Monday, May 18, 2009

Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal

Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal

KOTA BHARU 17 Mei -- Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim mempersoalkan motif pendedahan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti itu.

Katanya, adalah malang sekiranya ia sekadar bersandarkan 'cakap-cakap' sedangkan kenyataan yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Ketua Dewan Ulama hanya mencetuskan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan ahli.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu sengaja dibuat dengan agenda tertentu bagi mempengaruhi proses pemilihan dalam kepimpinan parti dan cuba meletakkan kalangan tertentu sebagai sebagai sasaran tohmahan.

''Pandangan seorang pemimpin ulama menjadi rujukan dan dasar perjuangan parti keseluruhannya.

''Kita berharap pandangan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas itu berasaskan bukti yang nyata," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa Mohamed diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat berhubung ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Rabu lalu.

Dalam ucapannya, Mohamed menyentuh mengenai wujudnya gejala memberi 'hadiah' kepada perwakilan dan berharap gejala seumpama itu tidak diamalkan.

Bagaimanapun, Mohamed yang kemudiannya didesak oleh beberapa pihak bagi membuktikan perkara itu, tidak berhasrat untuk mendedahkan sesiapa kerana hanya gambaran umum berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan-rakan.

Menurut Ahmad Rusli, kenyataan seumpama itu hanya akan menjejaskan imej parti dan persepsi terhadap barisan kepimpinan sekarang dan yang akan dipilih kelak ketika parti berada pada tahap kukuh dan turut mendapat kepercayaan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

''Sebagai orang baru dalam Pas, saya melihat lontaran ini sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kejutan politik dan mungkin ada agenda tertentu yang semata-mata ingin 'mengenakan' mana-mana pihak.

''Pandangan Ketua Dewan Ulama biarlah dapat menjernihkan suasana, bukannya menimbulkan kekeliruan dan keresahan yang berpanjangan dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dan diperbesarkan," ujarnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai isu yang dicetuskan oleh Mohamed ketika tokoh itu memutuskan menarik diri daripada terus menerajui Dewan Ulama.

''Ia juga memberi gambaran seolah-olah beliau cuba 'mengetuk-ngetuk biar retak' sedangkan beliau sepatutnya memperbaiki keadaan jika wujud apa yang dikatakannya itu," ujar Ahmad Rusli.

Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas

Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.

"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamed juga mempertahankan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan bersifat tuduhan kepada sesiapa, sebaliknya lebih kepada nasihat umum terhadap ahli Pas supaya berwaspada dengan penularan gejala berkenaan.

"Tujuan saya membuat kenyataan itu ialah untuk memberi nasihat kepada semua yang menjadi perwakilan menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan supaya tidak terikut-ikut atau terbabit dengan gejala politik wang," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan mengenai pendedahan Mohamed berhubung gejala politik wang yang mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan dan memberi hadiah kepada perwakilan untuk melobi undi.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan beliau sebagai serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka yang menjejaskan imej parti.

Berikutan itu, Mohamed dijangka dihadapkan ke Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuatnya itu.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilaporkan berkata, Mohamed perlu memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

"Jika beliau gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.

Penafian Husam tidak redakan isu pro-Anwar

Penafian Husam tidak redakan isu pro-Anwar

KUALA LUMPUR 17 Mei - Isu kewujudan pemimpin pro-Anwar dalam Pas tidak akan reda walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa menafikan beliau adalah salah seorang daripadanya.

Penganalisis politik berpendapat kewujudan kumpulan berkenaan bukannya satu rahsia dan ia amat disedari oleh ahli Pas sendiri.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, penafian itu lebih bersifat untuk menenangkan keadaan menjelang muktamar Pas awal bulan depan.

Katanya, pengakuan calon Timbalan Presiden Pas itu bahawa Anwar adalah kawannya turut mengesahkan kewujudan kelompok sedemikian.

"Ini satu usaha untuk tenangkan keadaan seketika, hakikatnya ahli Pas dan orang luar yang mengikuti isu itu secara dekat tahu mengenainya.

"Walaupun ada penafian daripada pihak tertentu, ia tidak akan meredakan pertikaian yang timbul berikutan penguasaan kelompok pro-Anwar dalam Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Husam menegaskan walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut Husam, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan UMNO dan atas persamaan itu maka beliau memilih untuk berkawan dengan Anwar.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kenyataan Husam itu lebih bersifat politik dalam usahanya memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas.

Katanya, Husam sudah tentu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak di luar parti termasuklah Anwar kerana menyedari terdapat ramai ahli Pas yang tidak bersetuju dengan cara Ketua Pembangkang itu terutama di kalangan yang berpendidikan agama.

Katanya, pengaruh Anwar dalam Pas juga bukannya sesuatu yang mengejutkan kerana Penasihat PKR itu sememangnya diketahui mempunyai hubungan dengan pelbagai pihak sejak bergelar aktivis pelajar lagi.

"Dalam Pas terdapat banyak pihak, sewaktu saya membuat kajian di Kelantan dulu, ada orang Pas yang langsung tidak mahu mendengar nama Anwar, mereka ini berpendidikan sekolah pondok.

"Sekelompok lagi ialah golongan profesional, mereka ialah orang Anwar dan yang Husam ingin elakkan ialah kelompok pertama tadi," katanya.

Elak krisis dalaman BN: Zahid

Elak krisis dalaman BN: Zahid


BUKIT MERTAJAM: Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan perbalahan dalaman parti masing-masing dan menumpukan usaha kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebarang perbalahan atau masalah dalaman parti perlu diselesaikan segera supaya tumpuan dapat diberikan kepada rakyat.

"Saya minta setiap parti memperbaiki kelemahan masing-masing dan menjaga kampung halaman sendiri. Janganlah kita sibuk berpolitik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menemui masyarakat Siam di Kampung Teluk Wang, di sini semalam.

Beliau berkata, pada masa sama kerjasama antara parti komponen perlu dieratkan dan jika ada sebarang masalah hubungan antara parti-parti itu, ia perlu diketepikan.

"Saya minta pemimpin parti komponen BN mengetepikan sebarang perbezaan dan masalah agar keserasian dijalin semula. Janganlah pemimpin sibuk menyelesaikan masalah mereka dan tidak peduli masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana pembangkang terlalu kuat tetapi BN berada dalam keadaan lemah kerana masalah dalamannya.

Beliau yakin BN akan kembali sebagai parti yang kuat pada pilihan raya umum akan datang jika parti komponennya dapat mengukuhkan persefahaman mereka.

Bagi Pulau Pinang, katanya Umno negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen BN sekurang-kurangnya sebulan sekali dan setakat ini perjumpaan sudah diadakan dengan Gerakan dan MCA.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Umno Pulau Pinang akan menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, hujung bulan ini.

"Langkah itu berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini yang menunjukkan penduduk tempatan lebih selesa jika kempen dilakukan jentera tempatan," katanya sambil menambah keputusan bertanding itu akan diputuskan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Sunday, May 17, 2009

POLITIK : AHAD 17 MEI 2009

Abdul Hadi kekal Presiden Pas
KUALALUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah mengekalkan jawatanPresiden Pas tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untukmerebut jawatan Timbalan Presiden.

Anwar kawan saya - Husam
KUALALUMPUR 16 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan,walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhiPenasihat PKR itu.

MB Terengganu kekal
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Saidsebagai Menteri Besar.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih keranabermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidakpernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.




Image
Najib umum 3 muka baru UMNO Selangor
SHAH ALAM 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tigamuka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam BadanPerhubungan UMNO Selangor.

Pusat khidmat BN di setiap Parlimen
KUALATERENGGANU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan pusat khidmatdi setiap kawasan Parlimen bagi membolehkan masalah rakyat berbilangkaum diselesaikan bersama oleh parti-parti komponen.

Jangan jadi jaguh kaum - Hisham
BENTONG16 Mei - Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yangcuba menjadi jaguh kaum masing-masing hanya menghancurkan parti apabilamenggunakan saluran yang salah untuk mengemukakan tuntutan.

Rasuah hadiah: Mat Iraq diarah beri penjelasan
KUALALUMPUR 16 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqidiarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuaratkhas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiahkepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakinrasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakinberleluasa di negara ini.

Murugiah dipecat
KUALALUMPUR 16 Mei - Lembaga Disiplin Parti Progresif Penduduk (PPP) hariini memecat tujuh orang termasuk Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang jugaTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiahatas tuduhan melanggar perlembagaan parti.







Sedia fakta tangkis tohmahan
SHAHALAM: Umno perlu bertindak dengan menyediakan hujah dan fakta yangbetul bagi menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkanpembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Empat nama baru isi jawatan penting Perhubungan Selangor
SHAHALAM: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan empat nama baru bagimengisi jawatan penting dalam Badan Perhubungan Umno Selangor ke arahmembentuk satu pasukan padu dengan kesedaran kepentingan dan kebajikanrakyat perlu diutamakan.

Umno tidak bincang kedudukan Ahmad Said
KUALATERENGGANU: Umno tidak pernah membincangkan pertukaran kepemimpinanpentadbiran kerajaan negeri ini setakat ini, termasuk kedudukan MenteriBesar, Datuk Ahmad Said, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin, semalam.

62,843 jentera penerangan Umno digerak elak keliru
SEREMBAN:Biro Penerangan Umno akan menggerakkan 62,843 jenteranya di semuaperingkat bagi memberi penerangan dan menjelaskan kekeliruan pelbagaiisu yang timbul kepada ahli akar umbi dan orang ramai.

Lima rebut Timbalan Presiden Pas
KUALALUMPUR: Seperti dijangkakan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpabertanding bagi jawatan Presiden Pas selepas menerima 136 pencalonandaripada 137 kawasan parti itu yang sudah menghantar pencalonanmasing-masing sehingga tarikh akhir, 8 Mei lalu.

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak hairan adapemimpin parti yang melaung prinsip perjuangan Islam seperti Pasterbabit politik wang.

Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti
KUALALUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud boleh dikenakantindakan tatatertib jika gagal mengemukakan bukti bagi menyokongdakwaannya berhubung gejala pemberian hadiah dan jamuan menjelangpemilihan parti itu, bulan depan.

Exco Pahang cedera nahas jalan raya
KUANTAN:Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang,Datuk Mohd Sharkar Shamsudin luka di kening kiri selepas kereta ProtonPerdana V6 yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar sebuahkenderaan, di Kilometer 231, Lebuh Raya Pantai Timur, petang semalam.

Umno tidak bincang kedudukan Ahmad Said

MB Terengganu kekal
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Saidsebagai Menteri Besar.

Umno tidak bincang kedudukan Ahmad Said
KUALATERENGGANU: Umno tidak pernah membincangkan pertukaran kepemimpinanpentadbiran kerajaan negeri ini setakat ini, termasuk kedudukan MenteriBesar, Datuk Ahmad Said, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin, semalam.

Empat nama baru isi jawatan penting Perhubungan Selangor

Image
Najib umum 3 muka baru UMNO Selangor
SHAH ALAM 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tigamuka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam BadanPerhubungan UMNO Selangor.

Empat nama baru isi jawatan penting Perhubungan Selangor
SHAHALAM: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan empat nama baru bagimengisi jawatan penting dalam Badan Perhubungan Umno Selangor ke arahmembentuk satu pasukan padu dengan kesedaran kepentingan dan kebajikanrakyat perlu diutamakan.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih keranabermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidakpernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakinrasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakinberleluasa di negara ini.

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak hairan adapemimpin parti yang melaung prinsip perjuangan Islam seperti Pasterbabit politik wang.

Murugiah dipecat

Murugiah dipecat

KUALA LUMPUR 16 Mei - Lembaga Disiplin Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini memecat tujuh orang termasuk Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Murugiah dipecat kerana didakwa menggunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri untuk mengatur sidang akhbar pembantu khasnya, N. Shanmuganathan bagi memburuk- burukkan parti dan AMT.

Murugiah juga didakwa mengugut peguam dan ahli AMT parti untuk menggunakan segala kuasa bagi membatalkan pendaftaran PPP.

"Beliau akan menggunakan segala kuasanya untuk membatalkan PPP," menurut lembaga tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Anggota PPP lain yang dipecat ialah M. Jeyaratnam, Shanmuganathan, K. Tanggaraju, S. Kanesan, S. Saravanan dan R. Rajandran kerana didakwa memburuk-burukkan parti, mengamalkan politik wang dan mengadakan pertemuan sulit dengan pengerusi bahagian.

Kenyataan itu menegaskan, ketujuh-tujuh anggota itu boleh membuat rayuan secara bertulis di bawah Perkara 19.2 Perlembagaan Parti dalam tempoh 14 hari yang boleh diserahkan kepada AMT dan Setiausaha Agung parti.

"Dengan keputusan tersebut, PPP tidak akan lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan ketujuh-tujuh bekas ahli parti tersebut.

"Ketujuh-tujuh bekas ahli itu juga dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemimpin atau parti sehingga rayuan mereka dipertimbangkan," ujar kenyataan itu lagi.

Lima rebut Timbalan Presiden Pas

Lima rebut Timbalan Presiden Pas
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Hadi diumum menang tanpa bertanding kekal terajui parti

KUALA LUMPUR: Seperti dijangkakan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti itu yang sudah menghantar pencalonan masing-masing sehingga tarikh akhir, 8 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pas, Datuk Mustapa Ali yang turut mengumumkan senarai calon layak bertanding pada pemilihan muktamar tahunan ke-55 parti itu, bulan depan.

Daripada 137 pencalonan, Pas kawasan Bukit Bintang tidak mencalonkan bekas Menteri Besar Terengganu itu sebagai presiden parti sebaliknya menamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kemenangan itu menyaksikan sekali lagi Abdul Hadi tidak pernah ditentang sepanjang menjawat jawatan berkenaan.

"Saya mengesahkan kemenangan Abdul Hadi selepas beliau mengembalikan surat tawaran mempertahankan jawatannya selepas diedarkan 11 Mei lalu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalannya, Hassan Shukri.

Pas mempunyai 176 kawasan yang berdaftar dan layak membuat pencalonan. Namun, sehingga tarikh tutup 8 Mei lalu, hanya 137 menghantar senarai pencalonan untuk pemilihan.

Senarai pencalonan yang dihantar kepada jawatankuasa itu selepas tarikh akhir tidak diambil kira walaupun difahamkan, 40 kawasan menghantar selepas tamat tempoh.

Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Mustapa turut mengumumkan lima pencalonan diterima untuk jawatan paling kontroversi iaitu Timbalan Presiden parti. Mereka yang layak ialah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden 1, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden 2, Mohamad Sabu.

Bagi jawatan Naib Presiden, 16 pencalonan diterima Jawatan Kuasa Pemilihan termasuk penyandang jawatan, Husam; Mohamad Sabu dan Ahmad Awang.

Turut dicalonkan, Nasharudin, Azizan; Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ketua Penerangan; Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib; Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Ketua Dewan Pemuda, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Calon lain turut disenarai, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan, Ahmad Idris; Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa; Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Mohd Amar Abdullah dan Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin

Seramai 86 dicalonkan untuk merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat termasuk 10 calon muslimat.

Mustapa berkata, surat tawaran sudah dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding dan calon perlu memberikan jawapan selewat-lewatnya pada 25 Mei.

Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.

Senarai calon muktamad akan bertanding bagi jawatan utama parti, termasuk Pemuda dan Muslimat akan diumumkan pada 26 Mei.

Dijangkakan 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar parti itu awal bulan depan yang akan diadakan Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.






Abdul Hadi kekal Presiden Pas

Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah mengekalkan jawatan Presiden Pas tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

Untuk jawatan Naib Presiden, 16 pemimpin berjaya melayakkan diri sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, 86 nama disahkan layak bertanding.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengumumkan perkara tersebut turut mengakui jumlah yang layak bertanding pada pemilihan kali ini adalah paling ramai sepanjang sejarah parti itu setakat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Hassan Shukri.

Mengikut perlembagaan Pas, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima nama yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din, Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu di samping penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon atas alasan bagi mengelakkan spekulasi berlebihan media.

Utusan Malaysia bagaimanapun dalam laporannya semalam memetik sumber yang mengatakan Nasharudin memperoleh sebanyak kira-kira 60 peratus pencalonan manakala Husam dan Mohamad Sabu masing-masing mendapat sebanyak kira-kira 20 peratus pencalonan.

Nasharudin dan Azizan turut dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohamad Sabu dan Ahmad Awang.

Sebelas yang lain ialah Datuk Harun Taib, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali, Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Taib Azamuddin Md. Taib dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Abdul Hadi disahkan mengekalkan jawatan yang disandang sejak tahun 2003 itu selepas menerima pencalonan daripada 136 Pas Kawasan.

Keseluruhannya Pas mempunyai 176 Kawasan namun daripada jumlah itu hanya 137 kawasan yang selesai bermesyuarat sebelum tarikh akhir penyerahan senarai pencalonan pada 8 Mei lalu.

Satu-satunya Pas Kawasan yang tidak mencalonkan Abdul Hadi ialah Bukit Bintang yang mencalonkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu pada sidang akhbar tersebut, Mustafa memaklumkan senarai akhir calon yang akan bertanding pada Muktamar Agung Pas pada 3 Jun ini hanya akan diumumkan pada 26 Mei ini.

Kata beliau, untuk jawatan di peringkat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pula akan diumumkan Selasa ini kerana pencalonan peringkat sayap yang dibuat mengikut negeri masih belum ditutup.

''Mereka yang dicalonkan untuk jawatan parti perlu mengesahkan tawaran bertanding sebelum atau pada 25 Mei ini dan keesokannya kita akan umum senarai akhir. Kalau tak jawab surat tawaran dia akan dianggap tak minat bertanding.

''Sementara itu, jumlah keseluruhan perwakilan belum dimuktamadkan lagi tetapi dianggarkan kira-kira 1,100 perwakilan akan terlibat dalam pemilihan ini,'' katanya.

Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti

Ketua Dewan Ulama diminta beri bukti
Oleh Rohaniza Idris dan Nik Sukry Ramli
niksukry@bharian.com.my

Mohamed boleh dikenakan tindakan jika gagal perjelas rasuah politik

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud boleh dikenakan tindakan tatatertib jika gagal mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya berhubung gejala pemberian hadiah dan jamuan menjelang pemilihan parti itu, bulan depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Mohamed akan dipanggil menghadap Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, esok untuk memberi penjelasan berkaitan perkara itu.

"Dewan Harian Pas mendapati ada keperluan meneliti perkara berkenaan. Kita mahu beliau (Mohamed) mengemukakan bukti yang ada dan kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada (calon) terbabit dengan gejala itu.

"Sekiranya Mohamed gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan dibuatnya, tindakan tatatertib juga boleh diambil oleh Jawatankuasa Disiplin parti terhadapnya," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Rabu lalu, Ketua Dewan Ulama Pas itu dilapor mendedahkan pada Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan mengenai gejala berkenaan, tetapi menyifatkannya bukan bertujuan membuat tuduhan terhadap mana-mana calon, sebaliknya sekadar menasihatkan perwakilan supaya menjauhi perlakuan tidak sihat itu.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai amat serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala itu dikenakan tindakan tegas kerana menjejaskan imej parti yang mendukung perjuangan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustapa Ali, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan salah laku termasuk berkaitan rasuah politik daripada mana-mana ahlinya.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau yakin calon pada pemilihan parti itu tidak mengamalkan gejala berkenaan yang sebaliknya hanya dihangatkan dalam laporan blog.

"Dalam blog apa saja mereka boleh tulis... antara langit dan bumi semua boleh masuk. Saya tidak lihat kepada blog jadi saya tidak tahu dakwaan itu," katanya sambil menambah tiada mekanisme khas dirangka Pas bagi membanteras gejala berkenaan.





Rasuah hadiah: Mat Iraq diarah beri penjelasan

KUALA LUMPUR 16 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Mohamed dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

''Tak kira siapa, asal saja dia terlibat baik pemimpin cawangan sampailah yang tertinggi, kita tak teragak-agak untuk ambil tindakan.

''Walaupun sebelum ini dilaporkan empat pemimpin tertinggi Pas menafikan wujudnya amalan tersebut tetapi kita nak bagi peluang kepada Ketua Dewan Ulama menjelaskan dakwaan beliau itu.

''Jika ada bukti, kita akan panjangkan untuk tindakan dan jika tiada bukti kita pun perlu disiplinkan semua pihak dalam Pas tanpa mengira jawatan mereka,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Harakah di sini hari ini.

Ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Rabu lalu, Mohamed mendedahkan wujudnya amalan memberikan hadiah kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Mohamed yang juga dikenali sebagai Ustaz Mat Iraq melihat amalan tidak sihat itu mula menular dalam kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa, justeru meminta para perwakilan ke Muktamar Agung Pas kelak menolak pemimpin yang mengamalkannya.

Anwar kawan saya - Husam

Anwar kawan saya - Husam

KUALA LUMPUR 16 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan, walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhi Penasihat PKR itu.

Menurut Husam, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan UMNO.

Husam yang dikaitkan sebagai 'puak Erdogan' - istilah yang merujuk pemimpin dalam Pas yang proAnwar berkata, atas sebab persamaan itu maka beliau memilih untuk berkawan dengan Anwar.

''Kalau kata saya pro-Anwar, saya tak pro-Anwar. Saya pro-Pas dan saya juga tak pro-UMNO. Itu jelas. Tapi sebagai rakan kongsi dalam pakatan pembangkang kita ada kesetiaan rakan kongsi. Itu beza.

''Anwar matlamat dia untuk menumbangkan UMNO dan itu juga perjuangan saya untuk lebih 30 tahun. Maka kenapa saya tak boleh berkawan dengan beliau.

''UMNO adalah sasaran yang sama, jadi kenapa perlu saya pergi jadi pro-UMNO untuk menentang Anwar yang sebenarnya adalah kawan saya. Saya tak nampak logik dia,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Husam yang juga disebut-sebut bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden dilabel ramai pemerhati politik sebagai salah seorang pemimpin dalam Pas yang pro-Anwar.

Dengan menjelangnya pemilihan Muktamar Agung Pas awal bulan depan, pelbagai 'serangan' yang dibuat ke atasnya termasuk mempertikaikan pendirian Husam yang dilihat terlalu rapat dengan Anwar.

Walaupun sering dinafikan, namun kebanyakan media termasuk portal berita melihat pemilihan dalam Pas kali ini melibatkan pertembungan antara ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 'puak Erdogan' yang pro-Anwar.

Apatah lagi sebelum ini Abdul Hadi pernah mengusulkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang berbeza dengan pendirian Anwar yang berterusan mahu menumbangkan UMNO.

Sementara itu, ditanya tentang pelbagai tuduhan di Internet dengan terbaru mengaitkan pengagihan saham Ladang Rakyat kepada perwakilan yang dikatakan dituju kepada beliau, Husam berkata, selagi tuduhan itu tidak menyebut namanya, maka beliau tidak perlu menjawab.

Kata beliau, tuduhan seperti itu juga jelas tidak berasas kerana Islam mengajar sesiapa yang mahu membuat tuduhan dan dakwaan supaya berani menyatakan dengan tepat berserta dengan bukti.

''Saya punya konsep kalau dakwaan itu betul orang itu kena berterus terang dalam dakwaan dia. Kalau setakat kata baju berpetak, proAnwar, Erdogan, pemecah belah Pas, pembantu sesat, saya tak ada rasa terliur nak jawab sebab tak ada kena mengena dengan saya.

''Saya tak perlu jawab kerana bukan saya. Kalau saya jawab nanti orang itu kata bukan awak, saya kata orang lain, baju petak berapa juta orang pakai baju petak, kalau kata pro-Anwar saya tak pro- Anwar saya pro-Pas,'' jelasnya.

Ditanya mengenai jawatan yang akan ditandinginya pada Muktamar Agung Pas awal bulan depan, Husam berkata, beliau masih menimbangkan perkara tersebut.

''Saya masih puasa. (Masa ini) saya akan timbang. dan timbang,'' katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding lebih daripada satu jawatan, Husam berkata;

''Tunggulah lepas nampak anak bulan. Sekarang tak baik suruh saya buka puasa. Nanti bila hari raya saya jemput semua.

''Surat pengesahan bertanding nanti saya serah sebelum bertanding,'' jelasnya.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu

KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih kerana bermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu dan Islam telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

''Umat Islam sendiri tidak dapat menjawab walaupun mereka dihina atau membidas balik penghinaan yang telah dibuat kerana bukan kelompok manusia yang berjaya,'' katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Perkim Ke-47 di sini hari ini.

Dr. Mahathir menjelaskan, dakwah yang cukup berkesan pada masa ini ialah menentukan umat Islam berjaya dengan memastikan seluruh umat menguasai ilmu pengetahuan dan menjadi bangsa yang berjaya.

Katanya, sekiranya perkara ini tidak dapat dibuat di semua negara Islam sekurang-kurangnya ia dapat dilaksanakan di Malaysia di mana orang Melayu masih berkuasa.

''Cara untuk memastikan umat Islam mempunyai pengetahuan ialah dengan mengajar Fardu Ain tetapi harus juga memberi perhatian sewajarnya kepada Fardu Kifayah kerana ilmu yang cukup akan membolehkan kita melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

''Saya meminta Perkim dapat melaksanakan dakwah di mana selain memberi penekanan kepada Fardu Ain, Fardu Kifayah juga perlu diberi perhatian yang menyeluruh,'' katanya.

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang

Dr M tak hairan Pas terbabit politik wang


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak hairan ada pemimpin parti yang melaung prinsip perjuangan Islam seperti Pas terbabit politik wang.

Bekas Perdana Menteri berkata, gejala itu yang semakin berleluasa boleh berlaku pada sesiapa saja, individu atau parti politik sehingga sanggup melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam.

"Nampaknya rasuah berleluasa sehingga sesiapa saja terbabit, kita tak kata Pas tidak lakukan jenayah... dia lakukan macam orang lain juga, jadi tak hairan dia buat benda bertentangan ajaran Islam," katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kebangsaan ke-47, di sini semalam, ketika mengulas gejala politik wang yang didakwa menular dalam Pas menjelang pemilihan parti itu, bulan depan. Perkara itu didedahkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, Rabu lalu.

Mengenai isu ulama atau profesional yang paling layak menerajui Pas, bekas Perdana Menteri itu berkata, tafsiran ulama bukan terhad kepada mereka mempunyai pengetahuan agama tinggi kerana orang mempelajari ilmu lain juga dianggap ulama.

"Perkataan ulama daripada perkataan alim iaitu berpengetahuan. Kalau kita berpengetahuan dalam perubatan, kita pun ulama. Islam tak kata mesti asingkan ulama daripada yang lain, kita pun tak tahu siapa ulama. Ulama dulu memang betul orang bijak agama, tidak terbabit politik," katanya.

Mengenai perebutan jawatan tinggi dalam Pas termasuk oleh kelompok yang dikaitkan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata, pemimpin Pas perlu mentafsir pemimpin Pakatan Rakyat yang menyertai mereka juga ialah ulama.

"Dia (Pas) mula kena tafsir Anwar sebagai ulama nombor satu, (Lim) Kit Siang (Penasihat DAP) jadi ulama nombor dua, baru boleh ada pakatan, ada pemimpin. Kalau buat dalam Pas saja, tak cukuplah," katanya.






Rasuah dalam Pas berlaku - Dr. M

KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau yakin rasuah turut berlaku di dalam Pas memandangkan amalan itu semakin berleluasa di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, parti Pas sama seperti parti-parti lain yang mana rasuah sering berlaku.

''Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Ke-47 di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa berlaku aktiviti memberi hadiah dan menjamu makanan kepada perwakilan oleh beberapa individu dalam Pas sebagai salah satu cara untuk melobi.

Mohamed Daud bagaimanapun tidak berhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politik kotor dalam usaha melobi jawatan.

Tegas beliau, apa yang dinyatakan sebelum ini adalah secara umum tentang wujud keadaan seumpama itu berdasarkan gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan menjelang pemilihan dalam parti.

Mengulas mengenai pertelagahan di dalam parti pembangkang itu mengenai kepimpinan ulama dan profesional, Dr. Mahathir meminta agar di buat tafsiran siapakah ulama.

Jelas beliau, perkataan ulama bermula dengan perkataan alim iaitu orang yang berpengetahuan. Bermakna, jelasnya, orang yang berpengetahuan sama dalam bidang lain termasuk perubatan juga boleh dianggap ulama tetapi ulama dalam bidang perubatan.

Saturday, May 16, 2009

POLITIK : SABTU 16 MEI 2009

Sultan Perak bukan punca kemelut politik - Najib
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidakharus dipersalahkan berhubung krisis politik di Perak dan baginda jugabukan punca kemelut politik di negeri itu.

'Saya sedia jumpa pakatan pembangkang'
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan pemimpin pakatanpembangkang bagi membincangkan kemelut politik negeri Perak



Pemimpin beri reaksi berbeza
KUALA LUMPUR 15 Mei - Beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang memberireaksi berbeza terhadap cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersidang bagi menyelesaikankrisis pemerintahan di negeri itu.

Malang jika rasuah berlaku dalam Pas
ALORSETAR 15 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata,adalah sesuatu yang malang sekiranya berlaku amalan rasuah di kalanganperwakilan Pas menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Image
Hentikan sikap kepentingan sendiri
BUKITMERTAJAM 15 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas parapemimpin pakatan pembangkang yang sentiasa mengamalkan sikapdwi-standard dan mentafsirkan demokrasi semata-mata untuk memihakkepada kepentingan politik mereka.

Sivakumar fail saman terhadap Speaker
IPOH15 Mei - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumarhari ini memfailkan saman terhadap Speaker, Datuk R. Ganesan bagimenuntut ganti rugi berhubung kecederaan, kerosakan dan kerugian yangdialami akibat tindakan yang diambil terhadapnya semasa persidangan DUNpada 7 Mei lalu.

Biar mahkamah buat penghakiman
PUTRAJAYA15 Mei - Persoalan bahawa Barisan Nasional (BN) gentar menghadapipilihan raya kecil bagi menyelesaikan kemelut politik di Peraksebenarnya tidak timbul, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

Rakyat berhak tentukan kerajaan
IPOH 15 Mei - Keputusan mahkamah berhubung pelantikan Menteri BesarPerak yang sah, tidak akan mempengaruhi usaha pakatan pembangkang untukmendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohamed tiada hasrat dedah nama
KOTABHARU 15 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi tidakberhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politikkotor dalam usaha melobi jawatan.

Nasrudin terima 11 pencalonan
KUALALUMPUR 15 Mei – Calon pro-ulama, Nasrudin Hassan Tantawi mendahuluidengan selesa senarai pencalonan jawatan Ketua Pemuda Pas apabilamenerima sokongan daripada 11 negeri.

Image
Jentera penerangan UMNO cawangan tidak berfungsi
KUALA TERENGGANU 15 Mei - Lebih 60,000 jentera penerangan UMNO di semuacawangan di seluruh negara gagal berfungsi kerana tidak tahu tugasmasing-masing.







Kayveas dakwa Murugiah cuba 'kuburkan' PPP
KUALALUMPUR: Krisis dalaman Parti Progresif Rakyat (PPP) terus memuncakapabila Presiden parti, Datuk M Kayveas semalam mendakwa TimbalanMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah cuba'kuburkan' parti yang mempunyai keahlian hampir 500,000 orang itu.

60,000 jentera penerangan tidak aktif
KUALATERENGGANU: Lebih 60,000 jentera penerangan Umno pada peringkatbahagian, cawangan dan sayap parti di seluruh negara tidak aktif dangagal melaksanakan fungsi serta tanggungjawab bagi memastikan dasar danhala tuju parti serta kerajaan sampai kepada peringkat akar umbikhususnya rakyat.

Ketua Dewan Ulama Pas perjelas dakwaan rasuah
KOTABHARU: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, semalammempertahankan dakwaannya berhubung berlaku gejala pemberian hadiah danjamuan menjelang pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas, bulandepan.

Kemelut politik boleh selesai cara baik: Zambry
IPOH:Kemelut politik Perak boleh diselesaikan secara baik sekiranya semuapihak memahami peraturan dan menghormati prinsip demokrasiberperwakilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pelantikan MB ikut amalan demokrasi
DATUKSeri Najib Razak semalam menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shahtidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di negeri itu keranapelantikan Menteri Besar dilakukan mengikut amalan demokrasi danundang-undang.




SPRM tahan pegawai kanan Murugiah
KUALALUMPUR 15 Mei - Seorang pegawai kanan kepada Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah ditahan SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah politikmenjelang pemilihan Parti Progresif Penduduk (PPP), Jun ini.


Sivakumar saman Speaker DUN
IPOH:Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memfailkansaman terhadap Speaker Datuk R Ganesan memohon perintah mahkamahmenahan Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menghalangnya menyandangatau menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak secara sah.

Khairy : Hentikan sikap kepentingan sendiri

Image
Hentikan sikap kepentingan sendiri
BUKITMERTAJAM 15 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas parapemimpin pakatan pembangkang yang sentiasa mengamalkan sikapdwi-standard dan mentafsirkan demokrasi semata-mata untuk memihakkepada kepentingan politik mereka.

Pelantikan MB ikut amalan demokrasi

Pelantikan MB ikut amalan demokrasi

Laporan dari Menado, Indonesia Ahmad Zaini Kamaruzzaman



Najib dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta, menandatangani
perjanjian Inisiatif Segitiga Batu Karang di Manado, semalam.

Sultan tidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik negeri Perak: Najib

DATUK Seri Najib Razak semalam menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di negeri itu kerana pelantikan Menteri Besar dilakukan mengikut amalan demokrasi dan undang-undang.

Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak harus dipersalahkan ekoran kemelut politik yang berlarutan sejak lebih tiga bulan itu.

Beliau berkata, dalam amalan demokrasi, rakyat akan memilih wakil rakyat dan Sultan pula melantik Menteri Besar daripada kalangan calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti terbesar di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Sultan Perak menggunakan prosedur yang sama ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar seperti juga ketika baginda melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas.

"Jangan lupa... pada Pilihan Raya Umum 2008, BN adalah parti tunggal yang mendapat majoriti DUN dengan 28 kerusi... parti pakatan tidak berdaftar dan tiga parti berasingan. Pada masa itu, kalau Tuanku nak lantik Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pun Tuanku ada hak kerana BN adalah parti tunggal yang mendapat majoriti terbesar.

"(Tetapi) Tuanku atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat tiga parti pembangkang... Tuanku dapatkan surat pengakuan mereka, maka Tuanku pilih Nizar sebagai Menteri Besar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) di sini.

Najib berkata, kini pembangkang sudah hilang majoriti di DUN dan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry yang dicadangkan oleh BN, menggunakan kaedah yang sama dan berasaskan prinsip yang sah tanpa melanggar sistem demokrasi serta Perlembagaan.

"Ia berlaku melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen. Ini mesti diterangkan dan sebab itu saya kata pilihan raya adalah satu opsyen dan budi bicara... bukan semestinya," katanya.

Perdana Menteri berkata, jika semua pihak menerima bagaimana proses itu dilaksanakan, kerajaan yang ada sekarang boleh mentadbir Perak kerana BN mendapat majoriti mencukupi.

"Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan seperti yang dilakukannya dalam DUN. Siapa suruh gantung MB dan Exco BN. Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen.

"Macam kita (BN) ada majoriti di Parlimen... kita boleh gantung 20 Ahli Parlimen pembangkang kalau kita mahu. Kalau prinsip sama (amalan pembangkang) kita ada kuasa... budi bicara, kita buatlah sesuka hati kita.

"(Namun) Pembangkang pertikaikan pelantikan Dr Zambry dan bawa ke mahkamah. Kita bawa ke mahkamah bila dia gantung Adun. Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila ada majoriti, Speaker boleh gantung enam orang. Jika begitu kita pun boleh gantung enam orang," katanya.

Perdana Menteri juga menafikan dakwaan kononnya beliau menjadi punca kemelut politik di Perak.

Najib menegaskan BN tidak merampas kuasa di Perak kerana peralihan kerajaan dilakukan mengikut peraturan serta undang-undang.

"Dia (Mohammad Nizar) sudah hilang kepercayaan. Tiga Adun (pembangkang) hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak bertanggungjawab," katanya.

Mengenai tindakan melompat parti, Perdana Menteri berkata, ia dibenarkan oleh undang-undang dan berlaku di negara lain seperti bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill pernah beberapa kali bertukar parti dan baru-baru ini seorang Senator dari parti Republikan di Amerika Syarikat beralih kepada parti Demokrat.

"Jangan lupa pada 16 September lalu siapa yang cuba curi 31 Ahli Parlimen kita. Dia (Pakatan Rakyat) lakukan perkara sama, tetapi apabila gagal dan kita berjaya di Perak, kita pula yang dikatakan tidak demokratik. Kita pula dituduh rampas kuasa," katanya.

Ditanya mengenai kesediaan Pakatan Rakyat untuk menemuinya bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, Najib berkata: "Kalau ada permohonan dan tiada syarat tak apa. Kalau setakat nak bincang... kita boleh bincang, tidak ada masalah.

"Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetap tarikh dan masa yang sesuai... kena tengok jadual yang sesuai," katanya.




Sultan Perak bukan punca kemelut politik - Najib


MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan berhubung krisis politik di Perak dan baginda juga bukan punca kemelut politik di negeri itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Azlan memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar setelah mengambil kira Barisan Nasional (BN) negeri itu memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, dibuat selepas menilai surat perakuan majoriti anggota DUN yang menyatakan sokongan kepada BN.

''Mengikut sistem demokrasi di negara ini, rakyat memilih wakil rakyat dan sultan di negeri-negeri akan melantik calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam DUN untuk menjadi Menteri Besar,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang, di sini hari ini.

Najib mengulas kritikan-kritikan pembangkang yang menyalahkan Sultan Perak berikutan krisis politik di negeri itu serta menuduh baginda menjadi punca kepada kemelut politik di Perak yang kini sudah berlarutan lebih tiga bulan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak bahawa Sultan Azlan menggunakan prosedur yang sama melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, selepas pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum 2008.

''Jadi jangan salahkan Tuanku. Baginda (Sultan Perak) menggunakan kaedah dan prinsip yang sama ketika melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru dan tindakan Tuanku (Sultan Perak) itu tidak boleh dianggap melanggar Perlembagaan,'' katanya.

Beliau berkata, ketika pakatan pembangkang menang majoriti kerusi DUN Perak selepas pilihan raya umum lalu, ia pun bukanlah gabungan parti yang berdaftar.

Atas kedudukan itu, sekiranya Sultan Perak hendak melantik semula Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri Besar, beliau boleh berbuat demikian kerana BN adalah parti tunggal berdaftar yang mendapat majoriti kerusi di DUN Perak pada masa itu.

'' Tetapi atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang di negeri itu (Perak), Tuanku sebaliknya mendapatkan surat perakuan mereka dan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar," katanya.

Perdana Menteri juga menegaskan pelantikan Zambry melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak serta sistem demokrasi di negara ini.

''Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan, seperti yang mereka lakukan di DUN Perak sekarang. Siapa suruh gantung Menteri Besar dan Exco BN daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri Perak.

''Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian juga boleh diumpamakan seperti BN yang mempunyai majoriti kerusi di Parlimen bertindak menggantung 20 anggota Parlimen pembangkang jika BN mahu.

'' Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila sesebuah parti mempunyai majoriti, Speaker boleh gantung enam anggota parti itu. Jika begitulah keadaannya, kita (BN) pun boleh gantung enam orang anggota mereka (pembangkang) di Parlimen," tambah beliau.

Najib juga menafikan beliau menjadi punca kemelut politik di Perak dan harus bertanggungjawab atas tindakannya kerana terbabit 'merampas kuasa' kerajaan negeri Perak pada awal Februari lalu.

''Apabila tiga anggota DUN pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan pakatan pembangkang dan menyokong BN, sehingga dia (Mohammad Nizar) turut hilang kepercayaan. Sayakah yang bertanggungjawab?'' tanya beliau.

Perdana Menteri turut mengulas mengenai lompat parti, sambil menjelaskan bahawa ia dibenarkan oleh undang-undang dan ia pernah berlaku di negara lain, termasuk di negara maju.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill pernah beberapa kali berpindah parti dan baru-baru ini seorang senator daripada Parti Republikan di Amerika Syarikat berpindah ke Parti Demokrat.

Beliau menjelaskan bahawa BN tidak merampas kuasa kerajaan negeri di Perak kerana peralihan kerajaan dilakukan mengikut peraturan serta undang-undang.

'Saya sedia jumpa pakatan pembangkang'

'Saya sedia jumpa pakatan pembangkang'

MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan pemimpin pakatan pembangkang bagi membincangkan kemelut politik negeri Perak

Perdana Menteri bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahawa pembangkang tidak harus menetapkan sebarang syarat bagi mengadakan pertemuan tersebut.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau akan menetapkan masa yang sesuai sekiranya pembangkang mengemukakan permohonan untuk mengadakan pertemuan seperti yang dilaporkan.

''Saya bersedia untuk bertemu mereka.

''Nantilah, kita tetapkan masa yang sesuai (untuk bertemu pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang (CTI), di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan pakatan pembangkang untuk mengadakan pertemuan dengan BN bagi mengukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan ke arah mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.

''Saya hendak tengok dulu, kalau ada permohonan (pembangkang)... tapi tanpa ada sebarang syarat," tambah beliau.

Beliau juga berkata, sebelum pertemuan itu berlangsung, Barisan Nasional (BN) juga perlu memastikan siapa dan jumlah pemimpin pembangkang yang akan menghadiri pertemuan berkenaan.

Najib juga ditanya mengenai kenyataan pemimpin pembangkang bahawa mereka tidak menetapkan syarat bagi mengadakan pertemuan itu.

Katanya, walaupun pembangkang tidak menetapkan syarat, tapi BN tahu bila bercakap di luar, pembangkang menetapkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan sebagai jalan menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

''Walaupun kata tidak bersyarat tapi kita tahu apa dia (pembangkang) cakap di luar," katanya.

Najib merujuk kepada kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mengulangi pendirian pembangkang bahawa BN harus mengembalikan semula mandat kepada rakyat di negeri Perak untuk menentukan kerajaan yang baru.

''Saya tak menolak (saranan Anwar) ... kalau nak jumpa boleh, tetapi tidak semestinya bubar DUN sebagai syarat, katanya.

Ketika ditanya saranan banyak pihak bahawa Najib sebagai Pengerusi BN boleh menasihati Sultan Perak, Sultan Azlah Shah supaya membubarkan DUN, Perdana Menteri menegaskan bahawa ia adalah hak sultan.

Sambil mengulas lebih lanjut kenyataan Anwar itu, Perdana Menteri berkata, saranan tersebut hanyalah satu opsyen dan tidak berbuat demikian juga merupakan opsyen yang lain.

Pemimpin beri reaksi berbeza

Pemimpin beri reaksi berbeza

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Mei - Beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang memberi reaksi berbeza terhadap cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersidang bagi menyelesaikan krisis pemerintahan di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, cadangan bekas Perdana Menteri itu amat bernas kerana proses pilihan raya bukan sahaja membazir, tetapi ia juga mengambil masa yang lama.

"Selain itu, demokrasi bukan sahaja ditentukan melalui pilihan raya tetapi ia juga dicapai melalui sidang DUN di Perak.

"Tetapi saya faham, pembangkang tidak akan bersetuju dengan sidang DUN kerana mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama dengan Barisan Nasional (BN) dan mereka takut kalah kerana tiga ADUN bebas telah menyatakan sokongan kepada BN," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Dr. Mahathir semalam agar kemelut politik di Perak diselesaikan melalui usul undi tidak percaya pada sidang DUN.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merayu pemimpin pakatan pembangkang agar bersetuju menyertai sidang DUN Perak kerana ia merupakan cara terbaik demi kepentingan rakyat negeri tersebut.

''Bukankah DUN ada, buat apa perlu pilihan raya?

''Kita juga perlu melakukan usaha ini (sidang DUN), di samping meneruskan proses perundangan dan kehakiman di mahkamah," jelasnya.

Dalam hal sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar menegaskan, kenyataan Dr. Mahathir mencerminkan bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai pendirian tetap terhadap isu di Perak.

''Kenyataannya melambangkan beliau risau BN kalah jika terpaksa menghadapi pilihan raya," ujarnya.

Biar mahkamah buat penghakiman

Biar mahkamah buat penghakiman

PUTRAJAYA 15 Mei - Persoalan bahawa Barisan Nasional (BN) gentar menghadapi pilihan raya kecil bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak sebenarnya tidak timbul, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurutnya, semua pihak perlu memberikan laluan kepada proses perundangan dan menyerahkan kepada pihak mahkamah membuat keputusan berhubung isu tersebut.

''Kita bukan gilakan kuasa tetapi memandangkan perkara tersebut masih dalam peringkat perundangan, biar mahkamah membuat penghakiman terlebih dahulu.

''Apabila proses undang-undang dijalankan secara teratur, jika mahkamah memutuskan bahawa ia harus dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) maka dewan harus digunakan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN menyarankan satu pilihan raya baru diadakan bagi menamatkan kemelut politik Perak yang berlarutan sejak Februari lalu.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, desakan supaya diadakan pilihan raya boleh menyebabkan senario baru iaitu parti yang tidak mempunyai majoriti turut mahu memerintah.

''Kita kerap sangat mahu mengadakan pilihan raya selepas berlaku pilihan raya umum, sedangkan sistem menyatakan bahawa siapa yang mendapat majoriti mereka boleh memerintah negeri atau negara.

''Sebaliknya jika ada yang tidak dapat majoriti menuntut diadakan pilihan raya, mungkin negeri-negeri lain akan tuntut," katanya.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ialah BN mahu memenuhi keperluan masyarakat termasuk memastikan urus tadbir kerajaan negeri berjalan lancar dan tidak diganggu gugat dengan kegiatan lain.

Beliau bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu kepentingan rakyat menjadi keutamaan dan memastikan adanya kestabilan politik khususnya di Perak.

Rakyat berhak tentukan kerajaan

Rakyat berhak tentukan kerajaan

IPOH 15 Mei - Keputusan mahkamah berhubung pelantikan Menteri Besar Perak yang sah, tidak akan mempengaruhi usaha pakatan pembangkang untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, peranan mahkamah hanya memutuskan sesuatu itu menerusi aspek perundangan tetapi rakyat berhak menentukan kerajaan yang akan mereka pilih.

''Kita mengalu-alukan usaha mengembalikan hak kepada rakyat iaitu dengan hanya menerusi pembubaran DUN, ini adalah satu-satunya cara yang kita terima," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, krisis politik di Perak telah lama berlarutan dan sudah sampai masanya ia dihentikan segera.

Katanya, adalah menjadi harapan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang berwibawa wujud di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menasihatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir supaya membenarkan usaha membubarkan DUN dilakukan.

''Selepas ini baru kita boleh bercakap atau berbincang tentang kerjasama untuk memajukan negeri," katanya.

Kemelut politik boleh selesai cara baik: Zambry

Kemelut politik boleh selesai cara baik: Zambry
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my


ZAMBRY ketika berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman
web New Straits Times (NST) Online kira-kira sejam dari pejabatnya, semalam.

Semua perlu faham peraturan prinsip demokrasi berperwakilan

IPOH: Kemelut politik Perak boleh diselesaikan secara baik sekiranya semua pihak memahami peraturan dan menghormati prinsip demokrasi berperwakilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Saya tidak faham kenapa kini timbul persoalan pilihan raya apabila Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai kerajaan negeri dengan majoriti mudah, sedangkan BN tidak mempersoalkan faktor majoriti pakatan pembangkang ketika mereka membentuk kerajaan goyah di Perak selepas pilihan raya umum tahun lalu.

"Kita tidak seharusnya membenarkan pihak minoriti bermaharajalela (merujuk kepada pelbagai usaha Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN sejak mengambil alih pentadbiran Februari lalu)

"... masalah dalam politik ialah kadangkala rakyat mudah terpengaruh dengan retorik," katanya ketika berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman web New Straits Times (NST) Online kira-kira sejam dari pejabatnya di sini, semalam.

Begitupun, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, semua pihak termasuk BN perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika diadakan pilihan raya di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berpendapat sebelum pilihan raya boleh diadakan, segala kecelaruan dalam politik di negeri ini perlu ditangani dulu kerana pihaknya menyedari terlalu banyak salah faham dan salah persepsi terhadap apa yang sebenarnya berlaku di Perak.

Zambry berkata, beliau juga menerima banyak pandangan daripada pelbagai kelompok masyarakat yang tidak setuju diadakan pilihan raya bagi menyelesaikan krisis politik di negeri ini.

"Pandangan mereka bukan kerana ia hanya akan menambahkan lagi kekalutan dan menelan kos yang tinggi dalam keadaan ekonomi sekarang, tetapi berasakan ia tidak perlu kerana prinsip asas demokrasi berperwakilan iaitu pihak yang menguasai majoriti membentuk kerajaan negeri dan dalam hal Perak, BN menguasai majoriti.

"Semua orang mahu krisis politik Perak diselesaikan secepat mungkin. Saya sendiri tidak terkecuali. Tetapi, di sebalik segala keadaan sekarang, kami semua setuju bahawa persekitaran perniagaan yang baik mesti disediakan. Oleh itu, mari kita sama-sama mengekalkan persekitaran mesra perniagaan di negeri ini," katanya.

Zambry juga tidak menolak kemungkinan Sidang DUN tergempar diadakan dalam tempoh terdekat tetapi perlu jelas tujuan ia mahu diadakan.

Malang jika rasuah berlaku dalam Pas

Malang jika rasuah berlaku dalam Pas

ALOR SETAR 15 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, adalah sesuatu yang malang sekiranya berlaku amalan rasuah di kalangan perwakilan Pas menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah bagaimanapun yakin gejala itu tidak berlaku dan mahu dakwaan terbabit dibuktikan, jika benar ada individu memberikan rasuah kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan orang boleh kata macam-macam namun kita tak boleh tuduh sahaja.

"Buktikan siapa, bila dan di mana perkara tersebut berlaku," ujarnya selepas merasmikan Pesta Thai 2009 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Menurut Azizan, amalan memberi sedekah di dalam Pas mungkin sudah disalah anggap sebagai memberi rasuah untuk melobi jawatan.

"Kita ini orang Pas suka bagi sedekah. Pergi kenduri, tengok orang meninggal dunia pun kita bagi sedekah.

"Mungkin individu yang dikatakan telah memberi sedekah tersebut disalah anggap sebagai memberi rasuah," ujarnya.

Azizan menambah, disebabkan itu dia tidak mahu memberi sedekah sehingga Jun ini kerana bimbang disalah tafsir sebagai rasuah.

"Kalau sesiapa mahu minta derma daripada saya, minta selepas Jun ini.

"Saya bimbang nanti orang kata saya beri rasuah pula walaupun saya hanya memberi sedekah," katanya.

Menurut Azizan, perwakilan Pas akan memilih mereka yang layak untuk menjadi pemimpin di dalam parti dan tidak perlu memberi rasuah untuk menjadi pemimpin.

"Kalau kita layak orang akan pilih kita, tak perlu bagi rasuah.

"Penat sebenarnya kalau kita nak jadi pemimpin tertinggi dalam parti sebab nak tidur malam pun susah," katanya.

Ketua Dewan Ulama Pas perjelas dakwaan rasuah

Ketua Dewan Ulama Pas perjelas dakwaan rasuah

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my




Pemimpin dinasihat tak beri hadiah menjelang pemilihan parti

KOTA BHARU: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, semalam mempertahankan dakwaannya berhubung berlaku gejala pemberian hadiah dan jamuan menjelang pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Beliau menegaskan, apa yang disebutnya pada Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan, Rabu lalu itu, bukan bertujuan membuat tuduhan terhadap mana-mana calon, sebaliknya sekadar menasihatkan perwakilan supaya menjauhi gejala tidak sihat itu.

"Saya diberitahu dan difahamkan ada yang buat kerja macam tu (memberi baju dan mengadakan jamuan kepada perwakilan), jadi saya cuma bagi nasihat dan tak tuduh sesiapa pun.

"Apa yang saya sebut itu sekadar nasihat dalam mesyuarat (muktamar) kepada ulama supaya jangan Pas jadi macam parti lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rabu lalu, Mohamed dilaporkan mendedahkan situasi tidak sihat itu mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan serta memberi hadiah baju kepada perwakilan untuk tujuan melobi.

Kelmarin, beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan itu sebagai amat serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu supaya dikenakan tindakan tegas kerana menjejas imej parti yang mendukung perjuangan Islam.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar dilaporkan berkata, Jawatankuasa Disiplin parti itu akan memanggil Mohamed Daud dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Mohamed berkata, sehingga petang semalam beliau belum dihubungi oleh mana-mana pemimpin serta Jawatankuasa Disiplin parti berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaannya itu.






Mohamed tiada hasrat dedah nama


KOTA BHARU 15 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi tidak berhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politik kotor dalam usaha melobi jawatan.

Menurut beliau, apa yang dinyatakan sebelum ini adalah secara umum tentang wujud keadaan seumpama itu berdasarkan gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan menjelang pemilihan dalam parti.

‘‘Saya cuma dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa perkara ini timbul, sebab itu saya nasihatkan kepada ulama jangan buat. Kalau betul ada, hentikanlah. Yang penting sekarang jangan buat benda ini. Ini bukan budaya Pas.

‘‘Saya tidak mahu tuduh menuduh,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Pas, Ahmad Awang hari ini yang meminta Mohamed membuktikan kesahihan dakwaannya itu.

Ahmad menyifatkan perkara itu sebagai amat serius dan boleh menjadi fitnah kepada parti sekiranya tidak dapat dibuktikan.

Kenyataan Ahmad merujuk kepada ucapan Mohamed ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas negeri di Markas Dewan Ulama (MADU), Machang di sini kelmarin.

Utusan Malaysia melaporkan Mohamed sebagai berkata, berlaku aktiviti memberi hadiah dan menjamu makanan kepada perwakilan oleh beberapa individu dalam Pas sebagai salah satu cara untuk melobi.

Nasrudin terima 11 pencalonan

Nasrudin terima 11 pencalonan

KUALA LUMPUR 15 Mei – Calon pro-ulama, Nasrudin Hassan Tantawi mendahului dengan selesa senarai pencalonan jawatan Ketua Pemuda Pas apabila menerima sokongan daripada 11 negeri.

Nasrudin yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas menerima pencalonan daripada Pemuda Perlis, Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu, Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sarawak, Perak dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, pencabar terdekat beliau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim hanya mendapat dua pencalonan, masing-masing dari Kelantan dan Melaka.

Seorang lagi calon iaitu Ketua Pemuda Pas Selangor, Salehen Mukhyi pula sekadar mendapat satu pencalonan daripada Pemuda Sabah.

Nasrudin sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Pas negeri yang telah mencalonkan beliau.

Bagaimanapun katanya, isu sama ada akan berlaku pertandingan merebut jawatan berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat bulanan Pemuda Pas pada 24 Mei ini.

Katanya, jika kata sepakat berjaya dicapai, jawatan itu akan diserahkan kepada calon yang lebih layak melalui kaedah musyawarah.

Sivakumar saman Speaker DUN

Sivakumar saman Speaker DUN


IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memfailkan saman terhadap Speaker Datuk R Ganesan memohon perintah mahkamah menahan Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menghalangnya menyandang atau menjalankan tugas sebagai Speaker DUN Perak secara sah.

Sivakumar sebagai plaintif turut menuntut perintah mahkamah menghalang sebarang usaha daripada defendan, pekerja dan ejennya untuk terus mendatangkan penderitaan, serangan atau kekerasan terhadapnya.

Plaintif juga menuntut ganti rugi serangan, penahanan salah serta ganti rugi teruk yang didakwa dialaminya ketika persidangan DUN pada 7 Mei lalu, selain kos atau bayaran lain yang dianggap sebagai adil dan saksama oleh mahkamah.

Writ saman itu difailkan peguamnya, Leong Cheok Keng dan Chan Kok Keong di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, kira-kira jam 11.45 pagi dan meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari daripada tarikh ia difailkan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Sivakumar berkata, beliau masih Adun Tronoh dan mendakwa masih Speaker DUN Perak, manakala defendan pula bukan Adun, maka kehadirannya pada persidangan itu adalah penghinaan terhadap DUN.

Sivakumar mendakwa kira-kira jam 2 petang pada 7 Mei lalu ketika sedang mempengerusikan mesyuarat DUN, beberapa pekerja atau ejen defendan menyerangnya dengan menangkap secara ganas, mengheret beliau daripada kerusi dan secara keras mengusir daripada dewan berkenaan.

Dakwanya, tindakan salah pekerja atau ejen itu adalah atas arahan defendan dan ketika ketiadaan plaintif, defendan secara salah menyandang jawatan Speaker dengan menduduki kerusi yang ditetapkan dan memakai pakaian rasmi Speaker.

Pada masa sama, plaintif mendakwa secara tidak sah di sisi undang-undang dikurung pekerja atau ejen defendan dalam sebuah bilik dalam bangunan Perak Darul Ridzuan selama lebih sejam sebelum dilepaskan.

Disebabkan perkara itu, plaintif mendakwa dihindari menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Speaker yang sah serta mengalami kecederaan iaitu lebam di beberapa bahagian badan, kesakitan dan ketidakselesaan di seluruh badan, kekejutan, gelisah dan kesengsaraan mental serta kerosakan kepada sut dan jubah rasmi yang dipakai sebagai Speaker.





Sivakumar fail saman terhadap Speaker


IPOH 15 Mei - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Speaker, Datuk R. Ganesan bagi menuntut ganti rugi berhubung kecederaan, kerosakan dan kerugian yang dialami akibat tindakan yang diambil terhadapnya semasa persidangan DUN pada 7 Mei lalu.

Dalam writ saman itu, Sivakumar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Ganesan, pekerja atau ejennya daripada menafikan hak beliau untuk memasuki persidangan DUN atau melarang serta menyekatnya dalam apa jua cara daripada memegang jawatan atau menjalankan tugas beliau sebagai Speaker DUN yang sah.

Turut dipohon ialah satu lagi perintah injunksi bagi menghalang sebarang penderitaan, serangan atau pemukulan yang seterusnya oleh Ganesan atau pekerja atau ejennya.

Writ saman tersebut yang menamakan Ganesan sebagai defendan difailkan melalui firma guaman, Tetuan Chan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam writ saman itu, Sivakumar selaku plaintif antara lain mendakwa mengalami lebam di bahagian badan, lengan dan kaki, selain kesakitan serta ketidakselesaan di seluruh badan.

Beliau juga mendakwa mengalami kekejutan gelisah, kesengsaraan mental dan kerosakan pada suit serta jubah rasmi Speaker yang dipakainya ketika kejadian.

Selain perintah injunksi, plaintif menuntut ganti rugi serangan dan serang sentuh, ganti rugi penahanan salah, ganti rugi teruk dan kos.

Dalam pernyataan tuntutannya, Sivakumar mendakwa, beliau masih Speaker DUN Perak yang sah manakala kehadiran Ganesan yang bukan seorang ADUN di sebarang sidang merupakan suatu penghinaan kepada DUN.

Plaintif mendakwa, kira-kira pukul 2 petang, 7 Mei lalu ketika beliau sedang mempengerusikan suatu mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan secara sah, pekerja atau ejen defendan telah menyerangnya dengan menangkap beliau dengan ganas, mengheret dan mengusir beliau dari dewan itu atas arahan defendan.

Plaintif mendakwa semasa ketidakhadiran beliau secara paksaan, defendan telah secara salah meletakkan dirinya sebagai Speaker yang menduduki kerusi Speaker dan memakai pakaian rasmi Speaker.

Sivakumar juga mendakwa beliau dikurung oleh pekerja atau ejen defendan secara tidak sah di sisi undang-undang di dalam sebuah bilik dalam bangunan tersebut selama lebih dari sejam sebelum beliau dibebaskan.

Berikutan itu, Sivakumar mendakwa, beliau telah dihalang daripada menjalankan tugas dan kewajipannya sebagai Speaker DUN yang sah dan telah mengalami kejutan, kesakitan dan kecederaan, kerugian dan kerosakan serta telah dilucutkan kebebasannya.

Hentikan sikap kepentingan sendiri

Hentikan sikap kepentingan sendiri


KHAIRY Jamaluddin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk tempatan sambil diperhatikan Mohd. Zaidi Said (kanan) di Guar Perahu, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 15 Mei - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas para pemimpin pakatan pembangkang yang sentiasa mengamalkan sikap dwi-standard dan mentafsirkan demokrasi semata-mata untuk memihak kepada kepentingan politik mereka.

Beliau turut menyelar pemimpin pembangkang yang memperlekehkan sistem demokrasi dengan memandang demokrasi seperti hotel iaitu mudah mendaftar masuk dan keluar pada bila-bila masa.

"Saya minta pembangkang hentikan sikap dwi-standard ini. Apa yang mereka lakukan, dibolehkan. Misalnya calon Bebas sokong BN (Barisan Nasional) itu salah, jika ahli mereka lompat parti masuk BN, itu haram tetapi jika melompat kepada mereka, itu tidak salah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khairy meminta pemimpin pakatan pembangkang supaya menghentikan politiking yang keterlaluan.

Katanya, pembangkang harus menamatkan politiking yang mengheret sama rakyat ke dalam masalah dalaman mereka.

Menurut beliau, ini termasuk dalam mencari calon untuk mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikosongkan oleh penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin sebelum ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memberitahu, rakyat sudah bosan dengan politiking pembangkang.

"Sikap itu mencabuli demokrasi, tidak sepatutnya diadakan pilihan raya kecil (DUN Penanti) kecuali atas sebab wakil rakyat berkenaan meninggal dunia, muflis atau menghadapi tindakan undang-undang," katanya.

Kayveas dakwa Murugiah cuba 'kuburkan' PPP

Kayveas dakwa Murugiah cuba 'kuburkan' PPP


KUALA LUMPUR: Krisis dalaman Parti Progresif Rakyat (PPP) terus memuncak apabila Presiden parti, Datuk M Kayveas semalam mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah cuba 'kuburkan' parti yang mempunyai keahlian hampir 500,000 orang itu.

Kayveas turut menafikan dakwaan segelintir pihak termasuk bekas ahli parti kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah mengeluarkan notis pembubaran bagi membatalkan pendaftaran PPP.

Sehubungan itu, beliau berkata PPP akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) hari ini, bagi menentukan kedudukan Murugiah dalam parti kerana sebelum ini beliau menangguhkan keputusan untuk memecatnya.

“Minggu lalu ahli MT PPP meminta saya memecat Murugiah tetapi saya menangguhkan keputusan... dengan harapan Murugiah akan bertemu saya dan berbincang segala permasalahan yang wujud... tetapi beliau sehingga kini tidak datang menemui saya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, bekas ahli MT PPP, Dr N Shanmuganathan yang dipecat Kayveas mendakwa ROS sedang menunggu masa untuk membatalkan pendaftaran PPP kerana gagal menghantar laporan mesyuarat agung dan laporan kewangan parti sejak 2002.

Sementara itu, Pendaftar Pertubuhan, Datuk Md Alias Kalil memberitahu Berita Harian, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang notis pembubaran untuk membatalkan pendaftaran PPP seperti didakwa segelintir pihak.

“Tiada notis dikeluarkan oleh pihak kami sehingga kini. Jika kita mahu mengeluarkan notis ini... ROS perlu meneliti pelbagai perkara dan akan memaklumkan kepada sesebuah parti itu sebelum berbuat demikian,” katanya.

Friday, May 15, 2009

POLITIK : JUMAAT 15 MEI 2009

Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan
KUALALUMPUR 14 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mempunyaipeluang yang amat cerah untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihanparti itu bulan depan apabila mendapat pencalonan hampir 60 peratus.

Terpulang Sultan
PUTRAJAYA:Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidakgentar menghadapi pilihan raya negeri di Perak bagi menyelesaikankrisis politik negeri itu walaupun ia adalah sesuatu yang tidak harusberlaku.





Kemelut Perak: BN sedia hadapi pilihan raya
PUTRAJAYA 14 Mei – Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyatsekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakansemula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Image

Tidak perlu pilihan raya baru
CYBERJAYA 14 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidangbagi menentukan siapakah yang layak menjadi Menteri Besar melalui usulundi tidak percaya.

Dakwaan Mahfuz tidak berasas - Khairy
SEREMBAN 14 Mei - Tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuriurusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politikdi Perak.

Gerak usaha penerangan
IPOH 14 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di seluruh negara diarahmenggerakkan usaha memberi penerangan kepada masyarakat terutamagenerasi muda tentang situasi semasa yang berlaku di negeri ini.

Lihat rakaman keganasan pembangkang
IPOH 14 Mei - Orang awam perlu melihat sendiri rakaman penuh perjalanansidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 7 Meilalu supaya mereka dapat menyaksikan 'keganasan' wakil pembangkang.

ADUN BN buat laporan terhadap Sivakumar
IPOH 14 Mei - Exco kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osmanhari ini mengetuai 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BarisanNasional (BN) dan dua wakil rakyat Bebas membuat laporan polis terhadapbekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar.

Tidak berbangkit isu 'kerajaan perpaduan'
PUTRAJAYA 14 Mei - Soal Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmenolak pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO tidak timbul keranaUMNO sehingga hari ini belum membuat sebarang cadangan berhubungperkara itu.

UMNO yakin sokongan rakyat Kelantan - Ahmad Maslan
KOTA BHARU 14 Mei - UMNO yakin rakyat Kelantan akan kembali kepadaBarisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang selepas iaditerajui oleh Datuk Mustapa Mohamed yang pernah mencatatkan prestasicemerlang pada pilihan raya 2004.

Image

Shafie umum 'kabinet' UMNO Kedah
ALOR SETAR 14 Mei - Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharomdan Datuk Mukhriz Mahathir adalah dua di antara tiga muka baru yangdilantik menganggotai jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,hari ini.

Yakin kemampuan Shafie
ALOR SETAR 14 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yangbaru, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memperlihatkan tekad dan visinyauntuk menerajui dan membantu memantapkan lagi parti itu di negeri inikhususnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

UMNO Kedah susun gerak kerja
ALOR SETAR 14 Mei - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah akan segeramenyusun dan mengemas kini gerak kerja parti di semua peringkat bagimemastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri ini padapilihan raya umum akan datang.

Buktikan jika betul - Ahmad
KUALALUMPUR 14 Mei - "Perkara ini amat serius, kena buktikan kalau memangwujud. Jika tidak ia akan menjadi fitnah kepada parti."

SPRM pantau politik wang
KUALA LUMPUR 14 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)akan bertindak tegas termasuk menahan mana-mana individu yangmengamalkan politik wang menjelang Muktamar Agung Pas pada Jun ini.

PPP boleh dibatalkan
KUALA LUMPUR 14 Mei – Krisis yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin kusut, berselirat dan berisiko dibatalkan.

Kami tidak minta Manoharan sertai MIC - Samy
KUALA LUMPUR 14 Mei - MIC hari ini membidas penasihat undang-undangHindu Rights Action Force (Hindraf), M. Manoharan kerana membuat komenliar berhubung pelawaan untuk berbincang oleh parti itu demi kebaikanmasyarakat India negara ini.







Perwakilan beri hadiah dianggap penjenayah
KUALALUMPUR: Pas menganggap mana-mana pemimpinnya yang memberi ‘hadiah’kepada perwakilan semata-mata untuk meraih sokongan pada Muktamar Agungke-55 Pas awal bulan depan, sebagai penjenayah besar dan perlumuhasabah diri.

Dr M syor usul undi tidak percaya terhadap PR
CYBERJAYA:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan BarisanNasional (BN) yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak supaya segera mengadakan usul undi tidak percaya terhadap MenteriBesar dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisispolitik di negeri itu.

28 Adun BN, tiga Bebas lapor polis
IPOH:Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Perak dantiga Adun bebas beramai-ramai menaiki bas milik Setiausaha KerajaanNegeri untuk membuat laporan polis terhadap bekas Speaker DewanUndangan Negeri (DUN) V Sivakumar.




Kes rasuah politik Norza ditangguh 9 Jun
TEMERLOH:Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan kes rasuah politikmembabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk MohamadNorza Zakaria disebut semula pada 9 Jun ini.

Kes rasuah Norza disebut semula 9 Jun
TEMERLOH14 Mei - Kes rasuah yang dihadapi bekas ahli Majlis Tertinggi (MT)UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria akan disebut semula di MahkamahSesyen di sini pada 9 Jun ini.

LPK benar pengerusi dapat nasihat undang-undang
PELABUHANKLANG: Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dalam mesyuarattergemparnya semalam, membenarkan pengerusinya mendapatkan nasihatundang-undang membabitkan cadangan memperoleh surat pelepasan daripadabertanggungjawab (letter of indemnity) jika terdapat kecuaian dalamlaporan disediakan juruaudit projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).