Thursday, May 07, 2009

POLITIK : KHAMIS 07 MEI 2009

Usah perlekeh pimpinan ulama
ALOR SETAR 6 Mei - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razakmengingatkan pihak tertentu dalam Pas supaya tidak memperlekehkankeupayaan golongan ulama untuk meneraju parti itu dalam mengharungicabaran politik semasa negara.

Husam tulis buku khas jawab tuduhan
KOTABHARU 6 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa akan menulis sebuahbuku bagi menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya sejak kebelakangan iniuntuk diedarkan sebelum muktamar tahunan parti itu bulan depan.

Dr. Mahathir sedia berkempen di Penanti
PUTRAJAYA6 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia membantu kempen BarisanNasional (BN) sekiranya parti itu mengambil keputusan bertanding padaPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang,31 Mei ini.

'Saya tak mahu bertanding'
BUTTERWORTH 6 Mei - Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Hafiz Mohd.Nordin menolak khabar angin yang mengatakan beliau mungkin bertandingpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Meiini.

ADUN BN akan lompat parti?
KOTABHARU 6 Mei - Pas mendakwa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Barisan Nasional (BN) akan menyertai parti itu dalam masa terdekat danperbincangan mengenainya sedang giat dijalankan.

Kos lima pilihan raya kecil RM39j, Penanti RM5j
PUTRAJAYA 6 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM39 jutauntuk menjaga keselamatan di lima pilihan raya kecil yang diadakanselepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu.

Penanti: Mesyuarat BN 18 Mei
KUALA LUMPUR 6 Mei - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dijangkabermesyuarat pada 18 Mei ini bagi menentukan sama parti itu bertandingatau tidak pada Pilihan Raya Kecil Penanti.

Sambutan UMNO ke-63 sederhana
PUTRAJAYA6 Mei – UMNO akan menyambut ulang tahun ke-63 parti itu 11 Mei inidengan cara sederhana antaranya mengadakan bacaan tahlil untuk parapejuang dan bekas-bekas pemimpinnya.





Azizan tolak profesional terajui kepemimpinan
ALORSETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menolakcadangan supaya golongan profesional parti itu menggantikan kepimpinanulama yang menjadi teras kepada pencapaian gemilang Pas selamaberkecimpung dalam politik tanah air.

Husam mahu bersemuka dengan Nasaruddin
KOTABHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang tidak senang hatidengan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassanmengenai dirinya, mahu Nasrudin bersemuka dengan beliau daripadamembuat kenyataan sinikal mengenai jawatan Presiden Pas.

Larangan berhimpun di Bangunan SUK
IPOH:Polis sudah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang orang ramaiberkumpul pada jarak 500 meter dari pagar Bangunan Setiausaha KerajaanNegeri (SUK) bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan ditetapkanbagi mengelak sebarang kejadian buruk sepanjang persidangan DewanUndangan Negeri (DUN).

Dr M sedia bantu kempen BN
PUTRAJAYA:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia turun padangmembantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) jika bertandingpilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Empat calon sah tanding DUN Penanti
GEORGETOWN:Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akhirbulan ini, dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru, jikaBarisan Nasional (BN) tidak bertanding.

Wednesday, May 06, 2009

POLITIK : RABU 06 MEI 2009

Jati diri Pas boleh terhakis
KUALA LUMPUR 5 Mei - Jati diri Pas sebagai parti Islam yang konsistendiramalkan terhakis secara perlahan-lahan sekiranya kemaraan golonganpro-Anwar untuk menduduki jawatan utama parti itu gagal disekat.

Husam lebih sesuai tanding Presiden Pas
KUALALUMPUR 5 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ( gambar ) disaranbertanding jawatan Presiden bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yangdikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan di kalanganahli-ahlinya.

Khalid yang tidak faham - Takiyuddin
KOTABHARU 5 Mei - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassanmenyifatkan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad yangmempersoalkan kenyataannya sebagai tidak memahami konsep 'kepimpinanulama' yang sebenarnya.

Pas tidak tentang rakan dalam pakatan - Mustafa
KEPALA BATAS 5 Mei - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Aliberkata, parti itu sama sekali tidak membenarkan ahlinya bertandingmenentang calon pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Ada ahli Pas mungkin tanding tiket bebas
PULAUPINANG 5 Mei - Pemuda Pas Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan adaahlinya akan bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti walaupun dilarang berbuat demikian.

Atasi kemelut dalaman parti di Bahagian Permatang Pauh
BUTTERWORTH5 Mei - Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menjelaskan kepadapucuk pimpinan parti mengenai pergolakan di bahagian itu yang perludiselesaikan jika Barisan Nasional (BN) ingin bertanding dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Murugiah masih ahli PPP
KUALALUMPUR 5 Mei - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Progresif Penduduk(PPP), Senator Datuk T. Murugiah menafikan khabar angin bahawa beliauakan dipecat ekoran perselisihan faham dengan presiden parti.

[url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm]Shu Kiah sertai
Gerakan[/url]
KOTAKINABALU 5 Mei - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiahhari ini menamatkan spekulasi mengenai hala tuju karier politiknyaapabila secara rasmi mengumumkan menyertai Gerakan.

Pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya kecil
KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan membelanjakan sehingga RM20 juta wangrakyat untuk mengawal keselamatan setiap kali pilihan raya kecilperingkat Parlimen diadakan.






Dewan Tertinggi bincang BN tanding DUN Penanti
KOTAKINABALU: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan sama ada BarisanNasional (BN) akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini, akan ditetapkan oleh DewanTertinggi BN.

Timbalan KM Sabah sertai Gerakan
KOTAKINABALU: Selepas sembilan bulan menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabahtanpa parti politik, Datuk Raymond Tan akhirnya membuat keputusanmenyertai Gerakan.

Tsu Koon tak hadiri inkuiri isu tanah
GEORGETOWN:Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak akanmenghadiri inkuiri yang akan diadakan Jawatankuasa Siasatan Tanahnegeri kerana menganggapnya permainan politik kerajaan Pakatan RakyatPulau Pinang.

Aminah ditawar Ketua Wanita PKR
GEORGETOWN:Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menawarkan jawatan Ketua Wanita PKRPulau Pinang kepada Aminah Abdullah, 56, untuk memujuknya tidakbertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Meiini.

Pas tidak benar ahli tanding kerusi DUN Penanti
TASEKGELUGOR: Pas kekal dengan pendiriannya tidak membenarkan ahlinyabertanding pada pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini, berikutankeputusan pucuk pimpinannya hanya menyokong calon Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Husam gusar media cuba rosak imej Pas
KUALALUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mendakwa media arusperdana mempunyai agenda apabila sengaja melaga-lagakan pemimpin partiitu menjelang Muktamar Tahunan awal bulan depan.

'PR tak usaha bebaskan Manoharan'
KUALALUMPUR: Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) mempersalahkanPakatan Rakyat (PR) kerana tidak melakukan usaha menyeluruh untukmembebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, MManoharan, daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tuesday, May 05, 2009

POLITIK : SELASA 05 MEI 2009

Sabah perlu kekal kubu BN
KOTA KINABALU 4 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahusuntikan baru diberikan kepada Barisan Nasional (BN) Sabah bagimembolehkan ia sentiasa segar dan kekal sebagai kubu kuat BN.

Penanti: UMNO belum buat keputusan
KUALALUMPUR 4 Mei - UMNO masih belum membuat keputusan sama ada mahubertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Penanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mat Sabu tetap bertanding
KUALALUMPUR 4 Mei - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan menarik diridaripada bersaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu walaupuntimbul polemik berhubung kepimpinan ulama.

Husam 'puasa' bercakap
JELI4 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengambil pendekatan untuk'berpuasa' buat sementara waktu daripada memberi kenyataan mengenaiperkembangan dalam parti itu untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Hafiz lepas, bukan letak jawatan
PULAUPINANG 4 Mei - Mohd. Hafiz Mohd. Nordin, yang bertegas agar Pasbertanding di Penanti walaupun kerusi itu 'milik' Parti KeadilanRakyat, rakan Pas dalam pakatan pembangkang, menjelaskan hari inibahawa beliau bukannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda PasPulau Pinang semalam tetapi melepaskannya kerana faktor umur.

Jangan bawa penyokong!
IPOH4 Mei – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak hari ini diberiamaran supaya tidak membawa penyokong atau menggalakkan orang ramaiberhimpun ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung,Khamis ini.

Jangan kacau di Penanti – Nik Aziz
KOTABHARU 4 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahuahli parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengansekutunya dalam pakatan pembangkang untuk menuntut Pas meletakkan calonpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Sikap pemimpin Pas dikesali
KUALALUMPUR 4 Mei - Sikap pemimpin Pas yang cuba mengelirukan konsep'kepimpinan ulama' yang menggabungkan ulama dan profesional amatdikesali kerana ia menimbulkan keresahan kalangan ahli parti itu diseluruh negara.

Isteri sedia teruskan tugas Manoharan
PUTRAJAYA4 Mei - Isteri ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah yangkini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M. Manoharansedia meneruskan tugas sebagai 'wakil rakyat' di kawasan itu jikasuaminya enggan meletak jawatan.

PKR tidak campur tangan isu Manoharan
SHAHALAM 4 Mei - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan SriAbdul Khalid Ibrahim enggan campur tangan dalam isu rancangan AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk melepasjawatan.





Mahfuz selar tokoh Pas
KUALALUMPUR: Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, mempertikaikeghairahan segelintir pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataanmenjelang muktamar Pas yang jelas bertentangan perlembagaan parti.

Nik Abdul Aziz tetap pertahan pendirian
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskanjawatan utama dalam barisan kepemimpinan parti itu mesti terus dipegangoleh ulama.

Husam 'puasa' daripada beri ulasan
JELI:Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mendakwa pelbagai kenyataan yangdikeluarkan pemimpin parti itu dalam media berhubung pemilihanmenjelang muktamar pada bulan depan sejak kebelakangan ini, kinimenimbulkan keresahan di kalangan ahli Pas.

Tiada syarat pilih ulama, profesional
KUALALUMPUR: Perlembagaan Pas tidak menetapkan sebarang syarat jawatanPresiden dan Timbalan Presiden perlu daripada golongan ulama danprofesional.

Pemuda Pas tetap mahu Penanti
GEORGETOWN:Sehari selepas menerajui Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Mar Tiah,dengan lantang terus menyuarakan hasrat supaya Pas diberikan peluangbertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Umno belum putus tanding: Muhyiddin
KUALALUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkataUmno belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Meiini.

Pembangkang cuba pancing BN bertanding
PULAUPINANG: Kesungguhan Pemuda Pas mahu bertanding pada pilihan raya kecilPenanti walaupun rakan parti itu, Parti Keadilan Rakyat, akanmeletakkan calonnya, dilihat sebagai satu strategi untuk menarikBarisan Nasional agar turut bertanding.

Hanya 7 sampul bidaan Toyota Camry diterima
IPOH:Sebanyak tujuh sampul surat tawaran tender bagi Toyota Camry 2.4V yangdigunakan bekas Exco kerajaan negeri dikembalikan kepada pejabatSetiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini sebaik tempoh tender yangdibuka pada 28 April lalu ditutup tengah hari semalam.

Sivakumar terus cuba tangguh sidang
IPOH:Tinggal dua hari lagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, namunSpeaker V Sivakumar masih cuba mendapatkan perkenan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah supaya ia ditangguhkan kepada satu tarikh lain denganalasan menjaga keharmonian dan kemuliaan dewan, selain mengelakpertelingkahan dua pihak.

Polis dedah cubaan kerah rakyat sertai perhimpunan
IPOH:Polis Perak menerima maklumat ada parti tertentu menggunakan siriceramah, laman blog dan media alternatif meminta orang ramai mengadakanperhimpunan haram di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ketikasidang Dewan Undangan Negeri diadakan, Khamis ini.

Monday, May 04, 2009

POLITIK : ISNIN 04 MEI 2009

‘Telah lama dipersetujui, ia tidak perlu diubah’
KUALA TERENGGANU 3 Mei – Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk HarunTaib menyokong pendirian Dewan Ulama parti itu supaya jawatan Presidendan Timbalan Presiden disandang oleh golongan ulama.

Biar muktamar tentukan siapa layak
KOTA BHARU 3 Mei – Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk AhmadYakob mencadangkan supaya isu ulama dan profesional dibincangkan secaraterperinci dalam muktamar agung parti itu Jun ini.

Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli
PASIR PUTEH 3 Mei – Pas mengakui masih gagal memenuhi tuntutan ahlinyadalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor terutamamembabitkan isu penutupan kilang arak.

Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi
KANGAR3 Mei – Dua jawatan tertinggi dalam Pas iaitu Presiden dan TimbalanPresiden perlu terdiri daripada golongan ulama yang mempunyaipendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.

Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka
MELAKA3 Mei – Tidak adapun dalam Perlembagaan Pas yang menetapkan jawatanPresiden dan Timbalan Presiden parti itu mesti disandang oleh ulama.

Demi maruah parti
PULAUPINANG 3 Mei - Demi maruah parti, UMNO wajar meletakkan calon untukbertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penantipada 31 Mei ini.

BN tidak perlu bertanding
BUTTERWORTH 3 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calonpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei inibagi mempertahankan prinsip amalan demokrasi yang bertanggungjawab.

Keputusan letak jawatan Manoharan 4 minggu lagi
PULAUPINANG 3 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti ituakan membuat keputusan dalam tiga hingga empat minggu lagi berhubunghasrat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah di Selangor,M. Manoharan untuk meletak jawatan.

Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR
PETALINGJAYA 3 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangipendirian parti itu untuk menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),Mansor Othman yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Kaji semula keputusan– Dr. Mujahid
KEPALABATAS 3 Mei – Pas Pulau Pinang mendesak pucuk pimpinan parti mengkajisemula keputusan untuk tidak meletak calon bertanding pada Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong
IPOH3 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam inimembuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) TitiSerong, Khalil Idham Lim berikutan satu tuduhan yang disifatkan beliausebagai amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.

Saya tidak tahu langsung spekulasi Soi Lek - Tee Keat
KUALALUMPUR 3 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliautidak tahu menahu langsung berhubung spekulasi Timbalannya, Datuk SeriDr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.





Pemuda Umno umum perubahan strategik tarik golongan muda
BENTONG:Pemuda Umno semalam mengumumkan perubahan strategik berteraskan limarukun bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokongBarisan Nasional (BN) sehingga membawa kemenangan pada pilihan rayaumum akan datang.

Ziarah Puteri dekati pesakit
KUANTAN:Seramai 40 ahli Puteri Umno Paya Besar menyertai Program Ziarah Puteridi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kelmarin.

Semua boleh lapor DUN Perak
IPOH:Semua media dibenar membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak bermula 7 Mei tetapi perlu membuat permohonan bertulis kePejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai jam pagiini.

Ibu bekas MB meninggal
KUALATERENGGANU: Fatimah Yusoff, ibu bekas Menteri Besar Terengganu, DatukSeri Idris Jusoh meninggal dunia di rumahnya di Kampung SeberangJerteh, di sini, semalam akibat sakit tua.

Lima Adun dakwa rumah dikawal polis
IPOH:Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat mendakwa beradadalam kebimbangan dan keresahan selepas 'dikawal' sepasukan polis dirumah bermula Jumaat lalu seolah-olah mereka menjadi perhatian danburuan polis.

'Tuduhan guna bomoh tindakan orang terdesak'
IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan perbuatanAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalid Idham LimAbdullah yang menuduh beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN)menggunakan bomoh untuk menjampi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) adalah melampau serta menjijikkan.

Nasib Manoharan belum ditentu
GEORGETOWN:DAP akan membuat keputusan mengenai hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, yang kini dalam tahanan AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA), dalam tempoh tiga atau empat minggulagi.

MCA akan bincang hasrat Dr Chua
KUALALUMPUR: Hasrat Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yangingin melompat parti mendapat perhatian pemimpin tertinggi MCA danbersedia membincangkan perkara itu pada peringkat tertinggi parti.

Wakil media dihalang tanya Nik Aziz
KOTABHARU: Usaha wakil media mendapatkan ulasan Mursyidul Am Pas, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat, mengenai pemilihan parti itu yang sedang hangatdiperkatakan sejak kebelakangan ini sebaik beliau pulang darimengerjakan umrah petang semalam, tidak kesampaian apabila dihalangsekumpulan pengawal peribadinya yang turut menghambur kata-kata kesat.

Sunday, May 03, 2009

POLITIK : AHAD 03 MEI 2009


Najib yakin Soi Lek tidak lompat parti
KUALA LUMPUR 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakinTimbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tidak akan melompatparti atau menyertai pembangkang.

MCA perlu tangani isu Soi Lek
KLUANG2 Mei - Pucuk pimpinan MCA perlu menangani sendiri isu membabitkanspekulasi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akanmelompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.

Hentikan desak Raymond Tan
MUAR2 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memintapihak-pihak tertentu di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabahsupaya menghentikan desakan meminta Datuk Raymond Tan meletakkanjawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Hanya ulama boleh terajui Pas
KOTA BHARU 2 Mei - Sekarang bukan masa untuk Pas menukar kepimpinannya daripada ulama kepada golongan profesional.

Majlis Syura Ulama Pas bincang 10 Mei
KOTABHARU 2 Mei - Dewan Ulama Pas bertegas akan memastikan hanya golonganulama yang akan menjawat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden partiitu walaupun wujud tentangan daripada pelbagai pihak.

'Saya tidak akan berhenti menulis'
KOTABHARU 2 Mei - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik AbdulAziz tidak akan berhenti menulis dalam laman blognya biarpun bakalberhadapan dengan hukuman gara-gara tulisannya yang seolah-olah membukapekung parti itu.

Nizar belum buat keputusan
KOTABHARU 2 Mei - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad NizarJamaluddin belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidakjawatan Naib Presiden Pas pada muktamar agung parti itu di Shah Alam,Selangor, Jun depan.

Manoharan belum letak jawatan ADUN
TAIPING2 Mei - ''Suami saya akan bincang dengan Karpal Singh (Pengerusi DAP)terlebih dahulu''. Begitulah reaksi S. Pushpaneela, isteri kepada AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan,mengenai isu peletakan jawatan suaminya yang hangat diperkatakansekarang ini.







PM yakin Dr Chua setia, tak sertai pembangkang
KUALALUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Timbalan PresidenMCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek setia pada parti dan tidak akanmelepaskan jawatan untuk menyertai pembangkang.

Sesi dialog Najib, Pemuda
BENTONG:Datuk Seri Najib Razak semalam mengadakan sesi dialog dengan PemudaUmno di 'Khemah Kerja Perdana' yang diadakan di Janda Baik, dekat sini,bagi memperkukuh agenda gerak kerja Pemuda pada segenap peringkat.

Kayveas lepaskan jawatan
KUALALUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveasmelepaskan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Taiping bagi memberikebebasan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN, merencanapersiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Manoharan beri keputusan 19 Mei
TAIPING:Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, 48, akanmemberi keputusan muktamad sama ada mengekalkan jawatannya sebagai Adunatau meletak jawatan selepas berbincang dengan Pengerusi DAP, KarpalSingh, 19 Mei ini.

Umno Kelantan laku perubahan radikal
KOTABHARU: Badan Perhubungan Umno Kelantan yang bermesyuarat kali pertamadi bawah Pengerusi baru, Datuk Mustapa Mohamed, semalam, menggariskanbeberapa perubahan radikal terhadap parti itu bagi mengukuhkan kembalikedudukannya di negeri berkenaan.

Sidang DUN dikawal ketat
PASIRSALAK: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pasukankeselamatan akan membuat pemantauan di sekitar kawasan Bangunan PerakDarul Ridzuan bagi memastikan keselamatan semua 59 Ahli Dewan UndanganNegeri (Adun) semasa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak pada 7 hingga 13 Mei ini, terjamin.

Saturday, May 02, 2009

POLITIK : SABTU 02 MEI 2009

Image
Bukan ulama boleh terajui Pas
KUALA LUMPUR 1 Mei - Bukan ulama pun boleh terajui Pas! Ahli MajlisSyura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini menyanggah Ketua Dewan Ulamaparti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan jawatan Presidendan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama.

Nik Abduh dihadap ke tribunal Dewan Ulama
KOTABHARU 1 Mei - Gara-gara tulisan bertajuk Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas ,Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz telahdipanggil ke tribunal Dewan Ulama Pas oleh Dewan Pemuda Pas Kelantanbagi memberikan penjelasan.

Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat
KOTABHARU 1 Mei - Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan kenyataan DewanUlama parti itu bahawa hanya ulama yang layak menjadi pemimpin sebagaitidak tepat.

Pas pusat tolak kehendak Pemuda mahu bertanding di Penanti
PULAU PINANG 1 Mei — Pas Pusat menolak hasrat Pemuda Pas Pulau Pinangsupaya Pas meletak calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti.

PKR yakin Pemuda Pas akur arahan
PULAUPINANG 1 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin Pemuda Pas PulauPinang akan akur dengan arahan pucuk pimpinan parti itu agar merekamenyokong calon pakatan pembangkang yang telah dipersetujui untukbertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penantipada 31 Mei ini.

PKR, Pas 'umpan' BN
KUALALUMPUR 1 Mei - Semuanya adalah gimik politik semata-mata untukmengumpan supaya Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya bagibertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Bukti pakatan pembangkang rapuh
BUTTERWORTH1 Mei – Tiadanya kesepakatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pasuntuk memilih calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penantimembuktikan betapa rapuhnya hubungan parti dalam pakatan pembangkang.

Helmi mahu perkuat Pemuda UMNO NS
SEREMBAN1 Mei - Ketua Pemuda UMNO negeri yang baru dilantik, Mohd. Helmi Dinakan mendapatkan reaksi segera, maklum balas dan mengenal pastikehendak Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian dalam usahanyamemperkukuhkan pergerakan itu.

Menunjukkan PKR, Pas rakus kuasa
BUTTERWORTH1 Mei - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berebut mahumeletakkan calon masing-masing pada Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini hanya menunjukkan sikap merekayang rakus kuasa.

Perluaskan skop perjuangan - Khairy
BENTONG1 Mei - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta memperluaskanskop perjuangan dengan melepasi batasan dan kepentingan kaummasing-masing supaya dapat disesuaikan dengan gagasan Satu Malaysia.

Pemuda negeri minta kaji semula
BUTTERWORTH1 Mei - Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Hafiz Mohd. Nordin meminta pucukpimpinan parti itu mengkaji semula keputusan tidak meletakkan calonmereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada31 Mei ini.







BN calonkan Ganesan Speaker baru DUN Perak
IPOH:Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Sungkai, Datuk R Ganesan daripada MIC sebagai calon Speaker DewanUndangan Negeri (DUN) Perak yang baru, kata Speaker V Sivakumar.

Abdul Rahman angkat sumpah
PULAU PINANG: Tun Abdul Rahman Abbas semalam mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi penggal ketiga.

Najib beri amanat pemimpin BN Sabah
PAPAR:Datuk Seri Najib Razak dijangka menyampaikan amanat penting kepadapemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah pada perjumpaan khas dalam lawatansulung beliau ke negeri ini selepas menjadi Perdana Menteri, di KotaKinabalu, malam Isnin ini.

'Anwar pengaruhi pemilihan Pas'
KUALALUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahimdidakwa cuba mempengaruhi keputusan pemilihan Muktamar Pas, bulan depandengan menyokong kumpulan tertentu yang cenderung kepada pemikiranpolitiknya.

Keputusan letak calon PKR muktamad
KUALALUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali meminta PasPermatang Pauh akur keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat untukmeletakkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Veteran Umno mahu kelab setaraf sayap
KUALALUMPUR: Veteran Umno mahu kelab berkenaan diiktiraf sebagai satu sayapparti setaraf dengan Pemuda, Wanita serta Puteri bagi membolehkanperanan serta sumbangan golongan itu tidak diperlekehkan serta tidakdipedulikan.

Dr Chua timbang ikut pembangkang
KUALALUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak menolakkemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang keranamendakwa semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagaiPengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Exco Kedah kekal guna Perdana V6
ALORSETAR: Kerajaan Kedah memutuskan untuk mengekalkan kereta Proton modelPerdana V6 Eksekutif sebagai kereta rasmi Menteri Besar, Exco danpegawai kanannya dengan menggantikan kereta model sama yang rosakdengan model baru tidak lama lagi.

Friday, May 01, 2009

POLITIK JUMAAT 01 MEI 2009

Shah Alam pilih Hadi, Husam
SHAH ALAM 30 April - Pas Shah Alam mencalonkan Datuk Seri Abdul HadiAwang dan Datuk Husam Musa masing-masing sebagai Presiden dan TimbalanPresiden pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Pas Pusat tolak hasrat Pemuda Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 30 April - Pas Pusat menolak cadangan sayap Pemuda partiitu di Pulau Pinang yang mahu meletakkan calon untuk bertanding padaPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 13 Mei ini.

PKR yakin dapat sokongan Pas
PULAUPINANG 30 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin tidak akan timbulkecelaruan di kalangan pakatan pembangkang dalam kempen menghadapiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Presiden: Azizan serah kepada ahli
ALORSETAR 30 April - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razakmenyerahkan kepada ahli Pas untuk menentukan sama ada beliau layakuntuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar Pas Jun ini.

Exco setuju Mansor isi kekosongan
PULAUPINANG 30 April - Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebulat suaramenerima cadangan supaya Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti KeadilanRakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman mengisi kekosongan jawatanTimbalan Ketua Menteri 1 (TKM1).

PKR bukan popular di Penanti
TASEKGELUGOR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawiberkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukanlah pilihan popular dalamPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei iniapabila rakannya dalam pakatan pembangkang, Pas juga berhasratmeletakkan calonnya.

Manoharan: Hanya spekulasi
SHAHALAM 30 April – Hanya spekulasi! Demikian kata Menteri Besar, Tan SriAbdul Khalid Ibrahim ketika memberi reaksi terhadap laporan sebuahlaman web mengenai peletakan jawatan M. Manoharan sebagai Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah.

Image
Senarai baru Ketua Pemuda UMNO negeri dan exco lantikan
KUALALUMPUR 30 April – Pergerakan Pemuda UMNO mengumumkan senarai KetuaPemuda UMNO negeri dan pelantikan ahli jawatankuasa tambahan sayapparti itu bagi sesi 2008-2011.






Semua negeri dapat Ketua Pemuda baru
KUALALUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno semalam mengumumkan pelantikan KetuaPemuda Pergerakan Negeri bagi sesi 2008/2011, yang menyaksikan mukabaru mengetuai semua 13 negeri, manakala empat muka baru dan seoranglama disenaraikan sebagai Exco Lantikan.

Adun PR hadir sidang tanda bantahan
IPOH:Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) akanmenghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dirasmikan olehSultan Perak, Sultan Azlan Shah, Khamis ini.

'PKR bukan pilihan utama di Penanti'
KEPALABATAS: Tindakan Pas Pulau Pinang yang ingin bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti membuktikan PartiKeadilan Rakyat (PKR) bukan pilihan utama rakyat kawasan itu, katabekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mansor dilantik TKM1 jika menang
GEORGETOWN:Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mansor Othman pada pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akhir bulan ini, akandilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I jika menang kerusi itu.

Pas dikecam beku jentera pilihan raya
GEORGETOWN:Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang semalam mengecam tindakan PasPermatang Pauh yang membekukan jentera pilihan raya parti itu untukmenghadapi pilihan raya kecil Penanti.

Thursday, November 22, 2007

Penghakiman petisyen pilihan raya layakkan Rashid letak jawatan

Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Nov 22, 07 | 11:23:08 am MYT

Kebencian rakyat khususnya masyarakat sivil terhadap Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR kini berada di tahap maksimum. Semakin hari semakin jelak rakyat melihat sikap 'double standard' dan muka selamba beliau tatkala menerima kecaman umum.

Kenyataan terbaru Rashid sepertimana yang dilaporkan di media massa hanya menguatkan lagi bukti betapa beliau tidak lagi peduli soal integriti dan kredibiliti. Beliau dilaporkan berkata:

"... We have done well in all the general elections. Even my foreign counterparts praised me because here we get faster results and the elections are smooth." (NST, 20 Nov m/s 4)

Seterusnya beliau menyatakan kesediaan untuk bersara "if they could show proof of irregularities like vote-rigging."

Rashid juga mencabar parti politik untuk pergi ke Mahkamah jika mereka tidak berpuashati cara pilihan raya dikendalikan.

Saya tidak tahu kenapakah Rashid harus terus mengulangi cabaran supaya kes pilihan raya dibawa ke Mahkamah sedangkan dalam banyak pertemuan PAS dengan beliau (yang saya sendiri hadiri lebih kurang empat kali) dan dalam tulisan saya sebelum ini di akhbar Harakah dan Harakahdaily, saya telah menyatakan beberapa kali bahawa parti pembangkang sudah banyak kali menyaman SPR di Mahkamah sama ada melalui petisyen pilihan raya atau melalui writ saman.

Di dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu sahaja PAS (tidak termasuk Partai Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP) telah memfailkan 25 petisyen pilihan raya di seluruh negara dan di dalam petisyen itu SPR telah dijadikan pihak responden. PKR juga telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ke atas SPR.

Mungkin Rashid yang buta undang-undang itu keliru memandangkan petisyen yang difailkan ditolak oleh Mahkamah, maka bagi beliau, SPR adalah di pihak yang benar dan pilihan raya yang diadakan adalah mengikut undang-undang.

Kekeliruan Rashid tersebut sebenarnya boleh dielakkan jika beliau mengambil masa sedikit membaca (dan tidak hanya sibuk bercakap) beberapa penghakiman yang ditulis oleh beberapa orang Hakim yang mendengar petisyen pilihan raya berhubung pengendalian pilihan raya oleh SPR.

Jika beliau membaca penghakiman tersebut adalah jelas terdapat "judicial recognitions" tentang perlanggaran undang-undang pilihan raya oleh SPR.

Di dalam kes petisyen yang difailkan oleh ahli PAS bagi Dun Pengkalan Pasir, Kelantan pempetisyen telah mendakwa bahawa SPR telah melanggar undang-undang pilihan raya antaranya perlanggaran seksyen 19(7) Peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981.

Yang Arif Hakim Dato' Hassan Lah yang mendengar kes tersebut bersetuju bahawa terdapat perlanggaran undang-undang pilihan raya di dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau menyatakan di dalam penghakimannya:

"Pihak Responden Kedua (pegawai pengurus pilihan raya) dan Ketiga (SPR) tidak memanggil sebarang saksi untuk menafikan keterangan saksi-saksi pempetisyen berkaitan perkara ini. Dengan itu saya menerima keterangan SP 12, SP 13 dan SP 15 bahawa mereka telah tidak dibenarkan untuk mengundi bagi pihak ibu atau bapa mereka pada hari tersebut oleh petugas-petugas SPR di saluran-saluran tersebut."

Di dalam kes yang sama, Hakim juga berpuashati bahawa terdapat orang lain yang telah mengundi (melalui penyamaran) dengan menggunakan nama pengundi yang sebenar yang terdapat di dalam daftar pemilih. Hakim Dato Hassan Lah menyatakan:

"Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, saya telah berpuashati bahawa ada orang lain yang telah mengundi dengan menggunakan nama Yusuf bin Harun dan Zainab binti Mat Jusuh dan kedua-dua mereka telah tidak mengundi pada hari tersebut."

Kalau Rashid masih belum puas hati dengan bukti di atas, saya kemukakan di sini keputusan Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang di dalam kes Harris Mohd Salleh v The Returning Officer, Ismail Majin & Ors (2001) 3 CLJ 161 iaitu kes yang melibatkan petisyen pilihan raya di N 13 iaitu Dun Likas.

Antara isu utama dalam pilihan raya tersebut adalah isu daftar pemilih 1998 yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah.

Daftar pemilih untuk Dun Likas disahkan oleh SPR pada Disember 1998. Sebelum tarikh itu terdapat 4,585 bantahan yang dibangkitkan bagi Senarai A dan 246 bantahan bagi Senarai B. Senarai A mengandungi nama pengundi di mana semakan daftar pemilih hanya boleh dilakukan jika melibatkan pengundi yang mati dan pengundi yang hilang kelayakan. Senarai B pula mengandungi nama mereka yang memohon untuk bertukar kawasan.

Semasa perbicaraan, pihak pempetisyen telah berjaya mengemukakan bukti 4,197 orang yang mempunyai kad pengenalan yang diragui. Pempetisyen juga telah menerima dari orang ramai 36 kes kad pengenalan yang diragui di mana nama mereka ada di dalam daftar pemilih bagi Dun Likas dan pempetisyen telah membuat laporan polis (No Report 1438/1999) tetapi tiada penyiasatan dibuat oleh polis.

Meskipun SPR melalui pegawai pendaftarnya mengakui bahawa dia menerima sebanyak 4,585 bantahan terhadap Senarai A dan 246 bantahan ke atas Senarai B, namun tiada sebarang inkuiri diadakan sedangkan bantahan tersebut sepatutnya wajar didengar oleh SPR kerana ia melibatkan kelayakan seorang pengundi untuk mengundi.

Melalui surat SPR yang dikeluarkan oleh ibu pejabat SPR bertarikh 7 dan 8 Oktober 1998 (eksibit P21 dan P22) SPR secara jelas enggan membenarkan bantahan yang bermerit tersebut didengar oleh SPR Sabah.

Meskipun pempetisyen telah membuat rayuan kepada SPR Pusat, tiada sebarang jawapan ke atas rayuan tersebut.

Yang Arif Hakim Dato Muhammad Kamil Awang secara jelas menyelar tindakan SPR tersebut di dalam penghakimannya apabila beliau menyatakan

"The SPR has to face the truth. The 4,585 objections in List A were cases of persons having dubious identity cards or persons who had been convicted of having fake identity cards. The people who raised the objections were exercising their rights as citizens, and it is unthinkable that the SPR should shutt-off the objections in List A without public inquiry.

It is a constitutional wrong for SPR to habe rejected the objections outright. More importantly, it is wrong for SPR to allow non-citizens and disqualified persons to be on the electoral roll as voters. It appears that the certification of the electoral roll for the 1998 Likas Constituency by SPR ultra vires the Constitution and is in fact illegal." (m.s 175)

Terjemahan: SPR harus berhadapan dengan kebenaran. 4,585 bantahan pada Senarai A adalah kes yang melibatkan orang-orang yang memiliki kad pengenalan yang diragui, atau orang-orang yang telah disabitkan di Mahkamah mempunyai kad pengenalan palsu. Mereka yang membuat bantahan telah melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dan tidak dapat difikirkan SPR harus menutup pintu untuk membuat bantahan pada Senarai A tanpa perbicaraan awam.

Adalah bercanggah dengan Perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan begitu sahaja. Yang lebih penting adalah satu kesilapan untuk SPR membenarkan bukan warganegara dan orang yang hilang kelayakan berada di daftar pemilih sebagai pengundi...)

Hakim tersebut juga telah menyatakan bahawa nama-nama berikut iaitu Kassim bin Ali No KP H 508335; Anwar No KP H 512235 dan Kadir Labak No KP H 0454652 telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah di Tawau di atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu namun nama-nama mereka masih berada di Daftar Pemilih 1998 di Dun Likas tanpa SPR membuang nama-nama tersebut.

Hakim Dato' Muhammad Kamil bertanya soalan kepada SPR:

"Why has the SPR failed to hold a public inquiry and have their names deleted from the Electoral Roll?" (m.s. 177)

Wahai Rashid... tak cukup lagi ke bukti-bukti di atas untuk kamu meletakkan jawatan!

Mohamed Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat.


Jawatankuasa Tatatertib UPM dapati Lee Song Yong bersalah dan digantung semester

Intan Abdullah
Thu | Nov 22, 07 | 3:40:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Mahasiswa tahun kedua kursus Bacelor Sains Komputer Universiti Putra Malaysia, Lee Song Yong telah disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa Tatatertib Pelajar dan didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kerana enggan memberikan kerjasama dalam pemeriksaan keselamatan UPM dan mempertikaikan tugas Pengawal Keselamatan serta menghalangnya daripada menjalankan tugas, kewajipan dan fungsinya

Menurut wakil SMM, Ng Yong Jin, dalam prosiding yang berjalan selama dua hari itu, Lee telah didapati bersalah dan digantung pengajiannya selama satu semester serta amaran untuk tidak mengulanginya lagi.

Walaupun begitu, keputusan tersebut menurutnya adalah bersifat berat sebelah kerana Lee adalah pihak yang teraniaya oleh kekasaran yang telah dibuat oleh pihak keselamatan UPM.

"Lee telah teraniaya dan tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya, sedangkan beliau hanyalah seorang mahasiswa biasa," kata Ng ketika dihubungi Harakahdaily.

Pihak Berkuasa Tatatertib pelajar UPM telahpun menjalankan prosiding kes tersebut bermula 19 November lalu dan berakhir petang ini.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang telah ditolak permohonannya untuk menghentikan sementara prosiding tersebut supaya Suhakam dapat menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan yang telah diterima oleh SMM dua hari yang lalu.

Walaupun, pihak pentadbiran UPM masih mahu menghulurkan kerjasama kepada Suhakam untuk memberikan maklumat mengenai perlembagaan universiti tersebut, ia sudah terlambat kepada pihak Suhakam memandangkan keputusan telahpun dibuat.

Harakahdaily difahamkan bahawa sewaktu prosiding kes tersebut berjalan, pihak Suhakam telah cuba untuk masuk bagi menjalankan pemantauan, malangnya ia telah dihalang oleh panel prosiding yang diketuai Dr Tai Shzee Yew.

Walau bagaimanapun, Suhakam tetap akan mengikuti perkembangan dan akan meneruskan siasatan untuk memastikan kes ini akan berjalan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Menurut Ng, SMM selepas ini akan membuat rayuan kes ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi, dan sekiranya ia masih tidak dapat diselesaikan mereka akan memajukannya kepada mahkamah.

Ini adalah disebabkan pihak berkuasa Tatatertib Pelajar UPM tidak mahu mengambil kira bukti dan saksi yang dikemukakan oleh Lee atas alasan ia adalah perkara yang berbeza daripada kes yang sedang dibicarakan.

Pada 22 Ogos 2007 lalu, Lee ditahan oleh pengawal keselamatan UPM yang berpakaian seragam di pondok pengawal Anjung Putra dalam perjalanan untuk keluar daripada pintu masuk utama kampus berkenaan.

Pengawal tersebut meminta untuk memeriksa beg Lee. Namun apabila Lee memohon penjelasan daripada pengawal tersebut, beliau gagal mengemukakan alasan yang jelas.

Kemudian, tiga lelaki yang tidak berpakaian seragam keselamatan tiba di tempat kejadian meminta Lee menunjukkan kad matrik beliau, sebaik dikemukakan mereka bertindak merampasnya serta merta.

Beg milik beliau juga dirampas oleh beliau dengan menarik secara kasar, manakala seorang daripada tiga lelaki tersebut menyekat pergerakan Lee.

Apabila beliau meminta kembali beg tersebut, beliau telah dimaki dengan kata-kata kesat. Pada akhir sesi pemeriksaan tersebut, lelaki tersebut hanya mengambil buku catatan dan kad matrik Lee kemudian beredar.

Lee juga telah membuat satu laporan di balai polis Sri Serdang mengenai kejadian tersebut. Pihak polis juga mengesahkan bahawa tiga lelaki terbabit adalah pegawai Unit Tindakan Khas, di samping mengarahkan Lee mendapatkan semula barang rampasan daripada Bahagian Keselamatan UPM.

Pada 14 November, Lee menerima notis kehadiran prosiding bertarikh 19 November yang dilampirkan salinan terjemahan dari buku catatan peribadi beliau.

Beliau yang diiringi oleh peguamnya, Sunil Lopez serta wakil sekretariat Suara Rakyat Malaysia, Arutchelvan mengemukakan permohonan penangguhan prosiding kepada ketua pihak penguatkuasa tatatertib Prof Dr Tai Shzee Yew.

Permohonan tersebut ditolak, begitu juga peguam tidak dibenarkan hadir bersamanya sewaktu prosiding dijalankan.

Pada 19 November, terpaksa hadir prosiding tersebut seorang diri tanpa sebarang bantuan daripada sebarang pihak. Prosiding tersebut telah ditangguhkan pada 22 November jam 9.30 pagi.

Kes Lee kini telah mendapat perhatian Suhakam yang berjanji untuk meneliti aduan yang dikemukakan oleh SMM semalam. - mns


KeADILan dakwa Timbalan Menteri terima wang haram 10 juta

Saadon Akshah dan Roy Rasul | Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Nov 22, 07 | 3:27:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Sebuah syarikat pengangkutan kargo dipercayai milik Timbalan Menteri didakwa menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) melebihi RM10 juta dari Bangladesh.

ImageBagaimanapun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Bahagian Kelana Jaya, Selangor, mendakwa polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.

Setiausaha Bahagian tersebut, Faizal Mustaffa mendakwa walaupun laporan dibuat sejak tahun 2001 yang lalu tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media dalam satu sidang di ibu pejabat KeADILan, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, dekat sini, hari ini.

Dakwanya Timbalan Menteri berkenaan memiliki saham sebanyak 49 peratus dengan syarikat itu.

"Semasa memegang jawatan Timbalan Menteri wang tersebut dipindahkan ke akaun setiausahanya.

Image"Timbalan menteri itu adalah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Kabinet dalam mendapat kontrak dengan syarikat berkenaan," dakwanya.

Beliau yang turut mengedarkan beberapa salinan dokumen kepada wartawan berhubung pendedahan kes tersebut mendakwa, Timbalan Menteri itu masih menjalankan urus niaga melalui sebuah syarikat asing biarpun perbuatannya bertentangan dengan sumpah semasa dilantik sebagai timbalan menteri.

Pemindahan wang haram itu dakwa Faizal bercanggah dengan peraturan bank negara Bangladesh dan Bank Negara Malaysia.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri tersebut turut didakwa memiliki empat buah kediaman mewah di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya.

Selain itu dakwanya Timbalan Menteri itu dipercayai mempunyai lapan buah kereta mewah termasuk sebuah Porche dan motosikal Harley Davidson. - mns

UPM tidak endah permintaan Suhakam supaya henti prosiding kes pelajar

Intan Abdullah
Thu | Nov 22, 07 | 12:21:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Universiti Putra Malaysia (UPM) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam kes penganiayaan mahasiswa tahun dua, Lee Song Yong yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atas tuduhan enggan memberikan kerjasama kepada Pegawai Keselamatan.

Bagaimanapun UPM tidak mengendahkan permintaan Suhakam (semalam) yang meminta sebarang prosiding kes diteruskan sementara siasatan dijalankan badan itu.

UPM meneruskan prosiding kes jam 10 pagi tadi.

Semalam, Pesuruhjaya Suhakam, Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim memberitahu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang melaporkan kes terbabit, untuk menghentikan sementara prosiding kes tersebut yang sepatutnya dijalankan pada hari ini.

Ia bertujuan untuk membolehkan penyiasatan dibuat dengan teliti mengenai aduan yang diterima supaya tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pihak yang terbabit.

Menurut sumber, setakat ini pihak Suhakam telah berbincang untuk meneliti tindakan selanjutnya, memandangkan kes yang sama pernah berlaku sebelum ini di kampus yang sama.

Sementara itu, beberapa front mahasiswa iaitu, SMM, Mpower, gabungan Anak Muda dan pelajar dan Dema mengadakan perhimpunan di depan pintu masuk kampus berkenaan akibat tidak dibenarkan masuk memberikan sokongan kepada Lee.

Bahkan wakil media juga tidak dibenarkan masuk bagi membuat liputan kes tersebut oleh pegawai keselamatan UPM, menyebabkan mereka terpaksa berdiri di tepi pintu masuk utama kampus.

Lee ditemani seorang mahasiswa tahun tiga, Simon Ooi menghadiri prosiding tersebut di samping mengemukakan seorang saksi, Loke Qiu Qi yang turut berada di tempat kejadian pada 22 Ogos lalu. - mr


Umno gagal fahami falsafah perundangan dalam kerangka pemikiran Melayu

Ali Bukhari Amir
Thu | Nov 22, 07 | 12:16:20 pm MYT

Masih terpahat di ingatan kita darihal ungkapan keramat Presiden Umno di dalam Perhimpunan Agung kali ke-58 lalu: "Saya pantang dicabar!" Ungkapan ini ditujukan kepada kumpulan Bersih yang mengecewakan Abdullah sepanjang pemerintahannya mutakhir ini.

Mulanya, Abdullah berkata bukan dirinya yang dicabar Bersih. Hakikatnya yang dicabar itu adalah undang-undang negara itu sendiri. Pulak dah?

"Mereka sebenarnya bukan mencabar saya, tetapi apa yang mereka cabar adalah undang-undang!" demikian tegasnya secara berbelit-belit.

Lafaz ungkapan dan ucapan ahli Umno melambangkan corak pemikiran Umno itu sendiri. Tatkala sang Presiden berkata demikian, denyut nalurinya seolah-olah ingin menyampaikan kata-kata ini: "Sebenarnya, akulah undang-undang dan undang-undang itu adalah aku!"

Ertinya, mencabar undang-undang negara itu sama ertinya dengan mencabar Abdullah menurut perhitungan tersiratnya dalam realiti politik kita hari ini. Cuma, apa yang berlaku di dalam ucapan penggulungan itu, ialah samada beliau berbolak-balik secara sedar lalu menyatakan perundangan adalah perundangan, Abdullah tetap Abdullah. Abdullah dan perundangan - entiti yang berbeza.

Atau ketika berucap itu Abdullah melafazkannya dalam keadaan beliau tidak peka makna sebenar yang terkandung di sebalik istilah undang-undang lalu terbabas menyatakan bahawa beliau itulah undang-undang dan undang-undang itu dirinya sendiri. Sifat ini sebenarnya mewakili sifat Tuhan.

Allah membuat undang-undang tanpa keputusan syura, tanpa mesyuarat bersama para malaikat. Atau, dalam kata lain - Allah tidak pernah 'mengundang' sesiapa pun untuk membentuk undang-undang dan hukum alam ini. Sebab itu, fitrah, nature, hukum alam, sunnatullah, masa selalunya digambarkan dalam nas-nas dan dalil naqli sebagai mewakili sesuatu daripada Tuhan itu sendiri.

Sebab itulah Allah menyeru: "Wa amruhum syura bainahum" - Lafaz pengertian di sini ialah suatu keputusan mestilah dicapai melalui persetujuan dan konsensus antara raja (pemimpin) - rakyat guna membezakan antara Ketuhanan dan Kemanusian.

Di dalam bualan singkat, tidak dapatlah tulisan ini mengajak pembaca mengembara terlalu dalam bagi meneroka sesuatu yang bersifat falsafah, apatah lagi hal yang bersifat pandangan peribadi.

Tapi, ketika menonton Hujah di TV9 pada 20 November lalu yang menampilkan Ahli Parlimen Seri Gading Dato' Mohamad Aziz dan Pengarah Institut Sosial Malaysia Prof Dr Mohd. Fadzil Che' Din mengulas tajuk itu, rasanya perlu dirapi semula pandangan Melayu Umno ke atas perundangan.

Asal usul perundangan dalam kerangka pemikiran Melayu

Topik itu membawa tajuk 'Rasa tidak puas hati bagaimana nak diluahkan?'. Dalam pusingan awal sahaja, Dato' Mohamad Aziz telah menyebutkan sebagaimana yang diucapkan oleh sang presiden iaitu tindakan menyekat limpahan protes yang mencurah di jalan raya itu wujud adalah kerana hal perhimpunan itu menyalahi undang-undang negara.

"Kita tidak mengizinkan perhimpunan itu kerana ia menyalahi undang-undang," demikian mudah ulasan Aziz sambil merujuk kepada pemberian permit polis sebagai tanda pengukur sama ada ia halal atau haram. Permit polis itu akan menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perhimpunan.

Inilah tembok besar yang sukar dipecahkan kerana elit penguasa telah berasakan kekuasaannya mencapai darjat Ketuhanan itu. Jadi, bagaimana mahu luahkan rasa tidak puas hati secara halal?

"Anda boleh menggunakan saluran media, akhbar," kata Aziz ketika menjawab soalan moderator Dr. Mohamad Agus Yusof. Jawapan itu sebenarnya telah dipatahkan Agus dengan katanya media dan akhbar di negara ini pun perlukan permit penerbitan dan penyiaran.

Sekali lagi, permit (keizinan dan restu penguasa) di sini telah menghalalkan serta mengharamkan suatu cara lagi bagi rakyat meluahkan perasaan tak puas hati mereka. Pada malam itu fokus rasa tidak puas hati rakyat menumpu kepada perhimpunan Bersih dan bukanlah isu picisan melibatkan politik di peringkat Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebaliknya, perbincangan malam itu memperlihatkan pemikiran panelis yang menggambarkan hal tak puas hati yang berkaitan permasalahan lampu rosak, longkang tersumbat yang berada dalam bidang kuasa PBT. Sekali lagi, bukanlah hal itu yang sebenarnya ingin didebatkan.

"Kita boleh adukan masalah prasarana yang rosak itu ke akhbar, tiada masalahnya," kata panelis.

Namun, apa yang dibangkitkan ialah hal keizinan pemerintah bagi menerbitkan akhbar dan restu polis untuk menghalalkan perhimpunan rakyat telah mencerminkan sikap 'double standard' pihak pemerintah. Dan hal itulah yang dibangkitkan Agus sebagai salah satu pertanyaannya.

Selain itu, Aziz kelihatan terperangkap apabila disoal oleh Agus: "Habis Dato', kalau sudah tiada ruang lagi untuk memajukan rasa tidak puas hati ini (akhbar disekat, perhimpunan diharamkan), di manakah lagi ruang untuk rakyat kita menuntut perubahan?"

"Pilihan raya…," jawab Aziz mudah. Mungkin, baginya cuma itulah satu-satunya pilihan yang ada.

"Tapi Dato', pilihan raya lima tahun sekali Dato'. Sedangkan masalah dan aduan rakyat mengenai kenaikan harga barang, minyak dan lainnya berlaku tiap-tiap hari," soal Agus kembali dan kali ini tiada jawapan diberikan. Mungkin menyedari kesilapannya menjawab.

Berbalik kepada persoalan asal, iaitu kegagalan pemikiran asli Melayu yang gagal diratah hadam oleh pimpinan tertinggi terhadap pandangan hidup sebenar mereka mengenai keadilan, undang-undang dan lainnya, hal ini mendatangkan kelemahan menjawab dan gagal bertindak secara adil.

Seperti yang termaklum, syura pertama yang wujud dalam sejarah Melayu adalah syura tentang ketaatan rakyat ke atas raja dan keadilan raja ke atas rakyatnya, di mana setiap hamba Melayu itu jangan dipermalukan dan diaibkan jika sebesar manapun salah dan dosanya.

Dalam Sulalatus Salatin, hal ini terangkum dalam syura antara Seri Tri Buana dan Demang Lebar Daun yang memutuskan 'perundangan' yang disebut sebagai wa'ad, perjanjian dan kontrak sosial antara rakyat dan pemerintah itu.

'Undang-undang' dibentuk melalui majlis 'undangan'

Dalam satu tafsiran lain, kita boleh menyebutkan bahawa segala hukum-hakam, undang-undang, peraturan dan 'perundangan' itu wujud setelah Seri Tri Buana 'mengundang' Demang Lebar Daun untuk mewujudkan 'undang-undang' baru yang perlu dipatuhi oleh hamba dan raja.

Parlimen sungguh pun daripada suatu segi adalah tempat 'mengundang' perwakilan rakyat untuk meluluskan undang-undang, namun masih ada kecacatan dari sudut perbahasan. Misalnya, tidak dibenarkan mana-mana ahli Parlimen menyokong usul pembangkang. Dalam hal ini tentunya ahli Parlimen Seri Gading ada pengalaman kerana pernah terlanjur menyokong usul pembangkang.

Ertinya, dalam 'undangan' di Parlimen itu sendiri sudah wujud ada permit, keizinan dan restu ahli Parlimen parti pemerintah. Tidak perhimpunan,akhbar saja perlu permit malah ahli Parlimen pun!

Maka, hal ini juga perlulah diperhalusi oleh ahli Parlimen Sri Gading sebelum melihat permit serta restu dalam konteks perhimpunan Bersih dan penerbitan akhbar sahaja. Mereka sendiri pun telah terikat dan tidak diberikan permit untuk menyokong usul musuh politik yang bercakap benar!

Oleh itu, apa ertinya 'undangan' ke Parlimen bagi meluluskan undang-undang ini jika naluri mahu bersuara secara bebas ini terhad? Ini juga perlu diperhalusi oleh Umno yang tidak faham falsafah undang-undang dalam kerangka pemikiran Melayu hadhari di zaman bahari yang lampau.

Debat antara Seri Tri Buana-Demang Lebar Daun itu adakah disekat? Adakah Seri Tri Buana yang mewakili keinginan kaum raja telah menyekat penyertaan suara hati Demang Lebar Daun selaku wakil hamba rakyat dalam kalangan Melayu? Malah, 'sembah derhaka' pun boleh disuarakan.

Saya masih teringatkan suatu pidato allahyarham mantan Mursyidul Am Pas Ustaz Yusof Rawa di mana di dalam pidatonya menyebutkan kisah Firaun yang menyekat suara hati ahli sihirnya yang telah ditundukkan oleh mukjizat Nabi Musa a.s.

Dan kemenangan Nabi Musa itu menyebabkan barisan ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri dan mereka bersujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, iaitu Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun." - (al-A'raaf: 120 – 122)

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberikan keizinan kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatnya)." - (al-A'raaf: 123)

And the sorcerers fell down prostrate. They (sorcerers) said: "We believe in the Lord of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exist). The Lord of Musa (Moses) and Harun (Aaron)." - (al-A'raff: 120 - 122)

Firaun (Pharaoh) said: "You have believed in him [Musa (Moses)] before I give you permission. Surely, this is a plot which you have plotted in the city to drive out its people, but you shall come to know. - (al-A'raaf: 123)

Firaun telah mengenakan permit di mana ahli-ahli sihir perlukan restu dan keizinan terlebih dulu daripada dirinya sebelum membenarkan mereka bersuara, menyatakan keimanan mengikut rasa hati mereka yang suci untuk menyembah Tuhan Nabi Musa a.s.

Kesimpulannya, segala sekatan melalui permit, tindakan ke atas ahli Parlimen kerana menyokong usul pembangkang, permit akhbar, permit perhimpunan, perlu keizinan restu TNC HEP menulis di media oleh pelajar-pensyarah adalah manifestasi khazanah pemikiran Firaun yang masih terjelma sebagai warisan Umno yang tidak hadhari pemikirannya. Khasnya, mengenai undang-undang itu.

Dalam sudut lain Melayu yang asli tulen ini telah membentuk suatu pemikiran yang kukuh apabila meletakkan istilah undang-undang bagi merujuk kepada hukum, akta. Ini kerana undang-undang sebagai yang disebutkan di atas telah merujuk kepada proses debat di mana seseorang itu akan 'mengundang' seseorang sebelum meluluskan 'undang-undang' yang mana tiada permit keizinan diperlukan ketika proses perbahasan sedang berlangsung.

Penggunaan istilah undang-undang ini tentunya berbeza dengan istilah Inggeris, 'act' yang telah dimelayukan sebagai 'akta'. Idea yang tercetus daripada 'akta' (act) ini menunjukkan 'tindakan', atau aksi terlebih dahulu yang bukan dimulakan dengan 'undangan' debat, perbahasan terlebih dahulu. Sudah tentulah tindakan, aksi yang dilaksanakan tanpa perhitungan ilmiah adalah zalim.

Ini berbeza dengan istilah Melayu di mana 'undang-undang' mestilah dibentuk melalui 'undangan' kemudian disusuli dengan penguatkuasaan. Ertinya, tanpa Islam sekali pun, corak berfikir Melayu sudah cukup kuat dan teguh dalam hal keadilan. Sebab itu juga Melayu mudah menerima Islam.

Umno dinasihatkan supaya berfikir secara Melayu jika mereka tidak mampu berfikir secara Islam. Bertindaklah sebagai khalifah yang tawaduk kepada Tuhan dengan mengambil pandangan orang terbanyak, mengundang penyertaan khalayak untuk bersuara untuk merumuskan perundangan.

Jangan sesekali menjadi Tuhan yang tidak memerlukan 'undangan' sesiapa pun untuk membuat 'undang-undang'. Jadilah Melayu sejati yang handal merumus teori secara rapi, tersusun melalui falsafah dan pemikiran yang mendalam ke atas makna kehidupan yang sementara ini. Dan kalau 'mengundang' seseorang untuk berbincang, jangan diletakkan syarat, perlu restu izin permit pula.

Alangkah sulitnya mengasuh pemerintah berfikir secara hadhari kerana kawah pemikiran mereka sudah mendasar jauh meninggalkan kerak hitam berkarat yang sukar disucikan lagi. Cuma taubat dan penyesalan yang membasuh jiwa mereka. Tapi, adakah taubat wujud dalam fikiran mereka? - mks.

Kerajaan perlu ubah dasar ekonomi, elak krisis inflasi

Ali Bukhari Amir
Thu | Nov 22, 07 | 11:54:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) – Beberapa polisi kerajaan tentang ekonomi perlu diubah secara drastik bagi mengelakkan krisis inflasi yang kian meruncing khasnya yang membabitkan dasar pertanian negara.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pemerkasaan dasar pertanian mampu mengeluarkan bahan keperluan isi rumah sekali gus menampung permintaan bahan keperluan semasa.

"Dengan ini, kenaikan harga bahan keperluan rakyat dapat dikawal memandangkan hasil pengeluaran selari dengan permintaan," kata beliau.

Menurut Faisal, dasar pasaran yang terlalu bergantung kepada ukuran permintaan dan penawaran tanpa kawalan pihak bertanggungjawab menyebabkan berulangnya inflasi.

"Sebab paling utama kenaikan harga adalah kenaikan harga barang api. Kenaikan minyak di pasaran dunia sebanyak AS$100 dolar setong berikutan keengganan OPEC melakukan penambahan pengeluaran mewujudkan keadaan amat merumitkan.

"Dalam masa yang sama, pasaran minyak Malaysia seolah-olah seperti pasaran di negara 'pengimport bersih' kepada bahan bakar itu yang terlalu bergantung kepada kadar harga di pasaran antarabangsa.

"Jadi, seperti yang diramalkan, tindakan yang diambil untuk menangani masalah adalah dengan mengurangkan pemberian subsidi minyak sedia ada kepada rakyat," katanya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga minyak mentah global yang melonjak melebihi paras AS$100 setong kini memberi tekanan kepada harga minyak tempatan dan akan mempengaruhi kenaikan harga barang-barang keperluan lain.

"Kenaikan harga minyak tempatan terus berlaku walaupun kita tersenarai sebagai negara pengeluar minyak," kata Faisal, sambil menyarankan supaya teori ekonomi Ibnu Khaldun diberi kan perhatian melalui peningkatkan perbelanjaan rakyat dan dalam masa yang sama kerajaan perlu mengurangkan bebanan seperti cukai dan harga minyak.

"Ini termasuk pemberian subsidi kepada peniaga khasnya bumiputera supaya mereka tidak menaikkan harga. Apabila bebanan kadar cukai, harga minyak dan lainnya dikurangkan, ia menggalakkan rakyat berbelanja. Maka, akan ramai bilangan pengusaha dan pembekal.

"Kesannya, kerajaan akan memperolehi semula perbelanjaan rakyat menerusi cukai yang dikutip dari pertambahan bilangan pengusaha dan pembekal," tambah beliau.

Selain itu, kata Faisal kerajaan perlu menggiatkan usaha menyelidik bagi mencari sumber lain sebagai alternatif kepada petrol seperti minyak kelapa sawit.

"Hasil penemuan bahan gentian itu dapat membantu mengurangkan kadar kenaikan harga minyak.

"Dalam masa yang sama kerajaan perlu berperanan meningkatkan penguatkuasaan dalam kawalan harga barang. Jika kerajaan tidak menangani kenaikan harga barang, inflasi akan meningkat seterusnya kos hidup mencanak, sekali gus rakyat akan menderita," katanya. - mks.

Pengerusi SPR diingat jangan ugut pembangkang - Bersih mahu kempen 21 hari

Intan Abdullah
Thu | Nov 22, 07 | 11:30:54 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tetap menuntut supaya tempoh kempen dalam pilihanraya umum akan datang diperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.

Dalam kenyataannya, Bersih juga mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar bersikap profesional dan konsisten dalam menangani hal tersebut.

Terdahulu dalam satu sidang akhbar sebelum ini, Rashid dilaporkan berkata tempoh kempen mungkin lebih pendek sekiranya sesetengah parti terus membuat 'huru-hara' bahkan membawa isu tersebut ke jalanan.

Bersih amat kesal kerana Rashid memilih untuk tidak mengendahkan desakan bagi membuat perubahan dalam pilihanraya seperti yang dituntut dalam memorandum yang dihantar semasa Perhimpunan Aman Rakyat 10 November lalu.

Sebaliknya, kata Bersih, beliau bertindak "mengugut" pihak pembangkang dan rakyat amnya dengan mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadikan tempoh pilihanraya umum akan datang sebagai yang terpendek dalam sejarah Malaysia.

"Atau tindakan Tan Sri Rashid itu hanya mahu mengampu kerajaan supaya Perlembagaan dipinda untuk meningkatkan had umur persaraan anggota SPR dari 65 tahun kepada 66 tahun.

"Ia akan membolehkan Tan Sri Rashid berkhidmat setahun lagi dan sekaligus dapat mengendalikan satu lagi pilihanraya umum," demikian kenyataan Bersih tersebut.

Sehubungan itu, Bersih menegaskan bahawa Rashid perlu membuat penjelasan kepada rakyat Malaysia berhubung perkara tersebut.

Menurut Bersih, kebanyakan negara demokrasi menyediakan tempoh berkempen yang mencukupi untuk calon-calon menemui para pengundi dan sebaliknya.

"Malangnya, dalam kes Malaysia, keadaannya semakin berkurangan dan mundur. Pilihanraya persekutuan yang pertama di Malaya pada tahun 1955 menyediakan tempoh berkempen selama 42 hari," katanya.

"Dalam tiga pilihanraya berikutnya selepas Merdeka (1959, 1964 dan 1969) tempoh berkempen adalah lima minggu atau kira-kira 35 hari.

"Tempoh kempen bagi empat pilihanraya berikutnya (1986, 1990, 1995 dan 1999) sewaktu pentabiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sama ada sembilan atau 10 hari. Pilihanraya umum 2004 pula menyaksikan tempoh berkempen paling pendek - tujuh hari setengah," tegas Bersih.

Oleh itu, Bersih mendesak supaya tempoh kempen bagi pilihanraya umum akan datang diperuntukan selama 21 hari, iaitu separuh daripada tempoh kempen dalam pilihanraya 1955.

Tempoh tersebut, jelas Bersih, akan memberi masa kepada para pengundi untuk mengenali calon-calon mereka dan mesej yang diperjuangkan oleh mereka.

"Ini amat penting memandangkan media arus perdana bersikap berat sebelah dalam laporannya. Tempoh kempen yang panjang akan membantu menyediakan padang permainan yang sama rata serta membolehkan rakyat menilai calon-calon secara yang lebih teliti," menurut kenyataan itu. - mr


Pemimpin Umno lembap: Bazir RM5 bilion untuk Sains & Matematik dalam B.I

Azamin Amin
Thu | Nov 22, 07 | 9:50:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Para pemimpin Umno dibidas kerana mempunyai pemikiran yang 'lembap' dalam melaksanakan pelbagai dasar negara yang akhirnya merugikan dan membazirkan wang rakyat jelata.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata kebanyakan pemimpin Umno mempunyai pemikiran yang lambat dan enam tahun terkebelakang dan terbukti setelah gagal mencapai matlamat kini mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ingin ditukar kembali ke bahasa Melayu.

"Setelah bazirkan hampir RM5 bilion dan gagal, baru sibuk nak kembali ke bahasa Melayu.Kita sokong cadangan ini cuma kita kesal sebab sudah banyak pihak dan pembangkang dari awal lagi menentang pelaksanaan ini tetapi Umno degil akhirnya setelah enam tahun nak kembali kepada asal," katanya di satu sidang media di Pejabat Agung PAS baru-baru ini.

Angka RM5 bilion itu katanya telah diperuntukkan untuk enam tahun bagi tujuan mengajar bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik termasuklah membeli kelengkapan alat mengajar, menyediakan buku-buku teks, memberi kursus dan insentif kepada para guru.

"Yang lucunya beberapa pemimpin Umno yang sokong cadangan kembali ke bahasa Melayu di Perhimpunan Agung Umno adalah juga yang berucap berapi-api menyokong Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris satu ketika dulu," katanya.

Sikap memartabatkan bahasa Melayu ini begitu disanjung tinggi namun katanya ini secara tidak langsung melambang sikap 'hipokrit' para pemimpin Umno yang suka berdolak-dalik yang akhirnya 'merosakkan' masa depan generasi muda khususnya orang Melayu yang ketinggalan dari sudut pendidikan bahkan dari segi ekonomi.

"Kita dah tegur dan bagi cadangan lama dah... tapi sebab pemikiran Umno ini agak lambat dan lembap menyebabkan banyak wang rakyat telah dibazirkan termasuk menyebabkan pelbagai dasar negara menjadi pincang," katanya

Beliau juga turut memberi contoh bagaimana kerajaan BN khususnya Umno bertindak begitu lambat dan lemah dalam menangani isu badan kehakiman negara yang telah menghilangkan kepercayaan rakyat jelata terhadap intergritinya.

Katanya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lambat dalam menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kesahihan klip video yang menunjukkan perbualan telefon seorang peguam mengenai pelantikan hakim.

Sedangkan katanya suruhanjaya sepatutnya ditubuhkan setelah disaran banyak pihak dan sebaik sahaja kes tersebut tercetus pada September lalu menyebabkan penubuhan panel bebas menjadi sia-sia serta membuang masa dan membazirkan wang.

"PAS dan parti politik pembangkang lain, serta Majlis Peguam, sudah berulangkali mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, sebaliknya Abdullah lebih berminat dengan panel bebas.

"Kita tidak setuju kerana panel bebas tiada kuasa. Kini terbukti panel bebas tidak boleh menyelesaikan isu tersebut," katanya

Mahfuz berkata, kini desakan pihak pembangkang, NGO dan Majlis Peguam supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana ia boleh menyelesaikan isu klip video Lingam, terbukti benar.

"Kalau ia ditubuhkan sejak awal-awal lagi, mungkin kita sudah tahu hasilnya hari ini," katanya lagi. - mks.


Sah SPR tidak telus, Rashid mesti letak jawatan!

Azamin Amin
Thu | Nov 22, 07 | 9:49:07 am MYT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh)- Tanpa sebarang 'main wayang', Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mesti meletakkan jawatan berikutan terdapat bukti bahawa SPR tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab dan amanahnya.

Perkara ini telah terbukti pada 2001,apabila mahkamah melalui Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihan raya DUN Likas, Sabah atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Demikian menurut kenyataan media Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengulas 'kesanggupan' Rashid berundur sekiranya terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini termasuk kenyataan Perdana Menteri bahawa sistem pilihan raya Malaysia telah dijalankan dengan adil dan bersih tanpa campur tangan parti pemerintah sejak sekian lama.

"AMK begitu berharap agar kedua mereka ini kembali berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'ibarat meludah ke langit'," katanya.

"AMK mengingatkan Rashid dan Abdullah bahawa konotasi kepada sistem pilihan raya yang kotor dan berat sebelah membawa kepada kuasa pemerintahan yang tidak sah.

Beliau menjelaskan bahawa dalam penghakiman Hakim Muhammad Kamil berkata, SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.

Lebih menarik kata Shamsul, selepas penghakiman Likas itu dibuat, kerajaan dengan kebenaran SPR membuat pindaan di mana senarai pemilih; sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

"Kes ini, meskipun hanya sebuah kes, tetapi ianya memberikan satu signifikan besar dalam sebarang dakwaan yang dibuat ke atas SPR yang jelas tidak telus dan saksama dalam menguruskan sistem pilihan raya Malaysia," katanya.

"Justeru, AMK melihat wajar bagi bukan sahaja Rashid, malahan Abdullah sendiri bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat mereka, dengan berundur demi memberi ruang kepada pembaikpulihan sistem pilihan raya dan kerajaan yang telus dan berwibawa," katanya lagi. - mks.


"Saya akan kempen untuk PAS habis-habisan" - Ketua Wanita Umno Paloh

Buletinonline
Thu | Nov 22, 07 | 8:06:59 am MYT

KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Hrkh) - Kezaliman kerajaan Umno Terengganu semakin bermaharajalela apabila pihak penguatkuasa telah merobohkan tiga buah kedai yang sedang menjalankan perniagaan baru-baru ini.

Tiga buah kedai tersebut terletak di Paloh, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu, menjalankan perniagaan kedai makanan, bengkel motosikal dan pembuat plet kenderaan.

Laman web Buletinonline melaporkan, operasi meroboh dimulakan pada jam 9.45 pagi dengan dua buah jentolak, polis dan penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Pemilik kedai dan orang ramai yang berurusan terpaksa keluar dari kedai tersebut apabila penguatkuasa muncul secara tiba-tiba.

ImagePemilik kedai makan, Abdul Rahman Muda dan isterinya Maimun Abd Ghani ketika ditemui melahirkan tidak puas hati dan kecewa atas tindakan roboh tersebut.

"Kami sedang berniaga, dia mari robohkan. Tengok ni semua kuih-kuih ada belaka,"Abd Rahman berkata sambil menunjuk kepada barang-barang yang dipunggah dari kedainya.

"Saya baru sekali diberi notis, lebih kurang dua bulan yang lalu," kata Abdul Rahman lagi.

"Sesen bayaran pun tak dapat,"katanya bila ditanya sama ada dia menerima sebarang bayaran pampasan.

"Kedai depan tu, bayaran dah dapat, notis dah tiga kali, tapi tak roboh pun,"tambah isterinya, Maimun Abd Ghani.

ImageMaimun Abd Ghani juga adalah Ketua Wanita Umno Cawangan Kg Paloh. Walaupun dia seorang pimpinan wanita peringkat cawangan, namun rayuannya supaya diperimbangkan sedikit bayaran saguhati tidak diendahkan oleh kerajan Umno.

"Ada dia panggil sekali, ingatkan nak berbincang pasal bayaran, tapi dijamu dengan nasi minyak sahaja,"keluh Maimun.

"Eloklah dia orang buat begini, dekat pilihan raya. Kali ni saya akan pangkah PAS dan akan kempen untuk PAS habis-habisan,"katanya dengan nada marah.

Pada zaman PAS memerintah kerajaan negeri Terengganu dulu, memang ada kedai dan rumah yang dirobohkan untuk tujuan pembesaran jalan. Tetapi kerajaan pada ketika itu memberikan bayaran saguhati atas kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh pemilik walaupun, tanah tersebut terletak atas tanah kerajaan. - mks.