Saturday, August 15, 2009
Gobind tolak teori Beng Hock bunuh diri
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 14 Ogos - Peguam Gobind Singh Deo mendakwa teori Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam di sini 'musnah' berikutan ketiadaan kesan tapak kasut dan cap jari di birai serta tepi tingkap berkenaan.
Beliau yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga Beng Hock, menganggap teori Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang itu tidak berasas kerana tidak disokong oleh sebarang bukti.
''Tiada kesan tapak kasut, tiada kesan cap jari. Ia menyebabkan teori kamu musnah. Ini bukan kes bunuh diri atau kes si mati terjun. Pakar forensik polis pun tidak menjumpai kesan-kesan tersebut. Jadi teori kamu silap.
''Teori bunuh diri yang diberitahu kepada mahkamah hari ini adalah berasaskan fakta yang tidak wujud sebab kamu sendiri tidak menjalankan pemeriksaan untuk menyokong teori tersebut,'' tegas beliau hari ini dalam prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini.
Sebelum itu, Khairul yang merupakan saksi inkues ke-10 menunjukkan cara kemungkinan Beng Hock terjun dari tingkap dengan meletakkan kaki kanan dahulu ke atas birai tingkap dan kemudian kaki kiri sebelum menggayakan aksi terjun.
Demonstrasi menggunakan kandang saksi itu dilakukan sekali lagi dengan kaki kanannya dihulurkan keluar sambil punggungnya diletakkan di atas birai tingkap sebelum menghulurkan kaki kiri.
Berikutan itu, Gobind mempersoalkan mengapa tiada kesan tapak kasut atau cap jari sekiranya benar Beng Hock berdiri atau duduk di atas birai tingkap sebelum terjun.
Khairul kemudiannya mengaku beliau tidak nampak sebarang kesan tapak kasut pada birai mahupun bahagian luar tingkap semasa memeriksa tempat kejadian pada 16 dan 22 Julai lalu.
Beliau turut mengaku tidak melakukan ujian cap jari pada tingkap tersebut kerana makmalnya tidak mempunyai peralatan berkenaan.
''Saya ada periksa, mungkin ada tetapi saya tidak nampak. Kesan tapak kasut tidak kelihatan sebab si mati berjalan di atas permaidani dan mungkin debu-debu telah tersapu,'' jelas beliau.
Pada prosiding hari ini, Gobind turut mempersoalkan bagaimana kasut sebelah kiri Beng Hock boleh tertanggal daripada kaki ketika mayatnya ditemui sekiranya ia tidak longgar.
Justeru itu, Gobind membangkitkan teori kemungkinan kasut tersebut dicampak dari bangunan dan bukan jatuh bersama-sama Beng Hock memandangkan tiada kerosakan ketara padanya sebagaimana kasut kanan.
Walaupun mengaku terdapat kemungkinan ia dicampak, Khairul berpendapat, kasut itu boleh tertanggal semasa proses impak jatuh apabila Beng Hock terpelanting dan terjerumus ke depan.
''Kasut boleh tertanggal semasa proses jatuh. Pada pendapat saya, semasa si mati mendarat (terhempas), tekanan lebih kuat kepada kasut sebelah kanan, dan ia meninggalkan kesan.
''Sementara kasut di sebelah kiri, ia berkemungkinan besar tidak tinggalkan kesan kerana ia disokong oleh kaki kanan,'' katanya.
Menjawab soalan lain Gobind, Khairul mengaku tidak mengambil ukuran paras ketinggian antara tingkat 14 dan tingkat lima, saiz kasut, jarak kasut yang terpelanting, tali jam tangan serta jam yang dijumpai berkecai berhampiran mayat mendiang.
Khairul akan menyambung keterangan pada Isnin ini.
Sementara seorang lagi pakar patologi forensik yang dijadual akan memberi keterangan, Dr. Prashant Naresh Samberkar dikatakan masih belum sihat.
Tak pasti Karpal parti mana - Saksi
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Mungkin akibat gementar atau takut, seorang wartawan penyiaran daripada sebuah stesen televisyen tempatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak pasti parti politik mana yang disertai oleh Karpal Singh.
Jawapan yang diberikan oleh saksi pendakwaan kedua, Eliani Mazlan, 26, dari RTM menyebabkan mereka yang berada di dalam dewan mahkamah ketawa dan ada yang menggelengkan kepala.
Karpal yang dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 juga dilihat tersenyum lebar.
''Awak mengundi tak pada pilihan raya lepas?'' tanya peguam bela, Jagdeep Singh Deo yang mewakili bapanya.
''Undi,'' balas saksi.
''Awak mesti bukan dari Pulau Pinang,'' kata Jagdeep yang sekali lagi mengundang tawa dari galeri awam.
Eliani yang merupakan lulusan Sarjana Muda Komunikasi Masa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hanya terdiam dan menundukkan kepalanya selepas itu.
Pada soalan berikutnya yang dibuat berdasarkan transkrip rakaman video sidang akhbar Karpal pada hari kejadian, saksi itu menyatakan, dia tidak pasti sama ada Pengerusi DAP itu seorang yang berprinsip atau sebaliknya.
Dia bagaimanapun bersetuju dengan soalan Jagdeep bahawa Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor akan menyatakan prinsipnya walaupun apa yang dinyatakan menyakiti hati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang pemimpin di dalam Pakatan Rakyat.
Eliani menyatakan demikian semasa pemeriksaan balas oleh Jagdeep pada perbicaraan kes terhadap Karpal yang didakwa menyebut kata-kata menghasut berkaitan Sultan Perak pada satu sidang akhbar di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, di Jalan Pudu Lama di sini, antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari lepas.
Pada prosiding hari ini, Jagdeep sekali lagi ditegur oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah apabila sering meninggikan suara terhadap saksi sehingga Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md. Said terpaksa mencelah.
''Encik Jagdeep, sound (nada suara) jangan tinggi sangat. Jangan jerit pada saksi. Tak perlu, bagi dia jawab dahulu,'' kata Azman.
''Saya tak jerit Yang Arif. Belum jerit lagi,'' kata Jagdeep lalu disambut dengan gelak ketawa dari galeri awam.
Terdahulu, peguam tersebut seolah-oleh 'naik angin' apabila saksi berkenaan asyik menjawab soalan dengan jawapan 'tak ingat' dan 'tak pasti'.
Beliau bertambah berang apabila Eliani menjawab 'tidak perlu' apabila ditanya sama ada dia perlu merujuk kepada rakaman sidang akhbar bagi membantunya menjawab soalan menyebabkan Jagdeep menyatakan saksi perlu lebih serius dalam memberikan jawapannya.
Sementara itu, sewaktu pemeriksaan semula oleh Kamaludin, saksi menyatakan dia tidak membaca dokumen mengandungi nas undang-undang yang diberikan bersama-sama kenyataan akhbar kerana tidak memahaminya.
Dia turut menyatakan pengajiannya di UiTM tidak membabitkan subjek undang-undang.
Saksi turut menjelaskan sela (gap) yang terdapat dalam rakaman tersebut bukan disebabkan ia telah disunting sebaliknya merupakan 'cut waste' yang berlaku apabila jurukamera mengalihkan atau membetulkan kedudukan kamera.
Perbicaraan bersambung 18 Ogos ini.
Pengerusi Kg. Buah Pala diserang
Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.
PULAU PINANG 14 Ogos - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa memukul Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran dengan sebatang besi di hadapan rumahnya di sini malam tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, suspek yang berusia 53 tahun kini ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Malam tadi, Sugumaran, 54, membuat laporan di Balai Polis Jelutong mendakwa dia dipukul seorang lelaki di hadapan rumahnya, kira-kira pukul 8.30 malam.
Dia dipercayai dipukul dengan menggunakan sebatang besi oleh seorang penduduk berusia 53 tahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk.
Sementara itu, menurut Sugumaran, berikutan kejadian itu, dia menerima dua jahitan di kepala.
Namun, kejadian itu tiada kena mengena dengan perjanjian yang ditandatangani penduduk kampung itu dan pemaju, Nusmetro Venture Sdn. Bhd.
Katanya, kejadian yang berlaku juga bukan berpunca daripada salah faham atau perbalahan yang besar.
''Kecederaan yang dialami juga hanyalah kecil sahaja dan tidak ada yang perlu dirisaukan kerana laporan polis sudah dibuat. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut,'' katanya.
Pengerusi Kampung Buah Pala dipukul
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
bhnews@bharian.com.my
Lelaki tak puas hati persetujuan kosong rumah
GEORGETOWN: Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran, 54, cedera di kepala selepas dipukul oleh seorang penduduk dengan sebatang besi di depan rumahnya di sini, malam kelmarin.
Lelaki terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan tindakan Sugumaran yang bersetuju untuk mengosongkan rumah mereka mulai 1 September ini, jika pemaju membayar pampasan kepada penduduk.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata Sugumaran menerima dua jahitan di kepalanya, tetapi keadaannya mungkin lebih parah jika tidak diselamatkan penduduk dalam kejadian jam 8.30 malam.
Beliau berkata, Sugumaran membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong, malam kelmarin dan berdasarkan maklumat itu, polis menahan suspek berusia 53 tahun itu untuk siasatan lanjut.
"Suspek kini ditahan reman seminggu mulai kelmarin untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Siasatan awal mendapati ia ada kaitan dengan surat perjanjian untuk keluar dari rumah masing-masing yang ditandatangani penduduk dalam rundingan bersama pemaju dan polis kelmarin," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ayub berkata, penduduk perlu bertenang sepanjang tempoh penangguhan yang diberikan pemaju dan seharusnya mencari jalan penyelesaian, bukannya memburukkan keadaan.
Sementara itu, Sugumaran ketika dihubungi di sini, semalam berkata, serangan terhadapnya tiada kaitan dengan perjanjian yang ditandatangani penduduk dan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, kelmarin.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku disebabkan salah faham semata-mata dan bukannya perkara besar.
SPRM tahan pembantu Ronnie Liu
Oleh Johari Ibrahim dan Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
WONG (duduk) selepas dikatakan berlaku pergelutan ketika hendak ditahan pegawai SPRM, semalam. |
Pergelutan berlaku apabila suspek enggan ikut arahan
Dalam kekecohan jam 10 pagi itu, Wong cedera di kaki dan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sedang dia mengadu sakit dada.
Kedua-dua pihak membuat laporan polis berikutan insiden itu.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kekecohan berlaku apabila Wong enggan dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan.
Beliau berkata, sepasukan pegawainya mengunjungi pejabat Wong kira-kira jam 9.45 pagi untuk menahannya berhubung siasatan satu kes rasuah.
"SPRM membacakan amaran bertulis sebelum penahanan dan meminta beliau menandatanganinya tetapi beliau enggan sebaliknya mahu membuat aduan polis.
"Berikutan itu, SPRM terpaksa membawa beliau balik ke pejabat tetapi beliau enggan mengikut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan ketika mahu memasuki kereta dan beliau terjatuh," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Bagaimanapun, katanya, selepas kejadian itu, SPRM membenarkan beliau membuat aduan polis selain dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.
SPRM tahan pembantu Ronnie Liu
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, iaitu Wong Chuan How ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 234 projek yang bernilai hampir RM500,000.
Chuan How, ditahan di pejabatnya di pusat khidmat DAP di Sungai Pelek, Sepang dekat sini kira-kira pukul 9.45 pagi ini selepas SPRM mengambil keterangannya.
Difahamkan, sebelum penahanan itu, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Chuan How enggan memberi kerjasama dengan tidak menandatangani notis penahanan serta enggan masuk ke dalam kenderaan SPRM ketika diminta berbuat demikian.
Ahli politik berusia 50 tahun itu juga berpura-pura jatuh ketika menghampiri kereta SPRM dan menuduh pegawai SPRM sengaja menolaknya.
Ekoran tidak berpuas hati, Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu ke Balai Polis Sungai Pelek ditemani peguamnya untuk membuat laporan.
Pada masa yang sama, pegawai SPRM terbabit turut membuat laporan berhubung insiden yang sama.
Difahamkan, Chuan How dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk mendapat rawatan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan penahanan ahli politik itu.
Kes itu, kata beliau, disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penahanan pembantu ahli politik tersebut.
Friday, August 14, 2009
POLITIK : JUMAAT 14 OGOS 2009
TPM hairan kenyataan Nik Aziz
MELAKA13 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hairandengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yangmembiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.
Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz
KUALALUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakansatu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidakberdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.
Kecoh di Kampung Buah Pala
PULAUPINANG 13 Ogos - Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini kembalikecoh dan tegang berikutan tindakan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn.Bhd. (Nusmetro) mahu meneruskan hasrat merobohkan 23 unit rumahpenduduk di situ hari ini.
Pengalaman Mukhriz
KUALALUMPUR 13 Ogos - "Oh, betulkah saya sedang berinteraksi dengan seorangtimbalan menteri?" Itulah salah satu komen yang diterima oleh DatukMukhriz Tun Mahathir apabila beliau menggunakan fungsi laman sembangrangkaian sosial Internet, Facebook untuk berinteraksi dengan rakansiber beliau selama sejam baru-baru ini.
Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?
KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie danpelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebutdibenarkan menghina agama Islam?"
BBPM: Penghina Islamwajar diperangi
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul AzizNik Mat membenarkan pemimpin DAP menghina Islam, membuktikan parti itusanggup berbuat apa sahaja demi menjaga kepentingan politik mereka.
Desakan DAP terhadap Hassan masih kekal
SHAH ALAM 13 Ogos - Walaupun isu penjualan arak di Selangor telahdianggap selesai di peringkat pakatan pembangkang, desakan DAP agarPesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali diambil tindakan disiplinmasih belum ditarik balik.
Pendirian MB Kelantan mengelirukan
SETIU13 Ogos - Pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yangsering berubah-ubah berkaitan hukum agama dikhuatiri boleh menimbulkankekeliruan di kalangan umat Islam.
Pengajian politik UMNO
KOTABHARU 13 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. PuadZarkashi mencadangkan penubuhan Sekolah Pengajian Politik UMNO bagimelahirkan pemimpin politik yang mempunyai pengetahuan meluas dalambidang politik dan undang-undang.
'Nik Aziz jual Islam untuk politik'
MELAKA:Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikapMursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup menghalalkantindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam tanpa memikirkansentimen orang lain hanya kerana pihak yang menghina adalah rakan dalamPakatan Rakyat.
Nik Aziz izin penceramah Pas guna kata-kata keras
MACHANG:Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, membenarkan penceramahparti itu mengeluarkan kata-kata keras terhadap lawan dalam kempenpilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, PulauPinang walaupun berlangsung ketika Ramadan.
Kempen dijangka hangat mulai malam ini
BUTTERWORTH: Pilihan raya kecil Permatang Pasir dijangka hangat mulai malam iniselepas Barisan Nasional (BN) dan Pas menamakan calon masing-masinghari ini.
Tee Keat lapor polis dakwa difitnah
KUALALUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam membuat laporanpolis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB),Datuk Seri Tiong King Sing kerana mendakwa membuat kenyataan berbentukfitnah bahawa beliau menerima RM10 juta untuk kegiatan parti itu, tahunlalu.
Pemaju cabar LPK heret ke mahkamah
KUALALUMPUR: Syarikat pemaju Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala DimensiSdn Bhd (KDSB) mencabar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) mengheretnya kemahkamah sekiranya ada bukti mereka melakukan penyelewengan atautuntutan tidak munasabah membabitkan projek itu.
Penduduk Kampung Buah Pala akur perintah
GEORGETOWN:Selepas beberapa tahun berjuang untuk mendapatkan hak milik tanah diKampung Buah Pala di sini, penduduk akhirnya akur kepada keputusanMahkamah Persekutuan untuk mengosongkan tanah itu, semalam.
Kesan tapak kasut di bawah tingkap
SHAH ALAM 13 Ogos - Kesan tapak kasut berukuran lebih kurang sembilaninci (22.8 sentimeter) ditemui di bahagian bawah tingkap tempatSetiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dipercayai jatuh dandijumpai mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16Julai lalu.
Teori peguam mayat Beng Hock mungkin diseret
SHAHALAM 13 Ogos - Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mungkintelah diseret dari arah sisi sebelum mayat mendiang dijumpai di koridortingkat lima, Plaza Masalam di sini.
Dakwaan berdasar cakap orang
SHAHALAM 13 Ogos - Polis hari ini memaklumkan dakwaan yang dibuat AhliParlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa terdapat Exco Selangorterlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap hanyaberdasarkan cakap-cakap orang.
Tee Keat buat laporan polis terhadap King Sing
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keathari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Eksekutif Kuala DimensiSdn. Bhd. (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing atas kenyataan berbaurfitnah bahawa beliau menerima sumbangan RM10 juta untuk aktiviti partiMCA tahun lalu.
Pasukan khas SPRM siasat skandal PKFZ
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)telah menubuhkan satu pasukan penyiasat yang dianggotai seramai 30anggota berhubung isu rasuah membabitkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ).
DAP Kedah lapor SPRM kes wang
ALOR SETAR 13 Ogos - DAP Kedah hari ini membuat laporan berhubungdakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd.(KDSB), DatukSeri Tiong King Sing terhadap Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa beliautelah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA itu untuk kegunaanbahagian-bahagian parti, tahun lalu.
Inkues Teoh Beng Hock: 'Teoh mungkin diseret dari tepi'
SHAHALAM: Seorang saksi forensik polis memberitahu Mahkamah Koroner di sinisemalam, beliau tidak menolak kemungkinan Teoh Beng Hock diseret atauditarik seseorang dari tepi berikutan ada kesan geseran pada sebelahkanan tapak kasutnya yang ditemui di tempat kejadian.
Tiada kesan pergelutan ditemui di kawasan tingkap
SHAHALAM: Mahkamah Koroner di sini, semalam diberitahu satu kesan menyamaitapak kasut yang tidak begitu jelas ditemui pada bahu tingkap tempatTeoh Beng Hock dipercayai terjatuh melaluinya, di pejabat SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, PlazaMasalam, di sini.
TPM hairan kenyataan Nik Aziz
| |
| MUHYIDDIN Yassin meletakkan balang berisi ikan semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, semalam sambil diperhatikan oleh Noh Omar dan Mohd. Ali Rustam. |
MELAKA 13 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.
Beliau berkata, sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri, Nik Abdul Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.
“Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Abdul Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perbuatan menghina agama sama ada Islam atau bukan Islam tidak harus dilakukan kerana ia boleh merosakkan kestabilan, keamanan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.
“Di Malaysia ini keadaan, negara yang stabil, aman kerana kita menghormati antara lain soal budaya dan agama, kita sudah lama buat, sudah hampir... tak lama lagi 52 tahun negara merdeka, satunya teras ialah menghormati agama, budaya, kaum yang ada dalam negara kita,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya “fatwa” Nik Abdul Aziz itu boleh diguna pakai maka akan berlaku huru-hara dan akhirnya rosak Malaysia.
“Jadi saya percaya, kalau pun untuk raih sokongan, nak popular, soal Islam tidak boleh dikorban, soal maruah dan martabat agama mesti dipertahankan,” katanya.
Katanya, Pas bukan sebuah parti yang mempertahankan agama Islam walaupun pemimpin mereka melaungkan slogan membangun bersama Islam.
“Ini yang saya cukup bimbang pemimpin Melayu yang berkata juara pertahankan Islam tetapi dia tidak menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, bahaya itu.
“Saya nak beri amaran kepada orang Melayu jangan dengar cakap pemimpin Pas yang cakap tidak serupa bikin, dia kata nak membangun bersama Islam tetapi dia buat hal-hal yang membawa kesan buruk kepada masyarakat,” katanya.
Muhyiddin berkata, Nik Abdul Aziz yang dikatakan tokoh agama, sepatutnya memberi amaran atau menasihati kalangan pemimpin DAP terbabit supaya jangan menghina Islam.
Beliau yang bimbang dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu berkata, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan agama. – Bernama
Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.
“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.
“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.
Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam.
“Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.
“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.
“Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.
Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharunya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap.
“Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.
Kecoh di Kampung Buah Pala
Oleh NURUL HUDA HASSAN dan FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
utusanpenang@utusan.com.my
PULAU PINANG 13 Ogos - Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor di sini kembali kecoh dan tegang berikutan tindakan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn. Bhd. (Nusmetro) mahu meneruskan hasrat merobohkan 23 unit rumah penduduk di situ hari ini.
Bagaimanapun, pemaju yang membawa kira-kira 100 pekerja SRE Ventures Contractors bersama dua buah jentolak gagal merobohkan rumah penduduk walaupun cuba berbuat demikian sebanyak dua kali.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih 100 pegawai dan anggota polis yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan juga Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkumpul di kawasan kampung itu seawal pukul 7 pagi.
Pihak polis turut dilihat menempatkan sebuah balai polis bergerak di kampung itu.
Kira-kira pada pukul 9.30 pagi, dua Pengarah Nusmetro iaitu Thomas Chan dan Gary Ho dilihat berbincang dengan pegawai bailif mahkamah dan polis yang berada di kawasan berkenaan.
Sekumpulan pemilik tanah kampung itu yang terdiri daripada ahli-ahli Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang kelihatan turut memantau keadaan dari kawasan Perumahan Kakitangan Kastam Diraja Malaysia.
Percubaan pekerja pemaju untuk memasuki kawasan itu pada kira-kira pukul 10 pagi dan 1 tengah hari dihalang oleh penduduk yang berkumpul di Jalan Kaki Bukit iaitu kira-kira 100 meter daripada laluan masuk ke kampung tersebut.
Kira-kira pukul 12.40 tengah hari, peguam yang mewakili persatuan penduduk, Darshan Singh tiba di lokasi setelah mendapat tahu mengenai operasi tersebut.
Kekecohan ketika itu semakin memuncak apabila penduduk beramai-ramai berbaris dalam keadaan hujan lebat dan menghalang laluan masuk sambil melaungkan 'hidup Kampung Buah Pala' dan poroduvom yang membawa maksud 'kami akan berjuang habis-habisan'.
Selain itu, mereka turut menjerit menanyakan di mana para wakil rakyat pakatan pembangkang yang sebelum ini menabur pelbagai janji untuk menyelamatkan kampung mereka.
Turut kelihatan, banting yang tertera 'Khinzir dan Kubur Mendapat Lebih Perhatian DAP Daripada Kaum India', 'Lim Guan Eng Pengkhianat Kaum India' dan 'Lim Guan Eng Jangan Bodohkan Rakyat Penang Dengan Memberi Maklumat Palsu'.
Keadaan di kawasan itu dilihat semakin panas apabila segelintir penduduk yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak tidak berganjak dari tempat mereka berdiri walaupun hujan agak lebat pada sebelah pagi.
Difahamkan, penduduk juga mengumpul najis lembu sebagai persediaan untuk bertindak balas sekiranya rumah mereka dirobohkan.
Turut kelihatan berada di situ ialah Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tunku Said.
Sejak beberapa minggu lalu, kontroversi Kampung Buah Pala menghiasi dada akhbar berikutan keengganan penduduk berpindah.
Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memerintahkan mereka mengosongkan tanah seluas 2.6 hektar itu bagi membolehkan pemaju dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang membangunkan kawasan berkenaan.
Penduduk enggan berpindah selepas beberapa pemimpin pembangkang dikatakan berjanji dalam kempen pilihan raya umum 2008 lalu untuk membantu mereka jika gabungan pembangkang memenangi pilihan raya itu.
Teoh Beng Hock : Kesan tapak kasut di bawah tingkap
Oleh NORAZLITA MOHD SIES dan NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 13 Ogos - Kesan tapak kasut berukuran lebih kurang sembilan inci (22.8 sentimeter) ditemui di bahagian bawah tingkap tempat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock dipercayai jatuh dan dijumpai mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu.
Pakar forensik, Deputi Supritendan (DSP) Sharul Othman Mansor, 47, berkata, kesan yang tidak begitu jelas itu ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 semasa beliau membuat pemeriksaan pada 19 Julai lalu iaitu tiga hari selepas pasukan forensik Selangor berbuat demikian.
Saksi tersebut yang mengetuai pasukan forensik dari Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu bagaimanapun mengaku tiada sebarang ujian dibuat bagi mengetahui siapa pemilik kesan tapak kasut tersebut.
''Saya ada arahkan jurufoto polis, Koperal Rabaah Ramli mengambil gambar kesan tapak kasut itu,'' kata saksi ke-14 inkues siasatan kematian Beng Hock itu semasa menjawab soalan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan.
Berdasarkan pemeriksaan lanjut di kawasan berhampiran dinding dan tingkap tersebut, beliau tidak menjumpai sebarang kesan lain termasuk kesan kerosakan, calar atau tanda-tanda pergelutan.
Jelasnya, tingkap tersebut tidak berkunci dengan penguncinya telah patah dan kesan skru patah di tapak pengunci yang jelas dapat dilihat dengan mata kasar.
Menurutnya, beliau tidak memeriksa dan mengambil kesan cap jari di bahagian tingkap kerana pasukan forensik Selangor telah berbuat demikian dalam siasatan awal selain kemungkinan tempat itu telah tercemar.
Selain bahagian tingkap, kata Sharul, pasukannya telah membuat pemeriksaan dengan menggunakan polylight bagi mengesan rambut, darah dan cap jari dalam bilik mesyuarat utama di mana Beng Hock ditemu bual.
Katanya, pemeriksaan juga dilakukan di bilik rakaman percakapan Beng Hock dibuat dan sofa tempat bekas wartawan itu makan serta pintu masuk pejabat SPRM.
Kesemua tempat itu, jelasnya, ditunjukkan oleh pegawai penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail.
''Kami juga ada membuat pemeriksaan terhadap kereta jenis Toyota Avanza warna hijau milik mangsa. Bagaimanapun sebagaimana tempat-tempat lain, tiada sebarang bahan bukti dijumpai,'' jelas beliau.
Menurut Sharul, beliau bersama pasukan forensik pergi ke pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam di sini kira-kira pukul 5 petang, 19 Julai lalu selepas mendapat arahan untuk membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Sebelum menjalankan tugas, beliau telah diberi taklimat oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner (ACP) Omar Mamah dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam, Deputi Supritendan (ASP) Kamaruddin Ismail.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas akan bersambung esok dengan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim dijangka menyambung keterangan.
Khairul yang sepatutnya selesai memberi keterangan pada Isnin lalu tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sihat.
Teori peguam mayat Beng Hock mungkin diseret
| |
| GAMBAR laluan ke tingkap di pejabat SPRM yang dipercayai di mana mendiang Teoh Beng Hock terjun dipertontonkan kepada pihak media, semalam. |
SHAH ALAM 13 Ogos - Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mungkin telah diseret dari arah sisi sebelum mayat mendiang dijumpai di koridor tingkat lima, Plaza Masalam di sini.
Itu antara soalan berbentuk teori yang bermain di fikiran peguam Malik Imtiaz Sarwar dan diajukan kepada saksi inkues ke-13, Cif Inspektor Mazli Jusoh, 31, dari cawangan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Pada mulanya peguam itu yang mewakili kerajaan negeri Selangor menunjukkan kasut kanan Beng Hock berjenama Lee Cooper yang terdapat kesan geseran ketara pada tapak kasut.
Malik: ''Setuju bahawa geseran bahagian tapak kasut membawa implikasi yang penting. Adakah kemungkinan si mati telah diseret?''
Mazli: ''Tidak. Ini kerana pada kebiasaannya jika seseorang diseret, ia tidak akan kena pada tapak kasut. Jika diseret dari belakang pula, ia akan tahan kaki dengan tumit kasut.''
Malik: ''Tetapi kalau diseret dari tepi ada kemungkinan?''
Mazli: ''Ada.''
Ketika disoal semula oleh peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia, Mazli memberitahu, tingkap di tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan Plaza Masalam boleh dibuka dengan luas.
Mazli memberi keterangan di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bagi prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari kelapan hari ini.
Saksi itu menganggarkan dengan bukaan tingkap seluas 45 darjah serta kedudukannya yang rendah, seseorang boleh melangkah keluar melalui tingkap tersebut.
Tambahan pula, kata Mazli, beliau tidak melihat sebarang kesan tapak kasut pada bahagian tingkap yang berhabuk dan sekiranya bahagian tersebut dipijak, ia pasti akan meninggalkan kesan.
Selain itu, menurut saksi itu, tiada sebarang kesan geseran dijumpai pada bahagian tepi, kanan dan kiri, depan serta atas kasut Beng Hock.
Sebelum itu, ketika disoal oleh peguam Richard Wee yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, saksi mengatakan seseorang boleh melangkah keluar melalui tingkap tersebut.
Katanya lagi, beliau bukan sahaja tidak menemui serpihan gentian (fiber) daripada seluar Beng Hock yang terkoyak pada bahagian punggung malahan tidak menemui sebarang benda tajam di luar tingkap di tingkat 14, yang boleh menyebabkan ia koyak.
Terdahulu Mazli memberitahu, selepas pemeriksaan dijalankan beliau mendapati pemegang bahagian pengunci tingkap di tingkat 14, telah patah.
Ujar Mazli, beliau telah meminta anggotanya membuat pengesanan cap jari berdasarkan kaedah menggunakan serbuk cap jari tetapi keputusannya negatif kerana keadaan tingkap yang kotor dan berhabuk.
''Selain itu, saya menemui sebatang gigi, kesan lekuk di bahagian lantai koridor tempat mayat Beng Hock ditemui.
''Di pejabat SPRM di tingkat 14, saya membuat pemeriksaan dan mengambil dua calitan menggunakan putik kapas di atas sofa setelah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan, Ahmad Nazri Zainal, di situlah tempat mendiang berbaring (sebelum ditemui mati),'' jelas Mazli.
Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di bangunan tersebut selepas memberi keterangan kepada SPRM sebagai saksi berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.
Dakwaan berdasar cakap orang
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 13 Ogos - Polis hari ini memaklumkan dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa terdapat Exco Selangor terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap hanya berdasarkan cakap-cakap orang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, keterangan yang diambil daripada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 16 Julai lalu tidak banyak membantu siasatan.
Menurut beliau, bagi mendapatkan lebih banyak maklumat, pihaknya terpaksa membuat siasatan lebih mendalam dengan memanggil ramai saksi lain termasuk kakitangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.
"Keterangan yang diberi oleh Choo Keong tidak banyak membantu kerana ia hanya berdasarkan hear say.
"Jadi kita masih mendalami siasatan kes ini dan akan memanggil lebih ramai saksi kerana maklumat yang ada tidak mencukupi. Bagaimanapun, siasatan kes ini akan tetap diselesaikan," kata beliau ketika ditemui pada Seminar Pelaburan Selangor 2009 di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan dakwaan Choo Keong mengenai terdapat Exco Selangor terlibat dan mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.
Pada 16 Julai lalu, polis mengambil keterangan Choo Keong berhubung dakwaannya itu yang disiarkan menerusi laman blog, http://weechookeong.blogspot.com dan dilaporkan dalam media.
Siasatan kes tersebut dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia.
Tee Keat buat laporan polis terhadap King Sing
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing atas kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau menerima sumbangan RM10 juta untuk aktiviti parti MCA tahun lalu.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Cheras pada pukul 10.30 pagi ini.
Tee Keat yang juga Presiden MCA meminta King Sing menarik balik kenyataan itu dalam tempoh tujuh hari setelah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) itu mendakwa memberi sumbangan berjumlah RM10 juta kepada MCA.
Menurut Tee Keat, laporan polis itu dibuat bagi membersihkan nama serta reputasi beliau atas tuduhan yang dilemparkan King Sing melibatkan isu sumbangan itu serta pembangunan di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Saya menafikan sekeras-kerasnya MCA menerima RM10 juta daripada King Sing. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali dan menjejaskan nama baik saya sebagai Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA.
"Saya minta King Sing menarik balik kenyataan berbaur fitnah itu dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari atau berhadapan tindakan undang-undang," tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA Jalan Ampang di sini hari ini.
KDSB merupakan pemaju siap guna PKFZ yang kini sedang disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal PKFZ.
Menurut Tee Keat, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang King Sing daripada mengeluarkan sebarang kenyataan di media cetak dan elektronik.
"Motif dan niat individu itu cuba menjejaskan imej Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berhubung isu PKFZ," ujarnya.
Dalam pada itu, Tee Keat menolak dakwaan beliau menggunakan pesawat khas KDSB sebanyak lima kali dengan kos penerbangan melibatkan AS$40,000 (RM140,000).
"Saya kebiasaannya boleh menaiki pesawat komersial untuk pergi ke Sarawak, disebabkan kesuntukan masa dalam urusan kerja dan lambat untuk membuat tempahan tiket penerbangan, ia merupakan pilihan terakhir saya untuk mencari perkhidmatan penerbangan lain termasuk menggunakan perkhidmatan pesawat KDSB.
"Dakwaan KDSB berhubung bayaran tertunggak itu, mereka disaran mengemukakan invois itu kepada Kementerian Kewangan," katanya.
Sementara itu, King Sing ketika dihubungi hari ini berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Presiden MCA yang menerima sumbangan RM10 juta daripadanya.
"Saya tidak akan tarik balik kenyataan saya, kenapa saya perlu untuk menarik balik kenyataan itu, saya juga mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Tee Keat. Dia boleh meneruskan usaha untuk mendakwa saya di mahkamah," katanya.
"Saya menderma wang untuk parti MCA bagi menyatukan ahli-ahli mereka dan berkhidmat untuk rakyat. Saya menawarkan sekeping cek tetapi Tee Keat meminta supaya dilunaskan dalam wang tunai kerana ia mudah diproses," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.
Pasukan khas SPRM siasat skandal PKFZ
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan satu pasukan penyiasat yang dianggotai seramai 30 anggota berhubung isu rasuah membabitkan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pasukan siasatan itu telah menyiasat sebarang unsur melibatkan amalan rasuah dan penyelewengan dalam projek tersebut.
Katanya, pasukan itu yang ditubuhkan sejak beberapa minggu lalu berikutan terdapat dakwaan daripada pasukan petugas PKFZ bahawa jutaan ringgit telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju utama projek itu, Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (Kuala Dimensi) dikaitkan dengan unsur-unsur penyelewengan.
"Kita akan siasat semua laporan dan dakwaan berkaitan rasuah dalam projek ini termasuk dakwaan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing bahawa beliau memberi sumbangan RM10 juta untuk aktiviti parti MCA tahun lalu.
"Siasatan kini sudah bermula dan kita memanggil mereka yang terlibat dalam laporan dan dakwaan dalam kes ini. SPRM juga meminta semua pihak yang dipanggil agar memberi kerjasama supaya siasatan dapat berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kerajaan pada Mei lalu memutuskan untuk meneruskan pembangunan di PKFZ walaupun dilaporkan wujud kelemahan urus tadbir oleh syarikat juruaudit, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC).
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam memberitahu, mereka akan memanggil wakil Kuala Dimensi untuk memberi keterangan berhubung skandal PKFZ dalam tempoh dua minggu.
PKFZ : DAP Kedah lapor SPRM kes wang
ALOR SETAR 13 Ogos - DAP Kedah hari ini membuat laporan berhubung dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn. Bhd.(KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing terhadap Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA itu untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, tahun lalu.
Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibuat oleh Setiausaha DAP negeri, Lee Guan Aik tengah hari ini di ibu pejabat SPRM Kedah di Anak Bukit.
Guan Aik ketika ditemui pemberita berkata, DAP mahu SPRM menjalankan siasatan segera dan secara terperinci mengenai dakwaan berkenaan.
"Kita minta SPRM mendapatkan maklumat dan bukti daripada King Sing, kerana kes ini dilihat sebagai penipuan jika benar wang tersebut diminta atas tujuan parti tetapi disalahgunakan," katanya.
Semalam, King Sing dilaporkan mendakwa, beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Tee Keat yang merupakan Menteri Pengangkutan pada tahun lalu.
Apa beza UMNO dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?
KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"
Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.
Katanya,, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak mahu membantah tindak-tanduk pemimpin DAP dengan alasan parti tersebut bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap agama suci itu tidak mendalam adalah alasan yang terlalu rapuh.
''Apa istimewanya DAP di mata Pas dan Nik Abdul Aziz sedangkan Salman diburu dan nyawanya difatwakan halal dibunuh kerana menghina al-Quran.
''Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula kecewa dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam dan menyifatkan kenyataan itu sebagai meragukan.
"Saya terkejut membaca kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam boleh menghina Islam apatah lagi kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin parti yang berlabelkan Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam.
"Setahu saya orang Islam tidak boleh menghina orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak boleh menghina Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setidak-tidaknya Nik Abdul Aziz perlu menegur pemimpin DAP jika beliau benar-benar mahu menjaga kesucian Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menegaskan, semua pihak harus sedar bahawa perbuatan seperti itu bukan setakat menghina individu tertentu, tetapi ia sebenarnya menghina Allah.
''Dalam konteks hubungan antara agama, kita tidak dibenarkan membuat penghinaan. Oleh itu, jika berlaku penghinaan terhadap Islam, kita wajib mempertahankannya kerana yang dihina itu bukan setakat individu tertentu, tetapi adalah Allah,''
Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.
''Kenyataan Nik Abdul Aziz itu seolah-olah menunjukkan beliau mahu menggadai agama Islam demi kepentingan mereka termasuk mengatakan orang bukan Islam boleh menghina Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan jentera membajak dan menuai kepada pesawah di Kampung Parit Penghulu Benteng di sini hari ini.
Selain itu, katanya lagi, Mursyidul Am Pas tersebut sepatutnya memahami perbuatan DAP yang jelas menghina agama Islam sekali gus bertentangan dengan hak kebebasan beragama di negara ini.
''Dalam hak kebebasan beragama, kita dilarang untuk mengatakan perkara yang tidak baik dan tidak sesuai tentang agama lain.
''Saya hairan bagaimana Nik Abdul Aziz boleh membuat kenyataan itu, malah beliau juga pernah menyatakan sejak Pas dan DAP berkawan, DAP boleh membawa al-Quran dan untuk itu, mereka sudah memahami Islam," katanya.
Maknanya sekarang, UMNO juga sama dengan Salman Rushdie?
Desakan DAP terhadap Hassan masih kekal
SHAH ALAM 13 Ogos - Walaupun isu penjualan arak di Selangor telah dianggap selesai di peringkat pakatan pembangkang, desakan DAP agar Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali diambil tindakan disiplin masih belum ditarik balik.
Pengerusi DAP negeri, Ean Yong Hian Wah berkata, setahu beliau desakan yang diutarakan oleh timbalannya, Tony Pua itu masih kekal.
Menurut beliau, cadangan agar diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan perkara itu juga satu perkara yang perlu.
''Setahu saya perkara itu (desakan) masih kekal kerana ia masih belum dibincangkan.
''Mengenai jawatankuasa disiplin, sepatutnya perlu ada mekanisme untuk menjadi garis panduan bagi mengawal atau mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pemimpin pembangkang yang melanggar disiplin," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui pada persidangan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Negeri itu memberitahu, desakan yang dibuat Tony sebenarnya di luar pengetahuannya tetapi ia tidak melanggar prinsip parti.
''Bagi saya desakan itu hanya pendapat personal beliau tetapi itu tidak menjadi kesalahan dalam parti," katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa disiplin tersebut berkata, jika ditubuhkan, ia akan menjadi tempat parti komponen pakatan pembangkang melapor atau menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati antara mereka.
Ujar beliau, penubuhannya bagaimanapun bukan bertujuan untuk menghukum tapi lebih kepada medan perbincangan antara parti dalam pakatan pembangkang.
Pendirian MB Kelantan mengelirukan
SETIU 13 Ogos - Pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering berubah-ubah berkaitan hukum agama dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sikap Nik Abdul Aziz yang tidak konsisten termasuk dalam isu penghinaan terhadap Islam oleh DAP jelas boleh memesongkan fahaman dalam Islam.
Beliau turut mempertikaikan keupayaan parti tersebut untuk menegakkan hukum hudud sedangkan pendirian pemimpinnya masih tidak tetap dan berubah-ubah.
"Kita bimbang, penghinaan terhadap agama (oleh DAP terhadap Islam) telah dihalalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim di sini hari ini.
Shafie mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana bagi Menteri Besar Kelantan itu, DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka mengenai Islam tidak mendalam.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan kesuciannya telah disalahertikan oleh bukan Islam.
Bercakap perkara sama ketika berucap pada majlis itu, Shafie dengan sinis berkata, pemimpin Pas hanya tahu apa yang berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan masalah dalaman yang melanda parti pembangkang dipandang sebelah mata.
"Dia tak nampak apa yang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat, atau apa yang DAP atau Pas buat.
"Mereka tak pula mempersoalkan pendirian Anwar yang masih membisu berhubung isu arak di Selangor," ujarnya.
Pengajian politik UMNO
KOTA BHARU 13 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi mencadangkan penubuhan Sekolah Pengajian Politik UMNO bagi melahirkan pemimpin politik yang mempunyai pengetahuan meluas dalam bidang politik dan undang-undang.
Menurutnya, sekolah itu berperanan sebagai pusat untuk semua ahli yang berjawatan dari peringkat cawangan sehingga Parlimen menambah ilmu pengetahuan, memantapkan kepimpinan serta melatih mereka menjadi pemidato yang baik.
Katanya, ia akan dapat membantu pemimpin parti berdebat di Parlimen berpandukan fakta bukannya didorong emosi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat seorang pelajar yang menjadi mangsa rogol sebelum ditikam dan disimbah asid oleh bapa tirinya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.
Thursday, August 13, 2009
POLITIK : KHAMIS 13 OGOS 2009
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis akan memanggil Ketua Pemuda Sosialis DAP,Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, dalam masaterdekat berhubung kenyataan mereka yang menghina Islam.
Lucut kerakyatan hina raja – Mufti
PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkankumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yangmenjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.
Hormati undang-undang - PM
PUTRAJAYA12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengertian patriotismediperluaskan dengan setiap warganegara harus memiliki cakupan nilai danperangai yang baik serta menghormati undang-undang
4 nama disebut bakal calon BN
BUKIT MERTAJAM 12 Ogos - Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh,Rohaizad Othman adalah antara yang disebut-sebut akan menggalas tugassebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Perhimpunan laungkan Anwar pengkhianat esok
JOHORBAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunanraksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DatukSeri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat,dekat sini Jumaat ini.
Kayveas diisytihar Presiden sah PPP
PUTRAJAYA12 Ogos - Datuk M. Kayveas diisytiharkan sebagai Presiden PartiProgresif Penduduk (PPP) yang sah selepas siasatan mendalam dilakukanoleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pengikut Murugiah boleh kembali
PUTRAJAYA 12 Ogos - Sebaik sahaja diisytiharkan Presiden PartiProgresif Penduduk (PPP) yang sah, Datuk M. Kayveas hari ini memintasemua pengikut Senator Datuk T. Murugiah kembali ke pangkuan PPP.
'Saya akan saman ROS'
PUTRAJAYA 12 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator Datuk T. Murugiah akan menyaman Pendaftar Pertubuhan (ROS)berikutan pemecatan keahliannya dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).
Berhenti pecah belah orang Melayu - Rozali
KOTA BHARU 12 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk SeriAnwar Ibrahim didesak supaya berhenti daripada memecahbelahkanperpaduan orang Melayu di negara ini.
Pemimpin perlu berani jawab
JOHOR BAHRU 12 Ogos - "Sebagai seorang ahli politik, kita harus beranimenjawab segala isu sebagai seorang ahli politik dan bukannya mengambiljalan menyaman orang lain."
Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam
KOTA BHARU 12 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidakmembantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana partiitu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidakmendalam.
Ahli UMNO sabotaj jentera BN akan dipecat
BUKIT MERTAJAM 12 Ogos - UMNO akan memecat mana-mana pemimpin atauahlinya yang mensabotaj jentera parti dalam kempen Pilihan Raya KecilDewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
Ambil iktibar sikap DAP
BUKIT MERTAJAM 12 Ogos - Penyokong Pas di Permatang Pasir perlumengambil iktibar daripada sikap dan tindak-tanduk pemimpin DAP yangsemakin berani mencabar prinsip perjuangan Islam yang dipertahankanparti itu selama ini.
Mat Sabu calon Pas?
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pas dijangka mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada Khamis ini.
Hormati Ramadan semasa kempen
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan RayaKecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dinasihatkan sentiasamenjaga adab dan tatasusila bagi menghormati bulan Ramadan.
'Saya tidak akan tunduk ugutan DAP'
SHAHALAM 12 Ogos - Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali (gambar)menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada ugutan DAP yang menggesapucuk pimpinan kerajaan negeri mengambil tindakan disiplin ke atasdirinya berhubung isu penjualan arak.
Peniaga bodoh jual arak di kawasan majoriti Islam - Khalid
SHAHALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimhari ini melabelkan pengusaha premis perniagaan yang menjual arak dikawasan majoriti Islam sebagai bodoh.
Pas sokong keputusan Kerajaan Selangor
SHAHALAM 12 Ogos - Pas Selangor menyokong keputusan kerajaan negeri supayasemua premis perniagaan di negeri itu melaksanakan konsep kawalansendiri bagi membanteras penjualan arak kepada orang Islam dan bawahumur.
Pas tak bantah DAP hina Islam
KOTABHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantahtindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukanparti Islam, dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itumungkin tidak mendalam.
SPR jumpa kementerian bincang H1N1
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pertemuan denganKementerian Kesihatan untuk mendapatkan nasihat berhubung situasisemasa jangkitan Influenza A (H1N1) sebelum penamaan calon pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Isninini.
BN tanding untuk menang kerusi DUN Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Barisan Nasional (BN) akan turun bertanding pada pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir untuk memenangikerusi itu, bukan sekadar mengurangkan majoriti undi calon Pas.
Kasitah bebas
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi,Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dilepas dan dibebaskan oleh MahkamahTinggi di sini daripada tuduhan rasuah dan melakukan penipuan, hampir13 tahun lalu.
Kelibat Beng Hock dalam CCTV
SHAHALAM 12 Ogos - Meskipun raut wajah Teoh Beng Hock tidak dapat dilihatmenerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Masalam namunberdasarkan bentuk badan dan pakaian, mendiang dikenal pasti masukmelalui lobi tingkat empat, bangunan itu pada pukul 6.08 petang, 15Julai lalu.
Pegawai penyiasat 'terlupa' catat butiran pegawai SPRM
SHAH ALAM 12 Ogos - Seorang pegawai penyiasat polis mengaku terlupauntuk mengambil butir-butir peribadi beberapa pegawai SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan bahawa mayat TeohBeng Hock yang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini pada16 Julai lalu adalah saksi mereka.
Inkues diteruskan tanpa ikut kronologi senarai saksi
SHAH ALAM 12 Ogos - Prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hockyang masuk hari ketujuh diteruskan tanpa mengikut kronologi ekorankeadaan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Dr. Khairul AzmanIbrahim yang asyik terbatuk-batuk sejak semalam mengadu semakin tidaksihat hari ini.
Karpal sebut kata menghasut
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahubahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh telah menyebut kata-kata yangmempunyai kecenderungan menghasut berkaitan Sultan Perak pada sidangakhbarnya, semasa pergolakan politik di negeri Perak ketika itu.
Hasrat Munawar ditolak
PUTRAJAYA 12 Ogos - Bekas penulis ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr.Munawar Ahmad Anees gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Rayuanagar merit rayuan terhadap kes liwatnya 11 tahun lalu didengar diMahkamah Tinggi.
Kasitah bebas 2 tuduhan rasuah
KUALALUMPUR: Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri KasitahGaddam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalamatas dua tuduhan rasuah dan menipu membabitkan 16.8 juta saham, pada 13tahun lalu.
Loke, Ooi dipanggil kes hina Islam, Sultan Perak
KUALALUMPUR: Polis akan memanggil Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook dan AhliParlimen Jelutong dari parti sama, Jeff Ooi untuk disoal siasatberhubung dakwaan menghina Islam dan Kesultanan Perak.
Kayveas didapati sah Presiden PPP
PUTRAJAYA:Siasatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati, Datuk M Kayveasmasih Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah berdasarkanpemilihan majlis tertinggi parti itu bagi sesi 2005-2010 padaPerhimpunan Agung parti itu pada 2 Oktober 2005.
Penyiasat tak buat catatan
SHAHALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu,tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat SuruhanjayaPencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh.
Wednesday, August 12, 2009
POLITIK : RABU 12 OGOS 2009
KOTABHARU 11 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak perlu berterusanmeminta pemimpin pembangkang yang menghina Islam meminta maafsebaliknya mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap individuterbabit.
Atasi tindakan menghasut
PUTRAJAYA 11 Ogos - Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yangmencemuh, memperli dan menghina Islam sehingga mewujudkan situasiberbau hasutan kerana undang-undang, sedia ada mencukupi untukmengatasi masalah itu.
GMP gesa Kementerian Dalam Negeri ambil tindakan tegas
IPOH11 Ogos - Gagasan Melayu Perak (GMP) menggesa Kementerian Dalam Negeri(KDN) mengambil tindakan tegas ke atas penulis-penulis blog yangsemakin biadap dan berani menghina agama Islam, orang Melayu daninstitusi raja.
Boleh cetus rusuhan kaum - NGO
KUALALUMPUR 11 Ogos - Semua pihak di negara ini terutama para pemimpinpolitik diingatkan supaya tidak mengeluar sebarang kenyataan yang bolehmengundang reaksi negatif terhadap agama dan bangsa lain.
Paria: Pengundi lapor polis
KULIM11 Ogos - Beberapa penduduk yang mendakwa mewakili pengundi DewanUndangan Negeri (DUN) Kulim hari ini membuat laporan polis terhadapwakil rakyat mereka, Lim Soo Nee kerana menyamakan kerajaan BarisanNasional (BN) sebelum ini sebagai 'paria'.
Kerajaan PP 'bapak perompak'
PULAUPINANG 11 Ogos - Kerajaan negeri hari ini diselar kerana berterusanmenggunakan perkataan 'perompak' yang ditujukan kepada Barisan Nasional(BN) dan menyalahkannya berhubung isu Kampung Buah Pala.
11 ADUN BN keluar Dewan
PULAUPINANG 11 Ogos - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kecoh hari iniapabila kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) bertindak keluar Dewan kerana membantah dua isu berbeza.
Masyarakat Islam kecewa cadangan kerajaan Selangor guna wang zakat
SHAH ALAM 11 Ogos - Masyarakat Islam di negeri ini sedih dan kecewadengan cadangan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimbaru-baru ini yang mahu menggunakan hasil pungutan wang zakat yangdisalurkan ke Baitumal untuk menampung kos pentadbiran negeri.
MB tunduk kehendak bukan Islam
KUALA SELANGOR 11 Ogos - Para penduduk Kampung Pasir Tuntung, Jeram disini kecewa dengan sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimyang seolah-olah membelakangkan hukum agama apabila membenarkanpenjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam di negeri ini.
Pemuda Perak kecam DAP
IPOH 11 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini berdemonstrasi diPejabat DAP Perak di sini bagi mengecam tindakan Ketua Pemuda SosialisDAP (DAPSY), Loke Siew Fook menghina Islam, Sultan Perak, Sultan AzlanShah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam blognyabaru-baru ini.
BN umum calon Permatang Pasir Jumaat ini
PUTRAJAYA11 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkancalon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 14 Ogos ini.
Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatanpembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isupenjualan arak.
'Jaga adab ketika berkempen'
KUALALUMPUR: Semua parti perlu mengadakan kempen pilihan raya secara sihatdan penuh beradab untuk menjaga kemuliaan Ramadan, kata Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Tuduhan pengkhianat bangsa berbaur perkauman: Anwar
PETALINGJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahimmenyalahkan pemimpin Umno atas sebarang insiden buruk yang mungkinberlaku akibat kenyataan yang melabelkan beliau sebagai pengkhianatbangsa Melayu.
11 Adun BN keluar Dewan bantah pindaan akta
GEORGETOWN:Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) keluarDewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dua kali semalam kerana membantahtindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat meminda Akta Kerajaan Tempatandan tidak membenarkan undian bagi satu rang undang-undang lain.
Kerajaan tunggu laporan adili pihak sebar hasutan
KUALALUMPUR: Kerajaan memantau laman blog terutama berbaur hasutan danmenghina Islam oleh pemimpin pembangkang yang kini tersebar luas diinternet sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
Polis siasat blog hina Islam, Raja
KUALALUMPUR: Polis memulakan siasatan terhadap kenyataan berbaur hasutan danmenghina Islam disebarkan menerusi laman blog beberapa pemimpinpembangkang yang boleh membangkitkan ketegangan kaum.
30 NGO, Pemuda Umno Perak sokong Muhyiddin
IPOH:Kira-kira 1,000 ahli mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) danPemuda Umno Perak mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam,menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelDatuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.
Pertandingan dijangka empat penjuru
GEORGETOWN: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangkamenyaksikan pertandingan empat penjuru dengan penyertaan seorang calonBebas dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
BBPM sedia pertahan hak orang Melayu
KUALALUMPUR: Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) mengisytiharkan'perang' terhadap pengkhianat bangsa dan sedia berjuang demimempertahankan hak orang Melayu serta Kesultanan Melayu daripadadicabul pengkhianat.
Pas kena cermin diri sebelum bertanding: Lim
GEORGETOWN: DAP menjangka Pas akan menghadapi laluan sukar berdepan calon BarisanNasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Permatang Pasir, 25 Ogos ini.
BN sedia patuhi syarat SPR di Permatang Pasir
PUTRAJAYA:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminanBarisan Nasional (BN) akan mematuhi semua syarat Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN),Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 25 Ogos ini.
Punca kematian Beng Hock
SHAH ALAM 11 Ogos - Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hockdisahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan berganda setelahterjatuh dari tempat tinggi selepas mayatnya dibedah siasat hampir limajam oleh dua pakar patologi.
'Bukan darah sama sekali'
SHAHALAM 11 Ogos - Tiada sebarang elemen baru diperoleh daripada hasilsiasatan semula pakar forensik dan ahli kimia tempatan serta luarnegara terhadap kesan yang dijumpai di pejabat Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 dan tingkat 15, Plaza Masalam disini semalam.
Gobind persoal guna bahasa Melayu
SHAHALAM 11 Ogos - Para peguam pemerhati inkues siasatan kematian Teoh BengHock hari ini mempersoalkan tindakan Pakar Perunding Kanan PerubatanForensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim memberi keterangan dalam bahasaMelayu sedangkan laporan bedah siasat disediakan dalam bahasa Inggeris.
Anwar mohon pendakwa raya dikecualikan daripada pendakwaan
KUALALUMPUR 11 Ogos - Selepas tiga permohonan dikemukakan, Penasihat PartiKeadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkansatu lagi permohonan berkaitan kes liwat bekas pembantunya.
Polis kenal pasti 6 cap jari di surat ugutan
RAWANG11 Ogos - Polis telah mengenal pasti enam cap jari individu pada suratberbaur ugutan yang dihantar kepada Ketua Pesuruhjaya SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdanbaru-baru ini.
'Tiada kesan pertahankan diri'
SHAHALAM: Seorang pakar forensik memberitahu Mahkamah Koroner di sinisemalam, bedah siasat yang dilakukannya terhadap mayat Teoh Beng Hockmendapati beliau mati disebabkan mengalami kecederaan berganda selepasjatuh dari tempat yang tinggi.
Pengerusi LPK lapor polis tuntutan tak munasabah
KLANG: Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng membuatlaporan polis terhadap pemaju utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan penasihat projek itu, BTA Architectsdipercayai kerana tuntutan tidak munasabah antara RM500 juta hingga RM1bilion untuk projek itu.
Enam cap jari pada surat ugut bunuh
KUALALUMPUR: Polis menemui enam kesan cap jari pada surat ancaman bunuhkepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, minggu lalu.
