Wednesday, August 19, 2009
Rakaman sidang akhbar ditentukan hari ini
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Sama ada rakaman video sidang akhbar Karpal Singh pada 6 Februari lalu yang dirakam oleh kakitangan RTM boleh diterima sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes Akta Hasutan 1948 yang dihadapi Pengerusi DAP itu akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini esok.
Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah menetapkan demikian selepas selesai mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan peguam bela tertuduh, Jagdeep Singh Deo berhubung perkara tersebut.
Rakaman sidang akhbar tersebut yang ditandakan sebagai ID6 pada peringkat ini, dibuat oleh jurukamera sambilan RTM, Adial Singh Hari Singh yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ketiga hari ini.
Dalam hujahannya, Jagdeep menyatakan, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa rakaman tersebut telah dikendalikan dengan cara yang betul sehingga berjaya melampaui keraguan munasabah.
Saksi tersebut juga, kata beliau, dalam soal balas bersetuju dengannya bahawa dia tidak merakam keseluruhan sidang akhbar dan sesi soal jawab termasuk soalan daripada wartawan-wartawan yang hadir sehingga terdapat sela pada rakaman tersebut.
''Saksi juga mengakui bahawa dia sendiri yang memutuskan apa yang hendak dirakam dan apa yang tidak perlu dirakam.
''Dia juga tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mengatakan kamera dan pita rakaman berada dalam keadaan baik sepanjang masa malah pita yang digunakan merupakan pita yang diguna semula (recycle tape),'' ujarnya.
Sementara itu, Noorin menyatakan, walaupun saksi menggunakan pita rakaman yang diguna semula, mahkamah tidak boleh menolak fakta bahawa Adial merupakan pembuat rakaman tersebut.
''Berdasarkan Seksyen 61 Akta Keterangan, keterangan saksi bahawa dia adalah individu yang membuat rakaman tersebut merupakan bukti yang terbaik bagi rakaman tersebut diterima sebagai bukti,'' katanya.
Saksi tersebut, ujar beliau, walaupun tidak dapat mengingati secara jelas apa yang dikatakan oleh tertuduh pada hari kejadian telah mengesahkan bahawa isi kandungan pita tersebut merupakan rakaman sidang akhbar hari kejadian.
Beliau turut menyatakan, pihak pembelaan tidak pernah menyangkal bahawa rakaman dalam pita tersebut merupakan sidang akhbar yang dibuat oleh Karpal pada hari kejadian dan individu yang dipaparkan dalam rakaman adalah tertuduh sendiri.
Karpal dibicarakan atas tuduhan menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, di Jalan Pudu Lama di sini, antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari lepas.
Ketika pemeriksaan utama terdahulunya, Adial menjelaskan, 'sela' yang terdapat dalam rakaman tersebut adalah disebabkan dia mengambil cut waste atau menghentikan sementara rakaman ketika soalan ditanya sebelum merakam semula apabila Karpal memberikan jawapan.
Dia juga menafikan bahawa suntingan telah dibuat terhadap rakaman tersebut.
Menjelaskan suara wartawan yang tidak jelas, katanya, ia disebabkan mikrofon diletakkan di hadapan tertuduh dan sebarang tindakan untuk menguatkan nada rakaman mikrofon akan menyebabkan suara Karpal menjadi tidak jelas (pecah).
Menjawab pertanyaan Jagdeep, dia tidak memahami apa yang dinyatakan dalam sidang akhbar tersebut kerana terlalu banyak istilah perundangan digunakan dan bukannya kerana ia dijalankan dalam bahasa Inggeris.
Adial walaupun diasak berulang kali oleh Jagdeep, tetap tenang menjawab bahawa kamera dan pita yang digunakan pada hari kejadian berada dalam keadaan baik kerana tiada sebarang isyarat amaran diberikan melalui viewfinder kamera.
Tindakan Jagdeep mengasak soalan demi soalan sehingga saksi tidak sempat menjawab turut menyebabkan Azman menegur peguam tersebut.
''Ini nak bagi jawab atau tidak,'' soalnya ringkas yang disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir.
Gobalakrishnan minta dibicarakan
Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my
BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota polis bagi tujuan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh melakukan perbuatan tersebut pada kira-kira pukul 11 pagi semalam di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Berapit, Kubang Semang dalam daerah Seberang Perai Tengah.
Gobalakrishnan yang tiba di mahkamah dalam keadaan berkerusi roda dan tangan kiri berbalut kemudiannya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan sebelum meminta dibicarakan.
Tertuduh yang didakwa mengikut seksyen 353 Kanun Keseksaan itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.
Mengikut kertas pertuduhan, Gobalakrishnan didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota polis iaitu Sub Inspektor M. Karunamuthi yang merupakan seorang penjawat awam yang ketika kejadian sedang melaksanakan tugasnya.
Pertuduhan didengar di hadapan Majistret, Mohd. Azhar Hamzah manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan dibantu oleh Arif Zakri Abdul Kadir dan Siti Nursakinah Ibrahim.
Gobalakrishnan pula diwakili lapan orang peguam bela diketuai RSN Rayer, J.M Martin, Lim Bu Chang, Lim Boon Beng, Mustafa Basri, Mohd. Azman Harun, Ahmad Tarmizi Yusof dan Harizam Yaakob.
Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 setelah menerima permohonan daripada pihak pembelaan supaya dikenakan pada kadar yang lebih rendah berbanding RM5,000 yang ditawarkan pihak pendakwa.
Sepanjang prosiding, Gobalakrishnan yang memakai pakaian hospital berwarna hijau kelihatan seperti tidak bermaya ketika berada di kandang tertuduh sehinggalah proses pertuduhan selesai.
Bagaimanapun selepas wang ikat jamin dikemukakan, beliau sempat memberikan sidang akhbar selama lebih lima minit sebelum kemudiannya meninggalkan mahkamah dengan menaiki ambulans Hospital Bukit Mertajam.
Sementara itu, prosiding pertuduhan hari ini yang pada kebiasaannya mengambil masa hanya untuk beberapa minit bagaimanapun berlarutan selama hampir setengah jam.
Ini berikutan tindakan pihak pembela yang beberapa kali cuba menarik perhatian mahkamah untuk bersimpati terhadap kejadian yang menimpa Gobalakrishnan sewaktu proses tangkapan dilakukan semalam.
Selain itu prosiding hari ini turut meleret kepada beberapa perkara berikutan pihak pembela membangkitkan tentang tindakan sivil yang mahu diambil tertuduh serta laporan polis berhubung insiden itu.
Perkara berkaitan seluar dan tali pinggang yang dipakai tertuduh semalam turut dibangkitkan kerana pihak pembela tidak mahu ia disimpan oleh pihak polis.
Ini kerana mereka mendakwa ia adalah bukti penting dalam tindakan sivil serta laporan polis yang dibuat tertuduh.
Suhaimi yang seperti rimas dengan 'keluhan' pihak pembela itu kemudiannya meminta mahkamah untuk tidak membazirkan masa mendengar rintihan seperti itu memandangkan prosiding hari ini ialah untuk proses pertuduhan.
''Bukan tujuan di sini nak mendengar rintihan. Apa dia (tertuduh) nak buat selepas ini, itu hak dia. Tapi hari ini ialah proses pertuduhan. Kita nak ambil pengakuan bersalah atau tidak saja, kenapa gabung dengan isu yang lain," soal Suhaimi yang kemudian dipersetujui Azhar supaya ditumpukan kepada soal mengurangkan jaminan.
Majistret kemudian menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sebutan selepas mempertimbangkan permohonan pembela yang mahu tempoh sebulan diberikan kerana tertuduh mahu mendapatkan rawatan pakar berikutan insiden yang dialami itu.
Dalam pada itu, tidak ramai pemimpin kanan pembangkang yang kelihatan di mahkamah kecuali Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub yang tiba sewaktu prosiding sedang berlangsung manakala Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng tiba selepas prosiding selesai.
Mengikut laporan media, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menjelaskan yang Gobalakrishnan ditahan polis setelah enggan menuruti arahan supaya tidak mencetuskan provokasi dengan alat pembesar suara yang sememangnya dilarang digunakan ketika proses penamaan calon.
Polis ambil keterangan Chuan How
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Pembantu kepada Exco Selangor, Wong Chuan How hari ini dipanggil memberi keterangan kepada polis kerana enggan bekerjasama ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu.
Chuan How, 51, pembantu kepada Ronnie Liu tiba di Balai Polis Salak Tinggi, Sepang kira-kira pukul 3.20 petang ditemani dua peguamnya, Cha kee Chin dan John Fernandez.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob berkata, Chuan How disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak bekerjasama dengan pegawai awam yang menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.
"Siasatan masih di peringkat awal dan sepanjang dua jam keterangan diambil, saya difahamkan dia memberi kerjasama yang sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketika ditahan di pejabatnya di pusat khidmat DAP Sungai Pelek pada Jumaat lalu, Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu dikatakan tidak memberi kerjasama kerana enggan menandatangani notis tangkapan dan masuk ke dalam kenderaan SPRM.
Malah dia turut dikatakan membuat kecoh apabila berpura-pura jatuh ketika menghampiri kenderaan SPRM dan menuduh pegawai SPRM sengaja menolaknya.
Berikutan insiden itu, Chuan How dan pegawai SPRM masing-masing membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang.
Tuesday, August 18, 2009
POLITIK : SELASA 18 OGOS 2009
KETUA Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan bahawapihaknya akan meneruskan siasatan terhadap kes rasuah membabitkan ahlipolitik.
JAIS persoal Exco lulus bina kuil
SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskankeputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk diSeksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukanoleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitanportfolio berkenaan.
Satu lawan satu di N11
BUKITMERTAJAM 17 Ogos – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir pada 25 Ogos ini bakal menyaksikan pertandingan satulawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
BN tidak serang peribadi calon
BUKITMERTAJAM 17 Ogos – Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan kaedahkempen berupa serangan peribadi dengan memburukkan calon lawan walaupunPas sudah mengambil pendekatan sedemikian ke atas calon BN pada PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kali ini.
TPM kecewa pembangkang cetus kekecohan
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perbuatan bodoh yang menjatuhkan standard ahli Parlimen!
Amaran penduduk Seksyen 23
SHAH ALAM 17 Ogos – Penduduk Islam Seksyen 23 di sini memberi amaranakan melancarkan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan negeri tetapmeneruskan keputusan untuk membina kuil berhampiran kawasan kediamanmereka.
'Kami tidak akan undi pembangkang lagi'
SHAHALAM 17 Ogos - ''Kami tidak akan undi pakatan pembangkang lagi.'' Ituadalah luahan perasaan marah penduduk Islam di Seksyen 23 di sini hariini setelah kecewa dengan keputusan kerajaan negeri membina kuilberhampiran kawasan kediaman mereka.
Bertimbang rasalah - MB
KUALASELANGOR 17 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memintapenduduk Seksyen 23, Shah Alam. bertimbang rasa menerima keputusankerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hektarberhampiran kawasan perumahan tersebut.
Boleh disaman jika kecualikan siasatan
PUTRAJAYA17 Ogos - Kenyataan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM), Datuk Shukri Abdull mahu mengecualikan siasatanpihaknya terhadap semua kes membabitkan ahli politik menyalahiPerlembagaan Persekutuan.
Pekeliling kerajaan Selangor tidak sah
PUTRAJAYA17 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pekelilingkerajaan Selangor yang hanya membenarkan Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) menjalankan siasatan rasuah ke atas pegawainya padawaktu pejabat adalah tidak sah.
Pembangkang jangan ganggu siasatan SPRM
PUTRAJAYA17 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed NazriAbdul Aziz menggesa para pemimpin parti pembangkang tidak mengganggusiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubungtuduhan rasuah ke atas wakil rakyat mereka.
LPPR mahu SPRM terus siasat rasuah
KUALALUMPUR 17 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk mengambil tindakan ke atasmana-mana pihak tanpa mengira kedudukan dan latar belakang.
PPKM tentang pihak cemar institusi raja
KUALALUMPUR 17 Ogos - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) akanmenentang mana-mana pihak yang cuba mencemar institusi raja denganmengheret pihak istana ke dalam kancah politik.
Jangan jadi penghukum - Jamil Khir
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Seorang pendakwah yang menyeru kepada kebaikanmesti menjaga adab dengan tidak menjadi penghukum terhadap umat Islamyang lain.
'Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat'
IPOH17 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberiamaran keras kepada pakatan pembangkang supaya tidak menggunakan carasamseng untuk menghalang beliau menjalankan tugas terhadap rakyat.
Ahli UMNO tak akan masuk syurga
BUKITMERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata,anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkanajaran Islam palsu dari Palestin.
Tiada nas sertai Pas masuk syurga
PUTRAJAYA17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang ituperlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.
Tidak mustahil BN lakukan keajaiban di Permatang Pasir
TIDAKmudah. Hakikat itu mesti diakui Barisan Nasional (BN) apabilamemperkatakan tentang peluang untuk merampas kerusi Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir. Banyak faktor yang mesti diambil kiralantaran N11 bukan cabaran yang boleh dilepasi semudah itu.
Beri peluang BN bangun Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM 17 Ogos _ Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir diminta menimbangkan sebaik-baiknya tawaran KerajaanPusat untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai 'anak emas' jika calonBarisan Nasional (BN), Rohaizat Othman memenangi pilihan raya kecilpada 25 Ogos ini.
Jangan cemar kesucian Ramadan
KUALATERENGGANU 17 Ogos - UMNO dan Pas diingatkan supaya tidak mencetuskaninsiden yang boleh mencemarkan kesucian bulan Ramadan ketika berkempenpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir 25Ogos ini.
Taktik murahan Gobalakrishnan cetus kekecohan
BUKITMERTAJAM 17 Ogos - Suasana di luar pusat penamaan calon bagi PilihanRaya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir di InstitutKemahiran Belia Negara (IKBN) di sini tercemar akibat 'publisitimurahan' yang cuba diraih pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Gobalakrishnan.
Penipuan Pakatan Rakyat dibongkar: Muhyiddin
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akanmemberi fakta sejelas-jelasnya kepada pengundi Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukanPakatan Rakyat.
Islam Umno tidak masuk syurga: Mursyidul Am Pas
BUKITMERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhanterbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu samaseperti Islam diamalkan di Palestin.
Pertandingan satu lawan satu di Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir (N11) pada 25 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu,membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Gobalakrishnan buat kecoh, biadab kena tahan
BUKITMERTAJAM: Polis menahan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnankerana mencetuskan kekecohan di pusat penamaan calon pilihan raya kecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam.
Calon Pas yakin menang di DUN Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir, Mohd Salleh Man melahirkan keyakinan tinggi untukmemastikan satu-satunya kerusi parti itu dalam DUN Pulau Pinangdikekalkan.
Harapan calon Bebas bertanding berkecai
BUKITMERTAJAM: Hasrat pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 43, bertandingsebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir, 25 Ogos ini berkecai kerana gagal menyerahkan borangpencalonan dalam tempoh ditetapkan.
6,000 penyokong pakai topeng bukti prihatin
BUKITMERTAJAM: Hampir 6,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas yanghadir ketika penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Permatang Pasir, di sini, semalam, memakai topeng penutup mulutsebagai membuktikan keprihatinan mereka terhadap wabak Influenza A(H1N1).
Isteri syukur Rohaizat diberi kepercayaan
BUKITMERTAJAM: Isteri Rohaizat Othman, 38, calon Barisan Nasional (BN) padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir,menyifatkan pemilihan suaminya adalah satu rezeki yang tidak ternilaikerana usianya masih muda.
GMP tidak cadang demonstrasi baru
KUALALUMPUR: Tiada perhimpunan atau demonstrasi jalanan akan dianjurkanmendesak kerajaan memulakan pemansuhan dasar Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) padatahun depan, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk DrHassan Ahmad.
'Letak calon Umno jika Melayu ramai'
KUALALUMPUR: Penganalisis politik mencadangkan kerusi Parlimen dan DewanUndangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 50 peratus penduduk Melayuperlu meletakkan calon Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Tokoh agama anggap ISA masih perlu
KUALALUMPUR: Berita Harian mengadakan Wacana Ilmu dengan menampilkan duatokoh agama terkemuka bagi membincangkan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaahdalam kehidupan masyarakat di negara ini, termasuk aspek politik.
Pakar forensik diasak peguam wakili Selangor
SHAH ALAM 17 Ogos - Selepas diasak berkali-kali, Pakar Perunding KananPerubatan Forensik tidak menolak kemungkinan Setiausaha Politik ExcoSelangor, Teoh Beng Hock diacah-acah ke tingkap di tingkat 14, PlazaMasalam oleh individu yang ingin menakut-nakutkannya sebelum mendiangtercampak keluar.
Tiada kecenderungan bunuh diri
SHAHALAM 17 Ogos - Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yangditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16Julai lalu tidak mempunyai sebarang masalah psikologi sertakecenderungan untuk membunuh diri.
Keterangan kakitangan 2 Exco diambil
SHAH ALAM 17 Ogos - Polis hari ini mengambil keterangan dua kakitanganExco Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu bagi membantu siasatanlaporan polis yang mendakwa pejabat Exco yang digunakan ahli kongsigelap untuk berbincang mengenai aktiviti haram.
PKFZ: Polis siasat laporan Tee Keat
KUALALUMPUR 17 Ogos – Polis telah memulakan siasatan terhadap dua laporanyang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keatberhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), baru-baru ini.
Pekeliling tegah beri keterangan tak sah
PUTRAJAYA: Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 melarangpegawainya memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) selepas waktu pejabat atau di luar pejabat merekaadalah tidak sah dan terbatal, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul GaniPatail.
Siasat semua kes rasuah secara telus
KUALALUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menasihatkanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus menyiasatsemua kes rasuah tanpa mengira kedudukan dan latar belakang seseorang.
Teoh tiada masalah psikologi: Dr Khairul
SHAHALAM: Teoh Beng Hock dikatakan seorang yang bersikap terbuka, senangberbincang serta tidak mempunyai masalah psikologi sehingga bolehmendorongnya untuk membunuh diri, Mahkamah Koroner di sini, semalam,diberitahu.
Keterangan pembantu 2 Exco diambil
SHAHALAM: Polis mengambil keterangan daripada dua pembantu tadbir kepadadua Exco Selangor semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan AhliParlimen Wangsa Waju, Wee Choo Keong dalam blognya yang mendakwapejabat Exco diguna untuk mengadakan mesyuarat dengan kumpulan kongsigelap.
Dakwaan Tee Keat terima RM10j mula disiasat
KUALALUMPUR: Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahmemulakan siasatan berhubung dakwaan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi SdnBhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing bahawa Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Ong Tee Keat menerima 'pinjaman' RM10 juta daripadanya bagiaktiviti berkaitan MCA.
Penipuan Pakatan Rakyat dibongkar: Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberi fakta sejelas-jelasnya kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukan Pakatan Rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, BN mempunyai banyak isu untuk dibangkitkan ketika kempen pada pilihan raya kecil berkenaan bagi membongkarkan segala penyelewengan yang dilakukan mereka.
"Apa yang berlaku di Pulau Pinang, apa yang berlaku pada parti Pas dan apa yang mereka lakukan selama ini seperti pembohongan, penipuan dan mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang.
"Kita akan menjelaskan kepada rakyat dan biarlah rakyat yang menilainya supaya mereka tahu perkara sebenar," katanya dalam sidang media selepas mengiringi calon BN, Rohaizat Othman pada penamaan calon, di sini, semalam.
Beliau berkata, BN tidak akan sesekali berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.
"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong. Kita memberikan kenyataan berdasarkan fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," katanya
Muhyiddin berkata, pengundi di Permatang Pasir dapat membuat pilihan bijak berdasarkan segala pembaharuan yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
"Saya berpendapat dalam situasi selepas pilihan raya kecil Manek Urai dan langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir," katanya.
Beliau berharap BN akan mendapat sokongan lebih baik pada pilihan raya kecil ini, berbanding pilihan raya umum lalu.
Pertandingan satu lawan satu di Permatang Pasir
Oleh Fazli Abdullah, Anwar Hussin, Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Youb dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my
MUHYIDDIN bersama Ahmad Zahid mengangkat tangan Rohaizat (tengah) selepas pengumuman calon bertanding di Pusat Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di IKBN, Bukit Mertajam, semalam. |
Calon Bebas gagal serah borang pencalonan pada masa ditetapkan
BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir (N11) pada 25 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu, membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Calon BN, Rohaizat Othman, 38, akan ditentang calon Pas, Mohd Salleh Man, 52.
Kamarul Ramizu Idris, yang mahu bertanding atas tiket Bebas, bagaimanapun gagal menyerahkan borang pencalonan, walaupun beliau sempat memasuki pusat pencalonan pada saat akhir proses mengemukakan borang ditutup.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, Roslan Yahaya, mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada jam 11.25 pagi di Pusat Penamaan Calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, semalam.
"Kami menerima 15 bantahan ke atas kedua-dua calon itu selepas tempoh bantahan ditutup, tetapi tiada calon ditolak pencalonannya," katanya.
Rohaizat, yang juga Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh dan ahli perniagaan, adalah lepasan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mohd Salleh pula yang bekerja sendiri dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, adalah lepasan pengajian Islam dari Universiti Malaya (UM).
Ini adalah kali pertama Rohaizat bertanding pada pilihan raya, manakala Mohd Salleh adalah kali ketujuh. Setakat ini, Mohd Salleh belum pernah menang dalam pilihan raya.
Proses penamaan calon yang dihadiri kira-kira 6,000 penyokong dari kedua-dua parti bertanding berlangsung dalam suasana tenang dengan penyokong mula berkumpul seawal jam 6 pagi.
Bagaimanapun, tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang didakwa cuba mencetuskan provokasi di depan penyokong Pas, sehingga beliau ditahan, mencemari proses penamaan calon.
Penyokong BN berkumpul dari arah Bukit Mertajam manakala penyokong Pas berkumpul dari arah Penanti sebelum masing-masing berarak ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat mereka berkumpul.
Polis meletakkan kon bagi memisahkan penyokong kedua-dua parti bertanding pada jarak 100 meter untuk mengelak perbuatan provokasi dan kejadian tidak diingini.
Penyokong BN yang berarak kira-kira jam 8.30 pagi diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memasuki pekarangan institut itu pada jam 8.45 pagi sebelum berehat di khemah yang disediakan.
Rohaizat menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi.
Turut berarak ialah ketiga-tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mohd Shafie Apdal; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Calon Pas yakin menang di DUN Permatang Pasir
BUKIT MERTAJAM: Calon Pas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man melahirkan keyakinan tinggi untuk memastikan satu-satunya kerusi parti itu dalam DUN Pulau Pinang dikekalkan.
Ketika ditemui selepas proses penamaan calon di sini, semalam, Mohd Salleh berkata, jika beliau gagal dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman akan menyebabkan parti itu tidak lagi memiliki kuasa dalam kerajaan negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau yakin dapat memenangi kerusi berkenaan atas dasar ia adalah kubu kuat Pas yang turut ditambah dengan sokongan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.
"Saya percaya mereka mampu mempertahankan kerusi itu. Cuma apa yang saya harapkan supaya pengundi memberikan kepercayaan kepada saya menjadi wakil rakyat," katanya.
Harapan calon Bebas bertanding berkecai
KAMARUL Ramizu gagal serah borang pencalonan pada masa ditetapkan. |
BUKIT MERTAJAM: Hasrat pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 43, bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini berkecai kerana gagal menyerahkan borang pencalonan dalam tempoh ditetapkan.
Beliau yang berpakaian serba hitam tiba di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini jam 9.50 pagi kerana mendakwa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di kawasan penyokong Pas.
"Ketika saya mahu menyerahkan borang pencalonan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya memaklumkan masa sudah tamat iaitu pada jam 10 pagi. Jadi, saya tidak dapat bertanding," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, walaupun tidak dapat bertanding, beliau tidak kecewa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya dan tidak akan berputus asa untuk menyertai pilihan raya lain pada masa depan.
"Saya mula bertolak ke pusat penamaan calon pada jam 6 pagi bersama-sama penyokong tetapi terperangkap dalam kesesakan sehingga terpaksa berjalan kaki kira-kira dua kilometer. Sebaik tiba masa sudah tamat," katanya.
Kamarul Ramizu berkata, jika beliau dibenarkan bertanding mungkin terpaksa berdepan dengan kesukaran berkempen pada Ramadan yang menuntut umat Islam supaya menambah amal ibadat.
Beliau juga menasihatkan kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan Mohd Salleh Man dari Pas bertanding dengan cara berhemah dan menghormati Ramadan ketika mereka berkempen.
Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik ketika mengulas perkara itu, berkata Kamarul Ramizu sebenarnya masih boleh menghantar borang pencalonannya ketika sampai di pusat pencalonan.
"Beliau langsung tidak dihalang oleh pegawai kami yang menganggapnya mahu menghantar borang kerana beliau sudah membelinya, tetapi beliau mengambil keputusan untuk tidak menghantar borang ketika dalam dewan.
"Jadi, dakwaannya bahawa kami menghalangnya adalah tidak benar kerana beliau sebenarnya mempunyai masa tetapi tidak menghantar borang pencalonannya," katanya.
6,000 penyokong pakai topeng bukti prihatin
BUKIT MERTAJAM: Hampir 6,000 penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas yang hadir ketika penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, di sini, semalam, memakai topeng penutup mulut sebagai membuktikan keprihatinan mereka terhadap wabak Influenza A (H1N1).
Tidak ketinggalan anggota polis, petugas pilihan raya dan media selain pemimpin BN dan Pakatan Rakyat yang turut berbuat demikian.
Antara pemimpin BN yang memakai penutup muka ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Isteri syukur Rohaizat diberi kepercayaan
BUKIT MERTAJAM: Isteri Rohaizat Othman, 38, calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, menyifatkan pemilihan suaminya adalah satu rezeki yang tidak ternilai kerana usianya masih muda.
Khairul Niza Abdul Razak, 38, yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), berkata beliau masih tidak mempercayai suaminya terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil itu, 25 Ogos ini.
"Terkejut tetapi bersyukur kerana diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab yang besar walaupun usia masih muda," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, semalam.
Katanya, walaupun masih terkejut dengan keputusan parti berkenaan, beliau dan suaminya menerima pemilihan itu sebagai ketentuan Allah serta berusaha keras bagi mencapai kemenangan.
"Saya sentiasa memberi sokongan padu terhadap minat suami dalam bidang politik dan kami menghormati keputusan masing-masing,” katanya.
GMP tidak cadang demonstrasi baru
KUALA LUMPUR: Tiada perhimpunan atau demonstrasi jalanan akan dianjurkan mendesak kerajaan memulakan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun depan, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad.
Sebaliknya, beliau berkata, GMP dalam mesyuarat terkini pada Sabtu lalu memutuskan mengemukakan surat cadangan serta mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung perkara itu.
Ketika dihubungi semalam, beliau berkata, antara penekanan utama dalam surat cadangan itu ialah meminta kerajaan melaksanakan pemansuhan dasar PPSMI tahun depan bermula dengan murid Tahun Satu.
Selain itu, beliau berkata, GMP juga akan menyarankan supaya pemansuhan dasar PPSMI dilaksanakan secara menyeluruh sehingga meliputi pengajian peringkat universiti.
"Saya sedang menyiapkan surat cadangan itu dan cuba mengemukakannya kepada Timbalan Perdana Menteri dalam minggu ini," katanya.
'Letak calon Umno jika Melayu ramai'
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
Syor BN kaji tradisi pembahagian kerusi
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik mencadangkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 50 peratus penduduk Melayu perlu meletakkan calon Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) mengkaji semula tradisi pengagihan kerusi kepada parti komponennya.
"Saya berasa sudah tiba masanya untuk BN bertindak ke arah itu. Buat masa ini, hasil pemerhatian saya, Umno meletakkan calonnya jika kawasan itu mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu.
"Sepatutnya calon diletakkan mengikut kehendak pengundi bukannya secara tradisi, jika letak calon MCA tetapi ditolak lebih baik letak calon Umno ataupun MIC dan begitu jugalah sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mencadangkan pengagihan kerusi yang diguna pakai sekarang dikaji semula dengan mengambil kira kehendak pengundi kawasan itu.
Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata cadangan itu sesuatu yang baik, bagaimanapun ia tidak boleh menjejaskan parti komponen lain.
"Sudah tiba masanya BN membuat pertimbangan mengenai perkara ini, apa pun keputusannya ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen BN dan peratusan pengagihan juga tidak memberi kesan mana-mana parti.
Bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata saranan Mohamed Khaled boleh menimbulkan kontroversi dalam BN walaupun ramai yang sukakannya.
Letak UMNO lagi ler kalah haha
Tokoh agama anggap ISA masih perlu
ANTARA yang hadir Wacana Ilmu oleh Nakhaie (kiri) dan Prof Dr Uthman El-Muhammady (kanan) dan dipengerusikan Eksekutif Perkhidmatan Sumber Manusia dan Kebajikan Pekerja dan Agama Zamanuddin Yusof, di Anjung Liku NSTP, semalam. |
KUALA LUMPUR: Berita Harian mengadakan Wacana Ilmu dengan menampilkan dua tokoh agama terkemuka bagi membincangkan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kehidupan masyarakat di negara ini, termasuk aspek politik.
Program yang julung kalinya diadakan itu menampilkan Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.
Muhammad Uthman berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan di negara ini walaupun ada pihak mahu akta itu dimansuhkan.
"Selagi belum ada akta lain yang boleh menggantikan ISA, maka akta ini perlu dikekalkan. Bagaimanapun ISA perlu dilakukan semakan semula. Akta ini penting bagi mengawal negara.
"Kita tidak tahu bila ancaman terhadap negara akan berlaku, misalnya jika kita mendapat maklumat di tengah malam ada ancaman terhadap negara, bagaimana kita hendak tangkap individu disyaki, apakah perlu tunggu mahkamah pada keesokan harinya," katanya di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mior Kamarul Shahid dan Ketua Pengarang Berita, Ahmad Zaini Kamarulzaman.
Muhammad Uthman berkata, persaudaraan masyarakat Islam berbangsa Melayu kini semakin rosak akibat pengaruh politik, sehingga ada pihak yang tidak lagi menghormati institusi Raja di negara ini.
"Persaudaraan Islam Melayu sudah rosak. Ada orang pakai jubah tetapi sanggup meniarap di tengah jalan halang kereta Raja dan ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Sementara itu, Nakhaie berkata masyarakat Islam di negara ini perlu mengamalkan budaya politik selaras dengan tuntutan agama dan tidak mengutamakan politik sehingga menolak nilai Islam.
"Zaman nabi Baginda berdakwah dan dalam dakwah ada politik, sekarang politik sudah diletakkan pada tahap tinggi sehingga menolak perpaduan sesama Islam walaupun ada nas jelas dari al-Quran menyatakan agama Islam menuntut perpaduan," katanya.
Pekeliling tegah beri keterangan tak sah
Oleh Azrina Ahzan
Arahan Kerajaan Selangor larang pegawai temui SPRM di luar waktu pejabat salah: Gani
PUTRAJAYA: Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 melarang pegawainya memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas waktu pejabat atau di luar pejabat mereka adalah tidak sah dan terbatal, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
"Kita akan memfailkan permohonan di mahkamah untuk mengisytiharkan arahan itu sebagai tidak sah dan terbatal. Dari segi undang-undang, perkara ini salah.
"Saya akan memfailkan permohonan itu dalam minggu ini," katanya pada sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk Seri Nazri Aziz selepas perasmian mesyuarat tahunan ke-48 Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) di sini, semalam.
Abdul Gani berkata, permohonan perlu dibuat selepas mendapati pekeliling itu bercanggah dengan undang-undang kerana SPRM menjalankan tugasnya mengikut Akta SPRM 2009.
"Jika pekeliling itu bercanggah dengan undang-undang ia bukanlah satu peraturan, kerana SPRM menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang, jadi pekeliling itu adalah arahan pentadbiran semata-mata," katanya.
Mohamed Nazri pula berkata tindakan kerajaan Selangor boleh ditafsir sebagai cubaan menghalang pegawai SPRM menjalankan tugas.
"Tiada pekeliling oleh mana-mana kerajaan negeri boleh menghalang SPRM menjalankan siasatan mereka. Saya rasa ini satu cubaan Khalid (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghalang pegawai SPRM melaksanakan tugas mereka," katanya.
Mereka berkata demikian ketika mengulas keengganan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How mengikut pegawai SPRM ke ibu pejabatnya di Putrajaya kerana mendakwa beliau terikat dengan pekeliling kerajaan negeri itu.
Wong ditahan di pusat khidmat wakil rakyat Adun Sungai Pelek di Sepang, Jumaat lalu, bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membabitkan projek bernilai hampir RM500,000.
Dalam pada itu, Nazri meminta SPRM menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan mengetepikan ugutan daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.
"Saya tidak boleh bayangkan reaksi pembangkang jika Perdana Menteri mengeluarkan pekeliling seperti itu.
"Pada satu masa mereka mempertikaikan SPRM dan menuduh ia dikuasai kerajaan Pusat tetapi apabila SPRM menyiasat mereka... mereka cuba menakut-nakutkan pegawai itu.
"Berapa ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah disiasat tetapi kita tidak campur tangan kerana kita menghormati SPRM," katanya.
Mohamed Nazri juga menolak dakwaan bahawa SPRM mensasarkan pemimpin bukan Melayu.
"Anda tahu tak berapa ramai ahli Umno yang disiasat? Kenapa jadikan ini sebagai isu perkauman? Kenapa bila ahli Umno disiasat tiada siapa yang cakap apa-apa?
"SPRM adalah badan bebas dan akan mengambil tindakan tanpa mengira bangsa, takut atau pilih kasih," katanya.
LPPR : Siasat semua kes rasuah secara telus
KUALA LUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus menyiasat semua kes rasuah tanpa mengira kedudukan dan latar belakang seseorang.
Pengerusinya, Tun Abdul Hamid Mohamad, berkata lembaga berpandangan SPRM mempunyai tanggungjawab undang-undang bagi pencegahan rasuah dengan cekap dan berkesan.
“LPPR yang diwujudkan melalui undang-undang mempunyai peranan untuk memastikan SPRM terus melaksanakan tugasnya dengan bebas, telus, berkesan dan profesional dalam membanteras jenayah rasuah selain memastikan keadilan dilaksanakan ke atas semua pihak yang terbabit," katanya dalam kenyataan di sini.
Sabtu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul dilaporkan berkata pihaknya akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik ekoran suruhanjaya itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.
Shukri membuat kenyataan itu berikutan SPRM didakwa bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor. - Bernama
Jangan jadi penghukum - Jamil Khir
saiful.hasam@utusan.com.my
| |
| Jamil Khir Baharom sambil diperhatikan Muhammad Ali Hashim (kiri) mengatakan sesuatu kepada pelajar Rumah Anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri Dengkil pada Majlis Pelancaran Tijarah Ramadan Musim Ke-5/2009 di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Seorang pendakwah yang menyeru kepada kebaikan mesti menjaga adab dengan tidak menjadi penghukum terhadap umat Islam yang lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, perbezaan ideologi politik tidak menghalalkan perkara itu kerana Allah memerintahkan umat Islam supaya menjaga adab dengan semua hamba-Nya hatta dengan seekor binatang sekalipun.
Tegas beliau, Allah juga menegah hamba-Nya daripada memberi gelaran yang tidak baik kepada orang lain demi menjaga keharmonian hidup.
''Sebagai daie atau pendakwah, kita perlu menjaga batas-batas seorang daie dan tidak boleh menghukum orang itu betul atau salah.
''Sejauh mana seseorang itu mengakui dia Islam maka dia adalah hamba Tuhan, oleh sebab itu saya amat mengharapkan sama ada kita di dalam mana mana parti politik, batas akhlak sebagai orang Islam perlu dijaga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program televisyen, Tijarah Ramadan musim ke-5 di sini hari ini.
Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Jamil Khir mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Terdahulu sewaktu berucap pada majlis pelancaran program televisyen itu, Jamil Khir berkata, usaha yang diambil JCorp dan syarikat yang mengambil bahagian dengan memberi sumbangan kepada Tabung Tijarah Ramadan wajar dicontohi pihak korporat lain.
Beliau berkata, ia secara tidak langsung mengajak masyarakat supaya turut sama menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.
''Saya berharap dana sumbangan Tabung Tijarah Ramadan bukan sahaja disalurkan dalam bentuk infaq yang bersifat untuk menyara kehidupan semata-mata bahkan digembleng dalam bentuk infaq produktif yang akhirnya membolehkan penerima berdikari," katanya.
Tijarah Ramadan yang diterbitkan JCorp dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) akan disiarkan di TV1 setiap pukul 6 petang sepanjang Ramadan ini.
Program berkenaan turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang pada Tabung Tijarah Ramadan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan nilai RM2, RM5 dan RM10.
Ahli UMNO tak akan masuk syurga
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA
Islam Umno tidak masuk syurga: Mursyidul Am Pas
Oleh Fazli Abdullah, Anwar Hussin, Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Youb dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my
Nik Aziz samakan agama dibawa Umno seperti diamalkan di Palestin
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhan terbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nada sinis, berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga.
"Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.
"Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman)," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, semalam.
Pengundian akan diadakan pada 25 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman, pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.
Sebelum ini, ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan terhadap Umno dengan menyatakan parti itu sama seperti komunis.
Selain itu, beliau turut menyamakan Umno yang majoritinya dianggotai orang Islam seperti Ayah Pin, iaitu individu yang pernah menyebarkan ajaran sesat di Terengganu, beberapa tahun lalu.
Baru-baru ini, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Beliau sebaliknya menyalahkan pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
Kenyataannya itu dibidas pemimpin Umno antaranya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Nik Aziz sanggup menghalalkan tindakan menghina Islam tanpa memikirkan sentimen orang lain hanya kerana pihak menghina adalah dari rakan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Nik Aziz menasihatkan parti bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menjaga etika masing-masing dan tidak membuat serangan peribadi.
'Usah guna cara samseng halang saya berkhidmat'
IPOH 17 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memberi amaran keras kepada pakatan pembangkang supaya tidak menggunakan cara samseng untuk menghalang beliau menjalankan tugas terhadap rakyat.
Zambry menegaskan, setakat ini, beliau masih bersabar dan tidak terikut-ikut dengan cara ganas dan tidak bermoral pembangkang bagi memastikan keamanan di Perak.
Sambil menyifatkan perbuatan pemimpin dan penyokong DAP yang membuat kecoh pada satu majlis yang dijadualkan dihadirinya di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hari ini, Zambry menambah, perbuatan itu menunjukkan mereka terdesak.
''Saya beri amaran keras jangan halang saya berkhidmat dengan cara (guna samseng) ini. Saya datang untuk beri perkhidmatan kepada rakyat.
''Jangan ingat saya takut atau seorang pengecut. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, saya sebenarnya telah dinasihatkan oleh pasukan keselamatan supaya tidak hadir pada majlis itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 818 ketua kampung negeri Perak di sini hari ini.
Zambry sepatutnya menyerahkan Borang 5A (hak milik tanah) kepada 188 penduduk Kampung Kaki Bukit Jana, Kampung Aulong Baru Tambahan dan Batu 14 Trong di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) tengah hari ini.
Bagaimanapun, beliau yang telah berada di Taiping ketika itu terpaksa mewakilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid selepas dinasihatkan oleh polis supaya tidak hadir pada program itu.
Ia ekoran tindakan kira-kira 20 penyokong pembangkang dari DAP yang diketuai Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; ADUN Aulong, Yew Tian Hoe dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai merancang membuat kecoh di Dewan MPT tersebut.
Keadaan tersebut benar-benar berlaku apabila Kor Ming bersama penyokongnya bertindak keluar dewan ketika majlis sedang berlangsung dan cuba menimbulkan kekecohan dengan membawa kain rentang bertulis 'MB haram, malu! malu! malu!'
Zambry berkata, beliau memohon maaf kepada penduduk kampung terbabit kerana tidak dapat hadir.
''Kor Ming buat kenyataan dia kecewa rakyat ditipu dengan janji-janji kerana saya tidak hadir.
''Bayangkan kalau saya datang dengan perilaku mereka (pembangkang), jika berlaku sesuatu, ia akan menyebabkan berlaku keadaan tidak diingin (lebih teruk),'' katanya.
Beliau berkata, apa yang dilakukan pembangkang itu menunjukkan mereka terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak hilang pengaruh.
''Sebab itu, mereka (pembangkang) minta Persatuan Cina di sini tidak jemput saya kerana mereka tahu kepercayaan rakyat semakin pulih kepada Barisan Nasional (BN).
''Atas sebab itu juga, mereka merancang untuk membuat satu lagi 'sidang dewan','' ujar beliau.
Mengulas mengenai dakwaan Kor Ming bahawa pemberian tanah itu adalah atas 'usaha' mereka, Zambry berkata, perkara itu sebenarnya sudah dilakukan oleh BN sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi.
''Pergi tanya pejabat daerah siapa yang mulakan dulu? Kita akan laksanakan sesuatu yang kita janjikan kepada rakyat,'' katanya.
Sementara itu, Mohd. Zahir berkata, pemberian hak milik tanah itu merupakan sebahagian daripada dasar perumahan rakyat kerajaan negeri.
Beliau berkata, penduduk yang terlibat terdiri daripada 51 penduduk Kampung Kaki Bukit Jana, Kampung Aulong Baru Tambahan (80), Batu 14 Trong (26) dan Ayer Kuning seramai 31 orang.
''Daripada 188 penerima, 40 peratus adalah kaum Cina, manakala masing-masing 30 peratus adalah kaum Melayu dan India,'' katanya.
Kesiannya Zambry kena boikot hehe
Tiada nas sertai Pas masuk syurga
PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.
''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini
Tidak mustahil BN lakukan keajaiban di Permatang Pasir
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
TIDAK mudah. Hakikat itu mesti diakui Barisan Nasional (BN) apabila memperkatakan tentang peluang untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Banyak faktor yang mesti diambil kira lantaran N11 bukan cabaran yang boleh dilepasi semudah itu.
Seawal hari penamaan calon telah memberi gambaran tentang apa sebenarnya masalah baik di pihak BN mahu pun Pas. Tidak banyak rintangan yang perlu dilalui oleh Pas, malah boleh saja dikatakan faktor X di Permatang Pasir memihak kepada parti itu.
Permatang Pasir kubu kuat Pas. Kawasan itu juga merupakan tempat 'berhimpunnya' penyokong-penyokong tegar parti itu yang sama sekali tidak akan berpaling kepada parti berlatar-belakangkan warna biru.
Permatang Pasir juga terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh. BN pernah tersungkur di situ - orang Melayu di kawasan itu dikatakan tidak bersatu, sokongan terhadap pembangkang lebih ketara. Kaitannya dengan Permatang Pasir amat rapat.
Sokongan terhadap setiap inci kempen yang dijalankan akan mendapat sokongan Parlimen Permatang Pauh - malah seawal jalan masuk bagi laluan penyokong-penyokong pakatan pembangkang ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam, poster Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergantungan menyambut kedatangan orang ramai.
Bukan PKR yang bertanding, tetapi sokongan kepada calon Pas sangat jelas. Ahli Parlimen Padang Serai dari parti itu, N. Gobalakrishnan turut menunjukkan sokongan padu dengan membuat onar untuk menunjukkan betapa pakatan pembangkang boleh berbuat apa sahaja di Permatang Pasir.
Faktor itu mengekalkan peluang Pas untuk terus bertapak di N11. Biar pun selama tiga penggal menguasai DUN tersebut tanpa membawa banyak perubahan untuk rakyat, Pas tetap diterima. Tempoh hampir 15 tahun cukup untuk membuat pengundi di situ selesa menolak arus pembangunan.
Penolakan itu yang mesti ditangani BN. Tugas itu sekali lagi tidak mudah.
Apa pendekatan BN menerusi calonnya Rohaizat Othman untuk menawan hati pengundi di kawasan majoriti Melayu yang percaya pembangunan itu tidak perlu?
Apakah BN mampu berbuat demikian apatah lagi kempen sepanjang 10 hari ini terpaksa dipadatkan dengan penjelasan tentang 'serangan peribadi' pembangkang terhadap anak muda yang dipilih oleh BN sebagai calon untuk mengembangkan gelombang birunya?
Biar pun tidak mudah tetapi tidak mustahil untuk BN melakukan 'keajaiban'. Slogan 'Pas pasti terkubur' yang tertera pada sepanduk barisan hadapan kumpulan penyokong BN boleh menjadi kenyataan jika resipi serta pendekatan yang digunakan betul.
Faktor X yang ada pada Pas dan pakatan pembangkang hakikatnya boleh ditukar menjadi Z jika ahli-ahli BN amnya dan UMNO khususnya belajar dari kesilapan lalu dan menjadikan Permatang Pasir sebagai bukti bahawa masih ada peluang untuk kemenangan.
Masih ada ruang untuk membuat catatan yang lebih baik berbanding kejayaan menurunkan majoriti undi Pas seperti mana yang dilakukan di Manek Urai.
Jika BN dan UMNO bertungkus lumus mengorbankan seratus peratus tenaga dan usaha di Manek Urai, maka usaha berlipat kali ganda menjangkau lima ratus peratus mesti ditunjukkan di Permatang Pasir yang terletak dalam negeri pimpinan DAP - rakan sebantal Pas biar pun mimpi lain-lain.
Usaha itu mesti datang dari dalam BN sebagai parti induk dan UMNO sebagai komponen yang bertanding di situ. Tanpa perpaduan, penyatuan, keikhlasan dan kesungguhan, BN akan terus mengulangi kesilapannya dan perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku di Permatang Pasir.
Dalam keadaan Pas meletakkan calon yang telah enam kali tewas dalam pilihan raya, apakah BN mahu memberikan rekod kemenangan kepada beliau bukan kerana Pas itu kuat sebaliknya hanya disebabkan UMNO tidak mahu belajar.
Justeru, keyakinan barisan hadapan pemimpin BN yang mahu mengambil-alih N11 dari tangan pembangkang mesti disokong dan didorong hasilnya menerusi penyatuan hati dan kesungguhan ahli-ahli parti.
Permatang Pasir adalah medannya dan perjuangan itu kini bermula.
