Wednesday, October 24, 2007

Abdullah mula bimbang, pilihan raya dijangkakan November ini?

Roslan Shahir
Wed | Oct 24, 07 | 7:20:18 am MYT

Angin bertiup kencang di Kuala Lumpur bahawa Perdana Menteri berhasrat membubarkan parlimen dalam waktu terdekat berkemungkinan bagi memberi laluan untuk Pilihan raya Umum ke-12 diadakan pada bulan November 2007 ini juga.

Dari maklumat yang diterima di kalangan ahli-ahli Parlimen, yang menyambung persidangan belanjawannya sejak semalam, terdapat angin-angin bahawa parlimen ini akan ditamatkan hayatnya sebelum sempat dewan meluluskan Bajet 2008.

Ini bermakna Bajet 2008 yang telah dibentangkan itu (tetapi belum diluluskan Dewan) perlu dibentang semula dalam Parlimen ke-12 selepas pilihan raya nanti untuk kelulusan.

Jika benarlah maklumat ini,bermakna PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil contoh dari bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2000 diluluskan dahulu.

Kalau kita singkap kembali sejarah, Tun membubarkan Parlimen secara tergesa-gesa pada bulan November 1999 dengan mengadakan pilihan raya umum pada 29 November 1999 iaitu dipertengahan sesi sidang bajet.

Tetapi Tun dahulu mempunyai sebab mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan tersebut.

Ketika itu beliau berhadapan dengan gelombang reformasi dan GERAK serta kemudiannya Barisan Alternatif yang dianggotai PAS, Keadilan, PRM dan DAP. Suasana politik begitu kalut dan membimbangkan, sehingga beliau yakin jika dipanjangkan lagi tempoh parlimen, berkemungkinan beliau dan BN akan menghadapi mudarat yang lebih besar.

Terbukti bacaan Tun benar. Pilihan raya Umum 1999 menyaksikan pembangkang terutama PAS menang besar dengan menguasai Kelantan dan Terengganu dan hampir menang di Kedah. Bayangkan jika Tun melanjutkan tempoh Parlimen berkenaan.

Lalu sekiranya benarlah punca angin yang bertiup kencang ini, adakah ia bermakna Abdullah juga sedang dalam keadaan yang genting? Mungkin pada dasarnya ramai yang tidak dapat melihat dengan mata kasar, tetapi hakikatnya itulah yang kita percaya apa yang dirasai oleh Abdullah dan mereka di keliling-kelalangnya.

Jika Tun dahulu berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat hasil dari kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kezaliman kerajaan BN pimpinan Tun, Abdullah pula mengundang malapetaka yang berlainan.

Kos hidup rakyat ternyata sudah berada di luar kawalan. Harga barangan dan perkhidmatan sudah naik tanpa dapat dihalang-halang lagi. Dan terbaru trend mencacak harga minyak mentah dunia dijangka tidak dapat dipertahankan lagi oleh kerajaan setelah tamat tahun 2007 ini.

Kenaikan harga petrol dan bahan api kali ini dijangka berlipat kali ganda, dan ia pastinya akan semakin mendera rakyat kebanyakkan.

Semakin kos hidup rakyat meningkat, maka semakin kuatlah bantahan rakyat terhadap apa sahaja projek mewah dan yang tidak mendatangkan manfaat langsung kepada mereka.

Setiap sen yang dipam keluar dari khazanah negara diperiksa dan diteliti oleh rakyat sehingga sebarang ruang yang silap akan digunakan rakyat untuk menghukum kerajaan.

Dan apakah gelanggang untuk menghukum yang paling baik jika tidak pada pilihan raya umum!

Dollah bimbang akan trend ini. Melewatkan lagi tarikh pilihan raya bermakna mengurangkan lagi harapannya untuk menang besar sebagaimana pada tahun 2004 lalu.

Dalam pada itu politik perkauman terutama yang dibangkitkan dari kalangan sesama parti-parti komponen juga semakin tegang. Sesungguhnya percaturan ini hanya membawa keuntungan kepada parti-parti pembangkang dan Abdullah pasti ada dimaklumkan akan hakikat ini.

Dan rakyat juga menyaksikan ledakkan masalah sosial dan jenayah yang semakin parah di zaman Abdullah. Institusi Kehakiman pula dicabar dan semakin disangsi rakyat. Rasuah dan salah-guna kuasa secara terang-terang terselak satu demi satu di depan mata rakyat.

Jadi mungkinkah Abdullah dalam suasana yang cemas dan melemaskan ini juga nanti akan menggunakan kaedah Tun iaitu dengan membubarkan Parlimen sebelum bajet diluluskan?

Jika terjadi juga pilihan raya pada bulan November ini bermakna benarlah telahan awal Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat Dato' Mustaffa Ali bahawa pilihan raya akan diadakan awal iaitu pada bulan November.

Adakah parti-parti pembangkang khasnya PAS sudah bersedia? Sejak bilakah BN menunggu pembangkang bersedia sebelum memanggil pilihan raya.

Sesungguhnya jika benarlah anggapan bahawa pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat ini persoalan yang perlu dikemukakan adalah adakah BN yang sudah bersedia?

Jawapannya bersedia ataupun tidak, mereka mungkin tidak ada banyak pilihan. Kerana itu peduli apa bajet diluluskan ataupun tidak, yang penting BN mesti menang biarpun terpaksa berbelanja besar. Bolehkah BN menang besar lagi kali ini?

Apa pun November 2007 atau Mac 2008 atau bila sekali pun, dalam suasana yang serba kalut ini, masanya sudah tiba untuk rakyat bangkit dan menuntut perubahan demi masa depan agama, bangsa dan negara. - mks.

Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS

Pemimpin dan rakyat mahu Anwar terajui himpunan 10 November

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Oct 24, 07 | 7:47:27 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Kalangan aktivis dan pimpinan mengharapkan agar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama-sama pimpinan pembangkang serta NGO lain dalam mengepalai himpunan rakyat yang akan diadakan pada 10 November ini.

"Harap pemimpin semua parti politik, KeADILan, PAS dan NGO bersama dengan rakyat dan ahli mengembeleng tenaga jayakan himpunan rakyat,"tegas Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Setakat ini Mahfuz berkata, beliau tidak mendengar sebarang persoalan mengenai kehadiran Anwar dalam himpunan itu dan menyatakan harapan agar Anwar turut hadir.

"Kita tidak mahu pemimpin dilihat sebagai oputurnist sahaja dan mesti memperlihatkan keyakinan kepada rakyat untuk mencapai objektif dan matlamat.Jangan nak hasil tanpa ushaha,"ujarnya.

Sementara itu mengulas teka-teki kehadiran Anwar dalam himpunan 10 November ini, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua memberi jaminan bahawa Ketua Umumnya itu akan menyertai himpunan itu bersama rakyat.

Ujarnya, dengan Anwar turun bersama rakyat pada 10 November ini, ini menunjukkan bahawa KeADILan dan pimpinan pembangkang prihatin kepada usaha memperbetulkan sistem pilihan raya yang telah rosak.

Beliau juga mengharapkan agar kehadiran Anwar ini dijadikan satu suntikan kepada rakyat kehadapan demi menuntut satu perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan telus.

"Kita sudah tertipu pada tahun 1998 ketika era reformasi dengan sistem pilihan raya yang rosak, ia berulang lagi pada tahun 2004 yang mana sekaligus mengecewakan kita.Kali ini kita mulakan dengan himpunan ini dan menggerakkan suara rakyat supaya kita tidak akan tertipu buat kali ketiga,"tegasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyatakan bahawa kehadiran Anwar dalam himpunan itu akan menyuntik demonstran yang akan hadir.

Baginya, kehadiran pemimpin besar seperti Anwar mampu memberi kesan lonjakan gerakan reformasi pilihan raya walaupun arah momentum rakyat setakat ini belum dapat dijangkakan.

"Kita perlu turun padang memobilisasi rakyat turut serta dalam gerakan ini,"ujarnya. - mks

Pastikan bahan internet, blog sampai ke ceruk kampung

Penulis Khas
Wed | Oct 24, 07 | 7:24:14 am MYT

Semua mengharapkan pilihan raya umum ke-12 tidak mengulangi kemuraman "tragedi" 21 Mac 2004. PAS sudah lama memperkemaskan diri dan mempersiapkan keupayaan menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan bila-bila masa daripada sekarang.

Memang pilihan raya pertama di bawah kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah rekod terburuk pembangkang, namun ia pengalaman paling perit dideritai aktivis oposisi, khususnya selepas Terengganu terlepas ke tangan BN.

Dengan imej "cucu ulama", slogan "perang rasuah ke akar umbi", ungkapan "bekerja bersama saya dan bukannya untuk saya", serta "rasa lega terlepas daripada era Dr Mahathir Mohamad", membuatkan majoriti rakyat memberikan ruang selesa buat Abdullah membuktikan janjinya.

Pembangkang pula tidak semantap penampilan terbaik 1999. Banyak kecelaruan timbul dan ini mengelirukan pengundi. Tiada tema besar ditonjolkan untuk menguasai imiginasi rakyat.

Mungkin kehilangan Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden PAS menganggu kelancaran persiapan parti itu untuk berdepan senario baru yang dibentuk pemerintahan Abdullah.

BN sejak lama memanipulasikan faktor 3M, iaitu media, jentera kerajaan dan rasuah politik.

Cuma faktor 1M lagi, Mahathir, tidak berperanan pada 2004. Dalam pilihan raya ke-11 itu, jentera kempen Abdullah berjaya mengeksploitasi media secara lebih berkesan, terutama bagi mempamerkan imej berbeda Perdana Menteri berbanding Mahathir.

Apa pun, dengan hanya menguasai media tetapi tanpa perancangan terbaik untuk memanfaatkannya dalam tempoh singkat berkempen tidak akan mendatangkan impak optimum.

"Budak-budak Abdullah bijak mengambil peluang itu semasa kempen 2004 dan mereka mendapat kesan maksimum untuk melonjakkan imej PM," ulas seorang wartawan politik.

Pembangkang sentiasa merungut media arus perdana tidak menyebelahi mereka. Rintihan itu sepatutnya sudah lama berakhir. Media yang dikawal mutlak BN, selepas Parlimen dibubarkan akan bertindak sebagai jentera kempennya yang paling ke hadapan dan cukup agresif.

Apa pilihan pembangkang? Harakah dipancung kekerapannya, daripada dua kali seminggu kepada 15 hari sekali. Edarannya pula kian dibataskan. Fungsinya sebagai akhbar dimusnahkan.

Manakala Suara Keadilan, juga terbit dua minggu sekali terhad jumlah cetakan dan jaringan pengedarannya.

Namakan apa jua masalah yang timbul, jalan keluar mesti ditemui; maklumat dan berita mesti pantas bergerak kepada pengundi, tepat pada masanya. Edaran berita sahih itu harus menyeluruh, tidak terfokus kawasan elit tertentu sahaja. Monopoli sumber berita arus perdana wajib dipecahkan segera. Segala karut-marut propaganda BN tidak wajar terus bersarang dalam pemikiran pengundi.

Maka, amat tepat sekali saranan yang dikemukakan Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS baru-baru ini. Tegasnya, PAS akan menyebarkan berita dari internet dan blog secara besar-besaran kepada penduduk luar bandar menjelang pilihan raya untuk membolehkan mereka mengetahui situasi sebenar negara.

"Penggunaan internet dan blog sangat terhad di kawasan luar bandar kerana kemudahan tidak mencukupi dan penduduknya tidak memahami bahasa Inggeris. Blog hanya dibaca Melayu elit yang tinggal di bandar. Jadi berita-berita tersebut, khususnya dalam bahasa Melayu, dicetak seberapa banyak sebelum diedarkan kepada penduduk luar bandar.

"Selama ini media arus perdana mengawal penyebaran berita di kalangan penduduk luar bandar dan penduduk mendapat apa yang ada dalam akhbar itu sahaja. Tugas pembangkang adalah untuk menghantar apa yang ada dalam internet kepada pengundi luar bandar dan jika berjaya, maka runtuhlah penguasaan media arus perdana," katanya.

Husam berkata, penggunaan internet dan blog sebagai medium penyampai maklumat, berkesan kepada penduduk di kawasan bandar. Katanya, ini dapat dilihat dengan kenyataan pemimpin BN bahawa parti itu akan kalah di beberapa kerusi di kawasan bandar kesan daripada penggunaan internet dan blog.

Bagaimanapun pembangkang tidak harus menyandarkan maklumat dan analisis internet semata-mata. Selain perlu menyelaraskan agihan berita alam siber itu secara sistematik dan efesyen, keutamaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha mengumpulkan bahan berita secara lebih profesional.

Tidak kurang pentingnya ialah kaedah menapis dan mengedit bahan-bahan berkenaan supaya ia bersifat mesra-pembaca, sahih-tepat, serta berupaya membekalkan pendedahan yang menarik minat awam.

Sayugia diingat, membekalkan maklumat dan analisis berita dalam tempoh sekritikal waktu berkempen yang singkat memerlukan gerak kerja di tahap profesional.

Ia tidak semudah copy-paste dan cetak, tanpa susun-letak yang memukau. Banyak bahan bermutu yang tersimpan dalam laman web dan blog memerlukan kerja-kerja suntingan dan grafik yang teliti, sebelum dapat diedarkan seluasnya.

Segala persiapan bagi melaksanakan kerja berskala besar yang belum pernah dilakukan pembangkang ini mesti diperincikan daripada sekarang. Kadang-kadang dana yang cukup tetapi tanpa perencanaan rapi dan "strategi mengena" boleh membawakekecewaan akhirnya. Ingatlah, kita berdepan jentera kempen BN yang diperlengkapkan dengan segalanya.

Husam turut menjangkakan dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat akan membuat undi protes terhadap kerajaan pimpinan Abdullah. Katanya, mood rakyat yang tidak suka kepada dasar-dasar kerajaan, melintasi semua kaum dan ia berlaku di seluruh negara.

"Ditambah pelbagai isu terkini, BN akan mengalami nasib pilihan raya umum 1969. Perikatan menang besar pada 1964 dan tewas teruk di beberapa negeri dalam pilihan raya berikutnya," katanya.

Husam berkata, ia berdasarkan maklum balas yang PAS perolehi daripada pelbagai program bertemu rakyat di seluruh negara. Tambahnya, PAS akan menentang BN di seluruh negara dan bukan hanya bertumpu di Kelantan.

Katanya, ini bermaka PAS akan berkerja kuat sama seperti yang mereka lakukan di Kelantan apabila parti itu bertanding negeri-negeri lain, walaupun bukan di kawasan kubu kuatnya. - mks.

Kes klip video: Lebih 10 orang disoal siasat

PUTRAJAYA 23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menyoal siasat lebih 10 individu termasuk mereka yang disebut namanya dalam klip video kononnya merakamkan perbualan telefon seorang peguam kanan mengenai pelantikan hakim.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan enggan mengesahkan sama ada ia termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

“Kita telah soal siasat ramai orang termasuk mereka yang disebut dalam klip video, semua nama kita panggil dan semua yang diperlukan dalam siasatan, kita akan panggil.

“Tetapi kita tidak boleh tentukan (nama-nama tersebut) berdasarkan apa yang kita peroleh sekarang,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video berkenaan selepas BPR merekodkan keterangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (BPR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selama hampir tiga jam di pejabatnya di Seksyen 16, Petaling Jaya semalam bagi melengkapkan kertas siasatan.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Ahmad Said bahawa Anwar diperintah supaya menyerahkan salinan klip video yang kononnya merakamkan perbualan telefon seorang peguam kanan mengenai pelantikan hakim kepada BPR sebelum Khamis ini.

Perintah terhadap Anwar itu dikeluarkan di bawah Seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan telah diserahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Tindakan Khas BPR Putrajaya, Sazali Salbi.

Kegagalan mengemukakan klip video asal rakaman tersebut boleh menyebabkan Anwar dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29(c) Akta Pencegahan Rasuah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 58 akta yang sama, iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Ahmad Said berkata, pihaknya menunggu Anwar menyerahkan salinan sebenar klip video yang mempunyai jangka masa selama 14 minit 16 saat kepada BPR sehingga Khamis ini.

“Kalau tidak berbuat demikian, kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana apa yang dia beri kepada kita bukan versi penuh rakaman itu, daripada 14 minit, dia beri lapan minit dan ia telah diganggu, kita tidak boleh bergantung kepada salinan, kita mesti teliti klip video yang asal.

“Walaupun dalam salinan itu kita tengok tetapi kita hendak periksa kesahihan kerana mahkamah pun hendak kepada klip video yang asal kalau hendak dibawa ke mahkamah dan kita pun hendak yang asal,'' katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya mahu klip video yang asal kerana sebarang tindakan tidak boleh dibuat berasaskan kepada salinan klip video.

Jelas beliau, dengan hanya memiliki salinan rakaman klip video tersebut, BPR tidak dapat menentukan status kesahihannya memandangkan banyak pihak boleh menghasilkan pelbagai jenis klip video.

“Klip video yang telah diserahkan itu tidak mencukupi, kita mahukan versi penuh,” jelasnya.

2,500 perwakilan sertai Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Seramai 2,500 perwakilan daripada 190 bahagian termasuk barisan kepimpinan parti dijadual menghadiri Perhimpunan Agung UMNO dari 5 hingga 9 November ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jen. (B) Datuk Husainay Hashim berkata, setiap bahagian akan diwakili oleh 13 perwakilan pada perhimpunan tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

‘‘Perhimpunan selama lima hari itu akan menyaksikan 190 bahagian menghujahkan usul masing-masing selain bahagian Jelutong yang digantung penyertaannya berpunca dari masalah dalaman,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata, perhimpunan kali ini akan lebih bertumpu kepada hala tuju perjuangan parti 50 tahun akan datang setelah mengecapi kejayaan besar pada setengah abad pertama kemerdekaan negara .

Muhammad berkata, perhimpunan tahun ini dianggap bersejarah kerana akan menjadi rujukan kejayaan masa lampau dengan usaha parti untuk mengekalkannya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad turut akan mengemukakan cadangan penubuhan sebuah sayap baru dalam Barisan Nasional (BN) iaitu Puteri BN pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan.

Noraini berkata, usul tersebut akan dibentangkan kerana pihaknya yakin semua parti komponen BN telah bersedia ke arah itu.

Tambahnya, adalah lebih baik agar sayap belia wanita ini bergerak dalam satu pasukan memandangkan ketika ini, sayap Puteri dan beliawanis bergerak sendiri mengikut parti masing-masing.

Tuesday, October 23, 2007

'Siapa makan cili dia rasa pedas' - Mustafa bidas Umno Terengganu

Awang Harun
Tue | Oct 23, 07 | 7:35:55 am MYT

KUALA TERENGGANU, 23 Okt (Hrkh) - PAS menyifatkan Umno Terengganu dalam keadaan terdesak dengan membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana didakwa melemparkan fitnah terhadap Umno berhubung insiden 8 September di Batu Buruk, semalam.

"Sebenarnya Umno terdesak dan sebab itu dia membuat laporan polis itu. Siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedas," kata Dato' Mustafa Ali di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, hari ini.

Menurutnya, jika kerana fitnah Umno telah melakukan fitnah terhadap PAS dengan menuduh PAS membakar bendera tetapi PAS tidak membuat laporan polis.

Ini kerana, katanya PAS tidak buat sebagaimana yang didakwa itu dan tidak rasa bersalah.

"Jadi dia (Umno) buat itu untuk menghilangkan rasa bersalah dia (Umno) tentang apa yang mereka lakukan berkait dengan peristiwa 8 September di Batu Buruk," ujarnya.

Menurutnya, terdapat dua sebab laporan itu terpaksa dibuat pertama kerana usaha yang dilakukan selama ini dengan memanggil rakyat ke Wisma Darul Iman serta saluran penerangan yang dibuat bagi menerangkan bahawa yang melakukan kerja itu adalah PAS tidak dipercayai oleh rakyat.

Sebab itu, katanya maklumat yang diterima dari orang Umno sendiri telah mendesak pemimpin mereka bagi membuat laporan polis.

Menurut maklumat itu, kata beliau jika Umno rasa tidak bersalah perlu membuat laporan polis sebagai tanda Umno serius untuk mengambil tindakan terhadap PAS.

"Orang Umno sendiri yang ragu-ragu terhadap penjelasan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka," ujarnya.

Dato' Mustafa berkata rakyat umumnya percaya dengan penjelasan yang dibuat oleh PAS dan orang Umno sendiri keliru.

Menurut beliau apa yang diterangkan oleh PAS rakyat percaya dan apa yang diterangkan oleh Umno rakyat tidak mempercayainya.

"Kita (PAS) tidak perlu buat laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Umno itu kerana terdesak dan rakyat percaya apa yang diterangkan oleh PAS. "Masalah PAS difitnah ini bukan baru tetapi sudah lama. Oleh kerana, kita (PAS) tidak buat apa perlu kita buat laporan polis dan kita akan terus membuat penjelasan tentang perkara ini," jelasnya.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Dato' Rosol Wahid telah membuat laporan pois terhadap Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berikutan peristiwa tersebut.

Dato' Mustafa didakwa melemparkan fitnah terhadap parti Umno berhubung tragedi berdarah di Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, bulan lalu. - mks.

Kerajaan berbohong, dakwa tiada tahanan ISA di era Abdullah

Azamin Amin
Tue | Oct 23, 07 | 3:17:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Hrkh) - Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok mendakwa bahawa tiada individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa era Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pembohongan yang nyata dan begitu dikesali.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menafikan kenyataan menteri terbabit di salah sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam dan menyifatkan pendedahan umum tersebut sebagai satu penipuan dan fakta yang salah.

"Mengikut statistik dan rekod yang ada sejumlah 57 individu yang telah ditahan semasa era Abdullah manakala seramai 73 tahanan sedia ada telah dilanjutkan lagi tempoh tahanannya selama dua tahun," kata Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan medianya yang membidas pendedahan Bernard.

"Tahun ini sahaja empat orang telah ditahan di bawah akta tersebut atas isu khabar angin rusahan perkauaman di Johor manakala lima pula ditahan kerana didakwa terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI)," katanya.

Tambahnya, sehingga kini ada di kalangan tahanan ISA sudah melangkaui tempoh tahanan menjangkau 5 dan 6 tahun ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting, Taiping Perak. - mks.

Himpunan rakyat 100 ribu, warna kuning jadi simbol protes Bersih

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Mon | Oct 22, 07 | 4:51:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Gabungan Menuntut Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengenakan pakaian berwarna kuning sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemulihan sistem pilihan raya di negara ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat, Mohamed Sabu dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Image"Warna tema kuning dipilih sebagai simbolik kepada protes yang disuarakan dan ia juga merupakan warna untuk kebebasan akhbar,"katanya. Ujarnya, pelancaran pemakaian warna kuning dari 1 hingga 10 November ini sebagai publisiti perhimpunan rakyat akan dibuat secara rasmi Bersih pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan selepas ini.

"Perhimpunan ini bukan berdasarkan kepada parti tetapi ia adalah perjuangan semua pihak," ujar Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

Beliau mendakwa tindakan kerajaan mengadakan pilihan raya adalah secara 'snap election' hanyalah sia-sia setelah mereka gagal menyelesaikan banyak isu penyelewengan dan kelemahan mengurus tadbir negara.

"Kehadiran dijangka lebih ramai, kerana setakat ini Terengganu telah memberikan jawapan untuk menghantar 10,000 penyertaan," kata AJK PAS Pusat, Anuar Tahir.

Jelasnya, Bersih akan meminta kerjasama pihak polis, serta media arus perdana untuk mengadakan liputan perhimpunan tersebut, memandangkan permit telah dipohon.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Bersih juga sekali lagi mengumumkan bahawa perhimpunan yang rancang pada 10 November itu akan bermula pada jam 3 petang di Dataran Merdeka yang akan berarak menuju ke Istana Negara bagi upacara penyerahan memorandum menuntut pilihan raya bersih kepada Yang diPertuan Agong.

"Setakat ini hanya satu daripada empat tuntutan yang terkandung di dalam memorandum tersebut, telah diterima oleh kerajaan iaitu penggunaan dakwat kekal pada jari telunjuk," ujar Anuar. - mks.

Daily Mirror bayar pampasan RM0.5 juta kepada Presiden PAS

Harakahdaily
Mon | Oct 22, 07 | 4:09:44 pm MYT

LONDON, 22 Oktober (Hrkh) - Akhbar ternama Britain, Daily Mirror telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Eady, Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, dekat sini ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda.

Ustaz Hadi diwakili oleh Adam Tudor dari firma Carter Ruck di London. Firma Carter Ruck adalah firma yang paling terulung di dalam mengendalikan kes-kes fitnah.

Ustaz Hadi yang turut berada di Mahkamah Tinggi ketika mana ucapan minta maaf tersebut dibuat ditemani oleh Mohamed Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-Undang PAS Pusat dan Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Pada 1 May 2007 yang lalu akhbar the Daily Mirror telah menerbitkan gambar Ustaz Hadi sebagai sebahagian daripada siri artikel mereka berkaitan rancangan untuk melancarkan serangan pengganas di United Kingdom termasuk untuk mengebom Pusat membeli belah Bluewater di Kent.

Gambar Ustaz Hadi muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

Hasil daripada penerbitan berita fitnah tersebut Ustaz Hadi melalui Lajnah Guaman dan Undang–Undang PAS Pusat telah mendapatkan khidmat guaman melalui firma guaman Carter Ruck di London.

Hasil daripada tuntutan yang dibuat oleh peguam Ustaz Hadi, akhbar Daily Mirror telah bersetuju untuk meminta maaf dan menerbitkannya di akhbar tersebut.

Daily Mirror juga bersetuju membayar pampasan berjumlah RM500,000 kepada Ustaz Abdul Hadi dan membayar semua kos guaman.

Anwar akan serah salinan sahih 'Pita Lingam' 25 Oktober ini

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Oct 22, 07 | 3:51:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmennya terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyerahkan pita rakaman perbualan konspirasi kehakiman antara seorang peguam yang didakwa sebagai, VK Lingam dan seorang Hakim Kanan yang didakwa sebagai Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Bagaimanapun Anwar tidak menjamin samada akan menyerahkan keseluruhan 14 minit atau hanya akan menyerahkan rakaman selama lapan minit sahaja kepada BPR Khamis ini (25 Oktober 2007).

Beliau berkata, serahan itu akan dibuat kepada BPR setelah pihak BPR dilihat bersungguh-sungguh mahukan pita tersebut untuk mengetahui kesahihan pita itu.

Apa yang dikesali Anwar ialah tindakan BPR yang hanya dilihat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pita itu bagi menyiasat kesahihannya sedangkan isu yang terdapat dalam pita itu iaitu rasuah kehakiman tidakpun disentuh dalam siasatan BOR hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya selepas siasatan selama tiga jam oleh tiga Pegawai BPR dari Putrajaya hari ini.

Turut hadir ialah, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; Azmin Ali; Peguam, Sankara N.Nair dan Bendaharai Agung KeADILan, William JK Leong.

"BPR hari ini merakam sebuah kenyataan saya.Saya maklumkan kepada mereka bahawa klip video 14 minit yang asal bersama dengan sumber yang membawanya kepada saya.Saya memberi jaminan bahawa akan membekalkan salinan sebenar yang mana BPR boleh menentukan kesahihannya pada Khamis ini 25 Oktober,"katanya.

Bagaimanapun selepas habis mengambil kenyataan serta mendapat jaminan dari Anwar, Pegawai BPR menerima arahan untuk mengarahkan Anwar menyerahkan klip video itu termasuk enam minit baki perbulana itu, katanya.

Arahan ini dikeluarkan kepada Anwar meskipun selepas Anwar memaklumkan bahawa salinan asal berada di tangan sumbernya, kata Anwar.

"Adalah lansung tidak munasabah bahawa BPR terus menumpukan perhatian mereka terhadap kesahihan video tersebut sedangkan VK Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor yang disebut dalam klip itu masih belum disiasat atau memberi kenyataan awam menafikan perbulana itu,"tegasnya.

Anwar juga menerima notis dari BPR 'Perintah Mengemukakan Dokumen (di bawah peruntukan Seksyen 22 (1) (b) yang diserahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Tindakan Khas, BPR Putrajaya, Sazali Salbi hari ini.

Dalam notis itu, Anwar diperintahkan agar menyerahkan rakaman pita selama 14 minit dan jika enggan beliau boleh dikenakan tindakan di bawah sekseyn 29 (c) Akta Pencegah Rasuah 1997 dan boleh dikenakan hukuman dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Anwar turut menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh SPR itu hanyalah satu tindakan yang diarah oleh pihak atasan untuk menutup isu sebenar dalam kes Pita Lingam iaitu konspirasi kehakiman dan rasuah yang berlaku.

Justeru Anwar masih konsisten dengan pendiriannya bahawa satu Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk bagi menyiasat kes itu dengan semua jaminan keselamatan dan kerahsiaan terhadap sumber perlu diberi.

Selepas setahun bertemu Mahathir, PM tetap membisu

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Oct 22, 07 | 4:11:10 am MYT

Pada 4 Oktober lalu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar membangkitkan bahawa pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad hampir setahun berlalu, tetapi Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap bisu


"Pertemuan tersebut di adakan dua hari menjelang Hari Raya tahun lalu. Pelbagai perkara dibangkitkan oleh (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dalam pertemuan itu termasuk penglibatan anak dan menantunya, tindakan menjadikan Malaysia negara polis, tindakan menyekat bekas Perdana Menteri itu bercakap dengan ahli-ahli Umno, kewujudan nama Perdana Menteri dalam beberapa buah syarikat yang mengendalikan soal minyak untuk makanan di Iraq, jambatan bengkok, Proton, AP dan (Dato' Seri) Rafidah Aziz," katanya.

Malangnya, kata Mahfuz lagi, tidak ada satu pun dari pelbagai perkara yang dbangkitkan oleh Dr Mahathir itu yang dijawab oleh Perdana Menteri, walaupun kabinet pernah membuat keputusan untuk menjawab semua perkara yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

"Seperti yang saya nyatakan selepas pertemuan itu, ini bukan persoalan peribadi di antara dua orang yang pernah berkerja bersama atau persoalan ayam itek dua orang yang berjiran.

"Apa yang dikritik oleh Dr Mahathir selama ini ialah kegagalan Abdullah menjadi Perdana Menteri yang berkesan dan boleh diyakini mempertahankan kedaulatan dan maruah negara," katanya.

Beliau mempersoalkan, sehingga berapa kali Ramadankah Perdana Menteri berkeras untuk kekal dengan sifat tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan negara.

"Tidak cukup hanya mencatit dalam buku kecil seperti Cina ikan mencatit buku hutang tetapi selepas itu tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir kerana perkara-perkara tersebut boleh membawa kemusnahan kepada negara," kata Mahfuz dalam berita yang disiarkan Harakahdaily itu.

Hari ini, rakan saya, Biggum (http://bigdogdotcom.wordpress.com) pula membangkitkan perkara itu.

Menurut beliau, Dr Mahathir membangkitkan secara berhadapan dengan Perdana Menteri 19 perkara yang menyebabkan beliau merasa tidak selesa sejak Abdullah mengambilalih jawatan pada 31 Oktober 2003.

Apa yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu adalah apa yang selama ini disuarakannya, kata Biggum.

Antaranya, katanya lagi, mengenai projek landasan keretapi berkembar, jambatan bengkok ke Singapura, masalah di dalam Proton, pengeluaran AP dan isu-isu lain berkaitan keluarga Perdana Menteri yang masuk campur dalam urusan pentadbiran serta keputusan kerajaan dan Umno.

Dr Mahathir sendiri dengan sengaja dihalang dari berucap kepada rakyat dan ahli-ahli Umno serta berlaku pakatan untuk menghalang beliau dari menjadi perwakilan dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu manakala ahli-ahli Umno yang mahu menganjurkan majlis ucapan bekas Perdana Menteri itu ditekan dan diganggu oleh pembesar-pembesar parti itu dan polis, kata Biggum.

Dr Mahathir, katanya, menyifatkan pengalaman itu sebagai bukti bahawa "Malaysia kini adalah negara polis"

Apa yang paling penting kepada Biggum ialah apakah tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri selepas pertemuan empat mata itu?

"Sudah setahun berlalu, adakah terdapat sebarang perubahan?" tanya beliau.

Saya memetik kembali berita mengenai rungutan Mahfuz itu serta mengalihbahasakan ikut cara bodo saya apa yang dibangkitkan oleh Biggum kerana saya yakin perkara itu mesti diungkit-ungkit tak berhenti-henti.

Semua orang tahu, tidak pernah Umno dan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang begitu relax seperti sekarang ketika pilihan raya hampir tiba. Saya percaya, tentulah persediaan-persediaan yang dibuat seperti yang berlaku di kawasan parlimen Ipoh Timur dan laporan Cawangan Khas dan perisikan yang diketahui umum merupakan antara jentera pilihan raya yang paling utama kepada Umno dan Barisan Nasional telah memberikan maklumat yang menunjukkan Barisan Nasional akan menang selesa.

Tentu ramai yang pening dan tertanya-tanya. Isu begitu banyak manakala Abdullah pula sering dituduh sebagai Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia malah tidak pintar, kaki bohong (developed a habit of lying, kata Dr Mahathir) dan kaki ponteng (tidur masa kerja), mengapa Umno dan Barisan Nasional akan terus selesa?

Tanyalah Suruhan Pilihan Raya (SPR). Jangan tanya sahaja, pastikan anda menyertai "Gelombang Kuning" 10 November ini! Sambil itu, terus tuntut supaya Perdana Menteri memberitahu kebenaran walaupun ia menyakitkan.

Surat terbuka Dr Mahathir setahun lalu:

Ladies and gentlemen

Citizens of Malaysia

Why did I criticise the Prime Minister?

Because no one else is able to criticise the Prime Minister. He cannot be criticised by his Deputy, his Cabinet Ministers, Umno Supreme Council members, Menteri Besar, Chief Ministers, Members of the Dewan Rakyat, Members of the Senate, Members of the State Legislative Council, Umno members at all levels, Government Officers and anyone from royalty to beggars.

The mainstream media including radio and television are not allowed to admonish the Prime Minister. Pre-paid telephones are now required to be registered so that anyone who transmits SMSes will be known by the Government and action can be taken.

The Internet and the websites will be electronically bugged and action taken against anyone who criticises the Prime Minister.

Anyone who attempts to hold any function that may involve criticising the Prime Minister will be harassed and threatened by the police and Government leaders to force them to cancel the function.

I myself have been blocked using all sorts of means to stop me from criticising the Prime Minister.

1. I cannot be invited by Umno, non-government organisations, associations of government officers or non-government officers, universities or any other institutions.

2. Umno members and the public are prevented from and advised against attending any functions or meetings where I am to speak.

3. All sorts of threats are meted out by police and political leaders to scare anyone who refuses to comply.

4. Every time anything that involves the public takes place, the Deputy Prime Minister and certain other quarters will forcefully advise that any criticism, comment or debate should stop.

Actions that are taken or threatened to be taken include sacking, transfer to remote areas like in Sabah, retraction or cancellation of contracts, harassment by the banks, call-up by the police, the Anti-Corruption Agency and other government enforcement agencies, detained and interrogated repeatedly.

A climate of fear has enveloped this country.

No one dares to comment, criticise or oppose anything that is done by the Prime Minister.

In a situation where no one can criticise the Prime Minister, I have to voice my criticisms on matters that do not concern my personal being, but only those that concern the interest of the religion, race and country.

Because of this, I am abused by the Prime Minister's henchmen including component party leaders, the mainstream media that is controlled by Kali and Brendan and all other government apparatus.

The questions and issues I have raised have not been answered. What is being questioned is my right to comment and criticise. Attempts are made to disparage me so badly that I am made out to be of unsound mind. Repeatedly, allegations were made that the administration during my time was worse.

Their media make out that my criticisms of the Prime Minister are despicable and reprehensible.

Muslims should know that even the Imam can be corrected by those he leads in prayers if he reads or does something wrong.

Saidina Abu Bakar, Islam's first Caliph, had asked to be corrected if he did something wrong, not by foreigners but by the Muslims themselves.

But the current Prime Minister cannot at all be commented upon, criticised or advised. He is almost a saint who is free from any human weaknesses or wrongs.

My meeting with him should be kept secret from the rakyat. And because we have met, I can no longer criticise whatever is done by the Prime Minister.

Because of my statement that I would continue criticising if something that is not good for the religion, race and country is done by the Prime Minister, all sorts of condemnations and insults are thrown by these hatchetmen and the mainstream media towards me.

Because all avenue for criticising the government has been shut, therefore I am forced to come up with this written statement so that it is not spun by anyone.

Sincerely,

Dr Mahathir bin Mohamad

Malaysian citizen and commoner

Oct 27, 2006

(http://penarikbeca.blogspot.com

Anwar setuju serah salinan sahih klip video Khamis

Oleh: YULPISMAN ASLI

PETALING JAYA 22 Okt. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintah supaya menyerahkan salinan klip video yang kononnya merakamkan perbualan telefon seorang peguam kanan mengenai pelantikan hakim kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum Khamis ini.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, keseluruhan rakaman asal klip video itu diperlukan sebagai bukti selain keterangan yang direkodkan daripada beberapa saksi.

Menurutnya, perintah terhadap Anwar itu dikeluarkan di bawah Seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan telah diserahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Tindakan Khas BPR Putrajaya, Sazali Salbi.

“Kegagalan mengemukakan klip video asal rakaman tersebut boleh menyebabkan Anwar dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29(c) Akta Pencegahan Rasuah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 58 akta yang sama, iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Said berkata, pihaknya juga telah merekodkan keterangan Anwar selama hampir tiga jam di pejabatnya di Seksyen 16 di sini bermula pukul 11 pagi hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan keterangan itu kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Katanya, BPR akan meneliti klip video terbabit sebelum menghantar kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara.

Sementara itu, Anwar dalam satu sidang akhbar memberitahu, beliau akan menyerahkan salinan sahih mengandungi sebahagian rakaman klip video tersebut dalam bentuk thumb drive bagi membolehkan BPR menentukan kesahihan klip video tersebut.

Beliau yang mendakwa tidak memiliki klip asal video itu berkata, salinan sahih klip itu kini berada di tangan sumber dan ia telah disahkan kesahihannya oleh pakar forensik.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada pakar itu dari dalam atau luar negara.

Anwar juga enggan menyatakan masa dan lokasi yang tepat bagi menyerahkan salinan klip video tersebut atas faktor keselamatan termasuk bimbang komputer ribanya dicuri.

“Saya akan hubungi BPR hanya pada ketika saya peroleh salinan sahih tersebut dan akan serahkan dengan cepat. Ini serius kerana saya tidak mahu orang sabotaj,’’ katanya.

Menurut Anwar, isu klip video itu penting kerana sehingga kini mereka yang terlibat dalam rakaman tersebut masih tidak membuat sebarang kenyataan untuk menafikan penglibatan mereka.

Katanya, keputusan untuk menyerahkan salinan sahih klip video itu adalah untuk mengelakkan pihak berwajib memberi alasan menghentikan siasatan.

Katanya, beliau menghargai kerjasama BPR yang berterusan tetapi melahirkan kegusaran kerajaan menggunakan BPR untuk melambatkan siasatan atau mengalih perhatian orang ramai kepada isu-isu lain.

“Saya juga amat prihatin dengan kebajikan individu atau individu-individu yang telah meminta saya membawa video ini ke perhatian umum.

“Permintaan kami untuk jaminan terhadap keselamatan peribadi mereka dan perlindungan daripada tindakan undang-undang masih lagi belum dijawab. Ini merupakan persoalan yang mesti dijawab sebelum kami mengeluarkan baki rakaman video tersebut,’’ katanya.

Keputusan kerajaan BN dipersetujui bersama

SUNGAI SIPUT 22 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dibuat melalui persetujuan bersama antara parti komponen bagi memastikan masyarakat berbilang kaum dapat menikmati pembangunan secara adil.

Perdana Menteri berkata, memandangkan parti-parti komponen BN mewakili semua kaum, sebarang keputusan mestilah dibincang bersama untuk mendapatkan hasil terbaik dan dipersetujui oleh semua menteri Kabinet.

‘‘Semua sedia maklum bahawa parti komponen BN seperti MIC mewakili masyarakat India manakala MCA mewakili penduduk Cina tetapi apa sahaja pembangunan yang dirancang atau masalah yang timbul, ia mestilah dibincangkan bersama dengan parti lain dalam BN.

‘‘Kita sudah menjadi kawan. Jadi semua perkara perlu dibincangkan sebagai kawan tanpa mengambil kira sama ada ia membabitkan masalah sensitif... semuanya boleh dibincang bersama untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Sungai Siput, Taman Tun Sambanthan di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Kata Perdana Menteri, semangat setiakawan dalam BN telah menjadikan parti yang membentuk kerajaan itu sentiasa memikirkan perasaan semua kaum sebelum membuat sebarang cadangan demi mencapai satu matlamat iaitu untuk kepentingan nasional serta negara.

‘‘Ini adalah satu pendekatan yang diambil untuk menjayakan misi nasional, agar pembangunan dijalankan di negara ini adalah seimbang. Tidak ada kawasan akan ditinggalkan terbiar... semua kawasan berpeluang menikmati pembangunan di bawah BN.

Klip video: BPR ambil keterangan Anwar lagi

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam sekali lagi mengambil keterangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melengkapkan siasatan berhubung klip video yang didakwa memaparkan perbualan telefon seorang peguam dengan seorang yang dikatakan hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim.

Tiga pegawai BPR dilihat masuk ke pejabat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Jalan 16/2 Petaling Jaya kira-kira jam 10.50 pagi dan selesai mengambil keterangan tiga jam kemudian.

Kunjungan itu adalah yang kedua selepas proses mengambil keterangan yang pertama pada 19 September lalu.


Dalam satu kenyataan, Anwar mengesahkan tiga pegawai BPR menemuinya dan pada pertemuan itu beliau memberi jaminan akan menyerahkan salinan sebenar klip video 14 minit 16 saat itu kepada BPR, Khamis ini, untuk dianalisis secara teknikal bagi mengesahkan ketulenannya.

Anwar juga menyatakan beliau memaklumkan kepada pegawai BPR bahawa klip video yang asal ada pada sumber yang memberikannya kepadanya.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan sebagai berkata Anwar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 22 Akta Pencegah Rasuah jika enggan menyerahkan bukti berkenaan.


Beliau berkata, keseluruhan rakaman asal klip video itu diperlukan dalam proses pembuktian selain keterangan yang direkodkan daripada beberapa saksi.

Sebelum ini, Anwar menyerahkan klip video yang disunting kepada BPR dan ia adalah sebahagian daripada keseluruhan rakaman asal yang lebih panjang.

Sementara itu, panel bebas khas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menentukan kesahihan rakaman klip video berkenaan, akan bersidang semula Isnin depan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam berkata, sesiapa yang berhasrat memberikan sebarang bahan bukti kepada panel itu bagi mengesahkan kesahihan klip video itu boleh menghadiri sidang itu.

Panel itu akan bersidang di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Tingkat 30, Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut, di sini.

Bagaimanapun, bagi tujuan pentadbiran, mereka yang ingin menghadiri sidang itu perlu memberi nama dan nombor kad pengenalan mereka terlebih dahulu kepada sekretariat panel di Pejabat Perdana Menteri.

Monday, October 22, 2007

PM mahu parti komponen jangan tekan BN

Oleh Norfatimah Ahmad

KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam sekali lagi diingatkan supaya tidak mengenakan tekanan ketika membuat sebarang tuntutan bagi menjamin keutuhan serta keharmonian gabungan itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata anggota komponen perlu sepakat dan sentiasa berbincang bagi menyelesaikan sesuatu isu tuntutan serta mengelak sebarang bentuk tekanan yang boleh menjurus kepada pertelagahan.

Beliau berkata, isu seperti pengagihan kerusi pada pilihan raya umum akan datang yang kini hangat diperkatakan sesetengah parti komponen BN, perlu dibincang secara baik bagi mengelak ia menimbulkan persepsi negatif.


"Kita bersaudara, sudah tentu boleh berpakat dan duduk berbincang. Orang tidak suka tengok saudara bertengkar sesama sendiri... tidak elok, nanti ada yang kata famili itu tidak stabil.

"Orang yang menentang dan membangkang kita tentu hendak lihat kita berpecah belah tetapi kita tidak mahu perkara itu berlaku dan jangan sampai orang lihat kita seperti tidak bersefahaman atau bersatu pendapat," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam. Hadir sama ialah Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

PPP sebelum ini meminta supaya parti itu diperuntukkan sekurang-kurangnya satu kerusi di setiap negeri pada pilihan raya umum akan datang. PPP yang mempunyai 530,222 anggota, pernah memenangi empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebelum menyertai BN pada 1972.

Sebanyak 15 cadangan usul dibentangkan pada perhimpunan semalam, termasuk menyerap wakil PPP dalam sistem pentadbiran negeri dan negara, rancangan rumah milik sendiri untuk pekerja ladang, kawalan pekerja asing dan menghapuskan kadar faedah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam ucapannya, Abdullah berkali-kali mengulangi perkataan muafakat dan kerjasama yang disifatkannya sebagai amat penting untuk menjamin keutuhan parti bagi membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan kemajuan rakyat serta negara.

Beliau berkata, adalah penting semua kepemimpinan BN untuk berusaha ke arah mencapai satu matlamat menerusi permuafakatan dan kerjasama serta mengelak daripada memberi tekanan kepada parti.

"Sebarang perancangan pembangunan yang dirangka kerajaan BN bukan sekadar gimik politik, sebaliknya ia hasil perbincangan rapi di semua peringkat termasuk Parlimen.

"Jika timbul sebarang masalah pelaksanaan, kita akan pastikan ia ditangani. Kita mahu pentadbiran berjalan sebaik-baiknya dan tiada birokrasi manakala sebarang halangan yang boleh melambatkan kerja atau pelaksanaan harus diketepikan," katanya.

Abdullah berkata, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang merangkumi wakil dari sektor awam dan swasta untuk berbincang dan mengemukakan cadangan bagi memperbaiki sistem penyampaian di semua peringkat.

Katanya, usaha memperbaiki sistem penyampaian yang dibuat secara menyeluruh tanpa mengira sama ada ia membabitkan kerajaan tempatan, jabatan, agensi kerajaan atau separa kerajaan perlu diteruskan.

"Kita mahu pastikan tiada yang boleh buat pilihan untuk tidur dan tidak mahu lagi bekerja, kerana semua mesti segar, sihat serta bersedia kerja selain berjuang untuk masa depan kita bersama," katanya.

Mengenai isu permintaan tambahan kerusi untuk wakil PPP dalam pilihan raya umum akan datang, Abdullah berkata, BN bersedia untuk menimbangkan perkara itu jika ia dibuat menerusi saluran yang betul.

"Tadi Kayveas ada cakap pasal pertambahan kerusi. Dia kata surat dah dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan BN dan kalau dah dihantar, kita akan timbangkan perkara itu kerana itulah cara kita," katanya.

BN jaga kepentingan semua kaum, agama

Oleh Norfatimah Ahmad


SEMANGAT BN: Abdullah bersama Kayveas (dua dari kiri) serta Ahli Majlis Tertinggi PPP mengangkat tangan selepas merasmikan perhimpunan agung parti itu

Pak Lah mahu semangat muafakat dipertahan untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menegaskan Barisan Nasional (BN) bukan parti untuk golongan tertentu saja, sebaliknya ia didokong anak watan yang mewakili semua kaum, golongan serta agama.

Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri berkata, parti itu berjaya membentuk kerajaan selama ini kerana ia ditunjangi wakil pelbagai kaum dan agama, bukannya orang tertentu atau yang mewakili kepentingan satu pihak saja.


"Saya tidak setuju sama sekali jika ada yang berpendapat BN untuk segolongan orang saja... itu salah. Jika itu yang menjadi pegangan kita, tentu BN sudah lama lingkup dan tiada lagi, malah tidak dapat bertahan walau untuk sekali pilihan raya pun.

"BN juga bukan parti untuk orang kaya dan kita tidak pernah kenakan syarat hanya orang kaya boleh jadi anggota BN atau parti komponennya. Kita tidak akan maju jika mengamalkan pendekatan begitu.

"Kita perlu sedar sebenarnya kerajaan BN hari ini dimajukan dan dijayakan oleh anak watan dari semua golongan," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP), di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam. Hadir sama Presiden PPP, Datuk M Kayveas.


Perdana Menteri berkata, jika BN berjuang untuk kepentingan satu kaum saja, tentu ia sudah lama lingkup kerana ditolak oleh rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah, katanya, selama ini BN berjaya membuktikan bahawa asas perkauman dan kedudukan kaum tertentu dalam masyarakat tidak seharusnya menjadi punca pergaduhan dalam sesebuah parti.

Abdullah berkata, langkah BN menempatkan wakilnya di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar serta di kawasan yang didiami masyarakat berbilang kaum dan agama juga memberi manfaat untuk semua.

"Kita bukan hanya mewakili golongan tertentu tetapi rakyat Malaysia pelbagai kaum tanpa mengira miskin atau kaya dan itulah kekuatan BN," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, muafakat dalam BN adalah penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ia masih teguh dan kukuh untuk melaksanakan tugas penting kepada rakyat dan negara.

"Muafakat, satu hati dan bertindak berlandaskan matlamat yang sama inilah cara yang dapat memberi kekuatan kepada kita," katanya.

Tanpa merujuk parti politik khusus, Abdullah berkata, ada yang cuba 'meniru' cara BN tetapi gagal, manakala BN pula berjaya membuktikan tugas yang dijalankan dan kejayaan yang dicapai itu adalah untuk bangsa dan negara.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini, semua pihak perlu bersama meningkatkan lagi usaha untuk menangani sebarang kekurangan bagi memastikan budaya untuk mencapai kejayaan itu dikekalkan.

Mengenai cadangan menghapuskan kadar faedah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Abdullah berkata, beliau bersedia meneliti perkara itu jika ia membebankan keluarga dan pelajar terbabit.

"Jangan putar belitkan fakta mengenai caj perkhidmatan yang dikatakan sebagai kadar faedah... jika ia menyusahkan keluarga kita akan teliti perkara itu," katanya.

Ketika ini, kos pentadbiran empat peratus setahun dikenakan bagi tarikh bayaran balik pinjaman sehingga 31 Disember 2003. Mulai 1 Januari 2004, kos pentadbiran diturunkan tiga peratus setahun atas baki berkurangan.

Jangan buat tekanan – Abdullah

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD dan YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak memberi tekanan dalam membuat tuntutan pertambahan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya tuntutan mengenainya perlu melalui saluran yang betul iaitu dengan menghantar permohonan rasmi kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan BN.

Katanya, sejak BN wujud, parti itu mengamalkan muafakat dalam semua perkara termasuk mengenai pengagihan kerusi kepada semua parti komponen.

“Tadi Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas ada cakap pasal pertambahan kerusi. Dia kata surat telah dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan BN dan saya kata kalau telah dihantar, kita akan timbangkan perkara itu.

“Itulah cara kita. Kita tidak perlu timbulkan sebarang tekanan untuk apa-apa pun tuntutan kerana kita semua bersaudara,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung PPP ke-54 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap permintaan Kayveas supaya semua negeri memperuntukkan satu kerusi kepada PPP pada pilihan raya umum akan datang.

PPP yang mempunyai keahlian seramai 530,000 orang sebelum ini telah diberikan satu kerusi Parlimen iaitu di Taiping (diwakili Kayveas) dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Berdamar, Teluk Intan pada pilihan raya umum 2004.

Abdullah yang juga Pengerusi BN mengakui sememangnya pihak luar khususnya parti pembangkang mahu melihat BN dalam keadaan berpecah-belah.

Justeru beliau mahu semua parti komponen mengelak daripada berkelahi sesama sendiri kerana ia memberi kesan yang tidak baik kepada kestabilan BN.

“Kita mesti bermuafakat dan bekerjasama. Rakyat sendiri tidak suka melihat kita berkelahi kecuali pihak-pihak yang sering menentang kita. Golongan ini mahu melihat kita berpecah belah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah menegaskan bahawa BN bukan parti untuk golongan tertentu sebaliknya ia merupakan parti bagi semua golongan tidak kira latar belakang, agama atau status.

“Siapa kata BN untuk orang kaya sahaja atau untuk golongan atau agama tertentu sahaja. BN adalah milik semua orang. Tertubuhnya BN adalah untuk membela nasib dan masa depan semua lapisan masyarakat tidak kira miskin atau kaya.

“Sekiranya inilah pegangan BN (parti untuk golongan tertentu) sudah pasti BN akan `lingkup’ dan akhirnya kita akan kalah dalam pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau berkata, sejak era Perikatan lagi, asas kekuatan BN ialah mendapat sokongan rakyat daripada pelbagai lapisan dan ia telah terbukti dalam setiap pilihan raya.

“Rakyat yakin dengan kekuatan yang ada pada BN dan oleh itu mereka memberi sokongan sepenuhnya kepada BN kerana mereka tahu BN mampu memberi kemajuan kepada rakyat dan negara ini,” katanya.

Terus perjuangkan agenda perpaduan

SHAH ALAM 21 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perpaduan masih lagi menjadi satu agenda yang perlu terus diperjuangkan oleh setiap kaum agar semua rakyat dapat menikmati suasana yang sebenar-benarnya.

Menurut Perdana Menteri, usaha meningkatkan hubungan erat sesama kaum perlu diteruskan dan bukan setakat ditunjukkan ketika meraikan perayaan sesuatu kaum sahaja.

‘‘Ini (perpaduan berterusan) perlu agar tidak wujud lagi perkara-perkara yang boleh menimbulkan rasa sangsi, gelisah, kurang percaya serta banyak kesan negatif apabila hal berkaitan agama ditimbulkan.

‘‘Saya percaya perpaduan yang ada sekarang ini dapat ditingkatkan dan dibina untuk menjadikan ia lebih hebat dan kuat lagi pada masa akan datang,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Negeri Selangor anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Dalam pada itu, Abdullah menekankan perlunya kemesraan yang ditunjukkan semasa perayaan dilakukan dengan ikhlas.

‘‘Jadi pastikan apa yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri iaitu kesediaan untuk bermesra dan bermaaf-maafan bukan hanya pada Hari Raya saja.

‘‘Ia merupakan satu kerelaan yang ikhlas yang bukan seperti kata (Allahyarham Tan Sri) P. Ramlee, lain di bibir lain di hati. Kita mahu apa yang diucapkan dan dilakukan adalah sama juga di hati,” tambahnya.

Perdana Menteri memberitahu, setiap rakyat di negara ini dapat menyambut perayaan setiap kaum yang dijadikan satu acara nasional kerana wujudnya kemakmuran di negara ini.

‘‘Suasana seperti ini sangat istimewa dan saya harap ia akan kekal selama-lamanya.

‘‘Kita juga menghormati perayaan lain iaitu perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan merupakan satu masa atau ketika untuk kita bergaul dan melahirkan suasana baik dan mesra,” katanya.

Kira-kira 20,000 orang membanjiri stadium pada majlis sambutan itu yang turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Khadijah Ibrahim, Ramli Sarip, Alleycats, Awie dan Mawi.

Usah ambil pendekatan popular – Khairy

REMBAU 21 Okt. – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi ingatan kepada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengambil pendekatan popular sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab.

Katanya, jika mereka mempunyai pendapat tertentu seperti mahukan lebih banyak kerusi pada pilihan raya, ia perlu dibuat melalui saluran dalaman parti.

Menurut beliau, pendapat sedemikian tidak wajar diutarakan secara terbuka melalui pentas perhimpunan agung parti kerana ia merupakan tindakan mencari populariti dan amat mudah dilakukan.

“Saya langsung tidak bersetuju dengan parti komponen yang buat tuntutan seperti Parti Progresif Penduduk (PPP). Saya nasihatkan, kalau ada pendapat daripada Pemuda PPP yang ingin lebih banyak kerusi, ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN.

“Bukan diutarakan dalam suasana perhimpunan agung yang kita semua tahu suasananya mencari populariti, dia mahu lontar idea-idea yang dapat sambutan dari bawah... memang senang dan kita pun (Pemuda UMNO) boleh buat, ramai orang suka dan akan sambut, tetapi kita sebagai pemimpin perlu matang dan jangan main sentimen tanpa tanggungjawab,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda UMNO Bahagian Rembau dan UMNO Cawangan Kampung Gadong di sini hari ini.

Kayveas nafi mengada-ada

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, beliau sedar ada pihak yang melabelnya sebagai mengada-ada dan suka mencari publisiti murahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau juga sedar ada pihak yang menuduhnya dan PPP sebagai ‘pengacau’ di dalam Barisan Nasional (BN).

‘‘Sedangkan suara saya itu mewakili semua peringkat ahli PPP yang seramai 530,222 orang,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung PPP Ke-54 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada perhimpunan itu, PPP memberi gelaran ‘Bapa Pembangunan Angkasa Lepas Malaysia’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas komitmen beliau menempatkan negara dalam teknologi penerokaan angkasa lepas.