Tuesday, May 12, 2009

POLITIK : SELASA 12 MEI 2009

BN kemuka rayuan – PM
PUTRAJAYA 11 Mei – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuanberhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Datuk Seri MohammadNizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Image

Perubahan UMNO satu keperluan
KUALALUMPUR 11 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskanperubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudahmenjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan.

Mohammad Nizar sah MB Perak
KUALALUMPUR 11 Mei - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddinadalah Menteri Besar Perak yang sah.

Harap semua bertenang - Zambry
IPOH 11 Mei - ''Saya terima keputusan mahkamah itu dengan hati dan fikiran yang terbuka," kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Nizar pohon restu Sultan bubar DUN
KUALALUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytiharkansebagai Menteri Besar Perak yang sah hari ini menyatakan beliau akanmemohon restu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagimembubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Nizar diisytihar MB
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) disini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddinsebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Image

Mahkamah kecoh kerana perbicaraan Mohammad Nizar
KUALALUMPUR 11 Mei – Belum menang kecoh, sudah menang lagi kecoh. Itulahungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di KompleksMahkamah Jalan Duta di sini hari ini sejak awal pagi meskipun keputusanpermohonan semakan kehakiman Datuk Seri Ir.

Hindraf kekal pertubuhan haram
PUTRAJAYA11 Mei – Status Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuahpertubuhan haram terus kekal melainkan terdapat rayuan dikemukakankepada Kementerian Dalam Negeri.





UMNO perlu kekal relevan
KUALA LUMPUR 11 Mei - UMNO perlu berada di barisan hadapan dan sentiasadiremajakan bagi memastikan ia terus kekal sebagai parti yang relevanwalaupun sudah mencecah usia 63 tahun.

Pemimpin sambut baik saranan Najib
KUALA LUMPUR 11 Mei - Pemimpin-pemimpin UMNO menyambut baik sarananPerdana Menteri agar ahli UMNO tidak terlalu bernostalgia terhadapjasa-jasa besar parti itu pada masa lalu demi mendapatkan sokonganrakyat.

Image

Syed Mokhtar Tokoh Melayu Terbilang
KUALA LUMPUR 11 Mei – Usahawan Melayu terkaya, Tan Sri Syed MokhtarAlbukhary, 58, dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 malam ini.

Image

Sesi dialog terbuka dengan pemimpin Hindraf
PUTRAJAYA11 Mei – Pergerakan Wanita UMNO mahu sesi dialog terbuka yang lebihtertib diadakan dengan pemimpin pertubuhan haram Hindraf dan kumpulanseumpamanya pada masa akan datang berikutan pembebasan tiga lagipemimpin kumpulan itu kelmarin.

BN Perak wajar buat rayuan
PUTRAJAYA11 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak wajar membuat rayuan diMahkamah Rayuan dan Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggihari ini memutuskan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripakatan pembangkang adalah Menteri Besar yang sah.

UMNO konsisten patuh kepada undang-undang
PUTRAJAYA11 Mei - UMNO sentiasa konsisten bahawa semua pihak harus akur dengansebarang keputusan mahkamah termasuk membabitkan pengesahan statusMenteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pejabat MB, Exco akan dikosongkan
IPOH11 Mei - Pejabat Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri akandikosongkan secepat mungkin selaras dengan keputusan Mahkamah TinggiKuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalahMenteri Besar Perak yang sah.

Nik Aziz sokong keputusan
KOTABHARU 11 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmenyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk SeriIr. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sahberjaya menghidupkan kembali demokrasi di Perak.

Image

Puteri kekalkan dua muka lama
KUALALUMPUR 11 Mei - Pergerakan Puteri UMNO yang mengumumkan senarai Ketuadan Naib Ketua negeri pada hari ini mengekalkan dua muka lama dalambarisan kepimpinan kali ini.

Jenayah ragut: Puteri UMNO adakan program khas
KUALALUMPUR 11 Mei - Pergerakan Puteri UMNO akan melaksanakan program khasseni mempertahankan diri serta mengelak daripada menjadi mangsa jenayahragut yang semakin berleluasa di seluruh negara.

Ikrar keluar BN jika tidak dapat kerusi
KUALALUMPUR 11 Mei – Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini mengugut sekalilagi akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidakdiberikan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRUKe-13) nanti.

Murugiah dilucutkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi PPP
KUALALUMPUR 11 Mei – Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M.Kayveas hari ini menggugurkan Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk T. Murugiah daripada jawatan ahli Majlis Tertinggi partiitu.

Jawatan Ketua Pemuda Pas: Saingan empat penjuru?
PUTRAJAYA11 Mei - Persaingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusatdijangka sengit apabila sebanyak empat calon disebut-sebut akanbertanding pada pemilihan parti, Jun ini.

Status Hadi belum muktamad
KUALA LUMPUR 11 Mei - Keputusan sama ada Presiden Pas, Datuk Seri AbdulHadi Awang akan mengekalkan jawatan atau sebaliknya, hanya akandiketahui secara muktamad selepas 25 Mei ini.

Penanti: SPR buka 5 pusat semakan daftar pemilih
BUKITMERTAJAM 11 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuat persiapanmenjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti denganmembuka lima pusat semakan daftar pemilih sekitar kawasan itu mulaihari ini.







Umno tak gentar cabaran: Najib
KUALA LUMPUR: Umno yang menyambut Ulang Tahun Ke-63 semalam, akan terusbangkit dan kukuh, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, terutamamembabitkan kes mahkamah, kata Datuk Seri Najib Razak.

BN akan kemuka rayuan: Najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Perak bertenang dantidak terlalu teruja berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurmengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MenteriBesar Perak yang sah.

Zambry akur keputusan mahkamah
IPOH:Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima keputusan Mahkamah TinggiKuala Lumpur dengan hati dan fikiran terbuka serta meminta semuapenyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat Perak bertenang menghadapisituasi berkenaan.

Nizar, Exco mahu mula tugas secepat mungkin
KUALALUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan empat perkarautama yang akan dilakukannya sebaik saja Mahkamah Tinggi di sini,semalam memutuskan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

6 jentera FRU dikerah kawal Bangunan Perak Darul Ridzuan
IPOH:Polis mengerah enam jentera Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)termasuk trak penyembur air dan berpuluh anggota untuk mengawalBangunan Perak Darul Ridzuan di sini bermula jam 5.30 petang semalam,selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri MohammadNizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

'Keputusan berbeza tafsiran perundangan Sultan'
KUALALUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk SeriMohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalahluar biasa dan boleh menjerumuskan Perak dalam krisis perlembagaan yangberterusan.

Semua pihak perlu akur keputusan mahkamah
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,berkata semua pihak perlu akur dan mematuhi keputusan mahkamahberhubung kedudukan siapa Menteri Besar di Perak.

Timbalan Presiden MIC jadi rebutan
KUALALUMPUR: Pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden MIC dijangkamenyaksikan ramai calon mencabar Datuk G Palanivel berikutanpengisytiharan Datuk Seri S Samy Vellu ini penggal terakhir beliausebagai presiden.

Ramai Ketua Puteri dibarisi muka baru
KUALALUMPUR: Pengumuman barisan baru Ketua Puteri Umno negeri bagi sesi2008/2011 kelmarin menyaksikan hampir semua muka baru mengetuai 13negeri, kecuali Melaka dan Negeri Sembilan.

Wanita harap Hindraf boleh berdialog
PUTRAJAYA:Pergerakan Wanita Umno berharap satu sesi dialog terbuka yang lebihtertib dapat diadakan pada masa akan datang berikutan pembebasan tigalagi pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) Sabtu lalu.

Manoharan tak mahu patuh syarat bebas ISA
SHAHALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharandari DAP menegaskan beliau tidak akan mematuhi syarat ditetapkan polissebelum dibebaskan dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Sabtulalu.

Dasar perjuangan Pas tak berubah: Mohamad Sabu
KUALALUMPUR: Pas tetap mengekalkan dasar kepimpinan ulama seperti diputuskanMajlis Syura pada Muktamar Tahunan Pas 1982 walaupun barisankepemimpinan parti itu diterajui golongan profesional selepasberakhirnya pemilihan parti bulan depan.

Ahli Hindraf tetap dilarang jalan aktiviti: Hishammuddin
PUTRAJAYA:Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap ahli kumpulan haram BarisanBertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) jika mereka masih menjalankansebarang kegiatan walaupun selepas pemimpin kumpulan itu sudahdibebaskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

SPR buka lima pusat semakan di Penanti
BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka lima pusatsemakan daftar pemilih sekitar Penanti menjelang pilihan raya kecil ituuntuk kemudahan pengundi, mulai semalam.

Murugiah dakwa terima nota ugutan, 2 kelongsong peluru
PUTRAJAYA:Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, semalammendakwa menerima satu bungkusan 'misteri' mengandungi dua kelongsongpeluru bersama nota ugutan supaya jangan bertanding sebarang jawatandalam pemilihan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang akan diadakan tidaklama lagi.

Bekas Ketua Wanita Keadilan ambil borang pencalonan
GEORGETOWN:Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Pulau Pinang,Aminah Abdullah, menjadi individu pertama mengambil borang kertaspenamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti, semalam.





Polis dapatkan waran tangkap terhadap Ahmad Ramzi
KUALATERENGGANU 11 Mei - Polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap DatukDr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana masih gagal tampil memberiketerangan bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesananringkas (SMS) berbaur ugutan.

Beg bimbit Ong Tee Keat dicuri
JOHORBAHRU 11 Mei – Beg bimbit milik Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiatyang diletakkan dalam sebuah kenderaan milik rakannya didapati hilangapabila penjenayah memecah cermin kenderaan itu di Taman Perling, disini semalam.

Murugiah terima kelongsong dua butir peluru, nota ugutan
KUALA LUMPUR 11 Mei - Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk T. Murugiah ( gambar ) hari ini menerima satu bungkusankotak mengandungi dua butir kelongsong peluru dan sekeping nota ugutanyang ditujukan kepada Timbalan Menteri itu

Setiausaha politik bekas MB kena waran tangkap
KUALATERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu mendapatkan waran tangkapterhadap Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk DrAhmad Ramzi Mohamad Zubir kerana beliau gagal hadir memberi keteranganselepas tempoh tiga hari, berakhir jam 3 petang semalam.

11 ditahan beg menteri hilang
JOHORBAHRU: Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes kehilanganbeg bimbit Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pengawalkeselamatannya di Taman Perling, petang kelmarin.

KM serah kepada polis isu loteri
KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyerahkan kepadapolis untuk menyiasat kesahihan dakwaan bahawa seorang Menteri Muda danseorang pegawai kanan kerajaan di negeri ini mendalangi Telelink, yangmenjual loteri, Pan Malaysian Poll Sdn Bhd (PMP) Da Ma Cai, di seluruhSarawak.

Mohammad Nizar sah MB Perak

Nizar diisytihar MB

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my


MOHAMMAD Nizar dikerumuni wartawan dan penyokongnya di Kompleks
Mahkamah Jalan Duta, semalam



  • Pakatan Rakyat mahu bubar DUN Perak
  • BN kemuka rayuan hari ini: Najib


  • KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

    Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.

    "Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.

    "Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak," katanya.

    Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.

    Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

    Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

    Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

    Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.

    "Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya," katanya.

    Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan.

    "Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata.

    "Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain," katanya.

    Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN.

    "Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti.

    "Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu," katanya.

    Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian.

    Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong.

    "Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud 'mandatori', peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya," katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP.

    Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah.

    Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan 'diarahkan' mempunyai erti yang mendalam.

    "Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya," katanya.

    Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN kerana perkara itu tidak boleh diadili.

    "Sultan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan DUN," katanya.

    Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry membuat permohonan secara lisan bagi memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan Abdul Aziz itu, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

    Abdul Aziz bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta Cecil membuat permohonan secara bertulis berserta ikatan autoriti.






    Mohammad Nizar sah MB Perak

    Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
    pengarang@utusan.com.my


    KUALA LUMPUR 11 Mei - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Keputusan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim itu sekali gus menamatkan krisis politik antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

    Bagaimanapun keputusan tersebut masih belum muktamad kerana Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

    Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Abdul Aziz turut menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan.

    Beliau menolak permohonan itu setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu tetapi beliau menyatakan peguam itu boleh memfailkan permohonan penangguhan itu kemudian secara bertulis.

    Zambry dipercayai akan memfailkan rayuannya esok sementara seorang lagi peguam yang mewakilinya memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapat arahan lanjut berhubung permohonan penangguhan tersebut.

    Terdahulu, dalam penghakiman lisannya, Hakim Abdul Aziz berkata, jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong kerana usul undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar tidak dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Justeru, tegas beliau, Mohammad Nizar selaku pemohon dalam semakan kehakiman itu tidak boleh dikatakan hilang kepercayaan majoriti anggota DUN mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP).

    ''Berdasarkan amalan demokrasi, isu hilang kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Mohammad Nizar). Melalui cara ini sahaja Menteri Besar boleh disingkirkan,'' kata Hakim Abdul Aziz.

    Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar, 52, memohon mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

    Mohammad Nizar yang dipilih sebagai Menteri Besar selepas pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri itu setahun lalu turut mendakwa, beliau tidak pernah meletak jawatan mahupun terdapat sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya supaya melepaskan jawatan.

    Hakim Abdul Aziz yang membacakan penghakimannya selama satu jam 10 minit turut berkata, jika sememangnya terdapat undi tidak percaya kepada Mohammad Nizar, mengapa BN tidak mengadakan persidangan khas DUN untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap pemimpin itu.

    ''Fakta yang tidak dinafikan ialah tidak terdapat undi tidak percaya terhadap pemohon sebelum beliau menemui Sultan kerana beliau tidak pernah disingkirkan melalui cara tersebut,'' ujar beliau.

    Di samping itu, katanya, mengikut Perkara 16(6) UTKP, Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Mohammad Nizar daripada jawatan Menteri Besar, meskipun Baginda mempunyai kuasa melantik.

    ''Sultan Perak juga tidak boleh menyingkir seseorang Menteri Besar hanya kerana pemegang jawatan itu tidak mendapat perkenan Baginda,'' katanya.

    Sebaliknya, menurut Hakim Abdul Aziz, pemecatan Menteri Besar hanya boleh dilakukan oleh anggota-anggota DUN yang telah dipilih oleh rakyat.

    Justeru, beliau menolak hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah dalam permohonan itu bahawa hanya dalam dua keadaan DUN boleh dibubarkan iaitu ketika Menteri Besar hilang sokongan majoriti anggota DUN dan apabila hampir tamat tempoh Dewan.

    ''Saya tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara kerana mengikut Perkara 36 UTKP, tiada keadaan yang terhad bagi Menteri Besar untuk memohon pembubaran daripada sultan dan terserah kepada Menteri Besar untuk memilih masanya untuk menentukan pembubaran,'' kata Hakim Abdul Aziz.

    Beliau turut tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Zambry selaku responden bahawa Mohammad Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar mengikut Perkara 16(6) UTKP.

    Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut menyentuh afidavit Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid serta keterangannya ketika dipanggil pada prosiding pemeriksaan balas.

    (Ahmad Kamal memberi keterangan selepas Mohammad Nizar mempersoalkan afidavit Penasihat Undang-Undang Negeri itu yang dikatakan tidak konsisten)

    Menurut hakim tersebut, Ahmad Kamal sebagai seorang pegawai kanan kerajaan bukanlah seorang saksi yang berkecuali dan adil apatah lagi dalam keterangannya beliau mengakui telah diarahkan untuk mengikrarkan afidavit sokongan terhadap Zambry setelah diarahkan oleh peguam Zambry.

    ''Ahmad Kamal sendiri memilih perkataan 'diarahkan' oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Dia boleh menggunakan perkataan lain seperti 'diminta' atau 'beliau menawarkan diri'. Perkataan (diarahkan) yang digunakan amat keras,'' katanya.

    Sehubungan dengan itu, pada hemat beliau, keterangan Ahmad Kamal diwarnai dengan arahan yang telah diterima oleh saksi tersebut.

    Mengenai penemuan Mohammad Nizar dengan Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Februari lalu, Hakim Abdul Aziz berkata, beliau memilih untuk mempercayai versi Mohammad Nizar dan bukannya versi Ahmad Kamal.

    Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa beliau tidak memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN disebabkan beliau tidak mengalami kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

    Syed Mokhtar Tokoh Melayu Terbilang

    Image

    Syed Mokhtar Tokoh Melayu Terbilang
    KUALA LUMPUR 11 Mei – Usahawan Melayu terkaya, Tan Sri Syed MokhtarAlbukhary, 58, dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 malam ini.

    Timbalan Presiden MIC jadi rebutan

    Timbalan Presiden MIC jadi rebutan
    KUALALUMPUR: Pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden MIC dijangkamenyaksikan ramai calon mencabar Datuk G Palanivel berikutanpengisytiharan Datuk Seri S Samy Vellu ini penggal terakhir beliausebagai presiden.

    Wanita UMNO harap Hindraf boleh berdialog

    Image

    Sesi dialog terbuka dengan pemimpin Hindraf
    PUTRAJAYA11 Mei – Pergerakan Wanita UMNO mahu sesi dialog terbuka yang lebihtertib diadakan dengan pemimpin pertubuhan haram Hindraf dan kumpulanseumpamanya pada masa akan datang berikutan pembebasan tiga lagipemimpin kumpulan itu kelmarin.

    Wanita harap Hindraf boleh berdialog
    PUTRAJAYA:Pergerakan Wanita Umno berharap satu sesi dialog terbuka yang lebihtertib dapat diadakan pada masa akan datang berikutan pembebasan tigalagi pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) Sabtu lalu.

    Kes kehilangan beg bimbit , Ong Tee Keat

    Beg bimbit Ong Tee Keat dicuri
    JOHORBAHRU 11 Mei – Beg bimbit milik Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiatyang diletakkan dalam sebuah kenderaan milik rakannya didapati hilangapabila penjenayah memecah cermin kenderaan itu di Taman Perling, disini semalam.

    11 ditahan beg menteri hilang
    JOHORBAHRU: Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes kehilanganbeg bimbit Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pengawalkeselamatannya di Taman Perling, petang kelmarin.

    KM Sarawak serah kepada polis isu loteri

    KM serah kepada polis isu loteri
    KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyerahkan kepadapolis untuk menyiasat kesahihan dakwaan bahawa seorang Menteri Muda danseorang pegawai kanan kerajaan di negeri ini mendalangi Telelink, yangmenjual loteri, Pan Malaysian Poll Sdn Bhd (PMP) Da Ma Cai, di seluruhSarawak.

    Nizar pohon restu Sultan bubar DUN

    Nizar pohon restu Sultan bubar DUN

    KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah hari ini menyatakan beliau akan memohon restu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Menurut Mohammad Nizar, beliau akan mendapatkan perkenan untuk menemui Sultan Perak untuk tujuan tersebut sebaik sahaja beliau tiba di Ipoh, Perak selepas selesai pengumuman keputusan mengenai kes tersebut.

    ''Secepat yang mungkin apabila saya tiba di Ipoh saya akan mendapatkan perkenan untuk menemui Tuanku (Sultan Perak). Lepas ini (keputusan mahkamah) saya akan terus balik,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai keputusan itu diumumkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas).

    Beliau berkata, pembubaran DUN itu bertujuan menyerahkan semula kepada rakyat hak mereka untuk menentukan kerajaan yang betul dan sah.

    Ditanya sama ada Sultan Perak akan memperkenankan permintaannya untuk pembubaran DUN, katanya, ia adalah prerogatif Sultan Perak.

    ''Tetapi berdasarkan keputusan hari ini, kami mahu mempersembahkannya kepada Tuanku agar hak rakyat disokong dengan sewajarnya,'' katanya.

    Selain menemui Sultan Perak, Mohammad Nizar yang kelihatan gembira dengan keputusan itu berkata, beliau juga akan mengadakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam masa yang terdekat.

    Menurutnya, semua keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta barisan Exco beliau semasa menerajui pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak akan disemak semula.

    ''Khidmat Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid pula akan digantung serta-merta,'' katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam yang mewakilinya.

    Sehubungan itu, beliau memohon agar Zambry menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dengan menyerahkan kembali tanggungjawab dan tugas Menteri Besar kepada pakatan pembangkang.

    Ditanya mengenai perasaannya dalam tempoh tiga bulan ini, katanya, sudah tentu memeritkan tetapi beliau dapat mengharunginya demi rakyat.

    Mahkamah kecoh kerana perbicaraan Mohammad Nizar

    Mahkamah kecoh kerana perbicaraan Mohammad Nizar



    MOHAMMAD Nizar Jamaluddin melambai ke arah penyokongnya selepas mendapat keputusan masih sah sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ



    KUALA LUMPUR 11 Mei – Belum menang kecoh, sudah menang lagi kecoh. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini sejak awal pagi meskipun keputusan permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Ir.

    Mohammad Nizar Jamaluddin hanya diumumkan pada pukul 2.30 petang.

    Pada waktu pagi, kesemua kenderaan yang ingin memasuki pekarangan mahkamah diperiksa dengan teliti dan ada pemandu yang disoal tujuan kehadiran mereka sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di hadapan kompleks tersebut.

    Menjelang tengah hari, pemeriksaan menjadi lebih ketat apabila orang ramai dan petugas media yang ingin ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang terletak di sayap kiri tingkat empat kompleks itu perlu mangambil pas khas yang disediakan oleh pihak polis di lobi utama.

    Kemasukan ke dewan mahkamah juga dihadkan dengan hanya seorang pemberita daripada setiap agensi media tempatan mahupun media asing dibenarkan membuat liputan keputusan kes tersebut.

    Jurugambar dan jurukamera pula tidak dibenarkan menghampiri langsung kawasan berhampiran dewan mahkamah Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan hanya boleh berada di kawasan lobi tingkat empat dan lobi utama.

    Menurut seorang anggota polis yang bertugas, lebih 60 anggota polis termasuk yang berpakaian preman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dikerahkan ke mahkamah bagi menjaga ketenteraman.

    Sebaik sahaja keputusan yang berpihak kepada Mohammad Nizar tersebar di kalangan penyokongnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan-rakan mereka yang berada di dalam dewan mahkamah, sorakan demi sorakan dapat didengar.

    Keadaan menjadi bertambah kecoh dan kelam kabut apabila Mohammad Nizar dan beberapa ahli Parlimen pembangkang turun ke lobi utama kompleks tersebut yang dipenuhi kira-kira 200 orang penyokong pakatan pembangkang yang bersilih ganti bersorak ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar DUN.’

    Petugas-petugas media terpaksa bertolak-tolak sesama sendiri dan penyokong serta pengawal Mohammad Nizar sehingga ada yang terpijak ketika cuba menghampiri pemimpin tersebut yang ingin menaiki tangga lobi utama untuk memberikan ucapan.

    Sebaik sahaja selesai memberi ucapan, Mohammad Nizar dan isterinya dibawa masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan kawasan tersebut.

    Pejabat MB, Exco akan dikosongkan

    Pejabat MB, Exco akan dikosongkan

    IPOH 11 Mei - Pejabat Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri akan dikosongkan secepat mungkin selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, pihaknya tidak ada masalah berbuat demikian kerana akur dengan keputusan mahkamah itu.

    ''Walaupun tidak ada sebarang arahan rasmi untuk mengosongkan pejabat namun kita akur dengan keputusan mahkamah dan tidak akan menentang.

    ''Kita semua ikut perintah, kita orang yang jenis taat pada perintah mahkamah dan tak ada masalah untuk mengosongkan pejabat," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim hari ini telah memutuskan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Keputusan itu dibuat setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tidak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perak, Nizamuddin Mat Isa berkata, semua pihak dalam kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan mahkamah tersebut.

    Justeru, katanya, semua yang terlibat akan berkemas secepat mungkin untuk meninggalkan pejabat masing-masing.

    Dalam pada itu, Setiausaha Sulit kepada Zambry Abdul Kadir, Khairul Azwan Harun pula meminta kerjasama media supaya meninggalkan pejabat Menteri Besar kerana tidak ada apa yang luar biasa berlaku di situ.

    Katanya, segala aktiviti masih berjalan seperti biasa dan sepatutnya pihak wartawan tidak berada di pejabat Menteri Besar yang pada waktu itu perlu ditutup kerana sudah pukul 5 petang.

    Tinjauan Utusan Malaysia selepas itu pula mendapati, lapan buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mula tiba di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pukul 5.40 petang.

    Ketibaan pasukan keselamatan itu adalah semata-mata untuk memastikan ketenteraman awam tidak terjejas dan menghalang mana-mana pihak yang cuba membuat kekecohan.

    Sehingga pukul 6.50 petang ini, masih belum kelihatan mana-mana pihak berhimpun beramai-ramai bagi meraikan kemenangan Mohammad Nizar itu.

    Nik Aziz sokong keputusan

    Nik Aziz sokong keputusan

    KOTA BHARU 11 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah berjaya menghidupkan kembali demokrasi di Perak.

    Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, keputusan itu membuktikan kebenaran berjaya ditegakkan selepas ditekan dan dianiaya oleh Barisan Nasional (BN).

    “Demokrasi yang koma selama tiga bulan hidup balik dan saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengotorkan demokrasi di Perak itu insaf, bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat Perak kerana telah menyalahgunakan kuasa,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

    Mengenai cadangan awal Mohammad Nizar yang mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya semula katanya, ia bergantung kepada penduduk negeri itu untuk menentukannya.

    “Dulu kami nak pilihan raya dibuat balik. Bila diberi balik jawatan kepada Nizar yang dipilih secara sah oleh rakyat, terserah kepada orang Perak,” ujarnya.

    BN akan kemuka rayuan: Najib

    BN akan kemuka rayuan: Najib
    Oleh Johari Ibrahim dan Saufi Hamzah
    bhnews@bharian.com.my

    PM minta rakyat Perak bertenang, tak teruja keputusan Nizar diisytihar MB

    PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Perak bertenang dan tidak terlalu teruja berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

    Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.

    "Kita berharap akan mendapat tarikh awal untuk merayu dan saya tidak boleh bercakap terlalu banyak kerana ia masih dalam skop mahkamah.

    "(Bagaimanapun), kita merasakan mempunyai kes dan asas yang kukuh, jadi kita akan merayu terhadap keputusan itu, mungkin esok (hari ini)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat dengan ahli Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di sini, semalam.

    Peguam Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Sunil Abraham ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memfailkan rayuan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

    Mengenai permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu pula, Sunil berkata, pihaknya masih menunggu arahan Zambry.

    Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan itu yang dibuat secara lisan dan meminta peguam Zambry mengemukakan hujahan berkenaan secara bertulis.

    Najib ketika ditanya sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan supaya pilihan raya negeri dapat diadakan berikutan perkembangan terbaru itu, pula berkata: "Saya tidak boleh nyatakan itu kerana ia adalah pertimbangan mutlak Sultan Perak."

    Perdana Menteri juga berkata, beliau tidak ada cadangan untuk menghadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.





    BN kemuka rayuan – PM

    PUTRAJAYA 11 Mei – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan dilakukan segera, kemungkinan esok.

    Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan itu kerana ia melibatkan skop mahkamah dan perundangan.

    ‘‘Langkah pertama kita (BN) adalah membuat rayuan terhadap keputusan itu dan ia akan dilakukan segera, kemungkinan esok.

    ‘‘Saya cuma mahu nyatakan bahawa kita mempunyai kes yang kukuh, justeru, kita akan mengemukakan rayuan,’’ katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di pejabatnya di sini, hari ini.

    Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Mohammad Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah.

    Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tidak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Pada masa yang sama, Najib menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa.

    ‘‘Bertenang, jangan terlalu ghairah atau gusar. Kita akan selesaikan perkara ini,” ujarnya.

    Ditanya sama ada perlu dibubarkan DUN Perak, Najib memberitahu, ia terpulang kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

    Beliau juga memaklumkan tiada sebarang tarikh ditetapkan untuknya menghadap Sultan Perak memandangkan beliau boleh berbuat demikian pada bila-bila masa jika diperkenankan.




    BN Perak wajar buat rayuan

    Oleh ZULKIFLI JALIL
    pengarang@utusan.com.my


    PUTRAJAYA 11 Mei - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak wajar membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari pakatan pembangkang adalah Menteri Besar yang sah.

    Pakar perlembagaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kes yang diputuskan itu menampakkan mahkamah tidak memberi landasan cukup kepada kuasa raja untuk menentukan siapa yang berhak menyandang Menteri Besar di bawah Perkara 16 (4) Perlembagaan Negeri Perak.

    ''Bagaimanapun Sultan masih ada kuasa residual (kuasa khusus yang berpanjangan) untuk sama ada bersetuju atau sebaliknya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

    ''Tidak semestinya keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi muktamad. Kalau Sultan mengkehendaki DUN dibubar, baginda boleh berbuat demikian tetapi kalau tidak perkenan, maka baginda mesti bersama dalam sistem undang-undang (rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

    Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di DUN.

    Menurut Rais, kes Perak yang diputuskan mahkamah hari ini mempunyai stigma bahawa sistem keadilan telah memberi keputusan awalan.

    ''Justeru, kerajaan Perak sedia ada perlu membuat rayuan untuk mengelak pertikaian di kemudian hari," katanya.

    Zambry akur keputusan mahkamah

    Zambry akur keputusan mahkamah

    Oleh Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amarudin, Norhashimah Mohd Radzali, Mohamed Farid Noh, Suhana Roslan, Siti Nurazlinee Azmi, Nurhayati Abllah dan Rosdalilah Zahari
    bhnews@bharian.com.my



    Bekas MB ambil tindakan susulan ikut undang-undang

    IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan hati dan fikiran terbuka serta meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat Perak bertenang menghadapi situasi berkenaan.

    Zambry berkata, beliau dan enam Exconya akan mengambil tindakan mengikut sistem perundangan berhubung keputusan mahkamah itu yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui Setiausaha Akhbarnya, Nizamuddin Mat Isa.

    SMS berkenaan berbunyi, Dr Zambry menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka.

    "Saya serta rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang dan saya menyeru semua penyokong BN serta rakyat Perak supaya bertenang," katanya.

    Sementara itu, Ketua Penerangan negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, berkata sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang arahan dan maklumat lanjut daripada Zambry.

    "Sehingga jam 3.30 petang tadi, saya hanya dimaklumkan melalui panggilan telefon. Zambry memberitahu beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis sambutan Ulang Tahun Umno Ke-63," katanya.

    Ketika ditanya berhubung keputusan mahkamah berkenaan, beliau berkata, pihaknya bersedia untuk mengikut perintah mahkamah untuk keluar daripada Bangunan SUK bila-bila masa.

    "Kita ikut perintah mahkamah, kalau mahkamah suruh keluar, kita akan keluar. Kita taat dengan perintah mahkamah dan kita tidak ada sebarang masalah," katanya.





    Harap semua bertenang - Zambry

    IPOH 11 Mei - ''Saya terima keputusan mahkamah itu dengan hati dan fikiran yang terbuka," kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

    Bagaimanapun kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu, beliau dan rakan-rakan lain dalam BN akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

    ''Saya menyeru semua penyokong BN dan rakyat negeri Perak supaya bertenang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Perak yang sah.

    Pada 13 Februari lalu, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Nizar yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lalu apabila pakatan pembangkang memenangi 31 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-12, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

    Bagaimanapun pada 6 Februari lalu Zambry, 47, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah selepas beberapa wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

    Nizar, Exco mahu mula tugas secepat mungkin

    Nizar, Exco mahu mula tugas secepat mungkin


    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan empat perkara utama yang akan dilakukannya sebaik saja Mahkamah Tinggi di sini, semalam memutuskan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

    Pertama katanya, akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin.

    Meminta Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghormati keputusan mahkamah dengan menyerahkan kembali tugas sebagai Menteri Besar kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan cara kehormat.



    Nizar juga akan menggantung Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid serta- merta kerana tidak pernah memberikan kerjasama yang baik bagi menjaga kepentingan rakyat Perak sehingga menyebabkan negeri itu mengalami krisis politik.

    Terakhir, memanggil mesyuarat Exco kerajaan negeri secepat mungkin, supaya kerajaan Pakatan Rakyat dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk rakyat.

    “Semua keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry selaku MB (Menteri Besar) sejak Februari lalu akan dikaji semula kecuali keputusan untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohan,” katanya pada sidang media di pekarangan mahkamah sejurus selepas keputusan itu dibuat pada jam 4.27 petang.

    “Keputusan mahkamah menunjukkan wujud keadilan dalam sistem perundangan negara dan saya menerimanya dengan penuh rasa syukur. Saya juga akan meneruskan kembali tugas sebagai Menteri Besar untuk rakyat,” katanya.

    Beliau yang dikelilingi kira-kira 100 penyokong dan Ahli Parlimen pembangkang di ruang legar lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta juga berkata, beliau dan Exconya akan memulakan tugas secepat mungkin.

    6 jentera FRU dikerah kawal Bangunan Perak Darul Ridzuan

    6 jentera FRU dikerah kawal Bangunan Perak Darul Ridzuan



    ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan meletakkan penghalang ketika
    berkawal di pintu masuk Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak
    Darul Ridzuan, semalam.


    IPOH: Polis mengerah enam jentera Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk trak penyembur air dan berpuluh anggota untuk mengawal Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bermula jam 5.30 petang semalam, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

    Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai semalam bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku.

    Arahan berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, yang turut memberi amaran akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

    "Polis diarah berada di kawasan bangunan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku", katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    "Saya sudah mengarahkan anggota polis supaya mengadakan pemantauan dan kawalan di seluruh kawasan Bangunan SUK serta kawasan berdekatan bagi memastikan ketenteraman terkawal," katanya.

    Tinjauan Berita Harian di luar bangunan itu mendapati keadaan terkawal dan sehingga jam 7 malam tadi, tiada kejadian tidak diingini berlaku selain keadaan trafik berjalan dengan lancar.

    Terdahulu kira-kira jam 3 petang, lebih 30 wartawan dan jurugambar berkumpul di pejabat Menteri Besar untuk mendapatkan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung keputusan mahkamah itu.

    Bagaimanapun, selepas menunggu hampir sejam, pengamal media diarahkan bersurai selepas diberitahu Zambry sudah berlepas ke Kuala Lumpur kerana menghadiri sambutan Ulang Tahun Umno Ke-63.

    Turut kelihatan, beberapa kakitangan SUK yang keluar masuk pejabat Menteri Besar membawa kotak.

    Sementara itu, tinjauan di kawasan persekitaran Istana Kinta di Jalan Dr Nazrin Shah di sini petang semalam didapati lengang walaupun ada khabar angin Mohammad Nizar akan ke situ untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

    Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, ketika dihubungi, mengesahkan Mohammad Nizar masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri beberapa program.

    "Beliau bagaimanapun akan menghadiri jemputan majlis pengurniaan pingat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pagi esok (ini) tetapi itu tidak bermaksud beliau akan mengadap Tuanku (hari ini) untuk minta bubar DUN," katanya.

    'Keputusan berbeza tafsiran perundangan Sultan'

    'Keputusan berbeza tafsiran perundangan Sultan'


    KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah luar biasa dan boleh menjerumuskan Perak dalam krisis perlembagaan yang berterusan.

    Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata keputusan itu juga di luar dugaan berikutan andaian sebelum ini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan disahkan sebagai Menteri Besar.

    "Keputusan Mahkamah Tinggi mewujudkan krisis perlembagaan berterusan apabila tafsiran perundangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mahkamah Tinggi berbeza dan ini menimbulkan suasana luar biasa kepada perlembagaan negeri.

    "Walaupun Nizar diumumkan Menteri Besar Perak yang sah, perkara ini belum berakhir kerana sudah pasti pihak Zambry akan membawa perkara ini ke Mahkamah Rayuan.

    "Sekalipun, Mahkamah Rayuan berpihak kepada Nizar nanti, persoalannya bagaimana beliau mampu mentadbir Perak dengan berkesan berikutan kekurangan sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), apatah lagi isu dewan berkenaan yang mempunyai dua Speaker iaitu V Sivakumar dan Datuk R Ganesan, akan merumitkan lagi krisis perlembagaan negeri berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nizammuddin Sulaiman, berkata Perak juga berhadapan kemungkinan diadakan pilihan raya baru bagi menentukan pihak yang layak mentadbir negeri berkenaan.

    "Bagaimanapun, kemungkinan pilihan raya baru itu hanya berlaku jika Zambry tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dan Sultan Perak pula memperkenankan langkah Nizar membubarkan DUN," katanya.

    Semua pihak perlu akur keputusan mahkamah

    Semua pihak perlu akur keputusan mahkamah


    PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semua pihak perlu akur dan mematuhi keputusan mahkamah berhubung kedudukan siapa Menteri Besar di Perak.

    "Ia keputusan mahkamah... apa yang diputuskan, kadangkala kita menang dan kadangkala kalah. Ini juga sebahagian daripada proses kematangan politik yang kita lalui.

    "Kini banyak bergantung kepada apa yang kita buat lepas ini, jika anda terima keputusan mahkamah dan biarkan mahkamah buat keputusan, kena terima ini, sama ada ia tamparan kepada BN atau tidak, ia biasa dalam proses perbicaraan," katanya pada sidang media selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara di sini, petang semalam.

    Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, masih ada ruang membuat merayu bagi pe-nangguhan pelaksanaan keputusan mahkamah itu.

    Mengenai mahkamah sama juga menolak permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan, beliau berkata:

    "Saya tidak tahu, ia mungkin permohonan lisan, tetapi tidak menghalang beliau (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) buat permohonan rasmi dan perlu difailkan di mahkamah esok (hari ini). Ini adalah proses dan prosedur asas serta amat jelas... tiada sesiapa melebihi undang-undang."

    Pada masa sama beliau memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak melakukan tindakan yang melanggar undang-undang dan menjejaskan keselamatan awam. Ditanya sama ada polis akan mengetatkan kawalan di pintu masuk bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, beliau berkata ia akan dilakukan jika perlu bagi menjamin keselamatan awam.

    "Dalam konteks keselamatan dan kestabilan, saya minta semua pihak khususnya di Perak jangan lakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keamanan serta kedudukan rakyat di Perak," katanya.






    UMNO konsisten patuh kepada undang-undang

    PUTRAJAYA 11 Mei - UMNO sentiasa konsisten bahawa semua pihak harus akur dengan sebarang keputusan mahkamah termasuk membabitkan pengesahan status Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

    Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes itu hari ini perlu dipatuhi dan tidak ada sesiapa yang boleh meletakkan dirinya mengatasi undang-undang negara.

    ''Dalam keadaan mahkamah sudah turunkan keputusan, semua pihak perlu akur kepada apa yang telah diputuskan.

    ''Saya harap dalam konteks keselamatan dan kestabilan, semua pihak terutama di Perak tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ketenteraman dan keamanan rakyat," katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

    Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

    Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Mohammad Nizar tidak pernah meletak jawatan selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Hishammudin berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai pembubaran DUN yang diusahakan oleh Mohammad Nizar memandangkan mahkamah hanya memutuskan soal kedudukan Menteri Besar.

    ''Kita serahkan kepada apa yang telah diputuskan, pada sesuatu masa kita memenangi sesuatu kes dan ada kalanya kita kalah.

    ''Ini adalah sebahagian daripada proses mematangkan demokrasi yang kita lalui, malah banyak lagi perkara yang akan kita hadapi selepas ini," katanya.

    Sementara itu, beliau menyatakan, kementeriannya akan mengarahkan kawalan keselamatan di Perak dipertingkatkan sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

    ''Keputusan saya adalah bersandarkan kepada perkara pokok iaitu untuk memastikan keamanan," katanya.

    Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, beliau akan bertemu dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan ketua-ketua UMNO Bahagian dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu dalam masa terdekat dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

    Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, perjumpaan yang akan diadakan di ibu negara itu adalah susulan pertemuannya dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hari ini.

    ''Saya telah menghadap Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin) dan mendapat mandat daripada Perdana Menteri.

    ''Diharap dengan berjumpa kedua-dua belah pihak, ia dapat membantu mengukuhkan parti dan merapatkan barisan kita," katanya.

    80 peratus Ketua Puteri negeri muka baru: Rosnah

    Image

    Puteri kekalkan dua muka lama
    KUALALUMPUR 11 Mei - Pergerakan Puteri UMNO yang mengumumkan senarai Ketuadan Naib Ketua negeri pada hari ini mengekalkan dua muka lama dalambarisan kepimpinan kali ini.

    Jenayah ragut: Puteri UMNO adakan program khas
    KUALALUMPUR 11 Mei - Pergerakan Puteri UMNO akan melaksanakan program khasseni mempertahankan diri serta mengelak daripada menjadi mangsa jenayahragut yang semakin berleluasa di seluruh negara.

    Ramai Ketua Puteri dibarisi muka baru
    KUALALUMPUR: Pengumuman barisan baru Ketua Puteri Umno negeri bagi sesi2008/2011 kelmarin menyaksikan hampir semua muka baru mengetuai 13negeri, kecuali Melaka dan Negeri Sembilan.

    ---------------------------------------------

    Ketua Puteri, Exco diumum hari ini
    PAPAR 10 Mei - Barisan Exco dan Ketua Puteri UMNO yang baru diperingkat negeri akan diumum secara rasmi selepas satu mesyuarat khaspergerakan itu, esok.

    80 peratus Ketua Puteri negeri muka baru: Rosnah
    PAPAR:Kira-kira 80 peratus muka baru Ketua Puteri Umno negeri akan diumumkanselepas mesyuarat pertama Exco pergerakan itu di Kuala Lumpur, hariini.

    Monday, May 11, 2009

    POLITIK : ISNIN 11 MEI 2009

    Ulama terajui Pas – Majlis Syura
    KUALALUMPUR 10 Mei – Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam ini memutuskanbahawa pemilihan dua jawatan tertinggi parti itu akan meneruskankeputusan yang telah dibuat pada Muktamar Agung Pas 1982.

    Usah terlalu bernostalgia - Najib
    PEKAN10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin dan ahli UMNOsupaya tidak terlalu bernostalgia terhadap jasa-jasa besar parti itupada masa lalu.






    BN sedia kerjasama
    PEKAN:Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasamadengan parti pembangkang untuk menamatkan kemelut politik di Perak,tetapi ia tidak bermakna BN bersetuju membentuk kerajaan campuran.

    BN sedia kerjasama, bukan bentuk kerajaan
    PEKAN 10 Mei - Barisan Nasional (BN) bersedia bekerjasama dengan partipembangkang di Perak bagi mengatasi kemelut politik di negeriberkenaan, tetapi ia tidak sampai ke tahap membentuk kerajaan campuran.

    Pas sokong keangkuhan
    KEPALA BATAS 10 Mei - Pas menyokong kenyataan pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar bahawa beliau tidak perlu berterima kasih kepada kerajaankerana membebaskannya daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA).

    Pembangkang perlu patuh perlembagaan
    IPOH10 Mei - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlahmenasihatkan pemimpin pakatan parti pembangkang agar bertindak mengikutperlembagaan dan undang-undang jika ingin mendapatkan kembali kuasabukannya mencetuskan kekecohan seperti bangsa tidak bertamadun.





    Jawatan Pas bukan hak eksklusif individu
    KUALA LUMPUR 10 Mei – Jawatan dalam Pas bukannya hak eksklusif untukmana-mana kumpulan sahaja tetapi terbuka kepada setiap ahli parti yanglayak berdasarkan kepada meritokrasi.

    Dewan Muslimat mahu ulama, profesional
    KOTABHARU 10 Mei – Dewan Muslimat Pas negeri mahu gabungan ulama danprofesional diteruskan bagi memastikan kepimpinan parti itu terus utuhserta mantap.

    Mat Sabu pertahan pendirian
    TASEKGELUGOR 10 Mei – Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankanpendiriannya bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti ituboleh dipegang oleh sesiapa sahaja dan tidak semestinya dalam kalangangolongan ulama.

    ‘Bertandinglah, Nik Aziz pun tok guru...’
    POKOKSENA 10 Mei – Sesiapa sahaja boleh bertanding bagi merebut jawatanPresiden Pas dan hanya yang terbaik akan memegang jawatan itu, kataMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

    Mahfuz ingin tanding Naib Presiden
    KUALALUMPUR 10 Mei – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar membayangkanuntuk bertanding merebut salah satu daripada tiga kerusi jawatan NaibPresiden Pas pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

    Nik Abduh ditolak ahlinya
    KOTABHARU 10 Mei – Pemuda UMNO negeri menyifatkan kekalahan anak MursyidulAm Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam pertandingan untuk jawatan KetuaDewan Pemuda Pas negeri ini membuktikan bahawa beliau tidak lagiditerima dan relevan dalam sayap kanan parti itu.

    Ketua Puteri, Exco diumum hari ini
    PAPAR 10 Mei - Barisan Exco dan Ketua Puteri UMNO yang baru diperingkat negeri akan diumum secara rasmi selepas satu mesyuarat khaspergerakan itu, esok.

    Pembangkang tidak tolak– Anwar
    BUTTERWORTH10 Mei – Pakatan pembangkang tidak pernah menolak ruang untukberbincang dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan Barisan Nasional(BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, kata KetuaPembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Selesaikan isu Murugiah dengan baik
    SERIKEMBANGAN 10 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinmahu kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) menyelesaikan kemelutdalaman parti itu yang melibatkan Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Senator T. Murugiah dengan baik.

    Shu Kiah bakal dilantik Naib Presiden Gerakan
    KOTAKINABALU 10 Mei - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiahbakal dilantik sebagai Naib Presiden Gerakan sejurus mendapat mandatdaripada pucuk pimpinan parti.






    'Umno tidak boleh lagi bernostalgia'
    PEKAN:Umno perlu membuat perubahan dalam pendekatan berpolitik untuk teruskekal relevan dan mendapat sokongan rakyat, terutama di kalangangenerasi muda pasca kemerdekaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

    PPP disaran cari jalan selesai kemelut dalaman
    SERIKEMBANGAN: Kepemimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) perlumenyelesaikan masalah parti mereka pada peringkat dalaman dan tidakmenambah beban Barisan Nasional (BN) yang sudah pun menghadapi pelbagaicabaran.

    Murugiah serah kedudukan kepada PM
    SEREMBAN:Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah,yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP) menyerahkankedudukannya dalam kerajaan kepada Datuk Seri Najib Razak.

    'Perasmian berkelompok sidang cawangan lebih relevan'
    MELAKA:Umno mengalu-alukan langkah pimpinan bahagian parti yang mengadakanperasmian berkelompok persidangan cawangan mengikut kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) dan bukan dibuat secara bersama pada peringkatbahagian seperti sekarang.

    Hadi kekal Presiden Pas tanpa bertanding
    KUALALUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpabertanding, manakala timbalannya, Nasharuddin Mat Isa bakal menghadapipertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti itu, bulan depan.

    'Pemuda Kelantan tolak ulama'
    KUALALUMPUR: Blog penyokong kuat Pas Kelantan menyifatkan kemenangan AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman,bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan pada muktamar tahunandewan itu kelmarin, sebagai kemenangan kumpulan Edrogan.

    80 peratus Ketua Puteri negeri muka baru: Rosnah
    PAPAR:Kira-kira 80 peratus muka baru Ketua Puteri Umno negeri akan diumumkanselepas mesyuarat pertama Exco pergerakan itu di Kuala Lumpur, hariini.

    Koh cadang Tan jadi Naib Presiden Gerakan
    KOTAKINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yangmenyertai Gerakan secara rasmi semalam, akan dicadangkan dilantiksebagai Naib Presiden parti itu bagi mewakili masyarakat Cina di Sabah.

    Pakatan sedia bincang selesai krisis di Perak
    BUKITMERTAJAM: Pakatan Rakyat sedia membuka ruang perbincangan denganmana-mana pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatasikrisis politik di Perak.

    MIC minta Hindraf lupa sengketa
    KUALALUMPUR: MIC mahu pemimpin kumpulan haram Hindraf yang dibebaskandaripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin,melupakan persengketaan lama dan bekerjasama dengan kerajaan demipembangunan masyarakat India di negara ini.






    Mahkamah putuskan MB Perak sah hari ini
    KUALALUMPUR: Persoalan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara DatukSeri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

    Nik Abduh tewas jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan

    Nik Abduh ditolak ahlinya
    KOTABHARU 10 Mei – Pemuda UMNO negeri menyifatkan kekalahan anak MursyidulAm Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam pertandingan untuk jawatan KetuaDewan Pemuda Pas negeri ini membuktikan bahawa beliau tidak lagiditerima dan relevan dalam sayap kanan parti itu.

    'Pemuda Kelantan tolak ulama'
    KUALALUMPUR: Blog penyokong kuat Pas Kelantan menyifatkan kemenangan AhliDewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman,bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan pada muktamar tahunandewan itu kelmarin, sebagai kemenangan kumpulan Edrogan.

    ------------------------------------------------------------------------------------

    Nik Abduh tewas jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan
    KOTABHARU 9 Mei - Anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziztewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PasKelantan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, AbdulLatiff Abdul Rahman.

    ---------------------------------------------------------------------------------

    Abdul Latiff cabar Nik Abduh rebut Ketua Pemuda Pas
    KOTABHARU 8 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Mengkebang, AbdulLatiff Abdul Rahman akan bersaing dengan Timbalan Ketua Dewan PemudaPas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bagi jawatan ketua pada MuktamarDewan Pemuda Pas negeri, esok.

    Pas sokong keangkuhan

    Pas sokong keangkuhan
    KEPALA BATAS 10 Mei - Pas menyokong kenyataan pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar bahawa beliau tidak perlu berterima kasih kepada kerajaankerana membebaskannya daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA).

    Mahfuz ingin tanding Naib Presiden

    Mahfuz ingin tanding Naib Presiden
    KUALALUMPUR 10 Mei – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar membayangkanuntuk bertanding merebut salah satu daripada tiga kerusi jawatan NaibPresiden Pas pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

    Koh cadang Raymond Tan Shu Kiah jadi Naib Presiden Gerakan

    Shu Kiah bakal dilantik Naib Presiden Gerakan
    KOTAKINABALU 10 Mei - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiahbakal dilantik sebagai Naib Presiden Gerakan sejurus mendapat mandatdaripada pucuk pimpinan parti.

    Koh cadang Tan jadi Naib Presiden Gerakan
    KOTAKINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yangmenyertai Gerakan secara rasmi semalam, akan dicadangkan dilantiksebagai Naib Presiden parti itu bagi mewakili masyarakat Cina di Sabah.

    MB PERAK ditentukan Isnin ini

    Mahkamah putuskan MB Perak sah hari ini
    KUALALUMPUR: Persoalan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara DatukSeri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin,akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

    ------------------------------------------------------------------------------------

    MB Perak ditentukan Isnin ini
    KUALA LUMPUR 7 Mei - Persoalan siapa Menteri Besar Perak yang sahantara Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuandan Kuasa-Kuasa Khas) pada Isnin ini.


    MB Perak ditentu 11 Mei
    KUALALUMPUR: Persoalan untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri BesarPerak yang sah antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan DatukSeri Dr Zambry Abdul Kadir, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi disini, pada 11 Mei ini.

    Sunday, May 10, 2009

    POLITIK : AHAD 10 MEI 2009

    'Tak jadi letak jawatan'
    SUBANG JAYA 9 Mei - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota AlamShah, M. Manoharan dari DAP yang dibebaskan hari ini daripada tahananAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memutuskan untuk tidak mengosongkankerusi DUN kawasan itu.




    Pas perlu dipimpin para ulama
    KOTA BHARU 9 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi tetapbertegas mahukan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presidenparti itu serta salah satu jawatan Naib Presiden.

    Nik Abduh tewas jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan
    KOTABHARU 9 Mei - Anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziztewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PasKelantan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, AbdulLatiff Abdul Rahman.

    Ketua Pemuda tempelak pemimpin Pas
    KOTABHARU 9 Mei - Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim (gambar ) menempelak sikap sesetengah pemimpin tertinggi parti itukerana masih mempertikaikan perkara asas dan dasar perjuangan partiyang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

    Mahu ulama profesional
    KOTABAHARU 9 Mei - Dewan Pemuda Pas Kelantan mahu golongan ulamaprofesional meneruskan kepimpinan bagi menjamin kesinambungan masadepan parti itu.





    PPP pecat Murugiah dakwaan politik wang
    KUALALUMPUR: Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam sebulatsuara meluluskan usul memecat Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Senator Datuk T Murugiah daripada parti itu kerana didakwaterbabit dengan politik wang.

    Dewan Tertinggi bincang isu semasa politik 18 Mei
    KUALALUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat 18 Meiini dijangka membincangkan isu semasa politik negara, termasuk sama adaakan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti, akhir bulan ini.

    Pemuda siap hadapi pilihan raya di Penanti
    KUALATERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno sudah bersedia untuk menghadapiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti walaupun BarisanNasional (BN) belum memutuskan sama ada akan bertanding atausebaliknya.

    Pemuda Pas bidas pertikai hak bukan ulama tanding
    KOTABHARU: Dewan Pemuda Pas Kelantan membidas segelintir pemimpin parti ituyang seolah-olah tidak memahami perkara asas termaktub dalamPerlembagaan Pas sehingga secara berterusan mempertikaikan hak bukanulama untuk bertanding jawatan tertinggi parti.

    Kelantan tak calon Nik Aziz lawan Abdul Hadi
    KUALALUMPUR: Pas Kelantan tidak berhasrat mencalonkan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagijawatan Presiden parti pada Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

    Muktamar bincang ambil alih kerajaan
    KUALALUMPUR: Muktamar Tahunan Pas ke-55 bulan depan, dijangka membincangkanusaha mempersiapkan parti itu sebagai bakal kerajaan baru sebaikmengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).

    Saturday, May 09, 2009

    POLITIK : SABTU 09 MEI 2009

    Kecoh di DUN Perak jejas imej negara

    KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pembangkang yangmencetuskan kekecohan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak, kelmarin kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang sertamemburukkan imej Malaysia.

    Image

    Perintah mahkamah tidak sah - Karpal
    IPOH8 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa perintah mahkamah yangdiperoleh polis untuk melarang sesiapa menghampiri 500 meter dariBangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semasa sidang Dewan UndanganNegeri (DUN) Perak berlangsung semalam adalah tidak sah.

    69 dibebas dengan jaminan
    PUTRAJAYA8 Mei - Kesemua 69 individu yang ditahan kerana melanggar perintahmahkamah dan berkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunanSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak semalam telah dibebaskan denganjaminan.

    'Imej Perak tercemar'
    IPOH8 Mei - Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menyifatkan kekecohanyang berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalamsebagai satu sejarah hitam dalam politik di negeri ini.

    GMP kesal sikap pembangkang
    IPOH8 Mei - Gagasan Melayu Perak (GMP) kesal dengan tindakan tidak beretikawakil rakyat pakatan pembangkang kerana sengaja mencetuskan kekecohandalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam.

    SMS bunuh: Waran tangkap jika tak hadir
    KUALATERENGGANU 8 Mei - Polis memberi tempoh tiga hari mulai hari ini kepadaDatuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk tampil membantu siasatanberhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentukancaman kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

    Wakil rakyat PKR ditahan
    KUCHING8 Mei - Wakil rakyat Padungan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),Dominique Ng Kim Ho antara yang ditahan polis malam tadi, keranaberhimpun secara haram di Tebingan Kuching, di sini.


    Image
    Saya dihina, diancam - Yit Foong
    IPOH 8 Mei - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, HeeYit Foong ( gambar ) kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkangyang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancammemukul beliau.

    Kecoh DUN Perak, sikap kemaruk kuasa
    KUALALUMPUR 8 Mei - Pemimpin UMNO di pelbagai peringkat mengecam keraskelakuan anggota pembangkang pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak semalam yang bukan sahaja mengaibkan tetapi turut menghinainstitusi diraja.

    Terserah kepada perwakilan - Hadi
    KOTABHARU 8 Mei - Muktamar Pas dan perwakilan berhak mencalon danmemutuskan sesiapa yang difikirkan layak untuk menyandang jawatanpresiden.

    Rosnah harap Puteri BN jadi kenyataan
    ARAU8 Mei - Puteri UMNO percaya penubuhan Puteri Barisan Nasional (PuteriBN) yang dicadangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu akan menjadikenyataan.

    Pemuda dekati 200,000 belia Kelantan luar negeri
    KOTABHARU 8 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan akan mengambil inisiatifuntuk mendekati hampir 200,000 belia Kelantan yang telah berhijrah kenegeri lain sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum akandatang.

    Abdul Latiff cabar Nik Abduh rebut Ketua Pemuda Pas
    KOTABHARU 8 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Mengkebang, AbdulLatiff Abdul Rahman akan bersaing dengan Timbalan Ketua Dewan PemudaPas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bagi jawatan ketua pada MuktamarDewan Pemuda Pas negeri, esok.

    Sivakumar dakwa masih Speaker
    IPOH8 Mei - V. Sivakumar yang dilucutkan jawatannya semalam mendakwa beliaumasih lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dan akanmemasuki pejabatnya seperti biasa Isnin ini.

    Murugiah nafi cabar Kayveas terajui PPP
    SEREMBAN8 Mei - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Progresif Penduduk (PPP),Senator Datuk T. Murugiah menafikan khabar angin bahawa beliau akanmencabar Presiden parti, Datuk M. Kayveas pada pemilihan Jun ini.




    Cemar imej institusi demokrasi negara
    KUALA LUMPUR 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohanyang ditimbulkan pihak pembangkang semasa Persidangan Dewan UndanganNegeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan danperkembangan tragik kepada demokrasi negara.

    Kelakuan pembangkang diselar
    KUALALUMPUR: Pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan menyelarkelakuan ahli politik pembangkang, terutama bekas Speaker DewanUndangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, yang tidak mahu menerimahakikat Pakatan Rakyat tidak lagi memerintah negeri itu.

    Janji Speaker DUN Perak
    IPOH:Speaker, Datuk R Ganesan akan berusaha memastikan kekecohan yangberlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, kelmarintidak berulang pada persidangan akan datang.

    Cara PDRM, FRU kawal sidang dipuji
    KUALALUMPUR: Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia(PDRM) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menampilkan disiplintinggi ketika ditugaskan menjaga keselamatan persidangan Dewan UndanganNegeri (DUN) Perak, kelmarin.

    Penerangan Umno bincang strategi memperkasa parti
    KUALALUMPUR: Penerangan Umno akan mengadakan pertemuan dengan JawatankuasaPenerangan Empat Peringkat di seluruh negara mulai Ahad ini bagimembincangkan strategi untuk memperkasa parti dan melaksanakan konsep1Malaysia.

    Pembangkang anggap Sivakumar kekal Speaker
    IPOH:Pakatan Rakyat masih menganggap V Sivakumar sebagai Speaker yang sahkerana Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin, belum bermulaketika usul pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh daripadaDAP itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Baki 15 penyokong PR dibebas
    IPOH:Polis membebaskan baki 15 penyokong Pakatan Rakyat( PR), termasuk AhliParlimen Batu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebelumtengah malam kelmarin, selepas ditahan kerana mengingkari laranganberada dalam lingkungan 500 meter (m) dari Bangunan Perak Darul Ridzuandi sini.

    Abdul Hadi sedia ditentang Nik Aziz
    KOTABHARU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia ditentangoleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada MuktamarTahunan Pas bulan depan.

    Pendekatan kontemporari Pas ikut politik semasa
    KUALALUMPUR: Pas mengakui terpaksa mengubah pendekatan bersifat lebihkontemporari ini, untuk menyesuaikan parti itu dengan perubahan politiksemasa negara.

    'PR umpan calon BN bertanding'
    KUALALUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakan pelbagai strategi bagimemastikan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon pada pilihan rayakecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

    Pengundi DUN Penanti boleh buat semakan
    KUALALUMPUR: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, PulauPinang boleh membuat semakan urusan pengundian menerusi laman webSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR), khidmat pesanan ringkas (SMS) atau diBilik Gerakan Pejabat Pilihan Raya negeri.

    Nafi tawar kontrak

    KUALALUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, semalam membuat laporanpolis terhadap adik kepada pelakon Tamil tempatan, K Sujatha, KSurenthiran yang mendakwa menerima tawaran kontrak daripada beliau.

    Ramzi diberi tiga hari bantu siasat SMS ugutan
    KUALATERENGGANU: Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk DrAhmad Ramzi Mohamad Zubir diminta tampil membantu polis melengkapkansiasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tigaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganubulan lalu.

    Dominique Ng Kim Ho, wakil rakyat PKR ditahan

    Wakil rakyat PKR ditahan
    KUCHING8 Mei - Wakil rakyat Padungan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),Dominique Ng Kim Ho antara yang ditahan polis malam tadi, keranaberhimpun secara haram di Tebingan Kuching, di sini.

    Saya dihina, diancam - HeeYit Foong

    Image
    Saya dihina, diancam - Yit Foong
    IPOH 8 Mei - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, HeeYit Foong ( gambar ) kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkangyang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancammemukul beliau.

    SPEAKER PERAK

    Janji Speaker DUN Perak
    IPOH:Speaker, Datuk R Ganesan akan berusaha memastikan kekecohan yangberlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, kelmarintidak berulang pada persidangan akan datang.

    Sivakumar dakwa masih Speaker
    IPOH8 Mei - V. Sivakumar yang dilucutkan jawatannya semalam mendakwa beliaumasih lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dan akanmemasuki pejabatnya seperti biasa Isnin ini.

    Pembangkang anggap Sivakumar kekal Speaker

    IPOH:Pakatan Rakyat masih menganggap V Sivakumar sebagai Speaker yang sahkerana Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin, belum bermulaketika usul pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh daripadaDAP itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    S Manikavasagam & K Sujatha

    Nafi tawar kontrak

    KUALALUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, semalam membuat laporanpolis terhadap adik kepada pelakon Tamil tempatan, K Sujatha, KSurenthiran yang mendakwa menerima tawaran kontrak daripada beliau.