh bekas ahli itu juga dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemimpin atau parti sehingga rayuan mereka dipertimbangkan," ujar kenyataan itu lagi.

Lima rebut Timbalan Presiden Pas

Lima rebut Timbalan Presiden Pas
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Hadi diumum menang tanpa bertanding kekal terajui parti

KUALA LUMPUR: Seperti dijangkakan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti itu yang sudah menghantar pencalonan masing-masing sehingga tarikh akhir, 8 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pas, Datuk Mustapa Ali yang turut mengumumkan senarai calon layak bertanding pada pemilihan muktamar tahunan ke-55 parti itu, bulan depan.

Daripada 137 pencalonan, Pas kawasan Bukit Bintang tidak mencalonkan bekas Menteri Besar Terengganu itu sebagai presiden parti sebaliknya menamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kemenangan itu menyaksikan sekali lagi Abdul Hadi tidak pernah ditentang sepanjang menjawat jawatan berkenaan.

"Saya mengesahkan kemenangan Abdul Hadi selepas beliau mengembalikan surat tawaran mempertahankan jawatannya selepas diedarkan 11 Mei lalu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalannya, Hassan Shukri.

Pas mempunyai 176 kawasan yang berdaftar dan layak membuat pencalonan. Namun, sehingga tarikh tutup 8 Mei lalu, hanya 137 menghantar senarai pencalonan untuk pemilihan.

Senarai pencalonan yang dihantar kepada jawatankuasa itu selepas tarikh akhir tidak diambil kira walaupun difahamkan, 40 kawasan menghantar selepas tamat tempoh.

Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Mustapa turut mengumumkan lima pencalonan diterima untuk jawatan paling kontroversi iaitu Timbalan Presiden parti. Mereka yang layak ialah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden 1, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden 2, Mohamad Sabu.

Bagi jawatan Naib Presiden, 16 pencalonan diterima Jawatan Kuasa Pemilihan termasuk penyandang jawatan, Husam; Mohamad Sabu dan Ahmad Awang.

Turut dicalonkan, Nasharudin, Azizan; Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ketua Penerangan; Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib; Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Ketua Dewan Pemuda, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Calon lain turut disenarai, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan, Ahmad Idris; Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa; Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Abdullah dan Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin

Seramai 86 dicalonkan untuk merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat termasuk 10 calon muslimat.

Mustapa berkata, surat tawaran sudah dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding dan calon perlu memberikan jawapan selewat-lewatnya pada 25 Mei.

Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.

Senarai calon muktamad akan bertanding bagi jawatan utama parti, termasuk Pemuda dan Muslimat akan diumumkan pada 26 Mei.

Dijangkakan 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu awal bulan depan yang akan diadakan Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.






Abdul Hadi kekal Presiden Pas

Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah mengekalkan jawatan Presiden Pas tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

Untuk jawatan Naib Presiden, 16 pemimpin berjaya melayakkan diri sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, 86 nama disahkan layak bertanding.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengumumkan perkara tersebut turut mengakui jumlah yang layak bertanding pada pemilihan kali ini adalah paling ramai sepanjang sejarah parti itu setakat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Hassan Shukri.

Mengikut perlembagaan Pas, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima nama yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din, Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu di samping penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon atas alasan bagi mengelakkan spekulasi berlebihan media.

Utusan Malaysia bagaimanapun dalam laporannya semalam memetik sumber yang mengatakan Nasharudin memperoleh sebanyak kira-kira 60 peratus pencalonan manakala Husam dan Mohamad Sabu masing-masing mendapat sebanyak kira-kira 20 peratus pencalonan.

Nasharudin dan Azizan turut dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohamad Sabu dan Ahmad Awang.

Sebelas yang lain ialah Datuk Harun Taib, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali, Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Taib Azamuddin Md. Taib dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Abdul Hadi disahkan mengekalkan jawatan yang disandang sejak tahun 2003 itu selepas menerima pencalonan daripada 136 Pas Kawasan.

Keseluruhannya Pas mempunyai 176 Kawasan namun daripada jumlah itu hanya 137 kawasan yang selesai bermesyuarat sebelum tarikh akhir penyerahan senarai pencalonan pada 8 Mei lalu.

Satu-satunya Pas Kawasan yang tidak mencalonkan Abdul Hadi ialah Bukit Bintang yang mencalonkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu pada sidang akhbar tersebut, Mustafa memaklumkan senarai akhir calon yang akan bertanding pada Muktamar Agung Pas pada 3 Jun ini hanya akan diumumkan pada 26 Mei ini.

Kata beliau, untuk jawatan di peringkat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pula akan diumumkan Selasa ini kerana pencalonan peringkat sayap yang dibuat mengikut negeri masih belum ditutup.

''Mereka yang dicalonkan untuk jawatan parti perlu mengesahkan tawaran bertanding sebelum atau pada 25 Mei ini dan keesokannya kita akan umum senarai akhir. Kalau tak jawab surat tawaran dia akan dianggap tak minat bertanding.

''Sementara itu, jumlah keseluruhan perwakilan belum dimuktamadkan lagi tetapi dianggarkan kira-kira 1,100 perwakilan akan terlibat dalam pemilihan ini,'' katanya.

Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti

Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti
Oleh Rohaniza Idris dan Nik Sukry Ramli
niksukry@bharian.com.my

Mohamed boleh dikenakan tindakan jika gagal perjelas rasuah politik

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud boleh dikenakan tindakan tatatertib jika gagal mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya berhubung gejala pemberian hadiah dan jamuan menjelang pemilihan parti itu, bulan depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Mohamed akan dipanggil menghadap Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, esok untuk memberi penjelasan berkaitan perkara itu.

"Dewan Harian Pas mendapati ada keperluan meneliti perkara berkenaan. Kita mahu beliau (Mohamed) mengemukakan bukti yang ada dan kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada (calon) terbabit dengan gejala itu.

"Sekiranya Mohamed gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan dibuatnya, tindakan tatatertib juga boleh diambil oleh Jawatankuasa Disiplin parti terhadapnya," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Rabu lalu, Ketua Dewan Ulama Pas itu dilapor mendedahkan pada Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan mengenai gejala berkenaan, tetapi menyifatkannya bukan bertujuan membuat tuduhan terhadap mana-mana calon, sebaliknya sekadar menasihatkan perwakilan supaya menjauhi perlakuan tidak sihat itu.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai amat serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala itu dikenakan tindakan tegas kerana menjejaskan imej parti yang mendukung perjuangan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustapa Ali, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan salah laku termasuk berkaitan rasuah politik daripada mana-mana ahlinya.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau yakin calon pada pemilihan parti itu tidak mengamalkan gejala berkenaan yang sebaliknya hanya dihangatkan dalam laporan blog.

"Dalam blog apa saja mereka boleh tulis... antara langit dan bumi semua boleh masuk. Saya tidak lihat kepada blog jadi saya tidak tahu dakwaan itu," katanya sambil menambah tiada mekanisme khas dirangka Pas bagi membanteras gejala berkenaan.





Rasuah hadiah: Mat Iraq diarah beri penjelasan

KUALA LUMPUR 16 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Mohamed dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

''Tak kira siapa, asal saja dia terlibat baik pemimpin cawangan sampailah yang tertinggi, kita tak teragak-agak untuk ambil tindakan.

''Walaupun sebelum ini dilaporkan empat pemimpin tertinggi Pas menafikan wujudnya amalan tersebut tetapi kita nak bagi peluang kepada Ketua Dewan Ulama menjelaskan dakwaan beliau itu.

''Jika ada bukti, kita akan panjangkan untuk tindakan dan jika tiada bukti kita pun perlu disiplinkan semua pihak dalam Pas tanpa mengira jawatan mereka,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Harakah di sini hari ini.

Ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Rabu lalu, Mohamed mendedahkan wujudnya amalan memberikan hadiah kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Mohamed yang juga dikenali sebagai Ustaz Mat Iraq melihat amalan tidak sihat itu mula menular dalam kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa, justeru meminta para perwakilan ke Muktamar Agung Pas kelak menolak pemimpin yang mengamalkannya.

Anwar kawan saya - Husam

Anwar kawan saya - Husam

KUALA LUMPUR 16 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan, walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhi Penasihat PKR itu.

Menurut Husam, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan UMNO.

Husam yang dikaitkan sebagai 'puak Erdogan' - istilah yang merujuk pemimpin dalam Pas yang proAnwar berkata, atas sebab persamaan itu maka beliau memilih untuk berkawan dengan Anwar.

''Kalau kata saya pro-Anwar, saya tak pro-Anwar. Saya pro-Pas dan saya juga tak pro-UMNO. Itu jelas. Tapi sebagai rakan kongsi dalam pakatan pembangkang kita ada kesetiaan rakan kongsi. Itu beza.

''Anwar matlamat dia untuk menumbangkan UMNO dan itu juga perjuangan saya untuk lebih 30 tahun. Maka kenapa saya tak boleh berkawan dengan beliau.

''UMNO adalah sasaran yang sama, jadi kenapa perlu saya pergi jadi pro-UMNO untuk menentang Anwar yang sebenarnya adalah kawan saya. Saya tak nampak logik dia,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Husam yang juga disebut-sebut bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden dilabel ramai pemerhati politik sebagai salah seorang pemimpin dalam Pas yang pro-Anwar.

Dengan menjelangnya pemilihan Muktamar Agung Pas awal bulan depan, pelbagai 'serangan' yang dibuat ke atasnya termasuk mempertikaikan pendirian Husam yang dilihat terlalu rapat dengan Anwar.

Walaupun sering dinafikan, namun kebanyakan media termasuk portal berita melihat pemilihan dalam Pas kali ini melibatkan pertembungan antara ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 'puak Erdogan' yang pro-Anwar.

Apatah lagi sebelum ini Abdul Hadi pernah mengusulkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang berbeza dengan pendirian Anwar yang berterusan mahu menumbangkan UMNO.

Sementara itu, ditanya tentang pelbagai tuduhan di Internet dengan terbaru mengaitkan pengagihan saham Ladang Rakyat kepada perwakilan yang dikatakan dituju kepada beliau, Husam berkata, selagi tuduhan itu tidak menyebut namanya, maka beliau tidak perlu menjawab.

Kata beliau, tuduhan seperti itu juga jelas tidak berasas kerana Islam mengajar sesiapa yang mahu membuat tuduhan dan dakwaan supaya berani menyatakan dengan tepat berserta dengan bukti.

''Saya punya konsep kalau dakwaan itu betul orang itu kena berterus terang dalam dakwaan dia. Kalau setakat kata baju berpetak, proAnwar, Erdogan, pemecah belah Pas, pembantu sesat, saya tak ada rasa terliur nak jawab sebab tak ada kena mengena dengan saya.

''Saya tak perlu jawab kerana bukan saya. Kalau saya jawab nanti orang itu kata bukan awak, saya kata orang lain, baju petak berapa juta orang pakai baju petak, kalau kata pro-Anwar saya tak pro- Anwar saya pro-Pas,'' jelasnya.

Ditanya mengenai jawatan yang akan ditandinginya pada Muktamar Agung Pas awal bulan depan, Husam berkata, beliau masih menimbangkan perkara tersebut.

''Saya masih puasa. (Masa ini) saya akan timbang. dan timbang,'' katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding lebih daripada satu jawatan, Husam berkata;

''Tunggulah lepas nampak anak bulan. Sekarang tak baik suruh saya buka puasa. Nanti bila hari raya saya jemput semua.

''Surat pengesahan bertanding nanti saya serah sebelum bertanding,'' jelasnya.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu

KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih kerana bermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu dan Islam telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

''Umat Islam sendiri tidak dapat menjawab walaupun mereka dihina atau membidas balik penghinaan yang telah dibuat kerana bukan kelompok manusia yang berjaya,'' katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Perkim Ke-47 di sini hari ini.

Dr. Mahathir menjelaskan, dakwah yang cukup berkesan pada masa ini ialah menentukan umat Islam berjaya dengan memastikan seluruh umat menguasai ilmu pengetahuan dan menjadi bangsa yang berjaya.

Katanya, sekiranya perkara ini tidak dapat dibuat di semua negara Islam sekurang-kurangnya ia dapat dilaksanakan di Malaysia di mana orang Melayu masih berkuasa.

''Cara untuk memastikan umat Islam mempunyai pengetahuan ialah dengan mengajar Fardu Ain tetapi harus juga memberi perhatian sewajarnya kepada Fardu Kifayah kerana ilmu yang cukup akan membolehkan kita melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

''Saya meminta Perkim dapat melaksanakan dakwah di mana selain memberi penekanan kepada Fardu Ain, Fardu Kifayah juga perlu diberi perhatian yang menyeluruh,'' katanya.

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak hairan ada pemimpin parti yang melaung prinsip perjuangan Islam seperti Pas terbabit politik wang.

Bekas Perdana Menteri berkata, gejala itu yang semakin berleluasa boleh berlaku pada sesiapa saja, individu atau parti politik sehingga sanggup melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam.

"Nampaknya rasuah berleluasa sehingga sesiapa saja terbabit, kita tak kata Pas tidak lakukan jenayah... dia lakukan macam orang lain juga, jadi tak hairan dia buat benda bertentangan ajaran Islam," katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan ke-47, di sini semalam, ketika mengulas gejala politik wang yang didakwa menular dalam Pas menjelang pemilihan parti itu, bulan depan. Perkara itu didedahkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, Rabu lalu.

Mengenai isu ulama atau profesional yang paling layak menerajui Pas, bekas Perdana Menteri itu berkata, tafsiran ulama bukan terhad kepada mereka mempunyai pengetahuan agama tinggi kerana orang mempelajari ilmu lain juga dianggap ulama.

"Perkataan ulama daripada perkataan alim iaitu berpengetahuan. Kalau kita berpengetahuan dalam perubatan, kita pun ulama. Islam tak kata mesti asingkan ulama daripada yang lain, kita pun tak tahu siapa ulama. Ulama dulu memang betul orang bijak agama, tidak terbabit politik," katanya.

Mengenai perebutan jawatan tinggi dalam Pas termasuk oleh kelompok yang dikaitkan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata, pemimpin Pas perlu mentafsir pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai mereka juga ialah ulama.

"Dia (Pas) mula kena tafsir Anwar sebagai ulama nombor satu, (Lim) Kit Siang (Penasihat DAP) jadi ulama nombor dua, baru boleh ada pakatan, ada pemimpin. Kalau buat dalam Pas saja, tak cukuplah," katanya.






Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M

KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakin rasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakin berleluasa di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, parti Pas sama seperti parti-parti lain yang mana rasuah sering berlaku.

''Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Ke-47 di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa berlaku aktiviti memberi hadiah dan menjamu makanan kepada perwakilan oleh beberapa individu dalam Pas sebagai salah satu cara untuk melobi.

Mohamed Daud bagaimanapun tidak berhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politik kotor dalam usaha melobi jawatan.

Tegas beliau, apa yang dinyatakan sebelum ini adalah secara umum tentang wujud keadaan seumpama itu berdasarkan gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan menjelang pemilihan dalam parti.

Mengulas mengenai pertelagahan di dalam parti pembangkang itu mengenai kepimpinan ulama dan profesional, Dr. Mahathir meminta agar di buat tafsiran siapakah ulama.

Jelas beliau, perkataan ulama bermula dengan perkataan alim iaitu orang yang berpengetahuan. Bermakna, jelasnya, orang yang berpengetahuan sama dalam bidang lain termasuk perubatan juga boleh dianggap ulama tetapi ulama dalam bidang perubatan.

Saturday, May 16, 2009

POLITIK : SABTU 16 MEI 2009

Sultan Perak bukan punca kemelut politik - Najib
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidakharus dipersalahkan berhubung krisis politik di Perak dan baginda jugabukan punca kemelut politik di negeri itu.

'Saya sedia jumpa pakatan pembangkang'
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan pemimpin pakatanpembangkang bagi membincangkan kemelut politik negeri Perak



Pemimpin beri reaksi berbeza
KUALA LUMPUR 15 Mei - Beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang memberireaksi berbeza terhadap cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersidang bagi menyelesaikankrisis pemerintahan di negeri itu.

Malang jika rasuah berlaku dalam Pas
ALORSETAR 15 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata,adalah sesuatu yang malang sekiranya berlaku amalan rasuah di kalanganperwakilan Pas menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Image
Hentikan sikap kepentingan sendiri
BUKITMERTAJAM 15 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas parapemimpin pakatan pembangkang yang sentiasa mengamalkan sikapdwi-standard dan mentafsirkan demokrasi semata-mata untuk memihakkepada kepentingan politik mereka.

Sivakumar fail saman terhadap Speaker
IPOH15 Mei - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumarhari ini memfailkan saman terhadap Speaker, Datuk R. Ganesan bagimenuntut ganti rugi berhubung kecederaan, kerosakan dan kerugian yangdialami akibat tindakan yang diambil terhadapnya semasa persidangan DUNpada 7 Mei lalu.

Biar mahkamah buat penghakiman
PUTRAJAYA15 Mei - Persoalan bahawa Barisan Nasional (BN) gentar menghadapipilihan raya kecil bagi menyelesaikan kemelut politik di Peraksebenarnya tidak timbul, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

Rakyat berhak tentukan kerajaan
IPOH 15 Mei - Keputusan mahkamah berhubung pelantikan Menteri BesarPerak yang sah, tidak akan mempengaruhi usaha pakatan pembangkang untukmendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohamed tiada hasrat dedah nama
KOTABHARU 15 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi tidakberhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politikkotor dalam usaha melobi jawatan.

Nasrudin terima 11 pencalonan
KUALALUMPUR 15 Mei – Calon pro-ulama, Nasrudin Hassan Tantawi mendahuluidengan selesa senarai pencalonan jawatan Ketua Pemuda Pas apabilamenerima sokongan daripada 11 negeri.

Image
Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi
KUALA TERENGGANU 15 Mei - Lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semuacawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugasmasing-masing.







Kayveas dakwa Murugiah cuba 'kuburkan' PPP
KUALALUMPUR: Krisis dalaman Parti Progresif Rakyat (PPP) terus memuncakapabila Presiden parti, Datuk M Kayveas semalam mendakwa TimbalanMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah cuba'kuburkan' parti yang mempunyai keahlian hampir 500,000 orang itu.

60,000 jentera penerangan tidak aktif
KUALATERENGGANU: Lebih 60,000 jentera penerangan Umno pada peringkatbahagian, cawangan dan sayap parti di seluruh negara tidak aktif dangagal melaksanakan fungsi serta tanggungjawab bagi memastikan dasar danhala tuju parti serta kerajaan sampai kepada peringkat akar umbikhususnya rakyat.

Ketua Dewan Ulama Pas perjelas dakwaan rasuah
KOTABHARU: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, semalammempertahankan dakwaannya berhubung berlaku gejala pemberian hadiah danjamuan menjelang pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas, bulandepan.

Kemelut politik boleh selesai cara baik: Zambry
IPOH:Kemelut politik Perak boleh diselesaikan secara baik sekiranya semuapihak memahami peraturan dan menghormati prinsip demokrasiberperwakilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pelantikan MB ikut amalan demokrasi
DATUKSeri Najib Razak semalam menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shahtidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di negeri itu keranapelantikan Menteri Besar dilakukan mengikut amalan demokrasi danundang-undang.




SPRM tahan pegawai kanan Murugiah
KUALALUMPUR 15 Mei - Seorang pegawai kanan kepada Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah ditahan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah politikmenjelang pemilihan Parti Progresif Penduduk (PPP), Jun ini.


Sivakumar saman Speaker DUN
IPOH:Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memfailkansaman terhadap Speaker Datuk R Ganesan memohon perintah mahkamahmenahan Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menghalangnya menyandangatau menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak secara sah.

Khairy : Hentikan sikap kepentingan sendiri

Image
Hentikan sikap kepentingan sendiri
BUKITMERTAJAM 15 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas parapemimpin pakatan pembangkang yang sentiasa mengamalkan sikapdwi-standard dan mentafsirkan demokrasi semata-mata untuk memihakkepada kepentingan politik mereka.