Monday, August 24, 2009

POLITIK : ISNIN 24 OGOS 2009

ADUN PKR keluar parti
ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. RadzhiSalleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) danmelepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinyamenjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucukpimpinan parti tersebut.


Kerjasama pakatan tak mampu bertahan lama - TPM
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Sallehmeninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai suatu perkembanganyang bagus dan amat menggalakkan.


Nilai kemampuan pembangkang
PEKAN 23 Ogos – Nilai sendiri kemampuan pembangkang mentadbirnegeri-negeri yang dimenangi! Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak yakin rakyat mampu berfikir secara rasional untuk menilai‘kewibawaan’ pakatan pembangkang mengambil kira ketidaksefahaman yangwujud dalam kalangan pemimpin mereka.




Adun Lunas keluar PKR
KUALALUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah, Mohd RadzhiSalleh, mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadiwakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinanparti itu.




Tindakan ke atas Gobalakrishnan
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Anggota polis yang dikasari semasa penamaancalon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasirmenimbang untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap AhliParlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.

TPM, Anwar solat tarawih bersama
BUKITMERTAJAM, 23 Ogos – Dalam agenda kempen yang sibuk menjelang PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa untukbersolat tarawih bersama-sama penduduk di Masjid Jamek Bukit InderaMuda di sini, malam ini.

Kerajaan Selangor terus dibidas
KUALA LUMPUR 23 Ogos – Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terusdibidas kerana sanggup membelakangkan Perlembagaan dalam isu pembinaankuil di negeri itu.

Atasi kemiskinan agenda utama Perak
SERIMANJUNG: Kerajaan negeri menjadikan isu pembasmian kemiskinan sebagaiagenda utama untuk diberi perhatian dan ditangani segera denganmengenal pasti bilangan terbaru dan sebenar golongan berkenaan dinegeri ini.






Pakatan pembangkang semakin rapuh
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi berkata, pakatan pembangkang tidak akan mampu menutup segalakelemahan serta krisis kepimpinan yang semakin menjadi-jadi dalamgabungan tersebut.

PKR makin hilang kepercayaan ahli
BUKITMERTAJAM 23 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein berkata, ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin hilangkepercayaan terhadap parti itu sehingga menyebabkan ada kalanganpemimpin mereka bertindak meninggalkan parti.

Dakwa insiden kekecohan arahan Anwar?
KUALALUMPUR 23 Ogos - Seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR)mendakwa insiden kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan DatukSeri Anwar Ibrahim.

PKR tuduh BN jadi punca
ALOR SETAR 23 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang menerimatamparan hebat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd.Radzhi Salleh mengisytiharkan keluar daripada parti itu menuduh BarisanNasional (BN) terlibat dalam tindakan tersebut.

Insiden hitam PKR Kedah - Ahmad
ALOR SETAR 23 Ogos - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas,Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)merupakan satu insiden hitam bagi parti itu di negeri ini.

MB menghadap Sultan Kedah hari ini
ALOR SETAR 23 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akanmenghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok bagimemohon perkenan melucutkan jawatan Mohd. Radzhi Salleh sebagai Excokerajaan negeri.


Kempen hari ketujuh semakin rancak
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Kempen yang masuk hari ketujuh hari inisemakin rancak dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pasmemperhebatkan jentera masing-masing menjelang hari pengundian Selasaini.

Raih sokongan pengundi Cina
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad ZahidHamidi yakin pengundi Cina akan mengundi Barisan Nasional (BN) keranasokongan daripada mereka semakin menampakkan tanda positif.


Kempen dari rumah ke rumah dipergiat
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othmanpercaya pendekatan kempen Pas yang menjurus kepada budaya fitnah danserangan peribadi akan memberi kelebihan kepada BN pada hari pengundian25 Ogos ini.

Yusri tampil bela Rohaizat
KUALA LUMPUR 23 Ogos - ''Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihatkenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti untuk memburukkanRohaizat.

Menilai faktor penentu di Permatang Pasir
TANPA menghiraukan hujan atau panas, jentera pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir terus bergerak menyusup kesegenap kawasan untuk memastikan proses merayu undi daripada setiappenduduk dapat dijalankan.

Politik Pas dan PKR pada awal bulan Ramadan
SALAM Ramadan. Semoga umat Islam diberi kekuatan dan kesihatan yangbaik untuk meningkatkan ibadah pada bulan penuh barakah ini. Puasabukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi lebih daripada itu.

Rakyat sudah mula sedar
BUTTERWORTH 23 Ogos - Majoriti undi pembangkang pada Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan menurun kerana rakyatsudah mulai sedar bahawa mereka memerlukan pembaharuan.

Serang peribadi sama dengan Badar al-Kubra - Pas
BUKITMERTAJAM 23 Ogos - Pas menyamakan kempen yang menyentuh peribadi calonlawan sebagai Badar al-Kubra pada zaman Rasulullah kerana peristiwa ituturut berlaku pada bulan Ramadan sama seperti Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Nik Aziz tidak tarik balik
KOTABHARU 23 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidakakan menarik balik kenyataan berhubung ketentuan syurga dan nerakaterhadap penyokong UMNO walaupun didesak pelbagai pihak termasukcendekiawan Islam.

ADUN Pelabuhan Klang tidak masuk UMNO
SHAH ALAM 23 Ogos - UMNO Selangor hari ini menafikan khabar angin yangAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul HishamAbdullah akan menyertai parti itu.

Speaker DUN Kedah diminta timbang
JITRA 23 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr.Abdul Isa Ismail diminta menimbang semula keputusan beliau yang mahuwakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif mengosongkankerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Sokongan kepada saya dibuat sebulat suara - Tee Keat
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Ong Tee Keat menegaskan MesyuaratJawatankuasa Pusat MCA membuat keputusan sebulat suara menyokong beliauberhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Subra anggap Samy nyanyuk
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Calon Timbalan Presiden MIC, Datuk S.Subramaniam menyifatkan Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu,nyanyuk dan tidak profesional apabila bercakap tanpa memikirkanimplikasinya.

Pemilihan MIC: Persaingan sengit menanti pemimpin
PUTRAJAYA23 Ogos - Tarikh telah ditentukan dan ia merupakan persaingan sengitdalam merebut jawatan dalam pemilihan MIC pada 12 September dengan tigaorang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, lapan bagi jawatanNaib Presiden dan sejumlah 65 bagi 23 bagi kerusi Jawatankuasa KerjaPusat (CWC).

Murugiah tidak tubuh parti baru
KUALALUMPUR 23 Ogos - Datuk T. Murugiah tidak bercadang menubuhkan partibaru atau membawa penyokongnya menyertai pembangkang walaupun beliaukini tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam Parti Progresif Penduduk(PPP).








Pakatan Rakyat kian berpecah: PM
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan dua pemimpin Parti KeadilanRakyat (PKR) Kedah, termasuk seorang Exco negeri keluar parti itumemberi gambaran jelas wujudnya percanggahan dan ketidaksefahaman dalamkerajaan diperintah parti pembangkang.

MB Kedah jumpa Sultan
ALORSETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadapSultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'dazam Shah hari ini bagi memohonperkenan baginda menggugurkan jawatan Exco negeri yang disandang AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh.

SPR kuat kuasa enam peraturan hari mengundi
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan enam peraturanmengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dikuat kuasa pada harimengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir, esok.

Bekas rakan kongsi kecewa kenyataan disalahgunakan
KUALALUMPUR: Bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman, Yusri Isahak,berasa sedih terhadap serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional(BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir itu berikutan kenyataannya mengenai kes pembelian hartanah olehKoperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) sejak 20 Ogos lalu.

Rohaizat yakin sokongan meningkat
BUKITMERTAJAM: Kurang 24 jam hari pengundian bagi pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, calon Barisan Nasional (BN),Rohaizat Othman yakin peratusan pengundi yang menyokongnya akan terusmeningkat.

Nik Aziz pertahan 'fatwa' ahli Umno tak masuk syurga
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bertegasdengan pendirian tidak menarik balik kenyataannya penyokong Umno tidakboleh masuk syurga.

Laluan getir pencabar Timbalan Presiden MIC
KUALALUMPUR: Pencabar jawatan Timbalan Presiden MIC dijangka menghadapilaluan getir bagi menumpaskan penyandang, Datuk G Palanivel, sekiranyajumlah pencalonan dijadikan pengukur sokongan yang mampu diraih.

Pas dakwa jentera BN perguna agensi kerajaan
BUKITMERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa tidak serius bagimemastikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, esok menjadi bebas, adil dan demokratik.

Rohaizat yakin sokongan meningkat
BUKITMERTAJAM: Kurang 24 jam hari pengundian bagi pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, calon Barisan Nasional (BN),Rohaizat Othman yakin peratusan pengundi yang menyokongnya akan terusmeningkat.

Bekas rakan kongsi kecewa kenyataan disalahgunakan
KUALALUMPUR: Bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman, Yusri Isahak,berasa sedih terhadap serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional(BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir itu berikutan kenyataannya mengenai kes pembelian hartanah olehKoperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) sejak 20 Ogos lalu.

SPR kuat kuasa enam peraturan hari mengundi
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan enam peraturanmengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dikuat kuasa pada harimengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir, esok.

Presiden MCA nafi guna parti pertahan hadapi isu derma RM10j
KUALALUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat nafi menggunakan partiitu sebagai platform mempertahankan dirinya dalam menghadapi isu‘derma’ RM10 juta yang didakwa diberi Ketua Pegawai Eksekutif KualaDimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing





9 alasan Beng Hock bunuh diri
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persoalan tentang punca kematian Teoh Beng Hockyang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, lebih sebulan laluhampir terungkai apabila dua pakar patologi sependapat bahawaSetiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri.

Sunday, August 23, 2009

POLITIK : AHAD 23 OGOS 2009

Khalid diminta lepaskan jawatan
KUALALUMPUR 22 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimakan menjadi pemimpin terhormat jika beliau melepaskan jawatannya danmenumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah hutangnya.

Penduduk enggan pindah
PULAUPINANG 22 Ogos - Penduduk Kampung Buah Pala di sini bertegas terustinggal di kampung tersebut walaupun sebelum ini bersetuju untukberpindah dari penempatan itu sebelum 1 September.

Isu PKFZ: Tiada agenda peribadi
KUALALUMPUR 22 Ogos - "Saya bukan Pak Nujum tetapi untuk menuntut kebenarandan keadilan, saya akan melakukannya menerusi mahkamah, itu saja."

Penduduk Taman Kota pula bantah bina kuil
KUALALANGAT 22 Ogos - Belum lagi selesai isu cadangan pembinaan kuil diSeksyen 23 Shah Alam, penduduk Taman Kota Kampung Sungai Rambai di sinipula membantah rancangan membina sebuah kuil di kawasan itu.







Cendekiawan Islam selar Nik Aziz putar-belitkan isu
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matdiselar beberapa cendekiawan Islam kerana memutarbelitkan kenyataanbeliau sendiri berhubung ketentuan syurga dan neraka penyokong UMNO.

Jangan salah guna kuasa Menteri Besar - Khairy
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul KhalidIbrahim diminta tidak melakukan penyelewengan atau salah guna kuasabagi membolehkannya membayar hutang bernilai RM66.67 juta dengan BankIslam Malaysia Berhad (BIMB).

Henti serang peribadi - SPR
BUKITMERTAJAM 22 Ogos - Taktik serangan peribadi yang menguasai kempenPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir perludihentikan segera kerana ia menggambarkan perjalanan pilihan raya yangtidak sihat di negara ini disebabkan amalan tersebut yang amat tidakberhemah.


'Anak emas' jika BN menang
BUKITMERTAJAM 22 Ogos - Penduduk di Permatang Pasir boleh menggunakangelaran 'anak emas' untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Pusatsekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil dikawasan itu.

Puasa tak halang kempen Rohaizat
BUKITMERTAJAM 22 Ogos - Kehadiran Ramadan tidak menghalang calon BarisanNasional (BN), Rohaizat Othman untuk terus turun padang berkempenmenemui pengundi untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir menjelang 25 Ogos ini.

Pengundi hantu: Puteri UMNO buat laporan polis
BUKITMERTAJAM 22 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO negeri hari ini membuatlaporan polis berhubung kewujudan lapan nama pengundi yang berdaftar dialamat kediaman orang lain.

80 peratus dijangka keluar mengundi
BUKITMERTAJAM 22 Ogos – Jika Pas menjangkakan peratusan pengundi yang keluarmengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir Selasa ini menurun, UMNO pula berpendapat sebaliknya.


3 rebut jawatan Timbalan Presiden MIC
KUALALUMPUR 22 Ogos - Perebutan jawatan Timbalan Presiden MIC pada 12September ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.










BN teruskan kempen berhemah
BUKIT MERTAJAM: Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, menasihati Passupaya menghormati Ramadan dengan tidak melakukan fitnah dan menyerangperibadi calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir sehingga menjejaskan kemuliaan bulan ini.

Puasa bukan halangan dua calon bertemu penduduk
BUKITMERTAJAM: Puasa tidak menghalang calon Barisan Nasional (BN), RohaizatOthman dan Pas, Mohd Salleh Man, berkempen dengan bertemu pengundi danmasyarakat setempat termasuk mengadakan lawatan dari rumah ke rumah.

Nik Aziz diminta beri 'fatwa' status syurga, neraka PKR, DAP
KOTABHARU: Pemuda Umno Malaysia semalam mencabar Mursyidul Am Pas, DatukNik Abdul Aziz Nik Mat, supaya mengeluarkan 'fatwa' status ahli PartiKeadilan Rakyat (PKR) dan DAP, yang juga rakannya dalam Pakatan Rakyat,sama ada ahli parti itu masuk syurga atau neraka kerana parti terbabitlangsung tiada agenda perjuangan untuk Islam.

Tawan pengundi guna 'formula Manek Urai'
JELI: Pendekatan kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai,Kelantan, baru-baru ini, yang kini diguna pakai sepanjang kempen di DUNPermatang Pasir, Pulau Pinang, menunjukkan masyarakat kawasan itu inginkembali kepada Barisan Nasional (BN).

Pakatan kena jawab tiga isu besar: Khairy
BUKITMERTAJAM: Pemuda Umno mahu Pakatan Rakyat menjawab tiga isu besar yangdibangkitkan termasuk dakwaan pengundi hantu yang dibangkitkan Pas bagimemenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir.

Dua penyokong berperang mulut
BUKIT MERTAJAM: Sekumpulan penyokong Pas terbabit dalam perang mulutdengan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika hendak memasang kainrentang berhampiran pusat operasi BN di Bukit Merah, di sini, awal pagisemalam.

Tiga rebut Timbalan Presiden MIC
KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan Timbalan Presiden MIC menyaksikanpertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang, Datuk G Palanivel,bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam dan Naib Presiden MIC,Datuk S Sothinathan.

Proses penamaan calon lancar
KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon bagi pemilihan MIC yang berlangsungsemalam berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang insiden tidakdiingini dengan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong calon bertanding.







Polis buka 2 lagi kertas siasatan
GEORGETOWN: Polis membuka dua lagi kertas siasatan menjadikan tujuh sudah dibukasejak hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir, Isnin lalu. Kertas siasatan terbaru dibukamengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Tee Kiat saman CEO Kuala Dimensi
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat akanmemfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala DimensiSdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing pada Isnin ini berhubungdakwaan memberi RM10 juta untuk kegiatan MCA.

TI-M gesa polis, SPRM telus siasat surat misteri
KUALALUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) meminta polis danSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankansiasatan secara menyeluruh, adil dan segera berhubung surat misteriyang timbul ketika inkues mengenai kematian Teoh Beng Hock, Rabu lalu.

Saturday, August 22, 2009

POLITIK : SABTU 22 OGOS 2009

MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam
KUALALUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,diperintah membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad bagipinjaman pembelian saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu



Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa
KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puashati perlu dikemuka terus kepada pengerusi majlis berkenaan dan tidakmenggunakan media untuk mempertikaikan keputusan yang sudah dibuat,kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nafi unsur sabotaj calon BN
KUALALUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian wujudnya unsur sabotajterhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman kerana jenterapilihan raya parti menunjukkan komitmen untuk merampas kawasan itu.

Pengundi tak perlu bimbang penularan H1N1
BUKITMERTAJAM: Pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Selasaini kerana pelbagai langkah pencegahan awal penularan selesema babiatau Influenza A (H1N1) sudah diambil.

Calon BN minta Pas tanding secara budiman
BUKITMERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman meminta Passupaya bertanding secara budiman dan tidak menimbulkan isu remeh-temeh.

Samad bawa isu PPSMI di pentas Pas
BUKITMERTAJAM: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyertai kempenPas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasirbagi menjelaskan isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Desakan pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh perlu diperinci
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh tergesa-gesamengisytiharkan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)Kota Seputeh, Kedah disebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)kawasan berkenaan, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang DUNselama dua kali berturut-turut.

Arahan kosongkan kampung kekal
PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan keputusannya pada 24 Jun, yangmenuntut penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mengosongkan rumahmereka dan menyerahkan hartanah itu kepada pemaju, yang memperolehkebenaran untuk memajukan kawasan itu.

Syor selaras komunikasi pentadbir DUN
JERLUN:Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan semua wakilUmno di negeri pembangkang supaya menyelaraskan komunikasi denganpentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengambil iktibar daripadasituasi yang menimpa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh,Datuk Abu Hassan Sarif.

'Beri TPM peluang kotakan janji'
BUKITMERTAJAM: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir wajarmengambil kesempatan daripada janji Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin untuk menjadikan kawasan itu sebagai anak emasKerajaan Pusat.

Pengundi kecam tindakan Gobalakrishnan
KULIM: Pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai kini mula berasa tidak selesadengan tindakan Ahli Parlimen mereka, N Gobalakrishnan, yang didakwabertindak seperti samseng apabila menyerang seorang pegawai kananMajlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 14 Ogos lalu.

Masyarakat sudah muak janji manis pemimpin Pas
BUKITMERTAJAM: Dakwaan pembangkang bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir sebagai kubu kuat mereka hanya sebahagian daripadataktik parti itu supaya Barisan Nasional (BN) tidak terusmemperhebatkan kempen.

'Benarkan pekerja mengundi'
KUALALUMPUR: Majikan swasta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, Pulau Pinang, diingatkan supaya membenarkan pekerja merekamenunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan memberi pelepasan,termasuk cuti pada hari berkenaan.




Tiada cap jari di botol bom api
SHAHALAM: Tiada cap jari ditemui pada tali dan enam botol bom api bagimembantu siasatan kes kenderaan pacuan empat roda SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang, rosak dibaling bom,kelmarin.

Muhyiddin minta polis siasat, ambil tindakan tegas
KUALALUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkanpolis menjalankan siasatan rapi serangan bom api di pejabat SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, kelmarin.

CEO KDSB cabar Tee Kiat isytihar aset isu PKFZ
KUALALUMPUR: Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri TiongKing Sing mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keatmengisytiharkan aset yang dimilikinya kepada umum.

MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam

MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my


Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, diperintah membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad bagi pinjaman pembelian saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, dalam kamarnya di sini, semalam.

Rohana bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menangguhkan pembayaran itu sementara menunggu permohonan rasmi penangguhan keputusan berkenaan didengar pada 16 September ini.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Abdul Khalid, berkata mahkamah membenarkan permohonan Bank Islam untuk satu penghakiman terus dengan alasan tiada isu untuk kes itu perlu dibawa ke satu perbicaraan penuh.

Malik berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana berpendapat perkara itu hendaklah dibawa ke perbicaraan penuh.

Beliau akan memfailkan permohonan rasmi penangguhan keputusan itu, awal minggu depan.

Sementara itu, mahkamah juga menetapkan 16 September ini untuk sebutan kes saman Abdul Khalid terhadap Bank Islam.

Abdul Khalid memulakan saman terhadap bank itu pada 18 Mei 2007, dengan menuntut ganti rugi dan pengisytiharan bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dan Bank Islam berhubung dengan perjanjian kemudahan Al Bai-Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April 2001.

Beliau juga mahu satu pengisytiharan bahawa kemudahan BBA dalam isolasi dan tanpa kontrak kolateral adalah tidak sah dan terbatal serta Bank Islam melanggari kontrak kolateral dan kemudahan BBA.

Saman balas bank berkenaan terhadap Abdul Khalid pada 24 Mei 2007, bagaimanapun mendakwa Menteri Besar itu melanggari kontraknya dalam perjanjian pinjaman BBA bagi pembelian saham Guthrie.

Abdul Khalid tidak hadir di mahkamah semalam, manakala Bank Islam diwakili peguam Tommy Thomas.

Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa

Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puas hati perlu dikemuka terus kepada pengerusi majlis berkenaan dan tidak menggunakan media untuk mempertikaikan keputusan yang sudah dibuat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mendakwa Majlis Fatwa tidak profesional dan dipengaruhi pihak lain kerana tidak bersemuka dengan beliau sebelum memutuskan kenyataan yang dibuatnya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Muhyiddin berpendapat, apa diputuskan Majlis Fatwa berkenaan kenyataan Nik Aziz adalah betul dan sudah diluluskan Majlis Raja-Raja.

"Saya berpendapat apapun itu tidak boleh dipermain-mainkan, ia harus dihormati.

"Jika Nik Aziz kata ada beberapa perkara yang tak berapa betul, dia kena beritahu Pengerusi Majlis Fatwa, tak payahlah perdebat di media sebab ini membabitkan maruah beliau.

"Media pun sudah mengeluarkan secara transkrip dan ini adalah hitam putih jadi tak perlu saya nasihatkan beliau dan beliau harus tahu apa yang patut dilakukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo SME Corporation Malaysia dan majlis menandatangani Perjanjian Pajakan antara SME Corp dengan MRCB di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Nik Aziz meluahkan perasaan hatinya di hadapan kira-kira 2,000 orang yang mengikuti kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, dengan tidak bersetuju terhadap ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat pada 2000.

Beliau merujuk kepada akhbar berbahasa Melayu kelmarin, dengan menyatakan pendiriannya bahawa ketentuan dibuat jawatankuasa itu terhadap seseorang Islam boleh masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah, adalah tidak tepat.

Beliau berkata, sekiranya syurga neraka itu hak mutlak Tuhan, menghisap dadah serta rasuah tidak mengapa kerana perbuatan itu belum tentu masuk neraka sebab mutlak masuk syurga neraka itu sudah menjadi hak mutlak Tuhan.

"Bila syurga neraka mengikut petua ini (Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan) hak mutlak Tuhan, kita (umat Islam) tidak perlu melaungkan azan, mencuri pun tidak mengapa kerana ia hak mutlak Tuhan," katanya.

Nafi unsur sabotaj calon BN

Nafi unsur sabotaj calon BN

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my

Jentera parti tunjuk komitmen rampas Permatang Pasir: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian wujudnya unsur sabotaj terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman kerana jentera pilihan raya parti menunjukkan komitmen untuk merampas kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau tidak fikir dalam Umno ada sabotaj kerana mereka sudah bersepakat akan mematuhi apa saja keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti.

"Saya tak fikir dalam Umno ada sabotaj. Kita sudah bersepakat, apa pun keputusan yang dibuat kepemimpinan parti, mereka akur dan sekarang kita tidak bincang soal itu.

"Mereka di bawah bekerja keras meyakinkan pengundi untuk membuat keputusan dan saya tidak lihat apa-apa petanda dalam kelompok BN yang hendak mengambil tindakan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo SME Corporation Malaysia dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pajakan antara SME Corp dengan MRCB di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, beliau sudah duduk berbincang bersama jentera Umno dan yakin komitmen yang diberikan begitu nyata.

"Saya sudah pun duduk bersama mereka dan mereka nampak begitu komited, jadi ini (sabotaj) mungkin adalah kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej BN.

"Mereka membuat berbagai tohmahan. Kita hairan, lagi dekat bulan puasa lagi kerap mereka membuat kempen memburuk dan memfitnah," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Selasa ini, BN yang diwakili Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat, 38, akan menentang Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada PAS pada 31 Julai kerana sakit jantung.

Pas menggunakan isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil itu.

Ditanya mengenai kerancakan kempen, secara berseloroh Muhyiddin berkata, perkembangan itu mungkin disebabkan kesempatan yang diambil sebelum bermulanya bulan puasa.

"Mungkin rancak pasal tak lama lagi nak puasa, jadi mereka mengambil kesempatan sebelum tidak boleh bercakap, untuk luahkan pelbagai perkara.

"Saya fikir yang penting sekarang ini ialah membiarkan pengundi membuat keputusan, sepatutnya tumpuan kita ialah soal dasar parti, apa prinsip perjuangan parti yang bertanding dan BN sudah jelaskan perkara ini," katanya.

Pengundi tak perlu bimbang penularan H1N1

Pengundi tak perlu bimbang penularan H1N1

BUKIT MERTAJAM: Pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Selasa ini kerana pelbagai langkah pencegahan awal penularan selesema babi atau Influenza A (H1N1) sudah diambil.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pengundi boleh keluar beramai-ramai untuk mengundi dan tidak perlu risau dengan penularan penyakit H1N1.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengambil pelbagai langkah pencegahan termasuk mengedarkan topeng muka percuma.

"Kita juga memberi taklimat kepada pegawai SPR mengenai langkah pencegahan penyakit itu serta bekalan topeng muka untuk diedarkan kepada pengundi.

"Beberapa pegawai kesihatan pula akan memantau semua lokasi pusat mengundi di DUN Permatang Pasir bagi memastikan pengundi mematuhi arahan ditetapkan kementerian untuk membendung wabak itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kempen pencegahan H1N1 di Bukit Indera Muda di sini, semalam.

Sehingga pagi semalam, sebanyak 380 kes baru dijangkiti H1N1 di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 5,876 orang dijangkiti penyakit itu.

Bagaimanapun, tiada kematian dicatatkan berbanding kelmarin dan setakat ini, jumlah kematian kekal 68 orang.

Calon BN minta Pas tanding secara budiman

Calon BN minta Pas tanding secara budiman


ROHAIZAT (kanan) melapah daging ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Kampung Semambu di Bukit Mertajam, semalam.

Pembangkang patut ketengah isu masalah penduduk

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman meminta Pas supaya bertanding secara budiman dan tidak menimbulkan isu remeh-temeh.

Katanya, calon parti itu sepatutnya menyatakan dengan jelas apa yang hendak beliau lakukan di Permatang Pasir untuk menyelesaikan pelbagai masalah penduduk di situ sejak tiga penggal lalu.

"Isu begini yang sepatutnya diketengahkan dan bukan perkara yang remeh-temeh," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu kempen dari rumah ke rumah di kawasan Sungai Semambu, di sini, semalam.

Katanya, beliau tidak mahu membuang masa mengulas pelbagai dakwaan pembangkang yang tidak benar kerana mahu menumpukan usahanya memberi penjelasan kepada penduduk mengenai apa yang akan dilakukan oleh BN di kawasan itu jika parti itu memenangi pilihan raya kecil berkenaan Selasa ini.

"Dakwaan mereka tidak benar dan mengapa saya mesti komen kepada perkara yang tidak betul. Lebih baik saya buat kerja," katanya.

Ketika ditanya mengenai bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak yang kini menyertai kempen parti pembangkang, beliau enggan mengulas dan menyerahkan kepada penduduk untuk membuat penilaian.

"Saya tidak perlu komen, saya hendak bekerja dan biar rakyat tentukan. Isu itu biarlah kita cakap selepas pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, sepanjang lima hari berkempen, beliau mendapat banyak maklum balas mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur di kawasan Permatang Pasir yang menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat secara langsung.

Katanya, jika penduduk memberi peluang kepada BN untuk mewakili kawasan Permatang Pasir kali ini, masalah mereka boleh diatasi kerana Kerajaan Pusat berjanji akan menjadikan kawasan itu sebagai anak emas jika menang. � Bernama

Samad bawa isu PPSMI di pentas Pas

Samad bawa isu PPSMI di pentas Pas

BUKIT MERTAJAM: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyertai kempen Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi menjelaskan isu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir di sini, semalam, Samad berkata, beliau akan menggunakan kesempatan diberikan Pas untuk menerangkan kegagalan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu.

Beliau akan menceritakan kepada masyarakat di sini bagaimana Kerajaan Pusat gagal melakukan sesuatu bagi memartabatkan bahasa Melayu dan hanya memperkasakan bahasa Inggeris dengan memperuntukkan kira-kira RM5 bilion.

"Saya lihat sampai sekarang kerajaan gagal mengumumkan mengenai langkah mereka memartabatkan bahasa Melayu. Apa yang mereka lakukan hanyalah memperkasakan bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa perniagaan serta bangsawan.

"Selain itu, saya juga ingin menyatakan bahawa Kerajaan Pusat berdolak-dalik untuk memansuhkan PPSMI. Ini terbukti kerana ketika hendak melaksanakan, mereka hanya ambil masa lima bulan, tetapi dua atau tiga tahun untuk memansuhkannya," katanya.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengarah Jentera Pas Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Ini bukan kali pertama, sasterawan negara itu bekerjasama dengan Pas berhubung isu PPSMI kerana pada Mac lalu, mereka mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan pelaksanaannya.

Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012.

Pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Samad berkata, beliau menggunakan pentas kempen disediakan Pas kerana kerajaan tidak mendengar desakan daripada golongan seniman sepertinya dan hanya mendengar apabila desakan keluar daripada pembangkang.

"Apabila golongan kami tidak didengar pendapatnya, lebih baik kami minta bantuan daripada pembangkang yang agak lantang menyuarakan isu seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Mahfuz ketika mengulas pembabitan Samad, berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak yang ingin berkempen bagi membantah dasar kerajaan yang hanya menyukarkan rakyat.

Desakan pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh perlu diperinci

Desakan pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh perlu diperinci

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh tergesa-gesa mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah disebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang DUN selama dua kali berturut-turut.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ini kerana pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Abdul Aziz, berkata SPR turut difahamkan bahawa Abu Hassan mempunyai sijil cuti sakit disebabkan masalah kesihatan dan wakil rakyat itu juga memaklumkan perkara berkenaan kepada Badan Perhubungan Umno Negeri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

“Kemungkinan disebabkan masalah kesihatan Adun Kota Seputeh tidak dapat hadir sidang DUN. Saya difahamkan beliau diberikan sijil cuti sakit akibat sakit dada. Bagaimanapun, SPR akan mengkaji desakan Abdul Isa itu,” katanya, semalam.

Kelmarin, Abdul Isa tetap mahu Abu Hassan digugurkan daripada jawatan berkenaan kerana gagal menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Beliau, berkata peraturan 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah menyebut mana-mana ahli dewan tidak hadir pada sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendak dikosongkan.

Abdul Aziz, berkata ketika ini SPR sedang menumpu perhatian kepada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Arahan kosongkan kampung kekal

Arahan kosongkan kampung kekal

Rayuan kedua penduduk tak serah hartanah ditolak hakim sebulat suara

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan keputusannya pada 24 Jun, yang menuntut penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mengosongkan rumah mereka dan menyerahkan hartanah itu kepada pemaju, yang memperoleh kebenaran untuk memajukan kawasan itu.

Permohonan kedua bagi kebenaran merayu yang dikemukakan penduduk berkenaan ditolak sebulat suara dengan kos oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Raus Md Raus.

Sejumlah 45 keluarga itu memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 11 Mei lalu, yang memutuskan penduduk berkenaan sebagai penceroboh di kawasan penempatan berkenaan dan memerintahkan mereka mengosongkan tanah itu.

Responden, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad, pemaju Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dan Pentadbir Tanah Daerah Timur Laut Pulau Pinang, berhujah permohonan semalam adalah pertindihan kepada permohonan kebenaran yang pertama dan melanggar proses mahkamah.

Arifin memutuskan persoalan yang penduduk berkenaan mahu Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada mereka mempunyai locus standi (dari segi undang-undang) untuk memulakan prosiding terhadap koperasi dan pemaju, tidak boleh dibangkitkan di mahkamah tertinggi itu kerana isu itu tidak pernah dibangkitkan di mahkamah lebih rendah.

Mengenai isu geran tanah, Arifin berkata, Mahkamah Rayuan memutuskan pemberian hak milik kepada koperasi itu adalah betul dan mengikut undang-undang. � Bernama.

Syor selaras komunikasi pentadbir DUN

Syor selaras komunikasi pentadbir DUN

JERLUN: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan semua wakil Umno di negeri pembangkang supaya menyelaraskan komunikasi dengan pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengambil iktibar daripada situasi yang menimpa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif.

Abu Hassan berdepan kemungkinan digugurkan daripada mewakili kerusi itu berikutan tidak hadir dua kali berturut-turut ke persidangan DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Mukhriz berkata, beliau tidak berniat membela sesiapa tetapi isu ini kemungkinan digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengambil kesempatan bagi menjatuhkan calon Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan peruntukan sedia ada.

Katanya, wakil rakyat Umno perlu ambil iktibar mengenai perkara ini dan tidak memandang remeh isu komunikasi dan pentadbiran yang mungkin menjejaskan sedikit imej Umno apabila pihak lawan mengambil kesempatan memanipulasi situasi yang berlaku.

"Kalau kita teliti betul-betul situasi ini, ia berlaku dalam masa panjang dan berasingan iaitu yang pertama pada bulan April manakala yang kedua pada 9 Ogos lalu yang mana hanya satu persidangan saja berlangsung setakat ini.

"Jadi tidak mustahil perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi saya sendiri tahu Abu Hassan memang menghadapi masalah kesihatan kerana saya pernah melawatnya di hospital ketika menerima rawatan.

"Bagaimanapun, ini bukan bidang kuasa saya kerana kita perlu menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menentukannya," katanya selepas sesi dialog bersama pemegang saham projek ternakan udang Kerpan di sini, semalam.

Kira-kira 200 pemegang saham yang juga pemilik asal tanah yang kini menjadi tapak ternakan udang itu hadir untuk meluahkan masalah dihadapi sejak lebih 15 tahun lalu terutama kegagalan pihak berkaitan menguruskan bayaran kepada pemegang saham.

Mengulas mengenainya Mukhriz berkata, beliau akan cuba membawa perkara itu kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan jalan penyelesaian kepada masalah yang sudah berlarutan selama 15 tahun.

'Beri TPM peluang kotakan janji'

'Beri TPM peluang kotakan janji'

Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my

Penduduk wajar ambil kesempatan bangunkan Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir wajar mengambil kesempatan daripada janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadikan kawasan itu sebagai anak emas Kerajaan Pusat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Barisan Nasional (BN) sudah berjanji untuk melaksanakan pelbagai pembangunan untuk kepentingan rakyat di kawasan ini jika BN menang.

"Saya rasa inilah peluang penduduk di sini untuk mengubah wajah Permatang Pasir dengan pelbagai pembangunan seperti kemudahan asas serta infrastruktur yang lebih baik seperti dijanjikan Timbalan Perdana Menteri.

"Banyak lagi kemudahan asas yang tidak mampu diperjuangkan wakil rakyatnya sebelum ini dan jika calon BN yang menang, tiada masalah untuk kita salurkan peruntukan untuk melaksanakannya," katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dari rumah ke rumah di Simpang Tanjung Putus di sini, semalam.

Muhyiddin ketika mengumumkan Rohaizat Othman sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu, Jumaat lalu, berkata Kerajaan Pusat akan menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas jika BN menang, sekali gus memudahkan penyaluran bantuan.

Pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Selasa ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Rohaizat, 38 dengan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.

Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno, berkata penduduk di Permatang Pasir sudah matang dalam membuat keputusan bagi memilih calon wakil rakyat yang mampu membawa suara mereka bagi memberi pembangunan.

"Saya yakin pengundi di sini sudah matang dan mereka akan buat keputusan tepat selepas mendengar penjelasan daripada pemimpin kita yang didakwa dengan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh pembangkang," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, pendekatan berkempen BN lebih diterima rakyat kerana pemimpinnya pergi dari rumah ke rumah dengan menjelaskan bentuk pembangunan bakal dinikmati penduduk.

"Kami bukan macam pembangkang memberi ceramah kebanyakannya memfokuskan kepada serangan peribadi yang tidak pasti benar atau tidak," katanya.

Pengundi kecam tindakan Gobalakrishnan

Pengundi kecam tindakan Gobalakrishnan


PENGUNDI di kawasan Kampung Sungai Limau membantah tindakan Gobalakrishnan menyerang seorang pegawai kanan Majlis Perbandaran Kulim Kedah.

KULIM: Pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai kini mula berasa tidak selesa dengan tindakan Ahli Parlimen mereka, N Gobalakrishnan, yang didakwa bertindak seperti samseng apabila menyerang seorang pegawai kanan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada 14 Ogos lalu.

Setiausaha Umno bahagian Padang Serai, Dr Ahmad Zubib Saad, mendakwa tindakan Gobalakrishnan itu tidak sesuai dengan budaya yang diamalkan di negara ini.

Beliau berkata, dalam kejadian 14 Ogos lalu, Ahli Parlimen berkenaan bersama beberapa penyokongnya pergi ke pejabat MPKK berkaitan isu membabitkan peniaga di kawasan Padang Serai.

"Tindakan Ahli Parlimen itu seakan-akan samseng apabila menyerang penjawat awam di pejabat kerajaan hanya kerana sesuatu isu yang boleh dibincangkan secara berhemah.

"Sebagai wakil rakyat, beliau patutnya berbincang dengan MPKK dan bukannya menyerang pegawai berkenaan bersama penyokongnya.

"Kami berasa kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen berkenaan yang bertindak seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang.

"Akibat daripada kejadian itu, kami pengundi di kawasan ini berdiri teguh di belakang MPKK dalam menjalankan tugas mereka untuk orang ramai," katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Limau, Lunas dekat sini, semalam.

Seramai 50 pengundi di Kampung Sungai Limau menunjukkan kain rentang mengecam tindakan Gobalakrishnan itu, semalam.

Antara kain rentang itu tertulis 'Tindakan YB Gobalakrishnan Ahli Parlimen Padang Serai menyerang Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim Kedah adalah satu perbuatan biadap dan Umno bahagian Padang Serai Berdiri Teguh Di Belakang MPK Di atas Sebarang Tindakan Demi Kepentingan Orang Ramai'

Kejadian di pejabat MPKK itu dilakukan tiga hari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang apabila Gobalakrishnan sekali lagi membuat kecoh dan mengasari anggota keselamatan.

Masyarakat sudah muak janji manis pemimpin Pas

Masyarakat sudah muak janji manis pemimpin Pas

BUKIT MERTAJAM: Dakwaan pembangkang bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sebagai kubu kuat mereka hanya sebahagian daripada taktik parti itu supaya Barisan Nasional (BN) tidak terus memperhebatkan kempen.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pembangkang sengaja menyebarkan khabar angin itu bagi mengelakkan petugas BN mendekati masyarakat di situ.

“Jika mereka mengatakan Permatang Pasir milik mereka, itu tidak benar kerana kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan, kami dapati pengundi mula mahu beralih angin,” katanya kepada pemberita selepas melawat jentera pilihan raya Wanita Umno di Tanah Liat, di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kebanyakan penduduk sudah muak dengan kata-kata manis pemimpin Pas yang berjanji membawa pembangunan, sebaliknya keadaan tidak berubah sejak diterajui parti itu, tiga penggal lalu.

“Mereka (penduduk) meminta pemimpin BN meneruskan kempen dan mendekati penduduk di Permatang Pasir supaya kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik daripada sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kebanyakan penduduk masih miskin dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi memastikan dapat hidup dengan baik.

“Mereka miskin dan semakin tersepit dengan permainan politik yang dimainkan Pakatan Rakyat,” katanya. Kebanyakan mereka menyesal memilih parti yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mahu menunaikannya," katanya.

Shahrizat berkata, penduduk juga merayu kepada jentera BN supaya menyampaikan pesanan mereka yang meminta pemimpin BN membantu mendapatkan pembangunan lebih baik seperti kawasan lain di negeri ini.

Katanya, setakat ini penduduk juga menerima petugas BN dengan baik kerana mereka bosan dengan politik tidak menentu yang ditimbulkan parti pembangkang selain mengetahui perjuangan BN benar-benar ikhlas.

'Benarkan pekerja mengundi'

'Benarkan pekerja mengundi'

KUALA LUMPUR: Majikan swasta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, diingatkan supaya membenarkan pekerja mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan memberi pelepasan, termasuk cuti pada hari berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kegagalan berbuat demikian, membolehkan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Di bawah seksyen ini, majikan diwajibkan memberi satu tempoh berpatutan bagi pekerja untuk mengundi dan tidak membuat apa-apa potongan daripada gaji, lain-lain saranan atau mengenakan penalti jika pekerja tidak hadir dalam tempoh terbabit,” katanya.

“Pekerja yang tinggal di kawasan berdekatan perlu diberi masa pelepasan yang munasabah untuk mengundi, manakala pekerja tinggal jauh perlu diberi pelepasan selama setengah hari atau sehari penuh,” katanya.

Tiada cap jari di botol bom api

Tiada cap jari di botol bom api

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my

Polis terus siasat dalang bertanggungjawab serang kenderaan SPRM

SHAH ALAM: Tiada cap jari ditemui pada tali dan enam botol bom api bagi membantu siasatan kes kenderaan pacuan empat roda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang, rosak dibaling bom, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan terus mengesan mereka yang bertanggungjawab.

"Setakat ini tiada saksi, jadi kita akan cuba buat apa yang terbaik," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Serangan kenderaan SPRM itu dipercayai berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi semalam, tetapi hanya disedari selepas kakitangan suruhanjaya berkenaan memulakan tugas jam 7.45 pagi.

Nissan X-Trail itu diletakkan di tempat letak kereta berbumbung bertulis SPRM di belakang bangunan yang pernah menempatkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang di Jalan Kota.

Enam bom api dibaling pada jarak kira-kira lima meter dari luar pagar belakang bangunan itu, tetapi hanya meletup beberapa sentimeter dari sisi kiri kenderaan berkenaan menyebabkan tayar depan serta tepi penumpang mempunyai kesan terbakar.

Bagaimanapun, beberapa bom api itu tidak meletup dan sumbunya ditemui tersangkut pada pagar bangunan berkenaan yang turut menempatkan pejabat Rela dan Jabatan Perhutanan Selangor.

Polis masih meneruskan siasatan sama ada serangan itu dilakukan samseng atau kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan ahli politik yang sedang disiasat SPRM.

Polis juga menyiasat kemungkinan serangan bom api itu ada kaitan dengan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, kira-kira sebulan lalu, berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Muhyiddin minta polis siasat, ambil tindakan tegas

Muhyiddin minta polis siasat, ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis menjalankan siasatan rapi serangan bom api di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, kelmarin.

"Saya harap polis akan jalankan siasatan cukup rapi.

"Saya anggap perkara ini serius, seolah-olah ada pihak yang mahu menggugat kredibiliti dan keupayaan badan penguat kuasa undang-undang seperti SPRM," katanya selepas melancarkan logo SME Corporation Malaysia dan majlis menandatangani perjanjian pajakan antara SME Corp dengan MRCB di Kuala Lumpur, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

"Mungkin serangan bertujuan menakutkan, tapi saya percaya pengurusan SPRM tak akan tunduk dengan tindakan jahat pihak yang bertanggungjawab.

"Saya tahu polis dan SPRM bekerja rapat kenal pasti sebab dan siapakah melakukan angkara ini," katanya.

di KLUANG, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata serangan bom api terhadap kenderaan SPRM membuktikan ada pihak yang disiasat kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah semakin tertekan dengan kesungguhan pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Katanya, berikutan itu pihak terbabit menggunakan pelbagai cara termasuk mengupah samseng untuk menakutkan pihak berkuasa bagi menghalang siasatan.

Beliau berkata, walau apa pun ugutan dilakukan, penguat kuasa tidak harus takut atau patah semangat.

"Kita jalankan tugas jangan tunduk kepada mereka yang cuba menakutkan kita.

"Kita berada di landasan benar dan apa yang kita lakukan untuk kepentingan orang ramai," katanya selepas lawatan kerja di Penjara Kluang, di Kampung Gajah, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, apa yang berlaku kepada SPRM di Klang itu tidak mustahil berlaku kepada agensi penguat kuasa lain seperti polis dan penjara.

Beliau mengingatkan semua peringkat dalam agensi terbabit berpegang kepada prinsip asas tugas mereka tanpa rasa takut.

"Saya meminta agensi yang ditugaskan membawa mereka disyaki terbabit kesalahan termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa ke muka pengadilan supaya bersungguh-sungguh kerana jika kita tidak tegas, apa yang berlaku kepada SPRM mungkin akan berlaku kepada agensi lain," katanya.

CEO KDSB cabar Tee Kiat isytihar aset isu PKFZ

CEO KDSB cabar Tee Kiat isytihar aset isu PKFZ

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengisytiharkan aset yang dimilikinya kepada umum.

Tiong, yang kini menghadapi krisis dengan Ong berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dibangunkan syarikatnya, berkata semua pendedahan yang beliau lakukan adalah demi kepentingan awam dan mahu rakyat mengetahui apa sebenarnya berlaku.

"Saya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berapa banyak wang simpanan Ong dan isterinya di bank, periksa akaun mereka memandangkan semua orang cakap pasal integriti dan ketelusan.

"Anda boleh kira berapa banyak gaji seorang menteri dan Ahli Parlimen, tengoklah kalau gaji yang diterima beliau itu munasabah dengan aset serta simpanan yang dimiliki mereka.

"Saya tahu Ong cuba membunuh karier politik saya menggunakan isu PKFZ ini, malah saya dapat pengesahan daripada individu yang beliau arah melakukannya dan saya sedia dedahkan namanya kalau Ong masih menafikan perkara ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiong juga tetap dengan pendirian tidak memohon maaf kepada Ong berhubung dakwaannya parti itu menerima derma RM10 juta daripada beliau.

Perbalahan antara Tiong dan Ong menjadi serius selepas pasukan petugas khas menyiasat skandal PKFZ mendakwa KDSM melakukan tuntutan tidak munasabah antara RM500 juta dan RM1 bilion.

Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan polis terhadap KDSB.

Friday, August 21, 2009

POLITIK : JUMAAT 21 OGOS 2009


SPRM diserang
SEBUAH kenderaan utiliti sukan milik Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) cawangan Klang, Selangor, rosak selepas dilempar denganbeberapa botol bom api (molotov coctail) di tempat letak kereta pejabatitu, Jalan

Zakat: Mais mahu titah Sultan dipatuhi
SHAH ALAM 20 Ogos – Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin IdrisShah yang melarang wang zakat digunakan bagi tujuan selain daripadamembantu umat Islam dan pembangunan ummah memberi kelegaan kepada umatIslam terutama para pembayar zakat di negeri ini.

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz
KUALALUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul AmPas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinangpada 17 Ogos lalu.




Kereta SPRM dibom
KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang, rosak dibaling bom api pagisemalam dipercayai dilakukan samseng atau kongsi gelap yang mempunyaikaitan dengan ahli politik yang sedang disiasat SPRM.




Pindaan akta beri ruang rakyat bersuara
MUAR 20 Ogos - Cadangan untuk meminda beberapa akta bagi membolehkanperhimpunan dijalankan tanpa permit, membuktikan sikap terbuka kerajaanBarisan Nasional (BN) dalam memberi ruang yang luas kepada rakyatmenyuarakan pandangan mereka.

Dana Baitulmal dirancang
SHAHALAM 20 0gos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menjelaskan danaBaitulmal Pembangunan yang dirancang kerajaan negeri sebelum ini tidakakan menyentuh wang zakat yang dibayar oleh umat Islam.

UMNO Selangor junjung kasih
TANJONGKARANG 20 Ogos — Badan Perhubungan UMNO Selangor menyanjung titahSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan wangzakat di negeri itu digunakan untuk perkara-perkara selain daripadamembantu umat Islam dan pembangunan ummah.

Speaker tegas
ALORSETAR 20 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. AbdulIsa Ismail mempertahankan tindakannya menghantar laporan kepadaSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kegagalan Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif hadir persidangansebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tempoh tahanan ISA disingkatkan
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadbersetuju dengan langkah kerajaan melakukan pindaan terhadap AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA).

KDSB saman Ong Tee Keat, Lee Hwa Beng
PETALINGJAYA 20 Ogos - Kuala Dimensi Sdn. Bhd (KDSB) hari ini secara rasmimengemukakan saman sivil terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri OngTee Keat dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee HwaBeng berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ambil tindakan pihak politikkan kontrak sosial
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kerajaan diminta bertindak tegas kepadapihak-pihak yang mempertikai dan mempolitikkan kontrak sosial antarakaum yang selama ini menjadi tunjang kekuatan negara.






Nik Aziz perlu bertaubat
MUAR 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimintamengakui kesilapannya dan bertaubat ekoran mendakwa penyokong UMNOtidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam yangpalsu.

Nik Aziz pertikai Jawatankuasa Muzakarah
KOTA BHARU 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Matmempertikaikan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaanberhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurgakerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan beliau terlebih dahulu.

Zahid nafi guna ATM bantu kempen BN
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi hari ini menyanggah dakwaan Pas bahawa beliau menggunakankhidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu kempen BarisanNasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir.

PKR saran Badrul Hisham letak jawatan
KLANG 20 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyarankan AhliDewan Udangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah(gambar) melepaskan jawatannya sekiranya tidak lagi mampu memberikanperkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Pilih Pas umpama daun kari
BUKIT MERTAJAM - Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar kisahteladan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada daun kari- sebelum dimasak dicari, selepas itu hanya sekadar diletak di tepi.


Pengundi tidak terpengaruh
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos – Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir tidak terpengaruh dengan kempen memburuk-burukkanperibadi calon Barisan Nasional (BN) , Rohaizat Othman, 38, yangdilakukan secara berterusan oleh parti lawan.

Mahfuz nafi calon Pas seleweng RM600,000
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Pas tidak berminat untuk melayan dakwaansebuah laman blog yang mengatakan calon parti itu, Salleh Man terlibatmenggelapkan wang parti sebanyak RM600,000 kerana ia satu tuduhan liaryang berselindung di sebalik blog tidak bernama.




Nik Aziz diminta akui kesilapan
MUAR:Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta mengakuikesilapannya selepas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskankenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawaahli atau penyokongnya ke syurga, menyeleweng daripada ajaran Islamsebenar.

'Jawatankuasa Fatwa tak profesional'
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwaJawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak profesional dandipengaruhi pihak lain ketika memutuskan beliau menyeleweng berikutankenyataannya mendakwa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akanmembawa penyokongnya ke syurga.

Pas sangkal calon gelapkan RM600,000
BUKITMERTAJAM: Pas mencabar pihak yang membuat tuduhan calonnya, Mohd SallehMan, menggelapkan wang peruntukan pilihan raya sebanyak RM600,000supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Bekas rakan kongsi Rohaizat 'berkempen'
BUKITMERTAJAM: Bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN), Yusri Isahak,akan menggunakan pentas ceramah pembangkang untuk membersihkan dirinyakerana menganggap beliau dijadikan 'kambing hitam'.

Muhyiddin nafi jual tanah Johor kepada Singapura
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan pembangkangkononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadiMenteri Besar Johor.

Rohaizat sedia buat pengakuan bersumpah
BUKITMERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman, sedia membuatpengakuan bersumpah bagi membersihkan namanya atas dakwaan salah gunawang firmanya.

Pengundi wanita tolak parti jadi boneka DAP
BUKITMERTAJAM: Pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasirmemberi jaminan menyokong Barisan Nasional dan menolak parti yangmenjadi boneka DAP.

'Abu Hassan tetap akan digugurkan'
ALORSETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul IsaIsmail tetap mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh, DatukAbu Hassan Sarif digugurkan daripada jawatannya kerana gagal menghadirisidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.









Nizar akan saman Sultan Perak - Saksi
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang wartawan RTM memberitahu Mahkamah Tinggidi sini hari ini bahawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin akan menjadi plaintif dalam kes saman yangbakal menamakan Sultan Perak sebagai defendan pertama.

Peguam Negara fail saman pemula batal pekeliling
KUALALUMPUR 20 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari inimemfailkan saman pemula bagi membatalkan pekeliling Kerajaan Selangoryang hanya membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menjalankan siasatan rasuah ke atas pegawainya pada waktu pejabat.


Chuan How beri keterangan di ibu pejabat SPRM
PUTRAJAYA20 Ogos – Pembantu khas kepada Ronnie Liu, Wong Chuan How tampilmemberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) hari ini.

Polis siasat kaitan kes molotov cocktail
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Polis sedang menyiasat kaitan antara kejadianpejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klangdilempar molotov cocktail hari ini dengan ugutan bunuh yang diterimaKetua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini.

Surat misteri perlu dirujuk SPRM
KUALA LUMPUR 20 Ogos – ‘Surat misteri’ yang diterima oleh peguamkeluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo perlu dirujuk kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan pengesahan.


Kenderaan SPRM 'diserang'
KLANG20 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagimenerima cabaran apabila sebuah kenderaan rasminya yang diletakkan dipejabat cawangan Klang di sini hampir hangus selepas dilontar bom apiatau molotov cocktail , awal pagi ini.

Ada kaitan dengan kongsi gelap, samseng?
PUTRAJAYA 20 Ogos - Kejadian sebuah kenderaan milik SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilontar molotov cocktail di Klangpagi ini mungkin mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan samseng.

Semangat SPRM tidak terjejas - Ahmad Said
PUTRAJAYA 20 Ogos - "Hari ini SPRM dapat 'hadiah'." Begitu reaksibersahaja Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan merujuk kepada insiden pejabatcawangan SPRM Klang dilempar bom api atau molotov cocktail hari ini.

Mungkin ada kaitan dengan kes Beng Hock
SHAHALAM 20 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangortidak menolak kemungkinan kejadian pejabat cawangannya di Klangdibaling molotov cocktail hingga merosakkan sebuah kenderaan miliksuruhanjaya itu pagi ini mempunyai kaitan dengan kes kematian Teoh BengHock.



Guan Eng tak berhak minta laporan SPRM
PUTRAJAYA:Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak berhak meminta maklumatdalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitandakwaan rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mohammad Fairus Khairuddin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Pembantu Exco Selangor disoal siasat
PUTRAJAYA: Pembantu Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How, disoalsiasat di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalamberhubung siasatan penyalahgunaan dana pembangunan kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) Sungai Pelek.

LPK tak endah teguran kurang dana maju PKFZ
IPOH:Jabatan Audit Negara membuat teguran sejak 2004 bahawa LembagaPelabuhan Klang (LPK) tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untukmembangunkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seluas 1,000 hektarsecara sekali gus tetapi tidak diendahkan pengurusannya.

Ong tetap saman fitnah Tiong isu kredit RM10j
KUALALUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetap mengambiltindakan undang-undang terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala DemensiSdn Berhad (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa memfitnahbeliau berhubung dakwaan menerima pinjaman RM10 juta bagi kegiatan MCA.

Gani mohon pekeliling SUK Selangor dibatalkan
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam memfailkan samanpemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bagi memohon pengisytiharanPekeliling Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun2009 berkenaan arahan menghadiri temu duga membantu siasatanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak sah danbatal.