Monday, September 24, 2007

Skandal kehakiman: Transkrip perbualan telefon VK Lingam dengan Tan Sri Fairuz

suarakeadilan
Mon | Sep 24, 07 | 11:03:34 am MYT

Berikut adalah versi terbaru transkrip perbualan Tun Fairuz dan VK Lingam yang telah dikemaskinikan untuk memastikan tahap ketepatan yang lebih tinggi.

Versi asal Bahasa Inggeris serta penterjemahan Bahasa Malaysia turut disediakan.

...The CJ said his relative is now the Agong, so he wants to stay on to 68, so, Tengku Adnan said... I told Tengku Adnan, yesterday I had a meeting with him.

He said PM is already very angry with him ... and ... he said no problem he is going to make you acting err... confirm your position as PCA, working very hard, and then get Tan Sri Mokhtar as CJM.

Ah, so we just keep it confidential. I am working very hard on it. Then there is a letter, according to Tengku, I am going to see him tomorrow, there is a letter sent to ... ah... CJ, I mean Tan Sri Dzaiddin, that Datuk Heliliah, ... er Datuk Ramli and Datuk Ma'roop be made judges, and he rejected that Dr Andrew Chui and apa itu Zainuddin Ismail lah. Because Zainuddin Ismail who condemned your appointment and Tan Sri Mokhtar's appointment.

And then you also, it seems, wrote a letter for the remaining... confirmed as judges. As per our memo I discussed with Tun Eusoff Chin and we sent the same memo to PM.

I just want to get a copy letter that this has been done.

And then Tan Sri Dzaiddin said he is going to recommend six people for the court of appeal, but until today the letter hasn't come to PM. He never discussed, but neither he has sent the letter to PM. He has not sent. So, I know it is under the constitution, for judges all, that is your job, Datuk, to send, but we don't want to make it an issue now.

Ah. Ok. Actually I told Tengku Adnan to inform PM, PM to call you for a meeting. But I will organize this so that Tengku Adnan will call you directly. And then I got your number, I will tell him to call you directly to for you to meet PM lah. Ah... So should be ok, then ar... correct correct, it is very important that the key players must be there.

Correct correct correct. Correct correct. You know that the same problem that Tun Eusoff Chin had. He tried to do all this and yet he has run out of soldiers. He couldn't do it because many were from the other camp. Last time was unfortunate because Tun Daim was doing everything sabotaging, you know lah...

Otherwise how are things with you - everything is ok? No, don't worry. You know sometimes Tan Sri Vincent said that half the time we are talking about judiciary rather than doing the work. But if I don't do this part my work will be useless. Ha! Ha! Ha!

Ah. Yes. Correct correct correct correct correct. Right right right. Correct. Ah. Ah. Right! Susah. You see he has now asked for six court of appeal judges, so that he can put his men before he retires.

Correct correct correct, ah and then ah, ah correct correct correct correct correct.

Ah never-mind, I will do this, I will get er... Tengku Adnan to arrange for PM to call you and Tan Sri Vincent Tan for PM to call. You know why, actually, I am very grateful to Tan Sri Vincent Tan you know why, I brainwashed him so much I even quarreled with him. One day I went to Vincent Tan's house, I fired him at night in his house. I said bloody hell, if you don't do this who will do it? All these people, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainol (?) all fought for... hat. Then he called Tengku Adnan. Tengku Adnan he said, saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah, you know. If the old man doesn't want to listen to me, go to hell.

He quarreled with me. I said never-mind, never-mind, Tan Sri, you talk to PM again tomorrow morning to put Datuk Ahmad Fairuz to CJM. So next day morning he went and he called me back 9.30 that he said PM has already agreed. So I said never-mind, we hope for the best. So I said no harm trying, the worst that it can happen is you lose. Being the old man, he is 76 years old, he gets whispers everywhere, and then you don't whisper, he get taken away by the other side. But, now the PM is very alert because every time he gets letters from Tan Sri Dzaiddin, he calls Tengku Adnan, he says discuss with Vincent, come and discuss. And...

Yes yes, ya. Correct correct. Ya, but you see although I know PM, but my views... I am a lawyer in practice... my views are... I go through them, I go through them lah.

Ah. Ah. Ah. Ah.

And then Dzaiddin will go and tell them you went and saw PM and make a big issue out of it. Oh ya, I think so, I think so.

Ok, fine fine fine fine. Ok. Ok. Ok. Ok. Ok. Right ok ok. Ah. Ah. Correct correct.

Now I heard Raja Aziz, Raja Aziz ah, two weeks ago spoke to my lawyer Thayalan, and another lawyer Anad, in the High Court, they have a case with each other. So, Thayalan and Anad asked Ungku Aziz, how is Tan Sri Wan Adnan?

He said he is on his way down. But you know what is the shocking thing he said? Datuk Fairuz became CJM. He overruled everybody, in three months time, he is going to be PCA, and 6 months time he is going to be CJ. He said I can't take this shock. He told lah. Ha!

It seems ah that they are going to organize a campaign... they are going to organize a campaign to run you down. But you just keep quiet... don't say anything. Don't... even the press ask, you said I leave it to God, that's all. Don't say. I really like your message. You said I work very hard, what can I do? I leave it to God. That's the best answer datuk that you can ever give. Ah.

Yes... I will also get Tan Sri to remind PM to put a Tan Sri ship this year lah. You know this will elevate you, you know.

Oh yes yes yes yes. Ah. Steve Shim got so fast, Tan Sri Chong waited for a whole year to get Tan Sriship.

Ah... My god that's why, ah. Correct correct correct correct, ya ya ya ya, right right right, correct correct.

Don't worry, we organize this. And if Tan Sri Vincent and Tengku Adnan want to meet you privately, they will, I will call you. We organize a private arrangement, in a very neutral place.

No don't worry, Datuk, I know how much you suffered for Tun Eusoff Chin. And Tun said Datuk Ahmad Fairuz 110% loyalty. We want to make sure our friends are there for the sake of PM and for the sake of the country.

Not for our own interest, not for our own interest. We want to make sure the country comes out well. Well, you suffered so much, so much you have done. For the election petition, Wee Choo Keong, everything. How much, nobody would have done all these.

Yes, you know. Ah. Good lah. You don't worry. I am constantly working on this. I...

Ya ya, don't worry don't worry. We work hard on this er Datuk. And if Tan Sri Vincent and Tengku want to see you, I will organize it in a confidential place.

Ok Datuk all the very best. God bless you and your family.

Ok. Thank you thank you. Bye bye bye bye.

TERJEMAHAN

Ketua Hakim (Dzaiddin) mengatakan yang beliau adalah saudara kepada Agong sekarang (Sultan Sirajuddin, Raja Perlis), maka beliau mahu kekal sehingga 68 (tahun).Jadi saya maklumkan kepada Tengku Adnan, semalam saya ada berjumpa Tengku.

Tengku maklumkan yang PM (Mahathir) begitu marah padanya, PM kata, tidak ada masalah untuk lantik Datuk sebagai pemangku, err... sahkan jawatan sebagai Presiden Makhamah Rayuan, dan bersungguh untuk pastikan Tan Sri Mokhtar sebagai Ketua Hakim Malaya.

Ah, kita pastikan ianya sulit. Saya sedang bekerja keras untuk tujuan itu.

Kemudian ada sepucuk surat, menurut Tengku, saya akan menemui Tengku esok, ada sepucuk surat telah dihantar kepada Ketua Hakim, maksud saya Tan Sri Dzaiddin, mengatakan yang Datuk Heliliah, Datuk Ramli, dan Datuk Ma'roop dilantik sebagai hakim, dan beliau menolak Datuk Andrew Chui dan Zainuddin Ismail. Ini kerana Zainuddin Ismail 'mengganggu' perlantikan Datuk dan Tan Sri Mokhtar.

Dan Datuk juga perlu menulis surat dalam tempoh 5 minggu disahkan sebagai hakim.

Memo kita, saya akan bincang dengan Tun Eusoff Chin dan kita akan serahkan memo yang sama kepada PM.

Saya cuma mahu dapatkan satu salinan surat untuk pastikan yang perkara ini akan disahkan kelak.

Kemudian Tan Sri Dzaiddin sebut bahawa beliau akan menyokong 6 orang untuk Mahkamah Rayuan, tetapi sehingga ke hari ini surat tersebut masih tidak sampai ke tangan PM.

Tan Sri tidak pernah berbincang, malah tidak pernah hantar surat tersebut kepada PM.

Ya, beliau tidak hantar.

Saya faham yang di bawah perlembagaan untuk hakim, semuanya merupakan tugas Datuk untuk menghantar (surat tersebut), tetapi kita tidak perlu ketengahkan isu tersebut sekarang.

Masa yang sukar ya?

Ok. Sebenarnya saya telah pesan kepada Tengku Adnan untuk maklum kepada PM, untuk berjumpa dengan Datuk. Saya akan aturkan supaya Tengku Adnan akan hubungi Datuk secara terus, dan apabila saya dapat nombor telefon Datuk, saya akan minta Tengku untuk hubungi Datuk terus untuk Datuk berjumpa dengan PM lah. Jadi, sepatutnya semua ok. Kemudian... betul... Sebab sangat penting untuk kita pastikan ada 'pemain utama' di situ.

Betul... Betul... Datuk tahu tak yang masalah sama dihadapi oleh Tun Eusoff Chin. Tun Eusoff cuba lakukan semua ini tetapi beliau 'kehilangan askar'. Beliau tak dapat lakukan kerana ramai yang datang dari kem berlainan.

Masa itu, kurang bernasib baik kerana Tun Daim telah lakukan sabotaj.

Datuk tahu?

Jadi adakah semuanya ok dengan Datuk? Semuanya ok?

Tidak, jangan risau. Datuk perlu tahu, kadang-kadang Tan Sri Vincent sebut, sebahagian daripada masa mereka hanya bercakap soal kehakiman daripada melakukan kerja. Tetapi jika saya tidak laksanakan bahagian ini, kerja saya akan jadi sia-sia.

Hahaha. Ah, ya. Betul... Setuju... Betul. Ah, betul, susah.

Datuk cuba lihat, sekarang dia (Dzaiddin) nak lantik 6 orang hakim Mahkamah Rayuan, jadi dia boleh letakkan orang-orangnya sebelum dia bersara.

Betul... ah, kemudian? Ah, betul. Tetapi jangan bimbang, saya akan lakukan kerja ini, saya akan dapatkan Tengku Adnan untuk aturkan dengan PM untuk hubungi Datuk dan Tan Sri Vincent Tan, untuk PM hubungi Datuk.

Dan sebenarnya Datuk, saya betul-betul berterima kasih dengan Tan Sri Vincent Tan. Datuk tahu kenapa?

Saya paksa beliau, malah saya bertengkar dengan beliau.

Satu hari saya datang ke rumah Vincent Tan, saya marah beliau pada malam saya di rumahnya.

Saya cakap, "kalau awak tak lakukan siapa yang akan buat?"

Semua orang-orang ini, Tun Eusoff Chin, Datuk Ahmad Fairuz, Tan Sri Zainon, semuanya berebutkan jawatan tersebut.

Kemudian beliau hubungi Tengku Adnan.

Saya hubungi Tengku Adnan, beliau cakap "Saya bukan Perdana Menteri Malaysia lah!" Datuk tahu?

Jika orang tua itu tak mahu dengar cakap saya, pergi jahanamlah! Tengku bertekak dengan saya. Saya cakap, "tak apa, tak apa. Kalau Tengku tidak cakap dengan saya, Tengku cakap dengan PM lagi esok pagi untuk lantik Datuk Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya."

Dan keesokan paginya Tengku berjumpa PM dan hubungi saya balik pada 9.30 pagi, dan beliau maklumkan yang PM telah bersetuju.

Jadi saya bilang, "tak apa, kita harapkan yang terbaik."

Saya bilang, tak ada percubaan yang merosakkan, paling buruk yang bakal terjadi ialah awak tewas.

Jadi orang tua, dia dah berusia 76 tahun, dia 'dibisik' di mana-mana, dan kalau kita tak 'bisik' sama, dia akan dipengaruhi oleh pihak lain.

Tapi sekarang PM begitu teliti kerana setiap kali beliau peroleh surat daripada Tan Sri Dzaiddin, beliau akan hubungi Tengku Adnan dan maklumkan 'bincang dengan Vincent, datang dan bincang.'

Ya... ya... ya. Betul... Ya, tetapi Datuk tengok, walaupun saya kenal PM, saya adalah pengamal guaman. Pendapat saya... akan melalui mereka, akan melalui mereka lah.

Ah...

Dan kemudian Dzaiddin akan hubungi dan beritahu mereka yang Datuk berjumpa dengan PM dan Datuk jadikan ini satu isu besar.

Oh ya...saya terfikir begitu juga.

Ok. Ok. Baik... Ok...

Ah... Betul...

Sekarang saya dengar Raja Aziz, Raja Aziz ada bercakap dengan peguam saya Thayalan, dan seorang peguam lagi, Ailan, di Mahkamah Tinggi, mereka ada kes satu sama lain.

Jadi Thayalan dan Ailan bertanya kepada Raja Aziz, bagaimana keadaan Tan Sri Wan Adnan?

Raja Aziz bilang Wan Adnan sudah nazak. Tetapi Datuk tahu apa perkara yang mengejutkan yang Raja Aziz beritahu?

Datuk Fairuz sudah jadi Ketua Hakim Malaya. Dia mendahului semua orang. Dalam tempoh 3 bulan. Dia (Fairuz) akan jadi Presiden Hakim Rayuan, dan dalam tempoh 6 bulan dia akan jadi Ketua Hakim. Raja Aziz bilang beliau tak akan terima kejutan ini. Dia cakap lah.

Ha, nampaknya mereka akan atur satu kempen untuk jatuhkan Datuk. Tetapi Datuk cuma perlu senyap, jangan cakap apa-apa.

Walaupun ditanya oleh wartawan, Datuk sekadar cakap "saya serahkan kepada Tuhan," cukup.

Jangan sesekali cakap.

Saya suka kenyataan anda.

Datuk sebut saja Datuk telah bekerja keras. "apa lagi yang boleh saya buat? Saya serah pada Tuhan."

Itu jawapan terbaik yang boleh Datuk berikan.

Ah... Saya juga akan minta Tan Sri untuk ingatkan PM untuk anugerahkan gelaran Tan Sri tahun ini (kepada Datuk).

Ah... Datuk tahu, ini akan naikkan imej Datuk. Datuk pun tahu kan.

Oh. Ya...

Ha... Steve Shim dapat begitu cepat, Tan Sri Chong terpaksa tunggu sehingga 4 tahun untuk dapatkan gelaran Tan Sri.

Ah... Ya Tuhan. Sebab itulah...

Betul...

Ya...

Betul...

Betul...

Jangan risau, kita akan aturkan semua ini.

Jika Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu berjumpa Datuk secara sulit. Saya yakin mereka akan jumpa. Saya akan hubungi Datuk.

Kita akan aturkan secara sulit, di kawasan yang bebas.

Tidak, jangan risau Datuk. Saya tahu bagaimana Datuk sengsara demi Tun Eusoff Chin.

Dan Tun sebut kesetiaan Datuk Ahmad Fairuz adalah 110%.

Kita mahu pastikan yang orang kita ada di sana untuk kebaikan PM dan Negara.

Bukan untuk kepentingan kita, bukan untuk kepentingan kita.

Kita mahu pastikan yang Negara diutamakan dengan baik.

Datuk terlalu sengsara, sudah banyak yang Datuk telah lakukan, termasuk petisyen pilihan raya, Wee Choo Keong, semuanya lah. Takkan ada sesiapa yang boleh lakukan semua ini.

Ya... Datuk pun tahu, baik lah.

Ok, jangan risau. Saya bersungguh-sungguh menguruskan perkara ini.

Ya... ya... Jangan risau, jangan risau.

Kita bersungguh-sungguh demi perkara ini. Dan Datuk, sekiranya Tan Sri Vincent dan Tengku Adnan mahu bertemu dengan Datuk, saya akan aturkan di tempat yang sulit.

Ok Datuk, moga Tuhan merahmati kamu dan keluarga.

Terima kasih. Bye.

Untuk mendapatkan rakaman video perbualan di atas, sila layari www.malaysiakini.com./tajdid

Klip Video: Respon PM, TPM lemah, pecat Ahmad Fairuz

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Sep 24, 07 | 9:59:06 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Pendedahan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung klip video membabitkan perbualan antara seorang peguam dengan hakim kanan semakin mendapat perhatian ramai hingga Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa menggunakan pelbagai alasan untuk menutup isu tersebut.


Klip video yang turut disiarkan dalam beberapa lama web termasuk web rasmi Parti KeADILan Rakyat itu beberapa hari lalu menghantui pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malangnya jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menutup isu besar itu dari mata rakyat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

"Bagaimana pula dengan tindakan menukar pendakwaraya dalam kes Altantuya Shaariibuu hanya kerana didakwa dilihat bermain badminton tetapi bukti berupa video dan gambar tidak pun diketengahkan.

Bukti

"Dalam isu konspirasi kehakiman pula jelas Anwar mendedahkan klip video yang dikatakan membabitkan perbualan antara VK Lingham dan seorang hakim yang disyaki, Tun Ahmad Fairuz, tetapi pihak hakim dan kerajaan pimpinan Abdullah sebaliknya mahu menutup isu ini,"kata Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat.

Beliau berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan PM dan TPM terhadap isu pendedahan Anwar berhubung isu klip video membabitkan konspirasi kehakiman.

Baginya, kes ini secara jelas menunjukkan perbualan antara peguam terbabit dengan hakim tersebut mengikut klip video dan teks asal yang telah ditranskrip.

"Setakat ini kata PM dan TPM hanyalah klip ini perlu dipastikan sahihnya.Dalam kes Altantuya, bukti pendakwaraya bermain badminton tidak pun dikemukakan tetapi tindakan untuk menggantikan pendakwaraya terus dilakukan.Buktinya mana, tiada pun pihak yang menanyakannya,"tegasnya.

Pada pandangan Kamarudin, kes ini membabitkan integriti badan kehakiman negara yang boleh memberi kesan kepada proses perundangan dan sebarang keputusan berhubung peghakiman.

Helah tutup kes

"Apa yang dilakukan PM hanya memberi amaran kepada pihak yang mendedahkan kes ini jika klip video itu tidak benar mereka akan diambil tindakan. Ini kes besar jangan kata tak ada bukti,"tegasnya.

Apa yang dilihat kenyataan PM itu hanyalah satu helah untuk terus menutup kes yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap ketelusan badan kehakiman di negara ini, katanya.

Justeru tindakan untuk menyiasat dan meneliti kandungan perbualan antara peguam dan hakim itu perlu dilakukan segera oleh pihak kerajaan dan badan kehakiman, katanya.

Beliau juga mahu PM dan semua pimpinan politik serta kehakiman konsisten dan telus dalam mengendalikan kes besar ini yang boleh akan mencerminkan kewibawaan badan perundangan negara ini, katanya.

PM dan TPM hilang wibawa

Sementara itu Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah pula berkata, cubaan PM dan TPM mutakhir ini untuk mempersoalkan kebenaran video itu sememangnya tidak menampakkan kewibawaan dan sikap bertanggungjawab pimpinan kerajaan.

"Mustahil sama sekali bagi seorang yang rasional untuk menonton video ini dan kemudiannya serta-merta mendakwa kepalsuannya. Peguam-peguam Malaysia sedar dengan situasi kehakiman kita pada tahun 2002, dan mampu memahami segala yang tersurat mahupun tersirat dalam perbualan ini,"katanya.

Fakta-fakta dan nama-nama yang tersebut dalam perbualan itu sememangnya bukan asing lagi kepada mereka, katanya.

Malah seseorang yang tidak mengecam seorang nama sekali pun masih lagi boleh melihat apa yang cuba dibuat dalam perbualan itu, katanya.

PM cuba dakwa klip video ciptaan komputer

Nampaknya, PM dan TPM sedang cuba mendakwa bahawa video ini mungkin telah dihasilkan menggunakan imej ciptaan komputer, ataupun satu lakonan semata-mata, katanya.

"Dakwaan ini sememangnya langsung tidak masuk akal, dan sebenarnya menampakkan betapa terdesaknya mereka ini, sehinggakan terpaksa menggunakan alasan yang begitu lemah sekali,"katanya.

Respons Ketua Hakim Negara yang begitu pendek, sekadar 'tiada komen' semata-mata, boleh jelas difahami semua sementara peguam yang sedang dikaitkan dalam kontroversi ini pula masih lagi belum berkata apa-apa, katanya.

KeADILan ingin meminta supaya PM dan TPM tidak begitu cepat membuat kesimpulan mereka sehingga satu pasukan forensik bebas selesai menyiasat video tersebut, katanya.

Dalam pada itu, KeADILan juga menegaskan bahawa kerja ini sepatutnya menjadi sebahagian tugas Suruhanjaya Diraja yang dikehendaki untuk menjalankan penyiasatan penuh ke atas hal ini, katanya.

Surat terbuka kepada Yang Dipertuan Agong

Sementara itu dalam satu surat terbuka kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-raja Melayu, Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin berkata, pendedahan tersebut beserta bukti rakaman perbualan, jelas menunjukkan bagaimana campur tangan dan gangguan dalam institusi kehakiman.

Melalui perbualan itu peguam tersebut melakukan usaha termasuk campur tangan beberapa pihak lagi seperti tokoh korporat Vincent Tan dan Tengku Adnan (menteri Pelancongan ketika itu) memastikan Fairuz dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

"Negara kini berada dalam krisis integriti yang cukup hebat kini. Seluruh dunia kini sedang melihat Malaysia, bagaimana kita selaku bangsa yang bermaruah menangani permasalahan ini,"katanya.

Gantung sementara, atau pecat

Sewajarnya dalam kes ini melihat dengan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz sendiri meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya mengosongkan jawatan sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan, kata Badrul Hisham.

"Menginsafi betapa negara sedang diuji dengan ujian integriti yang hebat, makanya dengan ini patik mendesak tindakan segera berdasarkan Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan, di mana mengizinkan pemecatan atau penggantungan Hakim serta merta berdasarkan salah laku etika,"katanya.

Satu Suruhanjaya Diraja bebas harus dibentuk segera bagi menyiasat perkara ini termasuk menyiasat semula kes terbesar negara iaitu konspirasi terhadap Anwar Ibrahim yang telah banyak merugikan negara, katanya.

Ketua Hakim Negara nafi

Dalam pada itu Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilaporkan telah menafikan yang beliau adalah orang yang berbual melalui telefon dengan peguam terkemuka, Datuk VK Lingam untuk mengatur pelantikan hakim-hakim.

Ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz malam tadi, yang menyatakan Ahmad Fairuz telah menghubunginya untuk membuat penafian tersebut.

Nazri bagaimanapun tidak menyatakan bila Ahmad Fairuz menghubunginya untuk membuat penafian tersebut.

"Hakim itu telah menghubungi saya dan beliau menafikan dia yang berbual dalam rakaman itu," katanya dalam laporan Bernama selepas majlis penyerahan zakat dan berbuka puasa di Masjid Taman Kuala Kangsar baru-baru ini.

Pada 19 September lalu, Anwar dalam satu sidang medianya di Petaling Jaya telah mendedahkan satu klip video yang didakwanya rakaman perbualan antara peguam dengan seorang hakim.

Menurut Anwar klip video itu dirakam pada tahun 2002 namun beliau enggan menyatakan sumber rakaman itu diperolehi.

Terkemudian selepas itu KeADILan menyerahkan klip itu kepada Majlis Peguam Malaysia dan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk siasatan lanjut. - mks.

Polis usah jadi budak suruhan Umno - tegur Mohd Sabu

Awang Harun
Mon | Sep 24, 07 | 9:16:12 am MYT

KUALA NERUS, 24 Sept (Hrkh)- Pasukan keselamatan, terutamanya Polis merupakan kakitangan serta pegawai kerajaan kepada kerajaan yang memerintah dan perlu bertindak secara profesional.

Polis juga bukan musuh kepada mana-mana parti pembangkang bahkan perlu mewujudkan kerjasama dan toleransi antara kedua-dua pihak.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pihak polis perlu bertindak secara profesional agar tidak mudah diperalatkan oleh parti pemerintah.

Katanya, polis usah bertindak seperti pemuda Umno kerana pasukan keselamatan itu bukan ‘musuh’ PAS.

“Polis jangan jadi pemuda Umno kerana kami (PAS) bukan lawan polis tetapi kami lawan Umno.

“Hentilah jadi ‘barua’ Umno dan bertindak secara professional sebagai pegawai kerajaan,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penjelasan Isu Tragedi Batu Burok, di Padang Bola Batu Enam, baru-baru ini,

Menurut Mohamad, polis merupakan pegawai kerajaan dan jika PAS berjaya memerintah negara ini pun polis yang sama digunapakainya.

Oleh itu, katanya jika polis masih bertindak seperti ‘budak’ suruhan Umno masalah keselamatan tidak akan selesai.

Pada 8 September lalu, pihak pasukan keselamatan bertindak agresif ketika membatalkan ceramah Bersih sehingga berlaku provokasi serta menyebabkan dua orang awam cedera parah ditembak dengan peluru hidup oleh polis.

PAS boleh menang dengan demokrasi

Sementara itu dalam ceramahnya di Kemaman, Naib Presiden PAS itu menegaskan, PAS boleh memenangi pilihan raya dengan mudah jika negara mengamalkan demokrasi tulin.

Ini kerana, katanya demokrasi tulin memberi kebebasan kepada rakyat berfikir, memilih serta menentukan kerajaan yang dikehendaki bagi memerintah negara.

“Secara demokrasi Islam boleh mencapai kemenangan jika diberi ruang dan peluang secara bebas, adil dan telus.

“Kita memilih cara demokrasi. PAS pilih cara itu untuk berjuang hingga mencapai matlamat kita,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penjelasan Isu Tragedi 8 September Batu Burok, di perkarangan Pasti Mak Cili, Chukai Kemaman.

Katanya, golongan Islam boleh mencapai kemenangan dengan demokrasi jika dilaksanakan secara adil dan tulin.

Menurutnya, kejayaan tersebut telah dibuktikan di Palestin, Acheh, Mesir dan yang terakhir di negara sekular Turki.

Bahkan, katanya di Malaysia jika ada demokrasi sebenar pun boleh mencapai kemenangan dengan mudah.

Beliau menjelaskan selepas tahun 1969 amalan demokrasi tulin mula rosak serta terhakis di negara ini.

Katanya, demokrasi rosak dengan akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ‘Aku Janji’.

“Akta OSA penting bagi melindungi rahsia kerajaan tetapi telah disalahgunakan oleh para pemimpin Umno.

“Kita lihat Akta OSA digunakan untuk melindungi rasuah pemimpin-pemimpin Umno seperti Rafidah Aziz dan ramai lagi,” jelasnya.

Menurutnya, Bersih ditubuhkan bagi membersih serta menyelamatkan amalan demokrasi daripada terus ‘rosak’ dan ‘mati’ di negara ini. - mr

Rusuhan: 4 lagi individu serah diri

KUALA TERENGGANU: Empat lagi individu yang gambar mereka disiarkan akhbar Selasa dan Sabtu lalu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam bagi membantu siasatan kejadian rusuhan dan pembakaran Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud di sini, 8 September lalu.

Tiga daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis, manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata dua daripada individu terbabit datang menyerah diri pada jam 9.30 pagi semalam.

Katanya, seorang daripadanya adalah jurujual berusia 49 tahun berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Lima berusia 17 tahun dari kampung sama.

"Pada jam 9.55 pagi seorang lagi lelaki berusia 18 tahun dari Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini tampil memberikan keterangan.

"Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Pahang yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Manir berusia 24 tahun pula tampil kira-kira jam 11.40 pagi," katanya.

Khairi berkata, tiga daripada mereka yang disyaki terbabit dengan rusuhan sudah dirakam keterangan, manakala seorang lagi sedang disiasat.

Katanya, polis masih membuka peluang kepada individu terbabit untuk menyerah diri sebelum gerakan menangkap mereka dilakukan pada bila-bila masa.

"Kami sedang mengemas kini maklumat diperoleh terhadap semua individu terbabit sebelum membuat tangkapan.

"Justeru, mana-mana individu masih berdiam diri, tampil kerana polis hanya mahu mendapatkan penjelasan berhubung kejadian yang berlaku dan menjelaskan kepada polis mengapa mereka berada di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, polis juga masih mempunyai beberapa lagi gambar untuk disiarkan dan dikeluarkan secara berperingkat selepas siasatan kes berkenaan selesai.

Umno Selangor perlu kuat: Najib

Oleh Wan Jailani Razak

Benteng penting ekonomi, politik negara



SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak mahu Umno Selangor mempertahankan kekuatannya berikutan kedudukan negeri itu di Lembah Klang, kawasan penting yang menjadi tempat tumpuan putaran ekonomi, politik dan golongan cerdik pandai.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata dengan keyakinan Umno Selangor mengekalkan rekod tanpa kalah yang dicapai semua calon parti itu pada pilihan raya lalu, harapan itu akan menjadi kenyataan.

"Saya percaya dengan semangat Umno yang kuat ditunjukkan menerusi kehadiran yang baik pada malam ini (malam tadi), memang boleh kita banggakan.

"Saya sudah bersama berhempas pulas dengan Umno Selangor (pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok lalu). Maknanya Umno Selangor sudah diuji dan saya diuji dan kedua-dua lulus cemerlang.

"Apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo beri jaminan semua kerusi Umno boleh berjaya (pada pilihan raya akan datang), saya rasa itu bukan jaminan kosong tetapi jaminan berasaskan kejayaan kita sebelum ini," katanya.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian pada Majlis Berbuka Bersama Badan Perhubungan Umno Selangor di Kediaman Menteri Besar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada majlis yang dihoskan Dr Mohamad Khir selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Dr Mohamad Khir, Datin Seri Zahrah Kechik; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.

Najib berkata, ramai orang bertanya mengenai rahsia kejayaan Umno sehingga mampu bertahan sehingga kini sebagai parti pemerintah dalam sistem demokrasi berparlimen.

Katanya, banyak faktor boleh dikaitkan dengan kejayaan itu, antaranya apabila kepemimpinan parti berdepan cabaran, setiap kali itulah kepemimpinan Umno berjaya memimpin negara dan mengatasi cabaran dengan cemerlang.

"Kita dikaitkan dengan perubahan, evolusi dan transformasi yang begitu besar di bawah parti Umno. Apabila berdepan usaha untuk mencapai kemerdekaan, kita berjaya mencapainya.

"Malah, ketika berdepan penjajah, kita bangun menentang Malayan Union dan ketika mengisi kemerdekaan, sekali lagi kita berjaya membawa pembangunan dan mengubah nasib rakyat. Begitu juga ketika zaman konfrontasi, krisis kewangan dan (isu) Kampung Medan, Umno berjaya memimpin negara.

"Tidak ada ketika dalam sejarah negara kita dikaitkan dengan persepsi kegagalan dan itulah antara sebab kejayaan kita mempertahankan keutuhan parti sehingga kini," katanya.

Beliau juga mahu disiplin ketika berpuasa sepanjang Ramadan diteruskan dan dijadikan amalan mulia di kalangan pemimpin dan ahli Umno dalam perjuangan memartabatkan Umno.

Sibuk kerja punca ramai tak daftar

KUALA LUMPUR: Sibuk dengan tugas, kelekaan dan tanggapan negatif mengundi tidak penting adalah antara punca ramai orang Melayu kurang menunaikan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata mereka yang bekerja di bandar pada mulanya ingin mendaftar di kawasan itu tetapi kerana kesibukan mereka berbelah-bahagi apabila ingin berbuat demikian di kampung.

"Akhirnya mereka tidak pasti untuk mendaftar di mana dan lama-lama leka serta tidak mendaftar sebagai pemilih. Harap mereka ini mendaftar sebagai pemilih sama ada di kampung atau tempat bekerja
"Mereka perlu ingat bahawa menjadi hak individu dan tanggungjawab masing-masing untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Kesedaran ada untuk mendaftar tapi kita dukacita kerana selepas banyak kempen dilaksanakan secara intensif dan besar-besaran, masih ramai Melayu belum mendaftar," katanya ketika dihubungi semalam.

Muhammad diminta mengulas laporan akhbar mengenai orang Melayu masih muncul golongan tertinggi tidak mendaftar walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.
Program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lalu menunjukkan 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah Melayu dan Bumiputera lain.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, program yang menetapkan sasaran 2.5 juta pemilih baru itu mendapati sebahagian besar daripada sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan Bumiputera.

PPP tuntut diberi lebih kuasa

GEORGETOWN: Belumpun selesai isu menuntut lebih kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya, Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) mendesak supaya lebih banyak jawatan kerajaan diberi kepada pemimpin parti itu.

Ketua Pemudanya, T Murugiah, berkata PPP ketika ini hanya memiliki satu jawatan timbalan menteri dan senator, sedangkan parti komponen lain menikmati jawatan yang lebih tinggi.

Beliau menyifatkan PPP tiada suara dalam kerajaan walaupun menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana Presiden parti, Datuk M Kayveas hanya timbalan menteri.

Katanya, ia menyebabkan PPP tidak terbabit dalam menggubal dasar kerajaan, sekali gus tidak memperoleh layanan sewajarnya sekalipun mewakili kira-kira 530,000 ahli.

"Lebih banyak jawatan kerajaan termasuk senator harus diberi kepada pemimpin PPP sebagai simbol perkongsian kuasa. Saya harap Pemuda BN sedia memberi perhatian," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perasmian Konvensyen Pemuda PPP Pulau Pinang di sini, semalam, yang disempurnakan Timbalan Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Datuk Mohd Salim Abdul Bari.

Pada majlis itu, Ketua Pemuda PPP Pulau Pinang K Manikumar mencadangkan Murugiah dijadikan senator, manakala Ketua PPP Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Bala Mohan, diperuntukkan kerusi pada pilihan raya umum depan.

Dalam perkembangan lain di KUALA LUMPUR, Presiden PPP mendakwa MIC gagal meningkatkan taraf hidup dan ekonomi kaum India dan meminta tanggungjawab itu diserahkan kepada PPP.

Kayveas berkata, tiada apa yang boleh dibanggakan MIC sepanjang tempoh 50 tahun diberikan kepada parti itu dengan taraf hidup penduduk India tidak menampakkan banyak perubahan.

Katanya, lebih mengecewakan lagi, sektor pendidikan yang penting dalam pembangunan sesebuah bangsa gagal diselia dengan baik oleh MIC.

"Ia terbukti apabila hanya ada 500 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara ketika ini, berbeza 20 tahun lalu yang mencatatkan 1,300 SJKT.

"Saya tidak faham kenapa mereka menutup 800 sekolah yang menyebabkan sistem pembelajaran murid India tersekat. Selain itu, keadaan sekolah tidak terurus dan ada bilik darjah menggunakan kontena dan di rumah kedai," katany selepas merasmikan mesyuarat agung kelapan Persatuan Pemilik & Pemandu Teksi India Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Hakim kanan nafi terbabit

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Rakaman klip video masih pada peringkat siasatan: Mohamed Nazri

KUALA KANGSAR: Hakim kanan yang didakwa berbual dengan seorang peguam mengenai usaha untuk melantik Ketua Hakim Negara pada 2002 yang dirakam secara sulit melalui satu klip video, menafikan bahawa beliau adalah orang dihubungi peguam terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata beliau sudah dihubungi hakim berkenaan yang menafikan pembabitannya.

"Peringkat awal, saya sudah dihubungi pihak hakim berkenaan dan beliau menafikan suara sebelah sana (yang sedang berbual dengan peguam) adalah suara dia.

"(Dalam video klip) kita hanya lihat seorang saja bercakap, di sebelah sana telefon kita tidak tahu siapa.. tetapi hakim berkenaan menghubungi saya dan menafikan itu adalah dia dan itu bukan suara dia.

"Tetapi, seperti yang dikatakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kita kena siasat terlebih dulu kesahihan video klip itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat Amanah Raya Berhad (ARB) di Masjid Taman Kuala Kangsar di sini, malam kelmarin.

Klip video lapan minit yang dirakam secara sulit itu memaparkan visual perbualan seorang peguam terkemuka membincangkan mengenai usaha untuk melantik seorang hakim sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian sebagai Ketua Hakim Negara.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, polis akan menyiasat klip video itu bagi memastikan kesahihannya.

Abdullah yang turut menerima video klip itu bersama transkrip dihantar ke pejabatnya berkata, polis perlu bertindak cepat menyiasat kes itu kerana ia boleh menjejaskan nama baik sistem kehakiman di negara ini.

Mohamed Nazri yang bertanggungjawab terhadap portfolio undang-undang berkata, pada peringkat sekarang siasatan perlu dijalankan bagi membuktikan kesahihan rakaman itu terlebih dulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

Beliau juga berkata, negara ini sebenarnya memiliki undang-undang menghalang orang ramai mengambil tindakan yang boleh mendatangkan rasa kurang keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman negara.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghakiskan keyakinan masyarakat terhadap badan kehakiman, terutama jika kesahihan video klip itu diragui.

Mohamed Nazri turut mempertikaikan niat sebenar pihak yang menyebarkan serta menghebohkan video klip itu kepada orang ramai.

"Saya berasa jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegakkan undang-undang dan membersihkan sistem kehakiman, perkara ini tidak perlu diperhebohkan. Mereka boleh menyerahkan terus video klip itu kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk disiasat.

"Kenapa perlu bawa perkara ini kepada akhbar dan orang ramai.. jadi kita boleh pertikaikan niat mereka sama ada untuk kepentingan politik atau mahu badan kehakiman bersih?" katanya.

Perusuh diberi peluang lagi

Oleh: RAJMAH HASAN

KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Seramai 33 lagi individu yang dicari berhubung kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada 8 September lepas masih berpeluang menyerah diri sebelum gerakan memberkas mereka di rumah dimulakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Supritendan Khairi Ahrasa berkata, individu terbabit tidak perlu gusar untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kerana polis hanya hendak mendapatkan keterangan mereka bagi membantu melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

‘‘Kita cuma hendak dapatkan beberapa penjelasan daripada individu terbabit termasuk tujuan kehadiran mereka di lokasi berkenaan kerana bukti rakaman gambar menunjukkan mereka berada di tempat kejadian rusuhan malam itu.

‘‘Takut bukan alasan kerana polis hanya hendak dapatkan keterangan mereka dan setakat ini, tiada yang menyerah diri direman, mereka akan dilepaskan setelah polis berpuas hati dengan keterangan mereka,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat pukul 5 petang ini, sebanyak 13 daripada 46 individu yang dicari telah menyerah diri termasuk empat lelaki berusia antara 17 dan 49 tahun yang tampil berbuat demikian hari ini.

Khairi berkata, mereka yang menyerah diri hari ini ialah jurujual berusia 49 tahun dan pelajar sebuah sekolah menengah berusia 17 tahun berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, dekat sini yang tampil di IPD Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi ini.

‘‘Selang 25 minit kemudian, seorang penganggur berusia 18 tahun dari Jalan Sultan Zainal Abidin di sini pula menyerah diri diikuti seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang berusia 24 tahun yang berasal dari Kampung Pulau Rusa kira-kira pukul 11.40 pagi ini,’’ katanya.

Antara mereka yang telah menyerah diri sebelum ini termasuk seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah agama swasta dari Binjai Bongkok, Marang dan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pasir Panjang di sini.

Sementara itu, Khairi berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir mengemas kini segala maklumat perusuh termasuk mendapatkan alamat rumah individu yang masih gagal menyerah diri sebelum gerakan memberkas mereka dilakukan dalam waktu terdekat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, polis mempunyai banyak lagi gambar individu dipercayai terlibat dalam kes rusuhan dan menjangkakan gambar- gambar mereka akan diedarkan kepada media massa selewat-lewatnya minggu depan.

Polis kesan individu bakar Jalur Gemilang

KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Polis yakin dapat mengesan individu yang membakar Jalur Gemilang semasa rusuhan di Jalan Sultan Mahmud, di sini pada 8 September lalu sebelum akhir bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis menerima beberapa petunjuk baru yang membolehkan pasukan penyiasat mengesan individu yang melakukan perbuatan menghina simbol kedaulatan negara itu.

‘‘Petunjuk baru ini dijangka dapat membantu polis menahan individu berkenaan dalam tempoh terdekat dan saya berharap kes berkenaan akan dapat ditutup sebelum Hari Raya Aidilfitri,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, polis menggunakan pendekatan berlembut dalam menjalankan siasatan kes rusuhan itu berikutan maklumat yang diterima menunjukkan pelajar-pelajar sekolah yang sedang menduduki peperiksaan utama merupakan antara individu yang terlibat dalam rusuhan itu.

‘‘Justeru, para pelajar yang diminta membantu dalam siasatan berkenaan dibenarkan membawa ibu bapa ketika memberikan keterangan berhubung penglibatan mereka dalam rusuhan berkenaan,’’ katanya.

Ayub berkata, polis tidak akan menahan sebarang individu tanpa usul periksa dan kebanyakan individu yang dicari polis telah menyerah diri dan dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

‘‘Pelajar-pelajar berkenaan juga telah dibebaskan selepas memberikan keterangan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan masing- masing kerana kami faham mereka telah dihasut untuk merusuh pada malam itu,’’ ujarnya.

Beliau menambah, polis sentiasa bersifat telus dalam menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat termasuk anggota keselamatan sendiri.

‘‘Saya juga bersedia untuk bertemu mana-mana pemimpin parti pembangkang yang ingin mendapatkan maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan,’’ katanya.

Tiada pilihan raya umum dalam waktu terdekat

Oleh: NIZAM YATIM

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini walaupun ekonomi negara berada pada kedudukan baik.

Perdana Menteri berkata, beliau masih tidak mendapat ilham mengenai bila pilihan raya umum akan diadakan walaupun soalan itu sering diajukan kepadanya.

Beliau menegaskan, mandat yang diberikan kepada kerajaan dalam pilihan raya umum 2004 masih belum berakhir.

‘‘Yang ini (pilihan raya) nanti dulu, kita ada mandat, mandat kita ada dua tahun lagi,” kata beliau dalam temu bual eksklusif program VIP Awani yang disiarkan melalui saluran Astro Awani malam ini.

Menurut Abdullah, keadaan ekonomi negara yang kukuh terbukti apabila industri binaan sekarang menunjukkan peningkatan yang melegakan walaupun sektor itu sebelum ini berada dalam keadaan lembap buat tempoh yang agak lama.

‘‘Industri perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain industri terus kukuh serta nilai perdagangan kita juga menunjukkan angka yang terus bertambah. Di samping itu, kita masih mempunyai rizab yang baik dan nilai mata wang kita juga stabil,” jelasnya.

Bagi memastikan perkembangan itu berterusan, Abdullah berkata, beliau mahu syarikat-syarikat tempatan memberikan perhatian kepada usaha menghasilkan produk terbaik pada harga berpatutan dan mereka juga perlu mengeluarkan perbelanjaan banyak untuk melakukan aktiviti promosi secara agresif.

‘‘Langkah ini adalah bagi membolehkan kita menghadapi sekatan perdagangan dalam bentuk bukan tarif seperti dakwaan sesetengah negara bahawa (ada) syarikat yang menghasilkan produk telah mencemar alam sekitar, hak asasi manusia dan menggunakan buruh kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sekarang, Abdullah berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi perhatian kepada situasi berkenaan.

Beliau baru-baru ini juga telah diberi taklimat mengenai perkara itu.

Perdana Menteri mengakui kelembapan ekonomi AS itu boleh memberikan kesan kepada negara ini kerana ia akan menjejaskan eksport barangan perkilangan Malaysia ke AS seperti yang berlaku ketika krisis kewangan 1997.

‘‘Kalau teruk sangat, memang ada kena- mengena dengan kita. Ini turut berhubung kait dengan naik turun kadar faedah yang boleh mempengaruhi suasana pelaburan di negara ini dan sentimen pasaran saham.

‘‘Apa yang berlaku di mana-mana negara yang mungkin membawa kesan buruk kepada kita akan terus dipantau. Kita akan membuat anjakan atau mengambil langkah-langkah yang perlu dan insya-Allah ekonomi kita tidak akan terjejas,” ujarnya.

Orang Melayu tidak peduli soal politik

Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

SUNGAI PETANI 23 Sept. – Rasa selamat tinggal di negara sendiri dan tidak mempunyai kesedaran politik merupakan antara punca sesetengah orang Melayu tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin (gambar) berkata, golongan tersebut bukan tidak mempunyai keyakinan terhadap sistem demokrasi tetapi mereka bersikap tidak mengendahkan perkembangan sekeliling.

‘‘Orang Melayu patut mencontohi kaum Cina yang kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap hak politik mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan e-sidang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, di sini hari ini.

Katanya, sikap ‘tidak apa’ di kalangan orang Melayu masih menebal termasuk dalam soal yang menjadi agenda politik bangsa.

Zainuddin mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bahawa sebahagian besar rakyat yang mendaftar dalam Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas adalah bukan bumiputera.

Menurut Menteri Penerangan itu, pendedahan SPR itu bukan sesuatu yang mengejutkan beliau.

Zainuddin memberitahu, usaha telah dijalankan oleh agensi kerajaan dan parti-parti politik termasuk komponen Barisan Nasional (BN) untuk mendaftarkan pengundi baru, tetapi langkah itu hanya berjaya menarik sebahagian daripada mereka.

Sehubungan itu, ujarnya, usaha berterusan perlu dijalankan oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi.

‘‘Saya akan arahkan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan menjalankan kempen masing-masing untuk menyeru orang Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi,” katanya.

Beliau mendakwa orang Melayu lebih berminat untuk bercakap banyak tentang soal politik dan membuat kritikan tetapi kurang bertindak serta lalai dalam mempertahankan hak mereka.

Kenal pasti Melayu belum daftar

ALOR GAJAH 23 Sept. – Semua UMNO bahagian di seluruh negara diminta bekerja keras bagi mengesan orang Melayu di kawasan masing-masing yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bilangan 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar melibatkan orang Melayu amat membimbangkan dan perlu ditangani segera.

Menurutnya, ia berlaku kerana sikap orang Melayu sendiri yang sering mengambil mudah dan bersikap sambil lewa sahaja dalam soal itu.

‘‘Saya harap 90 peratus (orang Melayu) daripada 1.5 juta rakyat negara ini yang belum mendaftar sebagai pengundi berbuat demikian sebelum terlambat kerana ini adalah hak mereka.

‘‘Jika mereka hanya bersikap tidak apa dan mempunyai tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) akan sentiasa menang dalam setiap pilihan raya biarpun mereka tidak mengundi, mereka silap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 orang terdiri daripada ibu dan bapa tunggal, anak yatim serta orang kurang upaya kawasan Masjid Tanah di sini, hari ini.

Mohd. Ali mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mendedahkan orang Melayu masih menjadi golongan tertinggi yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

Dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, golongan ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak mereka yang mencapai usia 21 tahun mendaftar sebagai pengundi.

Kata beliau, orang Melayu perlu sedar bahawa kuasa memerintah negara terletak pada kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh kerajaan terhadap individu.

‘‘Sempena Ramadan ini, UMNO bahagian menganjurkan banyak perjumpaan dan dari situ, mereka boleh mengenal pasti orang Melayu di kawasan masing-masing yang belum berdaftar.

‘‘Kita mahu setiap ahli UMNO mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkara ini ditangani dengan segera dan berkesan,” katanya.

Tiada faham hak punca ramai tidak daftar pemilih

Oleh: ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Tidak memahami hak serta kepentingan sebagai pengundi yang mampu menentukan masa depan negara adalah punca ramai yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Beberapa pemimpin parti politik yang dihubungi Utusan Malaysia berpendapat, sikap itu menyebabkan mereka tidak menghiraukan keperluan mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program dijalankan bagi memudahkan golongan berkenaan berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib memberitahu, salah satu faktor kenapa ramai masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah mereka yang sudah berpindah dari kampung halaman.

Jelas beliau, golongan ini tidak pasti kawasan mana yang seharusnya mereka mendaftar.

‘‘Contohnya, mereka bekerja di Lembah Klang tapi kampung di Kelantan maka mereka tidak tahu di mana seharusnya mereka mendaftar.

‘‘Justeru, kita sarankan golongan tersebut supaya mengambil kesempatan mendaftar di kawasan yang difikirkan mudah untuk mereka mengundi semasa pilihan raya nanti’’ katanya di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan orang Melayu merupakan golongan tertinggi yang tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Dalam program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas, 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan sasaran sebanyak 2.5 juta pemilih baru melalui program tersebut mendapati sebahagian besar daripada sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan bumiputera.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, ramai yang masih tidak mengetahui undian mereka begitu penting dalam menentukan corak pemerintahan negara.

Ketidakfahaman itu, tambah beliau, menyebabkan mereka tidak sedar tanggungjawab dan hak sebagai rakyat.

“Kadang-kala ramai beranggapan satu undi tidak membawa makna besar sedangkan ia boleh menentukan masa depan negara,’’ katanya.

Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam pula menyarankan agar program yang dijalankan oleh SPR dan pihak-pihak lain bagi menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih diteruskan.

Menurutnya, cara itu dapat membantu memberi kesedaran kepada mereka yang masih belum berbuat demikian.

“Kemungkinan ramai lagi yang masih belum dimaklumkan mengenai perkara ini,’’ katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub mencadangkan supaya mata pelajaran Tatanegara di sekolah rendah diwujudkan semula supaya para pelajar dari peringkat awal lagi sudah dididik dengan tanggungjawab sebagai rakyat.

Menurutnya, elemen-elemen hiburan melampau yang banyak disogokkan kepada golongan muda menyebabkan mereka tidak mampu berfikir tentang perkara-perkara agak berat berkaitan masa depan negara.

“Saya rasa parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan perlu mendidik bakal pengundi muda ini supaya mereka faham tugas serta tanggungjawab masing-masing,’’ jelasnya.

Sibuk alasan tidak daftar

KUALA TERENGGANU 23 Sept. – Tidak ada masa dan terlalu sibuk merupakan dua alasan yang paling kerap digunakan oleh golongan yang layak mengundi tetapi masih gagal mendaftar sebagai pemilih di negeri ini.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, Mohd. Noor Daud berkata, sikap itu menyebabkan sebanyak 75,203 orang daripada 556,985 rakyat negeri ini yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Mac lepas.

‘‘Setakat 31 Mac lepas, hanya 481,782 orang daripada 556,985 pengundi di Terengganu yang majoritinya orang Melayu telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan mendaftar sebagai pemilih.

‘‘Baki yang belum berbuat demikian masih tidak menyedari hak mereka dalam menentukan masa depan negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengenai trend sesetengah orang Melayu yang tidak mahu mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai program diatur untuk memudahkan mereka mendaftar.

Mohd. Noor berkata, SPR Terengganu telah mengadakan beberapa kempen termasuk Kempen Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih Peringkat Negeri Terengganu di Pasar Raya Besar Mydin di sini Julai lalu bagi membolehkan orang ramai yang layak mengundi mendaftar.

‘‘Berdasarkan kempen yang diadakan, kami mendapati antara alasan yang diberikan oleh mereka yang masih belum mendaftar ialah tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan urusan lain,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan mereka yang layak mengundi mendaftar termasuk mengadakan kempen pendaftaran ke kawasan-kawasan terpencil atas permintaan parti-parti politik.

‘‘Mereka juga boleh mendaftar di pejabat-pejabat pos, Pejabat Pilihan Raya negeri di Wisma Persekutuan dan mendaftar dengan penolong-penolong pendaftar dalam parti-parti politik yang dilantik oleh SPR,” katanya.

Sunday, September 23, 2007

Kem. Penerangan Akan Gerakkan Agensinya Bantu Daftar Pengundi

SUNGAI PETANI, 23 Sept (Bernama) -- Semua agensi di bawah Kementerian Penerangan akan diarah menjalankan kempen untuk menyeru orang ramai khususnya kaum Melayu supaya mendaftar menjadi pengundi.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata Jabatan Penerangan, Bernama, RTM, JASA dan Filem Negara akan digerakkan melaksanakan kempen itu secara bersepadu bagi mneyedarkan orang Melayu yang belum mendaftar.

"Adalah mendukacitakan apabila 90 peratus dari kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi adalah Melayu," katanya mengulas laporan akhbar hari ini mengenai perkara itu hasil progam Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang berakhir bulan lepas.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkann `e-Sidang dan SMS' sekolah peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan di sini, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman berkata program itu menetapkan sasaran 2.5 juta pemilih baru dan sebahagian besar dari sejuta pemilih baru yang mendaftar adalah bukan bumiputra.

Abdul Rashid berkata jumlah 1.5 juta yang tidak mendaftar itu adalah golongan muda berumur 21 hingga 35 tahun.

Zainuddin yakin golongan muda itu tidak mendaftar bukan kerana hilang keyakinan terhadap sistem demokrasi negara tetapi sikap "tidak apa" dan "endah tak endah" orang Melayu sendiri.

"Inilah masalah orang Melayu. Hak yang penting pun diabaikan sebaliknya mereka lebih banyak bercakap dari bertindak walaupun menyedari ia memberi kesan kepada negara.

"Masalah sikap orang Melayu ini berpunca mungkin kerana mereka merasakan selamat di negara sendiri dan orang Cina pula bersikap sebaliknya yang seharusnya dicontohi," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak bercadang melaksanakan akta untuk memaksa orang Melayu mendaftar menjadi pengundi kerana ia tidak mengamalkan budaya paksaan.

Bagaimanapun setiap kali pilihan raya diadakan bilangan yang keluar mengundi meningkat dan ini membuktikan sistem yang diamalkan di negara ini berjaya, tambah Zainuddin.

Sehubungan itu beliau akan meminta semua agensi di bawah kementeriannya, badan-badan bukan kerajaan, politik dan awam supaya melaksanakan kempen menggalakkan pendaftaran pengundi.

-- BERNAMA

Tarikh Pilihan Raya Perlu Ambil Kira Musim Haji Dan Tengkujuh

KOTA BAHARU, 23 Sept (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri mengambil kira faktor rakyat menunaikan fardu haji dan musim tengkujuh sekiranya bercadang mengadakan pilihan raya umum ke-12 dalam waktu terdekat.

Beliau berkata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu mengambil kira faktor musim haji hujung tahun ini kerana jika pilihan raya diadakan pada waktu itu, ia boleh menafikan hak jemaah haji untuk mengundi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata hujung tahun juga bermakna pilihan raya bakal berdepan dengan musim tengkujuh dan menyukarkan rakyat yang menghadapi bencana itu untuk keluar mengundi.

Berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku sekarang, beliau yakin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat ini.

"Sekarang feel good factor bagi kerajaan dan jika tunggu lama lagi takut nanti timbul masalah besar dan sebab itu saya yakin pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Nik Aziz turut mendakwa keengganan bangsa Melayu untuk mendaftar sebagai pengundi disebabkan kekangan politik dan kecewa dengan semangat demokrasi dalam pilihan raya.

"Kebebasan memilih parti yang disukai sudah tidak ada dan mereka sendiri pun sudah tidak percaya kepada kebebasan demokrasi di Malaysia," katanya mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai 90 peratus daripada 1.5 juta rakyat yang tidak mendaftar adalah orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain.

Nik Aziz ketika ditanya mengenai kematian menyedihkan kanak-kanak lapan tahun Nurin Jazlin Jazimin akibat penderaan seksual, berkata ia disebabkan manusia sudah tidak takut lagi kepada Allah hingga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk kepuasan nafsu.

-- BERNAMA

Presiden PAS kunjungi mangsa tembakan Batu Buruk

Awang Harun & Azamin Amin | Foto Awang Harun
Sun | Sep 23, 07 | 10:43:54 am MYT

MARANG, 23 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meluangkan masa hampir 30 minit menziarahi mangsa tembakan peluru hidup,Suwandi Abdul Ghani, 38, dalam tragedi 8 September di Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Beliau berada di rumah Suwandi bagi mendengar sendiri cerita sebenar pada malam kjadian itu.

Turut tercedera akibat tembakan polis ialah Muhamad Azman Aziz, 21, dari Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

ImageSuwandi yang cedera parah telah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mengeluarkan peluru ditubuhnya manakala Muhamad Azman yang terkena tembakan pada bahagian leher dan bahu menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Lebih menyedihkan, kedua-dua mangsa terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Difahamkan seorang anggota Polis berpangkat konstabel dari Jabatan Siasatan Jenayah, Wan Abdul Aziz Wan Omar mengaku telah melepaskan tembakan tersebut sebagaimana laporan Polis yang dibuatnya.

Manakala, empat anggota FRU yang sekadar cedera ringan iaitu Che Malek Jusoh, Chandran a/l Shammugam, Mohd Imran Ismail dan Azmi Husin menerima rawatan sebagai pesakit luar dalam kejadian tersebut.

Kejadian berdarah dan tembakan peluru hidup di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September lalu menimbulkan pelbagai persoalan yang wajar dijawab segera kepada rakyat jelata tentang kewibawaan serta intergriti Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam selama ini.

ImageJusteru, selain amarah rakyat termasuk kecaman pelbagai pihak, parti politik dan NGO terhadap insiden yang berlaku, PAS telah memanjangkan bantahan dan kecaman terhadap PDRM di Bukit Aman minggu lalu.

Turut hadir menyampai memo bantahan di atas kejadian itu kepada seorang pegawai polis di luar pekarangan Bukit Aman ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu; Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PAS Dato' Kamarudin Jaffar dan Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dengan di saksikan lebih 50 hadirin yang terdiri daripada penyokong pelbagai parti politik.

Hadir sama ialah Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar dan Ketua Penerangan KeADILan TIan Chua.

Antara lain isi kandungan bantahan tersebut ialah mempersoalkan kewajaran polis menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan aman malah lebih buruk lagi menggunakan peluru hidup sehingga mengakibatkan dua tercedera parah.

"Kita menggesa satu Suruhanjaya Bebas Diraja bagi mengenal pasti dan menyiasat punca kejadian. Kita membantah sekeras-kerasnya tindakan kasar polis terhadap orang awam yang hadir untuk mendengar ceramah yang telah dibatalkan," kata Salahudin yang turut kecewa dengan dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap parti pembangkang yang selama ini sering kali dilabel tidak bertanggungjawab.

ImageSebelum ini,Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menganjur program pada malam kejadian berdarah itu berpendirian bahawa polis telah melakukan provokasi dan bertindak secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan semburan air ke arah orang awam yang sedang berhimpun sedangkan ceramah pada malam itu telah pun dibatalkan.

Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih, demikian menurut kenyataan media Bersih.

Dalam pada itu, Bersih juga turut menuntut antara lainnya ialah supaya pihak Polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik murahan mereka sehingga mengakibat insiden yang tidak diingini berlaku.

Malah Bersih menggesa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian ini. - mks.

PM takut video rakaman disiasat Suruhanjaya DiRaja?

Azamin Amin
Sun | Sep 23, 07 | 2:35:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat seolah-olah takut dan cuba menyembunyikan isu klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan sedang bercakap dengan seseorang berhubung pelantikan hakim-hakim di negara ini daripada disiasat oleh sebuah badan bebas.

Ketika ditanya sama ada sebuah suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu, Abdullah dilaporkan berkata langkah tersebut tidak perlu kerana kesahihan klip video itu belum dibuktikan lagi.

Mengulas perkembangan ini Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi melihat tindakan Abdullah yang tidak mahu video ini disiasat oleh badan bebas itu sebagai tindak balas seorang yang pengecut dan dilihat cuba melindungi kes ini daripada didedahkan kepada pengetahuan umum.

"Kalau Abdullah tiada kepentingan dan tidak terlibat dengan isu ini, kenapa tidak benarkan Suruhanjaya Diraja siasat, apa yang cuba diselindungkan?" soalnya.

"Orang ramai dan masyarakat sudah hilang keyakinan terhadap siasatan polis yang semakin hari menambahkan kecurigaan dan membimbangkan," katanya.

Beliau tidak mahu ada usaha pentadbiran Abdullah dengan kerjasama polis dan Peguam Negara cuba sekali lagi untuk menutup kes yang didedahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, kerana selama ini Peguam Negara sentiasa dilihat cuba untuk 'membersihkan' orang-orang tertentu dalam banyak kes seperti kes Eric Chia, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Timbalan Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom yang menimbulkan tanda tanya rakyat umumnya.

Katanya, sudah banyak pihak termasuk orang ramai yang lazimnya sudah boleh menjangkakan hasil siasatan yang akan dibuat oleh polis selama ini dan percaya bahawa kes profil tinggi seperti ini akan ditutup begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

"Oleh yang demikian, ramai yang menggesa pelbagai masalah yang membabitkan soal keselamatan negara dan badan kehakiman disiasat oleh suruhanjaya bebas bagi memastikan ketelusan dapat dilaksanakan berbanding polis yang sudah kurang diyakini," katanya.

"Saya menggesa supaya Abdullah membenarkan badan bebas menyiasat kerana ini membabitkan integriti kehakiman negara dan jangan cuba melindunginya daripada pengetahuan rakyat," katanya.

Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato' seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan terdapatnya konsiprasi dalam sistem kehakiman negara dan turut menyatakan terdapat video yang merakam aksi perbualan VK Lingam melalui telefon dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002.

Pada ketika itu Ahmad Fairuz merupakan Ketua Ketua Hakim Malaya iaitu orang nombor tiga dalam hierarki badan kehakiman negara.

Menurut Anwar, rakaman video tersebut jelas membuktikan bahawa proses pelantikan hakim-hakim kanan penuh dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

“Ini juga membuktikan bahawa pelantikan tersebut turut mempengaruhi hasil-hasil dalam sebilangan prosiding kehakiman termasuk kes saya,” tegasnya yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Beliau menegaskan bahawa melalui video tersebut Lingam turut menyebut nama Vincent Tan dan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam perbualannya.

“Vincent Tan merupakan seorang ahli perniagaan dan hartawan perjudian yang terlibat dalam penyalahgunaan proses kehakiman yang kini dikenali sebagai kes Ayer Molek,” jelasnya.

Manakala, ujarnya, Tengku Adnan adalah pemimpin Umno dan juga ahli Kabinet yang salah seorang terlibat dalam kospirasi politik untuk memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

“Dalam video ini VK Lingam dapat dilihat dan didengar bercakap dengan Ketua Hakim Negara (sekarang) Ahmad Fairus di mana nama saya dan Wee Chee Keong di antara lain disebut secara khusus,” katanya.

Anwar juga memberitahu bahawa pada tahun 1994, gambar Lingam bersama bekas Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin sedang bercuti di New Zealand boleh menimbulkan beberapa persoalan tentang sikap, politik dan etika peguam itu yang memberi implikasi kedududakan dan kewibawaan Ketua Hakim Negara ketika itu.

“Lingam juga terlibat dalam kes laporan ‘Pricewaterhouse Coopers’ yang dibentangkan oleh saya dalam Parlimen pada tahun 1995 berikutan satu siasatan audit yang lengkap Perwaja menguatkan skandal yang melibatkan kerugian berbilion ringgit,” katanya.

Menurutnya lagi, pendedahan skandal tersebut akan mengesahkan apa yang KeADILan yakini sebelum ini bahawa terdapatnya konspirasi di peringkat tertinggi dan rasuah besar yang melibatkan badan kehakiman.

Beliau berkata bahawa konspirasi tersebut antara lain memberi kesan kepada keputusan badan kehakiman yang dikatakan menganiaya orang yang tertentu.

“Ini melibatkan kepentingan awam dan kita desak kerajaan tubuhkan tribunal bebas untuk siasat skandal yang mengaibkan ini,” katanya.

Beliau juga berkata akan mengusulkan isu itu kepada Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail agar menemui Majlis Raja-raja Melayu bagi menyerahkan video tersebut.

“Pertemuan itu adalah untuk memohon Majlis Raja-raja Melayu supaya menjalankan tanggungjawab mereka menurut perlembagaan agar badan kehakiman kekal bebas,” tegasnya. - mks.

Insiden Batu Buruk, polis diselar kerana buru 37 orang semata-mata

Azamin Amin
Sun | Sep 23, 07 | 1:02:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Tindakan polis Terengganu melancarkan operasi mencari 37 individu dipercayai terlibat dengan rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 September lepas, diselar kerana bersikap terpilih dalam menjalankan siasatannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau merasa sangsi dengan motif bersungguh-sungguh dan tujuan polis memburu hanya 37 orang semata-mata sedangkan pada malam kejadian itu terdapat ribuan orang yang hadir sama dan turut menjadi saksi 'kekecohan' yang berlaku.

"Mengapa pilih-pilih gambar tertentu sahaja, ada yang berusia 70 tahun dan ada yang muda. Pada malam itu bukan hanya 37 orang ini sahaja malah ribuan yang hadir.Ini semua perancangan yang nak menakut-nakutkan rakyat semata-mata," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ini semua main tangkap rambang sahaja sehingga orang yang tak ada jari pun turut ditangkap dan dituduh membaling batu," katanya merujuk pendedahan Harakah keluaran terbaru berhubung isu Batu Buruk.

Beliau yang kesal dengan sikap polis yang dilihat cenderung untuk menuduh pembangkang dalam isu ini sedangkan yang turut mencetuskan suasana provokasi itu adalah pihak polis sehingga melepaskan tembakan peluru hidup kepada dua orang yang hadir pada mala itu, Suwandi Abdul Ghani, 38 dan Muhamad Azman Aziz, 21.

Suwandi yang cedera parah telah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mengeluarkan peluru di tubuhnya manakala Muhamad Azman yang terkena tembakan pada bahagian leher dan bahu menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Lebih mengejutkan, kedua-dua mangsa terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Difahamkan seorang anggota polis berpangkat konstabel dari Jabatan Siasatan Jenayah, Wan Abdul Aziz Wan Omar mengaku telah melepaskan tembakan tersebut sebagaimana laporan polis yang dibuatnya.

"Sepatutnya polis mesti melakukan siasatan menyeluruh terhadap penembak dan pengacu pistol yang terdiri daripada polis sendiri.

"Jika orang awam sahaja disabitkan tetapi polis tidak dikenakan tindakan dan siasatan, orang tidak akan menghormati polis lagi selepas ini dan akan lebih menjejaskan kredibiliti polis yang sudah lama tercalar sebelum ini," kata Ustaz Abu Bakar lagi.

Selain itu, beliau juga berpandangan tindakan dan operasi memburu polis ini dilihat mahu menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' di samping mahu menutup kisah sebenar kejadian pada malam itu yang turut didakwa sebelum ini didalangi oleh Umno Terengganu sendiri. - mks.

Malaysia dijangkiti wabak 'Ayah Pin Hadhari'

Ketua Perusuh
Sun | Sep 23, 07 | 10:16:49 am MYT

Pertama sekali ingin saya ucapkan 'Belasungkawa' kepada keluarga Saudaraku Jazimin atas pemergian anakanda tercinta Nurin Jazlin.


Kesedihan yang dirasai oleh Saudaraku Jazimin sekeluarga amat dirasai oleh saya sekeluarga. Tiada apa yang dapat kami bantu melainkan dengan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan ketabahan kepada Saudaraku Jazimin untuk menempuh hari-hari mendatang. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan ehsan kepada adik Nurin Jazlin dan ditempatkannya di dalam Syurga. Al-Fatihah.

Malaysia kini sedang sakit. Sakit atas beberapa sebab yang sememangnya menuntut dilakukan sesuatu untuk mengubatinya.

1. Sakit disebabkan oleh kepincangan, kebejatan dan rasuah (dalam pelbagai bentuk) yang melibatkan institusi kehakiman. Semakin hari kita akan dapat mendengar, membaca serta melihat beberapa pembongkaran salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya sama ada melibatkan para peguam (pembela atau pendakwa), kakitangan institusi kehakiman sehinggalah yang melibatkan Ketua Hakim Negara.

Sakit ini jika tidak dibendung atau diubati dengan segera akan menyebabkan bidang kehakiman Malaysia boleh dilacurkan oleh individu-individu ini sehinggakan ianya akan dijadikan bahan lelucon diperingkat tempatan mahupun antarabangsa.

2. Sakit disebabkan oleh kepincangan, kebejatan, salah laku dan rasuah (dalam pelbagai bentuk) yang melibatkan institusi kepolisan. PDRM kini tercalar dengan pelbagai kes (dari salahguna kuasa, rasuah sehinggalah kepada kongsi gelap 'Triad').

Ianya bukan sahaja melibatkan kakitangan bawahan sahaja namun pihak atasan sehingga Ketua Polis Negara terbabit sama. Beberapa afidavit bersumpah telah dibuat menuduh Ketua Polis Negara (KPN) terlibat dengan kongsi gelap (Triad). Akan tetapi ianya tidak diambil tindakan oleh institusi kehakiman atas sebab institusi yang sama (institusi kehakiman) juga terlibat dengan sakit yang sama.

3. Sakit yang disebabkan oleh kepincangan, ugutan, salah laku serta rasuah (dalam pelbagai bentuk) yang melibatkan institusi pencegahan rasuah. Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini dalam kesakitan yang amat teruk.

Walaupun mempunyai kuasa menyiasat kes rasuah, namun siasatan biasanya menjadi sia-sia samada diugut mahupun sememangnya sengaja disia-siakan atas pelbagai alasan.

Pernah seorang Ketua Pengarah BPR didakwa terlibat dengan rasuah, namun terselamat kerana pihak yang menyiasat dan menjatuhkan hukuman (institusi kehakiman) juga terlibat dengan sakit yang sama.

4. Sakit kerana banyak Kementerian yang diterajui oleh orang politik didapati melakukan salah guna kuasa, rasuah (pelbagai bentuk), ugutan dan sebagainya dari sekecil-kecil kakitangan sehinggalah keperingkat Menteri yang bertanggung jawab atas Kementerian tersebut.

Ianya berlaku dari sekecil-kecil Kementerian sehinggalah kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Akan tetapi semuanya terselamat kerana institusi penyiasatan dan pendakwaan (PDRM, BPR dan Kehakiman) juga terlibat dengan sakit yang sama.

5. Sakit kerana berlakunya salah guna kuasa, ugutan, rasuah (pelbagai bentuk) dan banyak lagi yang melibatkan institusi pendidikan. Ianya tidak hanya melibatkan sekolah dan kolej namun sehingga diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Pelacuran fungsi dan tugas oleh kakitangan bawahan dalam IPTA amat ketara sehinggakan ianya tidak lagi mencerminkan satu institusi yang menjana keilmuan dan minda.

Malah beberapa individu yang kosong (dari segi akademik dan pengurusan) atau lebih dikenali sebagai 'profesor kangkung' dinaiktaraf sehingga menguasai banyak IPTA termasuklah dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor seperti di UM, UUM dan UPM. Mereka ini dinaikkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang sememangnya mempunyai sakit yang sama.

6. Sakit kerana berlakunya perbagai salah laku, salah guna kuasa, rasuah dan penipuan melibatkan beberapa institusi kewangan samada bank komersial ataupun tabung-tabung pinjaman.

Sakit yang sama ini disebabkan oleh tindakan serta arahan dari pihak-pihak yang sememangnya sakit seperti pihak Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sakit ini menyebabkan beberapa institusi kewangan yang menjadi lumpuh malah ada yang telah hilang dari persada kewangan seperti Bank Bumiputera Malaysia Berhad.

Malah wujudnya beberapa institusi kewangan 'berbahaya'seperti ECM Libra yang sememangnya didalangi oleh musuh asing yang bertujuan melumpuhkan ekonomi negara dalam diam. Malah dalam beberapa kes, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Bank Negara Malaysia juga terlibat membantu mengujudkan sakit yang sama kepada institusi kewangan ini.

7. Sakit kerana berlakunya pelbagai salah guan kuasa, rasuah (pelbagai bentuk), penipuan dan ugutan melibatkan hampir kesemua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Ianya terjadi atas arahan yang dimainkan oleh Kementerian yang terbabit yang sememangnya mempunyai sakit yang sama.

Banyak GLC yang akan melingkup (mengalami kerugian dan akhirnya musnah) disebabkan oleh tindakan hampir kesemua Menteri dan Timbalan Menteri yang sememangnya terkenal sebagai 'Bangang' yang dijangkiti sakit yang sama.

Sakit ini akan berlarutan sehingakan tiga buah GLC disatukan dan dikawalselia oleh pihak yang bukan GLC (Synergy Drive) yang memungkinkan ianya akan terjual kepada pihak asing (Temasek Group) dalam masa terdekat.

8. Sakit kerana berlakunya pelbagai salah guna kuasa, rasuah, penipuan dan sebagainya yang melibatkan institusi agama (Jabatan Agama) walhal sepatutnya mereka ini terselamat dari terkena penyakit yang sama.

Namun kini terserlah kepincangan yang utama dalam Jabatan Agama termasuklah JAKIM dan IKIM kerana dipengaruhi oleh konsep Islam Hadhari (Islam yang ada had dan pada hari-hari tertentu sahaja) yang diasaskan oleh pimpinan yang telah dijangkiti oleh penyakit yang sama. Sakit ini menyebabkan institusi surau dan masjid diambilalih serta diberikan penguasaan kepada orang yang bukan ahli serta yang bukan 'kaki masjid @ surau'.

Malah ada beberapa masjid dan surau yang diberikan penguasaan kepada kaki maksiat untuk mentadbirkannya termasuklah dari peringkat Siak, Bilal, Imam ataupun AJK Masjid @ Surau.

Banyak lagi sakit yang boleh anda baca, lihat dan dengar dari masa ke semasa di Malaysia kini. Terpulang kepada anda sama ada anda bersedia untuk dijangkiti oleh wabak penyakit ini ataupun anda berusaha mendapatkan penawar (ubat) bagi penyakit ini.

Jika anda tidak bersedia untuk mencari penawar, maka sememangnya anda bersedia untuk dijangkiti oleh wabak penyakit ini. Namun jika anda bersedia untuk mencari penawar penyakit ini, anda tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkannya.

Apa yang perlu anda buat adalah kembali kepada fitrah dan meletakkan undang-undang dan hukum Allah S.W.T diatas segala urusan anda. InsyaAllah anda akan terselamat daripada wabak penyakit ini.

Wabak penyakit ini saya gelarkan sebagai 'Wabak Ayah Pin Hadhari' kerana ianya sesuai dengan senario semasa. Pesakit Abdullah Ahmad Badawi dan Ayah Pin memang dihinggapi wabak ini di peringkat awal sehinggakan tercetusnya Islam Hadhari yang pada dasarnya hampir sama dengan apa yang dicanangkan konsepnya oleh Ayah Pin.

DAP diselar kritik polis

SUNGAI PETANI 22 Sept. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini menyelar DAP kerana lebih banyak mengkritik polis daripada membantu pasukan itu, selain bertindak menimbulkan isu perkauman.

Katanya, kecenderungan parti itu dalam banyak isu termasuk membabitkan kes jenayah yang berlaku di negara ini menunjukkan ia bersikap cauvinis, sempit dan tidak dapat diterima oleh masyarakat.

“Adakah kita pernah dengar DAP minta orang ramai bantu polis...tidak pernah. Dia (DAP) hanya kata polis tidak bagus,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 276 kanak-kanak cacat dan lima Pusat Dalam Komuniti (PDK) Parlimen Merbok di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, banyak kenyataan yang dikeluarkan parti itu lebih menjurus untuk menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

– Bernama

Bicara Pulau Batu Puteh November ini

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Perbicaraan tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura akan didengar semula di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, November ini.

Perbicaraan akan diadakan di Peace Palace, The Hague selama 17 hari bermula 6 November ini.

ICJ dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasminya berkata, Presiden mahkamah itu, Hakim Rosalyn Higgins tidak akan mengambil bahagian dalam perbicaraan itu.

Ia sebaliknya akan dipengerusikan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh.

Kenyataan bertarikh 20 September itu menyebut, hujah pusingan pertama selama empat hari bermula 6 November melibatkan Singapura manakala Malaysia pula pada 13 November hingga 16 November.

Pusingan kedua pula bermula pada 19 November hingga 23 November.

Isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu timbul apabila Singapura mula mempertikaikan kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Puteh pada 1980, 25 tahun selepas berpisah dengan Malaysia.

Kedua-dua negara kemudian bersetuju mengemukakan kes itu ke ICJ.

Pulau Batu Puteh yang mempunyai keluasan sebuah padang bola beserta dua pulau batu yang berhampiran, Middle Rocks dan South Ledge, terletak kira-kira 7.7 batu nautika dari Johor, tetapi 25 batu nautika dari Singapura.

Middle Rocks dan South Ledge adalah terlalu kecil sehingga ia sering dianggap hanya sebagai struktur marin.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pulau itu pada Disember 2002 mendapati Pulau Batu Puteh berstruktur pulau kecil yang terdiri daripada batu tanpa pokok serta tidak mempunyai sebarang kepentingan ekonomi termasuk dari segi pelancongan.

Bagaimanapun ia amat penting dari segi keselamatan dan maritim kerana terletak di laluan antarabangsa yang sentiasa sibuk dengan kapal dagang.

Majoriti 20,000 undi di P124

Oleh Amin Ridzuan Ishak


BARU: Zulhasnan merasmikan bilik gerakan pusat pilihan raya Umno Bahagian Bandar Tun Razak, sambil diperhatikan Tan (kanan) dan Rahim (dua dari kiri).

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan meletakkan sasaran majoriti 20,000 undi bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berkata sasaran itu diletakkan Pengerusi BN Bandar Tun Razak, Datuk Tan Chai Ho yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan selama tiga penggal.

Beliau yang menyambut baik sasaran itu, yakin ia mampu dicapai dengan kerjasama erat parti komponen BN yang sering bekerjasama untuk memajukan rakyat.

"Tidak mustahil angka itu dapat dicapai kerana pada pilihan raya sebelum ini, Tan berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti cukup besar iaitu 17,000 undi.

"Pada 1999, kita hanya memenangi pilihan raya dengan majoriti 1,224 dan peningkatan majoriti yang memberangsangkan ini memberi keyakinan untuk mencapai sasaran majoriti 20,000 undi," katanya selepas perasmian bilik gerakan pusat pilihan raya Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Turut hadir Tan yang juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Dr Rahim Baba.

Majlis berkenaan turut menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan menyerahkan 71 komputer kepada 71 komuniti seluruh Parlimen Bandar Tun Razak bagi tujuan pembelajaran teknologi maklumat (IT).

Zulhasnan berkata, keyakinan itu juga dilahirkan melalui beberapa faktor seperti ketiadaan isu besar yang boleh dimainkan pembangkang dan kemajuan diperoleh penduduk kawasan itu.

Rusuhan: Polis mula buru

KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Polis Terengganu akan melancarkan operasi mencari 37 individu dipercayai terlibat dengan rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 September lepas, pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I Terengganu, Supritendan Khairi Ahrasa berkata operasi mengesan mereka yang dikehendaki polis itu dilakukan setelah tempoh yang diberikan kepada mereka untuk menyerah diri tamat tengah malam semalam.

Sehingga tengah malam semalam hanya sembilan orang daripada 46 individu yang dikehendaki tampil menyerah diri bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

“Tempoh yang diberikan untuk mereka menyerah diri telah pun tamat tengah malam semalam namun masih ramai yang belum berbuat demikian (menyerah diri).

“Kita sedang mengemas kini maklumat termasuk alamat serta nama-nama mereka yang masih belum tampil untuk menyerah diri sebelum kita memulakan operasi menangkap dari rumah ke rumah bila-bila masa sahaja sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Khairi berkata, yang terakhir menyerah diri malam semalam ialah seorang pekebun berusia 21 tahun dari Kampung Pengkalan Berangan, Marang yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 8.15 malam.

Sebelum ini, polis mengedarkan gambar 46 individu yang dicari berhubung kes rusuhan dan membakar Jalur Gemilang yang berlaku di Jalan Sultan Mamhud dan Batu Buruk pada malam 8 Sept lepas.

Antara mereka yang telah menyerah diri termasuklah seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah agama swasta di Kampung Binjai Bongkok, Marang dan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Pasir Panjang.

Polis buru 37 perusuh Batu Buruk

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan melancarkan operasi mencari 37 individu dipercayai terbabit dengan rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mahmud dan Batu Buruk pada malam 8 September lalu pada bila-bila masa saja sekarang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I Terengganu, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata operasi mengesan mereka yang dikehendaki polis itu dilakukan selepas tempoh yang diberikan kepada mereka untuk menyerah diri tamat tengah malam kelmarin.

Sehingga tengah malam kelmarin, hanya sembilan orang daripada 46 individu yang dikehendaki tampil menyerah diri bagi membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

"Tempoh yang diberikan untuk mereka menyerah diri tamat tengah malam semalam (kelmarin), namun masih ramai belum menyerah diri.

"Polis mengemas kini alamat dan nama mereka yang belum menyerah diri sebelum kita memulakan operasi menangkap dari rumah ke rumah bila-bila masa saja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Khairi berkata, yang terakhir menyerah diri malam semalam ialah seorang pekebun berusia 21 tahun dari Kampung Pengkalan Berangan, Marang yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 8.15 malam.

Lelaki dari Kampung Pengkalan Berangan Marang itu memberikan keterangan kira-kira jam 8.15 malam kelmarin

Katanya, individu terbabit adalah orang kesembilan yang memberi keterangan selepas gambar mereka disiarkan media Sabtu dan Selasa lalu.

Polis masih menunggu tujuh daripada sembilan gambar disiarkan Sabtu lalu, manakala 30 lagi yang disiarkan Selasa lalu.

Sebelum ini, polis mengedarkan gambar 46 individu yang dicari berhubung kes rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan Mamhud dan Batu Buruk pada malam 8 September lalu.

Khairi berkata, kertas siasatan berhubung kes rusuhan itu telah dihantar ke Bukit Aman minggu lalu dan dimajukan ke Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti.

Katanya polis dijangka menghadapkan mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah selewat-lewatya Rabu ini.

Majlis Peguam gesa siasat krisis badan kehakiman

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam) akan menghantar memorandum kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rentetan krisis badan kehakiman negara sejak 1988.

Presidennya, Ambiga Sreenivasan, berkata kes terbaru membabitkan klip video kononnya mengandungi perbualan telefon antara seorang hakim kanan dan peguam yang didakwa cuba mempengaruhi pelantikan seorang hakim membuktikan betapa terjejasnya badan kehakiman negara.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, beliau berkata, Majlis Peguam akan menyerahkan surat kepada Perdana Menteri Rabu ini supaya dapat dibincangkan dalam Kabinet bagi mencari rumusan mengembalikan keyakinan umum terhadap badan kehakiman negara yang terjejas teruk sejak kebelakangan ini.

"Pada 6 Oktober ini, kami akan mengadakan mesyuarat agung tergempar jam 3 petang khusus bagi membincangkan krisis terbaru membabitkan badan kehakiman berikutan desakan sebahagian besar anggota.

"Majlis Peguam juga berpendapat sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan penubuhan Jawatankuasa Kehakiman bagi memastikan pelantikan hakim benar-benar bebas campur tangan mana-mana pihak," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat tergempar pucuk pimpinan tertinggi Majlis Peguam, khusus bagi membincangkan isu klip video itu.

Kata Ambiga, peguam dalam klip video itu akan dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan Tan Sri Khalid Ahmad manakala pihak polis dan jabatan Peguam Negara diminta bersikap telus menyiasat anggota kanan badan kehakiman yang dinamakan dalam klip itu.

Beliau bagaimanapun mengaku kesahihan klip video itu perlu dibuktikan terlebih dulu.

Friday, September 21, 2007

Syor badan siasat klip video bual peguam

KUALA LUMPUR: Sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat secara bebas pendedahan menerusi klip video perbualan antara seorang peguam kanan dan hakim kanan mengenai usaha untuk melantik hakim itu sebagai ketua hakim negara pada 2002.

Kalangan pengamal undang-undang sepakat kerajaan mesti bertindak segera bagi mendapatkan gambaran sebenar kerana isu itu menyentuh kewibawaan seorang yang menjadi tunjang kepada bidang kehakiman negara.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaikh Daud Md Ismail, berkata klip video itu sungguh mengejutkan kerana mendedahkan sistem perundangan negara selama ini mungkin dibelenggu rasuah.

“Kerajaan mesti menyiasat dengan mendalam kerana perkara ini menyentuh mengenai orang yang memegang jawatan tertinggi dan bertanggungjawab melindungi sistem kehakiman negara.

“Kini kita lihat kedudukan hakim itu yang sangat tinggi dan pendedahan ini perlu disiasat sehingga ke akar umbi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas mengenai klip video lapan minit menunjukkan visual peguam itu yang dirakamkan secara sulit. Klip video itu disiarkan media internet, Malaysiakini, kelmarin.

Semalam, klip video sama diserahkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa kepada Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Wilayah Kuala Lumpur, Abu Zubir Mohd Hassan.

Dalam klip video itu, peguam berkenaan dilihat membincangkan kemungkinan hakim itu dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian sebagai Ketua Hakim Negara.

Mengulas lanjut, Shaikh Daud berkata, kerajaan tidak seharusnya menolak pendedahan ini dengan alasan tiada bukti, sebaliknya perlu menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memastikan penyiasatan menyeluruh, mendalam dan bebas.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan mesyuarat tergempar khusus bagi membincangkan isu klip video itu, hari ini.

“Khabar angin dan dakwaan mengenai tindakan salah laku sebegitu semakin memuncak sejak krisis kehakiman pada 1988,” kata Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Ambiga turut menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perkara itu.

Di PUTRAJAYA, peguam Karpal Singh menggesa Peguam Negara menyiasat klip video itu.

“Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menangani sendiri perkara ini kerana rakaman itu membabitkan dakwaan serius yang boleh memberi kesan buruk kepada badan kehakiman negara.

"Badan kehakiman yang akan 'dibicarakan' jika dakwaan dalam rakaman itu benar kerana kesan dakwaan membabitkan seorang peguam kanan dan hakim kanan amat berat.

"Saya sendiri akan mengusulkan isu ini apabila Parlimen bersidang selepas Aidilfitri kerana ia membabitkan kepentingan awam," katanya ketika ditemui di Istana Keadilan di sini, semalam.

2 lagi serah diri bantu siasat rusuhan

Oleh Shaarani Ismail dan Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Dua lagi individu yang gambar mereka disiarkan media bagi membantu siasatan kejadian rusuhan pada 8 September lalu yang mengakibatkan empat polis cedera, tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, pagi semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata dua lelaki terbabit yang berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai memberi keterangan kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

"Kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 22 dan 25 tahun bekerja sebagai buruh binaan.

"Setakat ini sudah tujuh orang tampil memberikan keterangan, termasuk empat semalam, manakala seorang lagi menyerah diri selepas gambar disiarkan Ahad lalu," katanya yang ditemui pemberita di pejabatnya semalam.

Tiga daripada tujuh yang tampil adalah pelajar Tingkatan Empat yang berasal dari Kampung Tok Dir Kedai Buloh, Kampung Gong Penaga dan Kampung Nibong, Pasir Panjang, dekat sini.

Katanya, kelmarin seorang peniaga ayam berusia 50 tahun dari Kampung Tok Dir, Kedai Buloh dan seorang peniaga pasar malam dari Kampung Alur Toman, Marang menyerah diri dan memberi keterangan kira-kira jam 11.20 pagi, manakala seorang lagi pada jam 12.30 tengah hari.

"Dua pelajar Tingkatan Empat itu pula datang menyerah diri selepas tamat waktu persekolahan kira-kira jam 2.30 petang semalam (kelmarin)," katanya.

Dengan tampilnya tujuh individu terbabit, polis kini masih menunggu lapan daripada sembilan gambar disiarkan Sabtu lalu, dan 31 lagi yang gambar mereka disiarkan Selasa lalu.

Sembilan daripada mereka disiasat kerana dipercayai terbabit dalam insiden rusuhan dan membakar Jalur Gemilang mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan manakala 37 lagi disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis.

Khairi berkata, polis meminta kerjasama daripada individu yang masih belum tampil memberikan keterangan supaya berbuat demikian selewat-lewatnya hari ini, sebelum polis membuat gerakan menahan mereka.

"Polis bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan menahan sewenang-wenangnya mereka yang tampil memberi keterangan.

"Semua yang datang memberi keterangan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai disoal siasat bagi membantu menyelesaikan kertas siasatan kes berkenaan," katanya.

Skandal konspirasi tabal hakim oleh VK Lingam-Fairuz dilapor BPR

Roy Rasul
Thu | Sep 20, 07 | 3:50:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung isu rakaman video yang dipercayai peguam kanan Dato' V K Lingam dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang didedahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam di ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.


Laporan tersebut diserahkan kepada Ketua Pengarah BPR Kuala Lumpur, Abu Zubir Mohd Hassan oleh Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan lima belas pimpinan tertinggi PKR termasuk Angkatan Muda dan Wanitanya.

Semalam dalam sidang media di pejabatnya, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Satu klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang dikatakan untuk menentukan pelantikan hakim-hakim kanan "yang sehaluan".

Sementara itu, sebelum menyerah laporan tersebut Siva membaca kandungan laporan tersebut kepada media yang berada di pejabat BPR berkenaan.

Laporan tersebut berbunyi:

"Baru-baru ini KeADILan menerima satu rakanan video di mana daripada kandungannya boleh dilihat dan didengar satu perbualan melalui telefon bimbit di antara seorang yang dipercayai adalah peguam kanan Dato' V K Lingan dengan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz.

Kami difahamkan perbualan itu berlaku di tahun 2002 di rumah Dato' VK Lingam di Kelana Jaya, Petaling jaya.

Daripada kandungan perbualan itu. pada waktu itu TUn Fairuz adalah Hakim Besar Malaya (Jawatan No 3 dalam hierarki badan kehakiman) dan memangku jawatan Presiden Mahkamah Rayuan (Jawatan nombor 2) sebab President Tan Sri Wan Adnan mengalami masalah kesihatan.

Perbualan itu adalah berkenaan usaha peguam VK Lingam supaya memastikan bahawa Tun Fairuz dilantik kepada jawatan Presiden Mahkamah Rayuan).

Perbulan itu juga mendedahkan peranan tokoh korperat Tan Sri Vincent Tan dan juga menteri Wilayah-wiayah Persekutuan (pada waktu itu, yang sekarang adalah menteri Pelancongan) Tengku Adanan Tengku Mansor.

Kami percaya kandungan perbualan yang dirakmakan dalam video itu menunjukkan rasuah dalam perkara perlantikan hakim-hakim kanan dan asti ada implikasi serius dalam pengendalian kes-kes di mahkamah.

Dalam sebahagian rakaman itu yang diberikan kepada kami dalam bentuk video ada juga disebut kes Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kami ingin BPR menyiasat kes ini dengan teliti dan rapi."

Sementara itu, Siva berkata beliau dan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, akan cuba mendapatkan perjumpaan dengan Majlis Raja-Raja dengan secepat mungkin untuk menyerahkan video tersebut kepada Majlis Raja-raja.

Katanya, mereka juga akan bertemu dengan Sultan Azlan Shah sebagai seorang anggota Majlis Raja-raja.

"Ini kerana beliau adalah bekas ketua hakim negara dan kita tahu di bawha perlembangaan negara majlis Raja-raja ada peranan dalam perlantikan hakim-hakim.

"Jadi kita lihat dalam hal ini adalah wajar untuk bagi maklumat ini kepada mereka untuk pertimbangan yang sewajarnya," dan itulah tindakan susulan kami," katanya kepada media.

Malah katanya semalam klip video tersebut turut diserahkan kepada Majlis Peguam Malaysia bagi satu tindakan diambil oleh majlis tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lau Tek Hai berkata mereka memandang serius pendedahan Anwar semalam bahawa wujud usaha terancang beberapa pihak campur tangan penghakiman dalam beberapa kes membabitkan elit politik.

"Pendedahan tersebut yang melibatkan rakaman video dan audio membabit peguam kanan VK Lingan dan penjawat Ketua Hakim negara sekarang, Tun Ahmad Fairuz adalah begitu memalukan sistem perundangan negara dan menambah sistem kehakiman negara yang tercemar sekian lama," kata kepada media di tempat sama.

Katanya, ini membuktikan bahawa memang wujud konspirasi di peringkat tertinggi untuk mengaturkan keputusan mahkamah dalam kes-kes tertentu. - mr

Rusuhan: Dua lagi serah diri

UTUSAN

KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Dua lagi individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes rusuhan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada 8 September lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu hari ini.

Kedua-dua mereka yang berumur 22 dan 25 tahun yang berasal dari Kampung Kolam, Kuala Ibai dan bekerja sebagai buruh binaan menyerah diri di balai polis berkenaan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 1 negeri, Supritendan Khairi Ahrasa berkata, perkembangan terbaru ini menjadikan kesemuanya tujuh orang daripada 46 individu yang dicari polis bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan menyerah diri setakat ini.

‘‘Saya minta mereka yang lain menyerah diri dengan segera bagi membolehkan kita menyelesaikan kes ini dengan segera.

‘‘Jangan bimbang kerana polis tidak akan menahan mereka sewenang-wenangnya sebab kita bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, empat individu yang menyerah diri sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

Polis sebelum ini mengedarkan gambar 46 lelaki yang dicari berhubung kes rusuhan dalam perhimpunan haram di Batu Buruk pada 8 September lalu.

Berikutan penyiaran gambar itu, seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah agama swasta menyerah diri Ahad lepas diikuti seorang peniaga ayam berusia 50 tahun serta dua lagi iaitu seorang pelajar dan peniaga pasar malam, semalam.

Polis memberi tempoh sehingga esok untuk individu terlibat menyerah diri dan jika gagal, gerakan mencari ke rumah akan dilakukan bagi mengesan mereka.

Menurut Khairi, individu terbabit yang mahu menyerah diri boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Terengganu, Deputi Supritendan Noor Mushar Mohamad di talian 013-9366565 atau pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Mohd. Hazwan Zulkifli (012-3674945).

Video V. K. Lingam: Peguam Negara perlu siasat

UTUSAN

PUTRAJAYA 20 Sept. – Badan kehakiman akan menghadapi kecaman hebat jika rakaman video menunjukkan seorang peguam terkemuka berbual dengan seseorang yang dilihat sebagai hakim kanan berhubung pelantikan para hakim, adalah rakaman benar.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kandungan rakaman video selama 14 minit itu mempunyai implikasi yang serius.

Berikutan itu, Karpal yang juga seorang peguam, menggesa Peguam Negara menyiasat perkara tersebut.

‘‘Saya akan membawa perkara ini ke Parlimen apabila sidang disambung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, melalui notis kepentingan awam,” kata Ahli Parlimen kawasan Gelugor ketika ditemui pemberita di Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan rakaman video yang mendakwa dirakam pada 2002 ketika hakim kanan berkenaan telah memegang jawatan penting dalam badan kehakiman.

Rakaman video tersebut menunjukkan seorang peguam yang dikatakan sebagai Datuk V. K. Lingam sedang berbual melalui telefon tentang bagaimana dia membantu hakim dilantik ke jawatan penting melalui seorang ahli perniagaan dan seorang ahli politik yang rapat dengan bekas Perdana Menteri.