Saturday, June 27, 2009

Jangan pandang rendah pada BN - Nasrudin

Jangan pandang rendah pada BN - Nasrudin

KUALA LUMPUR 26 Jun - Dewan Pemuda Pas mengingatkan semua jenteranya yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berasa selesa atau memandang rendah keupayaan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebaliknya jentera yang dilancarkan pada 19 Jun lalu itu harus meletakkan saingan antara Pas dan BN pada kedudukan seimbang supaya gerak kerja pilihan raya sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

Beliau berkata, meskipun Pas yakin boleh mempertahankan kerusi itu, ia bukan bermakna jentera Pas khususnya Pemuda boleh mengabaikan tugas mereka.

"Dalam pilihan raya macam-macam keputusan boleh berlaku. Itu yang menyebabkan saya meletakkan peluang antara Pas dengan BN di Manek Urai seimbang 50-50 supaya kita sentiasa bersiap sedia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Manek Urai merupakan kubu kuat Pas dan parti itu tidak pernah tewas sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini kecuali pada 2004.

Bagaimanapun pada 2008, kerusi itu kembali kepada Pas, apabila Ismail bertanding semula dan menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Pada 22 Mei lalu, Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kerana pelbagai komplikasi jantung.

Beri peluang BN buktikan janji

Beri peluang BN buktikan janji


MANEK URAI: Pengundi Manek Urai digesa memberi peluang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) membuktikan janjinya membawa lebih banyak kebaikan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan memberi kemenangan pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata pengundi Manek Urai tidak akan mengalami sebarang kerugian kerana dalam sejarah pilihan raya kecil selama ini, BN membuktikan ia menunaikan janji yang dibuat dan jika tidak dikota, pengundi boleh menukar semula pada pilihan raya umum akan datang yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

"Hakikatnya, jika Pas menang di Manek Urai kali ini, ia tidak merubah apa-apa keadaan kerana Kerajaan Pas Kelantan sedia ada akan terus kekal dan kehidupan masyarakat setempat juga kembali seperti biasa,” katanya di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini semalam.

Umno sasar pemilih muda Manek Urai

Umno sasar pemilih muda Manek Urai

Oleh Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

Gerakan Prihatin Desa usaha buru kemenangan

KUALA KRAI: Seramai 3,020 pengundi berusia bawah 40 tahun yang berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai menjadi sasaran utama kempen Pemuda Umno menerusi gerakan Pemuda Prihatin Desa yang dilancarkan semalam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya sudah mengenal pasti semua pengundi muda untuk didekati sepanjang tempoh kempen dalam usaha menjana kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

"Untuk tujuan itu, kami menggerakkan kira-kira 1,000 petugas tetap kempen yang terdiri Pemuda Umno bahagian Kuala Krai dan seluruh Kelantan, menerusi program bengkel motosikal, ziarah rumah ke rumah, sukan, mendampingi masyarakat setempat serta bergotong royong di masjid dan surau.

"Semua Exco Pemuda Umno termasuk saya sendiri, akan bermalam dengan keluarga angkat di Manek Urai sambil menjalankan program yang dirancang. Pendekatan ini akan digunakan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil ini," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau program bengkel motosikal yang dianjurkan Pemuda BN di Laloh, dekat sini, semalam. Turut hadir Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Sempena program itu, kira-kira 300 penduduk setempat keluar bersama motosikal masing-masing untuk mendapatkan kemudahan servis percuma oleh sembilan mekanik yang disediakan Pemuda BN dengan kerjasama Waziboys yang diketuai oleh bekas Juara Cubprix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid.

Selepas meninjau program itu, Khairy turut meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra sambil bertemu peniaga dan orang ramai yang mengunjungi pasar minggu di Kampung Laloh. Malah, Khairy turut melawat dan bertemu petugas Pas di markas berhampiran.

Khairy berkata, beliau sudah mengarahkan semua petugas jentera pilihan raya Pemuda Umno yang menyertai kempen ini supaya menyesuaikan diri dengan sensitiviti penduduk tempatan.

Katanya, beliau sendiri akan memantau kehadiran jentera petugas dari luar Kelantan bagi memastikan mereka yang datang benar-benar menjalankan tugas membantu kempen pilihan raya.

Hasrat satukan kaum India

Hasrat satukan kaum India

KUALA LUMPUR 26 Jun - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam hari ini berkata, hasratnya bertanding merebut kerusi itu pada pemilihan parti itu 12 dan 13 September ini bertujuan menyatukan kaum India dan anggota MIC khususnya.

Katanya, ia juga sebagai usaha penting beliau untuk mengembalikan semula kerusi MIC yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas.

"Kita perlukan seorang timbalan yang dapat mengembalikan kekuatan parti, menyuntik keyakinan dalam masyarakat India bahawa MIC masih relevan dan yang mampu memainkan peranannya dengan berkesan, bukannya seorang timbalan yang hanya berselindung," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Nesa Serbaguna Berhad di sini hari ini.

Mengenai hubungan beliau dengan Presiden Parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, Subramaniam berkata, tiada pergeseran antara mereka. - BERNAMA

Adun Sementa fail saman malu isu PKFZ

Adun Sementa fail saman malu isu PKFZ


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil akan memfailkan saman malu terhadap beberapa pihak berikutan laporan juruaudit, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) yang mengaitkan namanya dalam isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, saman yang akan dikemukakan dalam masa terdekat bertujuan membersihkan namanya yang didakwa tercemar kerana laporan itu disifatkannya sebagai tidak adil dan satu penganiayaan.

Beliau mendakwa laporan yang diedarkan untuk tatapan umum oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada 28 Mei lalu itu menyebabkan kredibilitinya sebagai pemimpin tercalar akibat digambarkan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kemelut PKFZ.

“Sebelum laporan itu diedarkan, saya tidak dipanggil oleh mana-mana pihak sama ada oleh PwC atau LPK untuk memberi keterangan. Saya juga tidak pernah dipanggil selepas laporan dikeluarkan tetapi nama saya sudah busuk akibat persepsi rakyat. Saya tahu kesan negatif akibat laporan itu.

“Saya tahu juruaudit yang dilantik mungkin tidak boleh disaman tetapi kalau laporannya lebih banyak berbentuk fitnah, bagi saya ia tidak adil dan kebenaran perlu dicari,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ketika ini, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan menyaman PwC, LPK dan beberapa individu tertentu yang mengeluarkan kenyataan dan disiarkan pihak media.

Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Kapar berkata, beliau atas nasihat peguam buat pertama kali membuat kenyataan media bagi menafikan sekeras-kerasnya ada kepentingan dalam isu PKFZ seperti laporan PwC.

Beliau menjelaskan tidak ada sebarang asas membolehkan PwC membuat rumusan bahawa kedudukannya mahupun pertanyaan yang dibangkitkan pada satu mesyuarat bulanan Lembaga LPK pada 24 Oktober 2001 mengenai pembelian langsung tanah oleh LPK berpotensi membangkitkan konflik kepentingan.

Pemuda UMNO ajak muzakarah

Pemuda UMNO ajak muzakarah

KUALA LUMPUR 26 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO sekali lagi menyatakan komitmen untuk terus mengadakan muzakarah dengan Dewan Pemuda Pas demi kepentingan negara dan ummah.

Ketua Penerangannya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi tujuan itu pihaknya bersedia memulakan langkah tersebut pada bila-bila masa.

Beliau berkata, secara sedar atau tidak, orang Melayu di negara ini telah melihat keperluan meneruskan usaha muzakarah antara UMNO dan Pas bagi tujuan perpaduan.

"Ini semua ada kaitan dengan kebimbangan pemimpin kita seperti Naib Presiden (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bahawa perpecahan akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.

"Bagi Pemuda, malapetaka kepada kehilangan kuasa mesti dielakkan dan perubahan landskap politik mesti diterjemah kepada usaha memulihkan semangat dan perpaduan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ingatan Hishammuddin semalam bahawa kuasa orang Melayu akan hilang selama-lamanya jika perpecahan yang berlaku sekarang dibiarkan berterusan.

Ia reaksi kepada kekecewaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengulas kenyataan Harussani itu semalam juga sama yakin terdapat sebahagian besar ahli Pas ingin melihat sekurang-kurangnya berlaku muzakarah antara UMNO dan Pas.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bermuzakarah secara terbuka dengan Pemuda UMNO dan satu surat rasmi akan dihantar dalam masa terdekat.

"Pemuda Pas berharap Pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik saja menerima surat rasmi daripada kami dalam masa terdekat ini," katanya.

Beliau berkata, Pemuda UMNO tidak perlu khuatir sama ada muzakarah tersebut dapat dilaksanakan atau sebaliknya jika mereka yakin perjuangan UMNO selama ini tidak menyalahi Islam dan syariat.

"Pemuda UMNO boleh jelaskan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam dan mereka tidak perlu mengelak daripada muzakarah ini jika mereka benar," tambah Nasrudin.

UMNO perlu bijak urus persepsi - Isa

UMNO perlu bijak urus persepsi - Isa

KUALA LUMPUR 26 Jun - Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menguruskan persepsi dengan baik dan berkesan menjadi punca pakatan pembangkang berjaya meraih sokongan rakyat dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, semua pihak harus menerima hakikat bahawa dalam konteks politik semasa, persepsi telah menjadi senjata utama pembangkang mempengaruhi rakyat dan ia sememangnya terbukti berkesan.

Sehubungan itu, beliau meminta UMNO dan BN mengubah persepsi negatif yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang supaya rakyat mengetahui kedudukan sebenar bagi satu-satu isu.

"Bukan masanya kita berada dalam zon selesa. Kita tidak boleh menjadi malas kerana serangan politik yang kita hadapi sekarang amat licik. Pembangkang sekarang rajin mencipta persepsi hingga mereka berjaya meraih sokongan rakyat.

"Mahu tidak mahu kita perlu hadapi apa jua persepsi yang sengaja ditimbulkan pembangkang. UMNO dan BN perlu cepat bertindak sebelum rakyat benar-benar terpengaruh. Jangan nanti kita tersungkur pada pilihan raya umum ke-13," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum bual bicara bertajuk Antara persepsi, manipulasi dan provokasi di ibu pejabat UMNO di sini malam ini.

Forum itu dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Ia turut disertai Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain dan penulis blog Sang Kelembai, Zaharin Mohd. Yassin.

Mohd. Isa berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah individu yang cekap menguruskan persepsi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

"Ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir diberi macam-macam gelaran oleh pembangkang dengan tujuan untuk membina persepsi buruk terhadap Tun.

"Apa yang tidak pernah digelar, diktator, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi tetapi Tun seorang yang bijak menguruskan persepsi hingga menyebabkan masyarakat umum tidak mudah terpengaruh," katanya.

Sementara itu, Ahmad Atory berkata, terdapat ramai pensyarah kanan universiti ketika ini telah kembali menyokong UMNO apabila mereka melihat ada kepincangan di dalam Pas.

"Oleh itu, UMNO perlu menjadi lebih kuat terutama dalam konteks memperjuangkan Islam. Sebenarnya kemenangan Pas selama ini bukan sebab parti itu kuat tetapi disebabkan UMNO lemah," tambahnya.

Wataniah bukan bermotif politik

Wataniah bukan bermotif politik

Oleh HATA WAHARI dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 26 Jun - Kementerian Pertahanan membidas media siber yang menyebarkan fitnah mendakwa penubuhan Askar Wataniah di kawasan Parlimen di seluruh negara bertujuan politik terutama mewujudkan undi pos.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, penubuhan Askar Wataniah adalah bersifat profesional tanpa dipengaruhi ideologi atau kepentingan mana-mana parti politik.

"Apabila media siber dan picisan ini menyebut penubuhan Askar Wataniah untuk tujuan politik iaitu mewujudkan lebih banyak undi pos, ia tidak benar, malah terkeluar daripada tujuan dan lingkungan hasrat murni penubuhan pasukan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan penubuhan Askar Wataniah yang disertai oleh kakitangan awam kementerian di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyaksikan kumpulan pertama Askar Wataniah yang terdiri daripada 100 kakitangan awam iaitu 24 pegawai dan selebihnya kakitangan sokongan mengambil bahagian dalam perbarisan di padang kawad Kementerian Pertahanan.

Pada majlis itu juga, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dikurniakan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menyifatkan pihaknya berpuas hati dengan perkembangan terkini kewujudan kompeni Askar Wataniah di seluruh negara.

Menurutnya, daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, 97 kawasan mempunyai pasukan Askar Wataniah sendiri dengan tambahan 25 lagi penubuhan menjelang akhir tahun ini.

Katanya, berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dipersetujui kementerian itu, penubuhan satu kompeni di setiap kawasan Parlimen disasarkan untuk dilaksanakan dalam dalam tempoh lima tahun lagi.

"Namun, berdasarkan komitmen yang diterima daripada pemimpin masyarakat di kawasan Parlimen, saya optimis sasaran itu mampu dicapai dalam masa hanya tiga tahun," katanya.

Mengenai hasrat memperkasakan Askar Wataniah, Ahmad Zahid berkata, sasaran utamanya ialah bagi setiap satu anggota tetap terdapat dua anggota Askar Wataniah menjelang tahun 2020.

Monday, June 22, 2009

POLITIK : ISNIN 22 JUN 2009

Nik Aziz sudah berlembut...
KOTA BHARU 21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hariini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaanperpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluranparti dan juga pakatan pembangkang.

Bincang isu parti malam ini
SEPANG 21 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apajua agenda dan isu berkaitan dengan parti termasuk cadangan kerajaanperpaduan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat khas parti itu malamesok.





Nik Aziz mahu kerajaan perpaduan ikut saluran
KOTABHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini 'berkeras'menentang penubuhan kerajaan perpaduan, semalam menyatakanpersetujuannya terhadap cadangan itu, tetapi mahu ia dibuat mengikutsaluran yang betul.




'Jangan ajar rakyat Kelantan'
KUALA LUMPUR 21 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk SeriAnwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNOyang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Isu royalti akan diperjelasisu royalti
KUALA KRAI 21 Jun - Kerajaan Pusat akan memberi penjelasan kepadarakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yangsering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Akur siapapun calon BN
KUALA KRAI 21 Jun — Semua anggota UMNO dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai berjanji akan akur dengan calon yang diputuskan pucukpimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu 14Julai ini.


Mustapa sedia wakili parti
KUALA KRAI 21 Jun - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, DatukMustapa Mohamed bersedia mewakili parti itu di negeri ini untukberbincang dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kearah mencari 'titik mula' mengatasi masalah perpaduan umat Islam.

1Malaysia gagal jika Melayu tidak bersatu
KODIANG21 Jun - Konsep 1Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri, DatukSeri Najib Tun Razak tidak akan menjadi kenyataan jika orang Melayutidak bersatu.

Nik Aziz bukan penentu usaha pembentukan
BALING21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan penentusebenar terhadap usaha pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas danBarisan Nasional (BN) kerana terdapat pemimpin ulama dalam Pas yangbersifat positif mengenainya demi kebaikan orang Melayu.

Kayveas tidak hormat Perdana Menteri - Murugiah
IPOH21 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T.Murugiah hari ini meminta Datuk M. Kayveas supaya tidak terburu-burumenggantikan kedudukannya dengan orang lain.

Jangan terima Cheng Guan sertai PKR
PULAUPINANG 21 Jun - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri akan menentangsekeras-kerasnya hasrat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan mahumenyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyifatkannya sebagaiseorang oportunis.

ROS belum cukup bukti isu PPP
JOHORBAHARU 21 Jun - Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum mempunyaimaklumat yang mencukupi bagi menjalankan siasatan terperinci berhubungisu kepimpinan yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP), kataTimbalan Pendaftarnya, Marzuki Zainudin.





Umno Kelantan sedia bertemu pemimpin Pas
KUALAKRAI: Badan Perhubungan Umno Kelantan bersedia menjadi perintis dalammengadakan pertemuan dengan pemimpin Pas negeri ini, terutama MursyidulAm Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke arah pembentukan kerajaanperpaduan.

MCA bersikap terbuka dialog dengan DAP
KUALALUMPUR: MCA bersedia untuk berdialog dan bertukar pandangan dengan DAPuntuk kepentingan masa depan rakyat dan negara, kata Presidennya, DatukSeri Ong Tee Keat.

3 nama calon BN disenarai pendek bagi Manek Urai
BACHOK:Sekurang-kurangnya tiga nama disenarai pendek untuk dipilih sebagaicalon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Manek Urai yang akan diadakan 14 Julai depan.

Umno Terengganu umum 3 pelantikan
KUALATERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk SeriHishammuddin Hussein semalam mengumumkan tiga pelantikan baru bagimengisi tiga jawatan utama Badan Perhubungan Umno negeri ini yangsebelum ini dilanda pelbagai konflik dalaman.

ROS masih siasat kesahihan PPP
JOHORBAHRU: Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih melakukan penyiasatan terhadapstatus kesahihan Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana ia membabitkanramai individu selain menyentuh kestabilan politik negara.

Pembangkang cuba politikkan projek di Sabah, Sarawak: Yong
KUCHING:Kementerian Kerjaraya menafikan pengumuman banyak projek kerajaan diSabah dan Sarawak kebelakangan ini, adalah sebahagian daripada gimikpolitik yang bertujuan meraih sokongan rakyat di dua negeri berkenaan.

POLITIK : AHAD 21 JUN 2009

Nik Aziz enggan ubah pendirian
ALORSETAR 20 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapberkeras dengan pendiriannya menentang cadangan kerajaan perpaduanmeskipun banyak pihak berharap beliau mengubah pendiriannya itu demikepentingan umat Islam dan keharmonian negara.






Pemimpin Pas takut DAP, PKR
KUALA KRAI 20 Jun - Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), DatukIbrahim Ali mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepadarakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahuberunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Nik Aziz tidak diberi penjelasan
ALORGAJAH 20 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangkeras cadangan pembentukan kerajaan perpaduan kerana tidak mendapatpenjelasan sewajarnya oleh pihak yang mencetuskan idea itu.

Pas siap sedia adakan mesyuarat esok
KUALALUMPUR 20 Jun – Pas, yang kini berhadapan dengan apa yang bolehdikatakan suatu krisis, bersiap sedia mengadakan siri mesyuarat denganrakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagimeredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduandengan UMNO.

UMNO kecewa Pas tidak mahu runding
PONTIAN20 Jun - UMNO kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Pas yang tidakberminat untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai cadanganpenubuhan kerajaan perpaduan.

Jangan tolak berdasar andaian
KUALALUMPUR 20 Jun – Idea pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pastidak wajar ditolak dengan hanya bersandarkan andaian tidak tepatmengatakan ia kelak melahirkan suasana tidak sihat kepada pemerintahannegara.

Bincang kepentingan bersama dulu
KUALALUMPUR 20 Jun - Proses penubuhan kerajaan perpaduan masih jauh keranaUMNO ingin mengadakan perbincangan mengenai kepentingan bersama denganPas terlebih dulu.

Cheng Guan digantung 3 tahun
KUALA LUMPUR 20 Jun – Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan digantungkeahliannya selama tiga tahun oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC)kerana kesalahan mengkritik kepimpinan parti berkenaan.








SPRM periksa rekod kewangan Umno Dungun
KUALATERENGGANU: Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) melakukan pemeriksaan ke atas rekod kewangan pejabat UmnoBahagian Dungun, kelmarin, selain menemu ramah beberapa kakitangan danjawatankuasa Umno bahagian.

Gerakan hukum naib presiden
KUALALUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) Parti Gerakan kelmarinmenggantung keahlian Naib Presidennya, Huan Cheng Guan, selama tigatahun dan melarang beliau mengambil bahagian dalam sebarang kegiatanparti itu.

BN Sarawak minta Nik Aziz bersikap terbuka
MIRI:Sarawak tidak melihat idea pembentukan kerajaan perpaduan yangdicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ancamanpolitik kepada parti Barisan Nasional (BN), atau parti pembangkang.

MCA percaya rundingan boleh stabil politik, ekonomi
PASIRPUTEH: MCA menyokong usaha Umno mengadakan perjumpaan dengan Pasberhubung pembentukan kerajaan perpaduan yang dilihatnya mampu memberikebaikan kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tiada salah Umno-Pas bincang kerajaan perpaduan
KUALALUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk MustapaMohamed, melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin Pas yangmenentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.

'Terserah kepada Hadi'
KUALALUMPUR: Pas menyerahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awanguntuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau tidakperbincangan dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan, manakalaMursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap berkeras menentang hasratitu.

Saturday, June 20, 2009

POLITIK : SABTU 20 JUN 2009

Mulakan lembaran baru Pas-UMNO
KUALAKRAI 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segerademi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.





Jangan ajar anak maki orang tua
KUALAKRAI 19 Jun - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa bimbang dengan amalan pihaktertentu mengguna kanak-kanak mengibar bendera sambil memaki hamunorang tua ketika kempen pilihan raya diadakan.

Rancang perhimpunan bantah Anwar
KUALALUMPUR 19 Jun - Barisan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP)akan mengadakan satu perhimpunan bagi membantah tindakan KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju dengan usahamembawa pulang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.







Ciptakan sejarah di Manek Urai - TPM
KUALA KRAI 19 Jun - UMNO yakin dapat menolak persepsi bahawa parti itukian lemah dengan mencipta sejarah kebangkitan semula melalui pilihanraya kecil kawasan Manek Urai, meskipun ia dikatakan sukar.

Undi BN boleh masuk syurga juga
KUALAKRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas,kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Muhyiddin hadiah kerusi roda
KUALAKRAI 19 Jun - Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untukmembawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untukke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.

Kuasa mutlak Sultan perlu dijelas
PUTRAJAYA19 Jun - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memohonmendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan untuk mentafsirperuntukan undang-undang yang menyentuh kuasa mutlak Sultan Perakmelantik Menteri Besar.

PKR tidak tentang - Wan Azizah
SHAHALAM 19 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menentang sebarangusaha berhubung cadangan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Veteran UMNO sokong
KUALA LUMPUR 19 Jun - Veteran UMNO Malaysia menyokong penuh cadangankerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri AbdulHadi Awang.

Tidak logik letak jawatan
KUALALUMPUR 19 Jun - "Tidak logik untuk menyuruh seorang pemimpin meletakkanjawatan dalam parti hanya kerana mengemukakan satu cadangan yangberguna kepada komuniti.''

Pindaan perlembagaan ambil kira pendapat ahli
KUALALUMPUR 19 Jun - Langkah UMNO memberi peluang kepada ahli untukberbincang serta memberi maklum balas mengenai draf pindaanPerlembagaan parti berkenaan adalah bagi memastikan ia turut mengambilkira pendapat di peringkat akar umbi.

Di mana Nasharudin?
KUALALUMPUR 19 Jun - Kehilangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isayang menimbulkan kontroversi dalam isu kerajaan perpaduan bersama UMNOterus menjadi misteri.

Dr. M: Kerajaan perpaduan tidak baik
KUALALUMPUR 19 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan penubuhan kerajaanperpaduan yang terdiri daripada UMNO dan Pas iaitu 100 peratus pemimpinbumiputera tidak baik untuk negara.

Pengundi boleh semak daftar
KUALALUMPUR 19 Jun - Pengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Manek Urai di Kelantan boleh menyemak butir diri masing-masingbermula hari ini.






'Segera perbincangan Umno-Pas'
KUALAKRAI: Umno mahu perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduandisegerakan dan meminta kepemimpinan parti itu melupakan persengketaanlama bagi kepentingan umat Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

5 cara semak info pengundi
PUTRAJAYA:Seramai 12,293 pengundi berdaftar pada pilihan raya kecil DewanUndangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, pada 14 Julai ini bolehmembuat semakan menerusi lima kaedah ditetapkan.

Kerajaan perpaduan babit semua parti
KUALALUMPUR: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata idea kerajaanperpaduan yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awangmembabitkan semua parti dan perkara itu perlu difahami ahli Pas.

PKR tidak halang Pas bincang dengan Umno
SHAHALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghalang Pas mengadakanperbincangan dengan Umno jika hasilnya boleh membawa kebaikan kepadarakyat.

Syor kerajaan perpaduan patut diperjelas: Dr M
KUALALUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat cadangan rundingan kerajaanperpaduan antara Umno dan Pas bukan keputusan yang bijak kerana iaboleh memberi pelbagai kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN).

Rundingan Umno, Pas dialu-alukan
KUALALUMPUR: Tindakan Pas menetapkan syarat supaya semua anggota PakatanRakyat dibawa dalam rundingan cadangan pembentukan kerajaan perpaduanmembuktikan bahawa parti itu terpaksa tunduk dengan desakan daripadaDAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pemimpin Umno Terengganu dilantik esok
KUALALUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk SeriHishammuddin Hussein akan mengumumkan pelantikan barisan kepemimpinanUmno negeri pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri itu, di KualaTerengganu, Ahad ini.

Undi BN atau Pas boleh masuk syurga
KUALAKRAI: Umat Islam yang mengundi Barisan Nasional (BN) atau Pas,kedua-duanya boleh masuk syurga kerana apa yang menghalang merekamemasuki syurga Allah adalah dosa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.





Raja Azman tukar pengakuan
SHAH ALAM 19 Jun - Anak kedua editor laman web Malaysia Today , RajaPetra Raja Kamaruddin hari ini menukar pengakuannya kepada tidakbersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan mencuridan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

Anak Raja Petra tukar pengakuan
SHAHALAM: Anak kedua editor laman web Malaysia Today, Raja Petra RajaKamaruddin, yang sebelum ini mengaku bersalah, menukar pengakuannyakepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadapempat tuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta pecah rumah.

Permohonan Nizar didengar 9 Julai
PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan menetapkan pada 9 Julai ini untuk mendengarpermohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mendapat kebenaranmerayu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sunday, May 31, 2009

PKFZ: Amat wajar diteruskan

PKFZ: Amat wajar diteruskan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Keputusan meneruskan pembangunan di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disifatkan sebagai amat wajar walaupun dilaporkan wujud kelemahan urus tadbir oleh syarikat juruaudit, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan perkembangan yang semakin pesat di pelabuhan berkenaan, kementerian terlibat terpaksa mengambil keputusan itu atas faktor keperluan.

Beliau berkata, faktor kos juga menjadi asas kepada Kementerian Pengangkutan untuk meneruskan juga projek tersebut.

''Apa yang dilakukan oleh kementerian ini bagi saya sesuatu yang adil dan kena pada tempatnya. Ini disebabkan perkembangan Pelabuhan Kelang ketika ini semakin pesat atas kedudukannya sebagai salah satu pelabuhan terpenting di negara ini,'' katanya kepada pemberita selepas melawat Karnival Victoria Institution di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa kementerian itu akan tetap meneruskan pembangunan PKFZ walaupun dilaporkan wujud kelemahan serta konflik daripada segi tadbir urus oleh syarikat juruaudit, PwC.

Tee Keat berkata, keputusan itu merupakan pandangan peribadi beliau yang merasakan projek berkenaan harus dilaksanakan atas dasar kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Menurutnya, projek berkenaan menggunakan peruntukan melibatkan wang rakyat melalui pinjaman mudah.

Menjawab soalan lain Muhyiddin berkata, tidak harus baginya mengulas lebih lanjut tentang isu itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Tee Keat menguruskannya.

Tidak digantung jawatan UMNO

Tidak digantung jawatan UMNO

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pemimpin atau ahli UMNO yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin atas dakwaan melanggar kod etika parti tidak akan digantung jawatan sementara menunggu kes tersebut diputuskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana dakwaan ke atas mereka hanya melibatkan soal peraturan parti dan bukan berkaitan dengan undang-undang negara.

Katanya, berbeza dengan pemimpin atau ahli yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan tertentu, ia membabitkan soal undang-undang negara dan Majlis Tertinggi (MT) berpendapat menggantung jawatan adalah tindakan terbaik hingga proses perbicaraan selesai.

''Mereka yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin didakwa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan parti. Dengan kata lain ini 'perkara parti'. Oleh itu jawatan mereka tetap kekal sehingga lembaga membuat keputusan berasaskan kepada peraturan parti.

''Berbanding dengan mereka yang dihadapkan ke mahkamah, dakwaan yang mereka hadapi melibatkan undang-undang negara. Dalam mesyuarat semalam, MT berpendapat menggantung mereka adalah tindakan paling baik,'' katanya selepas menghadiri Karnival Victoria Institution di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status seorang pemimpin atau ahli yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin terutama mengenai kedudukan jawatannya semasa perbicaraan.

Ia merupakan rentetan daripada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bahawa jawatan seseorang pemimpin yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan.

Muhyiddin berkata, keputusan yang dibuat oleh MT itu semalam berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenai senarai nama pemimpin yang digantung jawatannya kerana berhadapan dengan dakwaan di mahkamah, Muhyiddin berkata, antaranya Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Beliau berkata, jawatan Suhaili telah digantung dan telah diserahkan kepada timbalannya sehingga proses perbicaraan selesai.

''Jawatan yang dipegang oleh Suhaili kini dipangku timbalannya. Selain Suhaili kita mempunyai senarai pemimpin yang berhadapan dengan isu yang sama ,'' kata beliau.

Mengenai draf pindaan Perlembagaan UMNO beliau berkata, kajian berhubung cara pemilihan parti adalah antara isu terpenting kerana ia akan menentukan pelaksanaan sistem kuota pada masa akan datang.

Beliau berkata, kajian draf yang kini diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membuat penelitian secara lebih terperinci sama ada sistem itu harus dikekalkan, diubah suai atau dihapuskan.

''Hishammuddin dan pasukannya akan membuat semakan dan kemudian akan mengeluarkan cadangan. Selepas itu ia akan dihantar ke badan perhubungan negeri untuk dibuat komen dan ulasan.

''Selain itu, antara perkara lain dalam draf pindaan yang dikira bakal mendapat perhatian ialah mengenai cadangan supaya Pengerusi Badan Perhubungan Negeri automatik menjadi ahli MT,'' katanya.

Kayveas kekal Presiden PPP

Kayveas kekal Presiden PPP


M. KAYVEAS dijulang penyokongnya selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PPP di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mengekalkan jawatan yang disandang sejak 1993 untuk penggal keempat berturut-turut apabila menang tanpa bertanding pada pencalonan rasmi parti hari ini.

Beliau yang menyerahkan borang pada pukul 11 pagi kemudian diumumkan sebagai Presiden penggal seterusnya oleh Pengurus Pemilihan PPP, Mahendrarajah pukul 1 tengah hari setelah tamat tempoh bantahan.

Kayveas pada sidang akhbar selepas itu berkata, beliau sengaja menyerahkan borang pencalonannya lewat kerana mahu memberi peluang kepada mana-mana pihak yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti itu.

"Saya bukan gila kuasa, saya tunggu hingga 11 pagi mahu lihat kalau ada sesiapa yang mencalonkan diri jawatan Presiden dan kalau orang itu berkemampuan maka saya sudah pasti tidak akan menyerahkan borang saya," katanya di sini hari ini.

Perhimpunan Agung PPP dijadual berlangsung pada 7 Jun ini melibatkan 2,200 perwakilan.

Mengulas lanjut Kayveas berkata, azamnya selepas berjaya mempertahankan jawatan itu ialah untuk memperkukuhkan kembali PPP.

Mengenai kewujudan kumpulan pecahan dalam parti itu di bawah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut menganggap dirinya sebagai Presiden PPP, Kayveas berkata, itu adalah kumpulan kecil yang akan lenyap dengan sendirinya tidak lama lagi.

"Dia hari-hari kerja buat sidang akhbar sahaja, apa kerajaan bayar gaji untuk dia buat sidang akhbar sahaja," katanya.

Mengenai tuduhan beliau tidak layak menjadi Presiden kerana pernah didenda RM5,000 di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976, Kayveas berkata, denda itu melibatkan kesalahan dengan sebuah pertubuhan dan bukannya kesalahan jenayah.

"Orang yang buat tuduhan seperti ini perlu memahami undang-undang terlebih dahulu," katanya.

Beliau juga menyelar Murugiah sebagai seorang yang tidak memahami perlembagaan parti dan mahu menghancurkan parti.

Murugiah yang dipecat daripada PPP baru ini diberikan tempoh dua minggu untuk merayu dan tempoh berkenaan tamat hari ini.

Dalam pada itu, seramai sembilan ahli menawarkan diri untuk bertanding merebut tiga jawatan Naib Presiden PPP dan 29 lagi menawarkan diri merebut 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Murugiah pengerusikan mesyuarat MT PPP

Murugiah pengerusikan mesyuarat MT PPP

KUALA LUMPUR 30 Mei - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Progresif Penduduk (PPP) yang pertama setelah dilantik menjadi 'Presiden' parti dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 24 Mei lalu.

Murugiah memberitahu, keputusan pertama MT PPP yang dipengerusikannya ialah mengarahkan semua pengerusi badan perhubungan negeri mengemas kini rekod ahli-ahli parti, cawangan dan bahagian di seluruh negara memandangkan ia telah tidak dikemas kini selama 16 tahun.

''Pengerusi perhubungan negeri diarahkan turun padang dengan mengenal pasti cawangan baru dan membuat rekod keahlian memandangkan parti telah menerima permohonan untuk menjadi ahli parti terutama yang telah meninggalkan parti sebelum ini.

''Saya telah dimaklumkan lebih 50,000 ahli yang sebelum ini telah meninggalkan parti berhasrat untuk menyertai semula PPP berikutan pelantikan kepimpinan baru terutama di Johor yang melibatkan 15,000 orang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT PPP yang disertai 35 pemimpin tertinggi parti dan pengerusi perhubungan negeri yang diadakan di Dewan Makan Restoran Sri Mahkota, Sentul Boulevard di sini hari ini.

Murugiah memberitahu, 100,000 ahli baru akan dikecualikan daripada membayar sebarang yuran keahlian.

Katanya, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli parti di seluruh negara bagi menerangkan mengenai keadaan parti dan tindakannya dalam memperkukuhkan parti yang bermula di Perak esok.

Tegasnya, semua pengerusi perhubungan negeri, ketua bahagian dan cawangan telah diarah mengadakan aktiviti tiga bulan sekali serta mengadakan kursus kepimpinan bagi pemimpin parti.

Murugiah juga memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan ditemu bual serta menyerahkan bukti-bukti seperti notis memanggil mesyuarat.

''Saya juga telah menyerahkan bukti bagaimana dalam tempoh yang panjang PPP di bawah kepimpinan sebelum ini tidak membentangkan akuan kewangan serta banyak cawangan terpaksa dibubarkan kerana ibu pejabat tidak menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

''Cawangan saya sendiri iaitu Sungai Pari Towers di Perak baru sahaja dihidupkan semula dan telah diluluskan oleh ROS pada 20 Mei setelah dibubarkan pada Januari lalu,'' katanya.

Mengenai Datuk M. Kayveas yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden hari ini, Murugiah menegaskan, Kayveas boleh melakukan apa sahaja tetapi akhirnya keputusan ROS yang akan menentukan sama ada ia sah di sisi undang-undang ataupun tidak.

Murugiah memberitahu, beliau menghormati undang-undang dengan menerima keputusan EGM dan ROS nanti mengenai siapa yang berhak menjadi Presiden parti.

Sothinathan tanding Timbalan Presiden MIC

Sothinathan tanding Timbalan Presiden

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


PORT DICKSON 30 Mei - Bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang dan Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan (gambar), 49, hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti berkenaan September depan.

Bekas Setiausaha Agung MIC itu berkata, beliau berbuat demikian selepas yakin mendapat sokongan perwakilan dari seluruh negara.

''Saya telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin MIC di semua peringkat termasuklah individu serta masyarakat India. Saya percaya, sokongan akan berpihak kepada saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua MIC Bahagian Teluk Kemang, M. Vellu dan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan yang juga Ketua Wanita MIC Teluk Kemang, Dr. P. Tanaletchumy.

Dengan keputusan itu, persaingan untuk merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti terbesar kaum India itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Selain Sothinathan dan Datuk G. Palanivel, 58, yang akan mempertahankan jawatan, seorang lagi yang menyatakan hasrat merebut jawatan itu ialah Datuk S. Subramaniam, 65.

Ditanya jika keputusan itu mendapat restu Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, Sothinathan berkata, ia telah dimaklumkan kepada Presiden parti dan keputusan itu dibuat demi masa depan parti dan masyarakat India.

''Presiden telah meminta saya berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Sejak 1984 sehingga kini, iaitu dalam tempoh 25 tahun, hubungan saya dengan Presiden amat baik sekali," kata bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu.

Ditanya adakah beliau yakin boleh memenangi jawatan itu mengambil kira Samy Vellu sebelum ini dikatakan memberi 'lampu hijau' kepada Palanivel sebagai timbalannya, Sothinathan berkata, Presiden parti tetap sebagai mentornya dan menghormati apa juga keputusan.

''Setahu saya, Presiden parti tidak membuat apa-apa kenyataan yang memilih seseorang sebagai timbalannya," tegasnya.

Kata Sothinathan, keputusan pilihan raya umum yang lalu banyak memberi pengajaran.

''Kita perlu membangunkan semula parti ini (MIC) dan ia perlu dilakukan sekarang. Saya telah dengar banyak perkara mengenai perpecahan dalam parti dan saya tidak sanggup melihat ia berlaku lagi," katanya.

Tindakan Cheng Guan salah

Tindakan Cheng Guan salah

PASIR MAS 30 Mei - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Naib Presidennya, Huan Cheng Guan yang mengambil keputusan keluar daripada parti itu semalam atas alasan tidak sependapat dalam parti adalah 'salah' dan terlalu drastik.

Katanya, Cheng Guan sepatutnya membuat bantahan melalui saluran parti bukannya bertindak keluar semata-mata hanya kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan yang dibuat bagi jawatan Penyelaras Kawasan.

"Saya memang berasa terkejut dan sedih terhadap tindakan begitu drastik untuk keluar parti hanya kerana isu pelantikan satu jawatan sahaja.

"Saya anggap tindakan beliau sebagai tidak tepat dan salah untuk beliau keluar parti serta cuba merayu ahli-ahli lain supaya turut keluar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Cheng Guan yang telah berkhidmat dalam parti itu selama 19 tahun mengambil keputusan untuk menamatkan keahlian dengan Gerakan kerana tidak sependapat dengan Pengerusinya di Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan.

Cheng Guan dilaporkan sebagai berkata, pucuk pimpinan parti itu tidak lagi mengekalkan hubungan dengan akar umbi apabila semua keputusan yang diambil bertentangan dengan Perlembagaan parti itu.

Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, masalah ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, mesyuarat itu nanti turut mengambil kira reaksi dan pandangan peringkat akar umbi mengenai isu pelantikan jawatan-jawatan tertentu dalam parti.

"Kita akan bincangkan perkara ini kerana ia melibatkan jawatan Naib Presiden iaitu satu jawatan yang tinggi dan penting dalam parti," ujarnya.

Sementara itu, beliau meminta semua pihak agar tidak mengaitkan masalah ini dengan isu membawa kembali bekas pemimpin komunis, Chin Peng yang pernah diutarakan oleh Hock Nan.

Tegasnya, isu tersebut tidak ada kena-mengena langsung malah beranggapan ia telah selesai selepas perbincangan Kabinet dan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Kenyataan tidak adil - Hock Nan

Kenyataan tidak adil - Hock Nan

PULAU PINANG 30 Mei - Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menghormati keputusan Naib Presiden parti, Huan Cheng Guan yang mahu keluar parti namun menyifatkan beberapa kenyataan beliau sebagai tidak adil.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Naib Ketua Gerakan Bahagian Batu Kawan yang membuat keputusan itu hanya kerana isu pelantikan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen parti di negeri ini.

Menurutnya, calon penyelaras dicadangkan oleh cawangan serta bahagian parti sebelum diputuskan jawatankuasa kerja negeri dan diserah kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) untuk membuat keputusan muktamad.

''Beliau pun berada dalam CWC juga, jadi saya tidak mengerti mengapa dia cakap kita guna undang-undang rimba, sebagai ahli yang ada jawatan tinggi dalam parti tidak patut cakap macam itu, ini tidak adillah.

''Sebagai kawan saya masih boleh keluar minum kopi dengan Cheng Guan tetapi keputusan mahu keluar parti dibuat sebab isu pelantikan ini, saya tidak ada apa mahu cakap.

''Sepatutnya sebagai pemimpin dia jalankan tanggungjawab dan terangkan perkara yang betul kepada akar umbi bukannya pergi mengapi-apikan mereka," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, pada waktu sekarang semua ahli perlu bekerjasama mencapai objektif utama parti iaitu fokus untuk membantu rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik bukan melakukan sebaliknya.

Sementara itu, Cheng Guan menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk keluar daripada parti itu dan tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain termasuk pembangkang.

''Dalam politik macam-macam boleh berlaku, saya belum ada sebarang rancangan mengenai perkara ini, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku serta berapa cawangan mahu ikut jejak saya," ujarnya.

Beliau turut mendakwa hingga kini lebih 20 cawangan parti itu antaranya dari Kepala Batas, Tasek Gelugor, Nibong Tebal dan Batu Kawan telah bersetuju mahu keluar daripada parti.

Saturday, May 30, 2009

POLITIK : AHAD 31 MEI 2009

Pinda perlembagaan
KUALA LUMPUR 29 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat hariini menetapkan 13 hingga 16 Oktober depan sebagai tarikh berlangsungnyaPerhimpunan Agung UMNO 2009.

Mustapa pengarah pilihan raya Manek Urai
KUALALUMPUR 29 Mei - Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik Pengerusi BadanPerhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed sebagai PengarahPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

UMNO Pulau Pinang sifatkan PKR hanya pandai bercakap
PULAUPINANG 29 Mei - UMNO Pulau Pinang menyifatkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan rakan sekutunya hanya pandai bercakap 'berapi-api' tetapitidak tahu membawa pembangunan kepada rakyat.




Gantung jawatan jika didakwa
KUALALUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, pemimpin Umno di semua peringkatyang didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan secara automatik akandigantung semua jawatannya dalam parti.









Tidak digantung jawatan UMNO
KUALA LUMPUR 30 Mei - Pemimpin atau ahli UMNO yang dihadapkan keLembaga Disiplin atas dakwaan melanggar kod etika parti tidak akandigantung jawatan sementara menunggu kes tersebut diputuskan.

Image
Kayveas kekal Presiden PPP
KUALALUMPUR 30 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas mengekalkan jawatan yang disandang sejak 1993 untuk penggalkeempat berturut-turut apabila menang tanpa bertanding pada pencalonanrasmi parti hari ini.

Murugiah pengerusikan mesyuarat MT PPP
KUALALUMPUR 30 Mei - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SenatorDatuk T. Murugiah hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi(MT) Parti Progresif Penduduk (PPP) yang pertama setelah dilantikmenjadi 'Presiden' parti dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 24Mei lalu.

Sothinathan tanding Timbalan Presiden
PORTDICKSON 30 Mei - Bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang dan Naib PresidenMIC, Datuk S. Sothinathan ( gambar ), 49, hari ini menawarkan diriuntuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti berkenaan Septemberdepan.

Tindakan Cheng Guan salah
PASIRMAS 30 Mei - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyifatkantindakan Naib Presidennya, Huan Cheng Guan yang mengambil keputusankeluar daripada parti itu semalam atas alasan tidak sependapat dalamparti adalah 'salah' dan terlalu drastik.

Kenyataan tidak adil - Hock Nan
PULAUPINANG 30 Mei - Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nanmenghormati keputusan Naib Presiden parti, Huan Cheng Guan yang mahukeluar parti namun menyifatkan beberapa kenyataan beliau sebagai tidakadil.

Pinda perlembagaan UMNO

Pinda perlembagaan

Oleh HATA WAHARI,
HERMAN HAMID,
SAIFUL HAIZAN HASAM
dan ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat hari ini menetapkan 13 hingga 16 Oktober depan sebagai tarikh berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk perhimpunan tahun ini, ia akan dimulakan dengan Mesyuarat Agung Khas yang bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.

Menurutnya, draf cadangan untuk pindaan berkenaan sudah hampir siap dan ia akan diedarkan kepada badan perhubungan negeri tidak lama lagi bagi mendapatkan maklum balas dan ulasan mereka.

‘‘Selepas itu, MT akan membuat ketetapan tentang peruntukan yang akan dipinda dan seterusnya membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Khas. Selepas selesai, maka mesyuarat akan kembali kepada perhimpunan agung seperti biasa.

‘‘Diputuskan juga hanya satu usul sahaja akan dibincang iaitu usul penghargaan kepada ucapan Presiden dan di bawah usul ini semua orang boleh bawa apa juga perkara yang hendak dibawa nanti,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat MT di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Najib berkata, MT juga bersetuju supaya jawatan seseorang pemimpin yang didakwa di mahkamah digantung sehingga proses perbicaraan selesai dan jika didapati tidak bersalah maka jawatannya akan dikembalikan.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat MT hari ini setelah menerima syor daripada Jawatankuasa Pengurusan.

‘‘Kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor itu bahawa seseorang yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatan dia akan digantung.

‘‘Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah maka dia akan dapat semula jawatannya, itu secara prinsipnya,’’ jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib turut mengumumkan yang MT bersetuju atas cadangan supaya ahli Lembaga Disiplin UMNO yang merangkumi panel penyiasatan, tribunal dan rayuan ditambah.

Sehubungan itu katanya, lima pelantikan baru dibuat yang terdiri daripada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Saidin, peguam Datuk Zuraidah Atan; bekas Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wahab Wahid dan dua bekas pegawai polis iaitu Nordin Saidin dan Mohamad Zin Ismail.

Najib pada sidang akhbar berkenaan turut mengumumkan yang Mesyuarat MT hari ini turut mengesahkan dan menerima secara rasmi kemasukan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anaknya, Datuk Mokhzani ke dalam parti itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahukan ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi, Najib berkata;

‘‘Kita menjauhkan diri dengan pilihan raya kecil berkenaan. Keputusan UMNO, kita tidak terlibat dengannya.

‘‘Apa sahaja tindakan yang diambil ia adalah di peringkat individu. Parti tidak mengambil apa-apa pendirian. Kita tidak terlibat sama sekali,’’ .

Katanya, sebarang saranan ataupun gesaan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO mengenai Pilihan Raya DUN Penanti, ia adalah pandangan peribadi.